Saturday, April 24, 2010

pelik sendiri....



Pelik dengan situasi ini,
Seseorang yang mengatakan berjuang untuk Islam,
Namun apabila datang kepadanya ujian,
Terus mengaku kalah walhal perjuangan Islam itu pasti kan menang.
*mudah-mudahan saya dan kalian menjadi pejuang yang sejati. AMIN

Pelik dengan situasi ini,
Seseorang yang sudah bergelar Hafiz @ Hafizah,
Namun apabila mengadap Al-Quran,
Kurangnya penjagaan adab terhadap Kitabullah itu.
*semoga kita sentiasa menjaga hak-hak Al-Quran. AMIN

Pelik dengan situasi ini,
Seseorang yang bercinta dan merancang ke arah perkahwinan,
Namun sebelum sah lagi ikatan perkahwinan itu lagi mereka sudah berlagak seperti suami isteri.
*Semoga kita menemui cinta yang diredhai ALLAH.
AMIN


Pelik dengan situasi ini,
Seseorang yang berpewatakan warak dan alim,
Namun tidak begitu menjaga hubungannya sesama manusia.
Juga hubungan lelaki dan perempuan tidak dijaga.
*Semoga kita sentiasa memelihara diri. AMIN

Pelik dengan situasi ini,
Seseorang yang mempunyai banyak kelapangan masa,
Namun masa itu hanya diisi dengan melayari Laman Sosial dan menyibukkan dengan hal-hal duniawi. Lupa tentang ISLAM.
Sedangkan tidakkah mereka sedar kewajipan melebihi masa yang ada?
*Ingatan buat semua, InsyaALLAH. AMIN

Pelik dengan situasi ini,
Seseorang yang telah sampai kepadanya seruan dakwah,
Namun dirinya hanya berdiam diri ,
Bahkan menyerahkan kepada orang lain atas alasan diri belum layak.
*Semoga kita berubah menjadi seorang pendakwah kerana ALLAH. AMIN

Pelik dengan situasi ini,
Seseorang yang telah banyak ditegur oleh sahabat-sahabat akan kesilapan diri,
Namun berkeras dan terus melakukan kesalahan yang sama,
Walhal dia sudah tahu bahawa perkara itu salah.
*Ingatan bersama buat diri yang merasa kerdil. AMIN

Pelik dengan situasi ini,
Seseorang yang memperingati orang lain tentang sesuatu kesalahan,
Namun dia sendiri yang melakukan kesalahan itu,
Malah merasakan apa yang dilakukan itu betul.
*Doakan agar kita tidak jadi seperti ini. AMIN

Pelik dengan situasi ini,
Sekiranya saya yang menulis ini terus menerus pelik tanpa melakukan perubahan.
Buat semua yang membaca ini. Maka bersaksilah kepada diri masing-masing.
Katakan pada diri, KITA AKAN BERUBAH menjadi lebih BAIK. AMIN

Hari ini lebih baik dari semalam. ALLAHUMMA AMIN~

Wallahu a'lam.

7 comments:

  1. jazakallahu khairan kathira..
    saya mahu jadi baik dan lebih baik..tp, camane nk kekalkn baik?entri ini manfaat tuk saya.. moga kte semua di jalan dakwahNya..
    p/s:rindukan tazkirah di masjid kmpk dulu..saya ditarbiyah dlm tazkirah2 itu..Alhamdulillah..
    syukran..

    ReplyDelete
  2. To 'wo ai ni ALLAH' :
    kmpk stand for matrikulasi perak rite?
    apa tarbiyah yg anda dpt...sudi kongsikan bersama sy?

    Sy juga rindukan tazkirah di kmpk...penyampaian dr Ustaz2....

    ReplyDelete
  3. yup, matrik perak..
    byk yg sy dpt,stiap tazkirah dicatit dlm buku yg skrg sy xtau buku 2 kat mana..sedih.
    sy lbh fhm Islam bkn smata2 solat,belajar buang rasa takut dikata riak dlm beramal, Islam dtg dlm keadaan dagang dll.ape yg pasti stiap tazkirah yg dsampaikn adalah teguran halus Allah kpd sy yg diutuskan mll kalian yg mmberi tazkirah2 i2,samada dr student atau ustaz2..sungguh Allah itu Maha Penyayang.. sy busaha mencontohi mereka yg ad dmasjid i2.
    keluar dr kmpk,sy rindukn taman syurga i2 kerana sukar untk sy dpt kan peluang spt i2..melainkan sy join halaqah/usrah/aktiviti kmsyrkatn..
    syukran alaikum.

    ReplyDelete
  4. sape yer anda nih...
    sy dlu suka dgn tazkirah kt kmpk...
    tp bkn yg sy bg...sy suka dgr org lain bg

    ReplyDelete
  5. ya,xkesahlah dr siapa yg bg,yg penting ape yg diberi i2 bermanfaat..
    moga kalian terus istiqamah di jalan juang, jalanNya..sy jga.
    yg 'pemberi peringatan' tetap mmberi tazkirah d mana jua..sy yg bkn produk sek agama ini mencari dan terus mncari ape yg sy xtahu dulu, mencari cinta Ilahi..
    sekadar berkongsi..mgkn bley tmbhkn lg kaitan ngan ktergan dr ayat Al-Quran dan sunnah.
    asif, anda xkenal sy, sorg muslimah

    ReplyDelete
  6. ok...wo ai ni ALLAH
    smoga anda,saya dan semua berusaha mencari cinta ALLAH....dekatkan diri dgn ALLAH...sapa pon kita,apa jawatan kita, apa background kita...smua tuh x penting...kerana kita semua sama...HAMBA-NYA jua...yg bezakan kita adalah TAQWA...apa itu taqwa? Takut kpd ALLAH...sejauh mana kita takut untuk melakukan laranganNYA...dah sejauh mana juga kita mampu melaksanakan suruhanNYA..mungkin anda lebih mulia dr sy...WALLAHU A'LAM

    ReplyDelete
  7. mohon share yea :)

    ReplyDelete