Saturday, January 28, 2012

Coretan berkenaan CINTA~

Assalamualaikum...

Sengaja mengambil tajuk ini sebagai pengisian buat blog "tinta masih basah" ini...YEah, sudah lama kiranya saya tidak menulis..Kebetulan baru sahaja menonton Syurga Cinta di Astro Ria kalau x silap tadi...Walaubagaimanapun, disebabkan sudah lama tidak mengarang...maka Rasa tepu otak, jammed sket waktu menaip [hyperbola tinggi =)]

Cinta itu apa?...Cinta itu fitrah yang sudah menjadi kepastian dialami oleh semua orang. Baik siapapun orang itu, perasaan cinta itu pasti akan dirasai jua. Hatta 'doktor Cinta' juga pastikan bercinta...Ustaz jugak menikahi pasangannya...Guru besar juga begitu...Pemimpin juga sama...memerlukan pasangan dalam hidup mereka...itulah Cinta..ya ke?

Memandangkan niat di hati bukanlah untuk mencoret panjang....namun sekadar perkongsian yang telah saya peroleh melalui pembacaan buku 'YA ALLAH AKU JATUH CINTA' karangan Burhan Sodiq, penulis dari Indonesia...beliau ada mengongsikan tentang kecintaan ini....



Apa yang ingin sy utarakan, kecintaan yang pertama adalah kecintaan kepada Rabbul Jalil, hak keutamaan CINTA hanyalah kepadaNYA.Selepas itu kecintaan kepada Rasul...seterusnya baru ibubapa,keluarga,rakan-rakan, umat Islam khususnya dan seluruh makhluk amnya..

Namun, realiti masyarakat skrg meletakkan kecintaan berlainan jantina lelaki dan perempuan adalah kecintaan yang pertama.. seboleh-bolehnya mereka yang berkenaan mengagungkan cinta mereka itu...Dalam buku 'Ya Allah aku jatuh cinta' itu ada menyebut bahawa cinta itu buta....hujahnya, kerana cinta itu maka hormon2 tertentu meningkat....saya tidak berapa ingat istilahnya..tapi yang pasti, kerana cinta maka semangat seseorang itu meningkat...orang itu akan sentiasa berseri-seri....orang yang mengalami cinta itu akan sentiasa positif...>>>>>>tp positifnya 70% adalah kepada pasangannya...semua yg psangannya lakukan, semuanya benar dan betul belaka...begitu kuat the power of love ini~


Menyebut tentang syurga cinta tadi....sy bukanlah mahu memuji atau memperkecilkan cerita tersebut, namun sekadar menggunakan kembali point yang saya kira ada baiknya disampaikan di sini..cinta sering dikaitkan dengan jodoh..kerana ikatan cinta lelaki dan perempuan yg sebenarnya adalah melalui pernikahan..selain itu cinta tanpa nikah adalah perbuatan sia-sia....kerana belum tentu itulah pasangan kita nnt..

Dalam Syurga cinta, si datuk ada menyebut tntg tiga jenis jodoh...
1) Jodoh daripada Syaitan : bercinta, berpegangan tangan, berdating berdua-duaan, sehingga terlanjur, perempuan mengandung lalu mereka menikah..

2) Jodoh daripada Jin : si lelaki menyukai perempuan, namun cinta tidak terbalas. Lalu si lelaki menyihir si perempuan agar turut jatuh cinta padanya lalu mereka kahwin

3) Jodoh daripada Allah : lelaki dan perempuan bertentangan mata lalu jatuh ke lubuh hati lalu mereka bernikah.




Saya tidak kata apa yang diungkapkan ini satu kesalahan....tapi saya mempunyai pandangan saya sendiri..Saya still menganggap, setiap pernikahan itu jodoh daripada Allah...cuma perbezaan yang ada di sini adalah cara mendapatkan jodoh itu cara keji atau terpuji...mungkin ada benarnya apa yang si datuk itu cakapkan..Namun pada saya, semuanya TAKDIR ALLAH..Allah yang menentukan jodoh masing2....ikutlah cara bagaimanapun stiap pasangan yang kahwin itu sudah tentu jodohnya telah ditentukan Allah sejak azali lagi..dan bilamana pasangan itu bercerai (nau'zubillahi min dzalik)...maka itu bererti jodohnya sampai di situ sahaja atau dalam ertikata lain tak lama jodohnya itu.

Saya tidak ingin menghasut kalian yang membaca entri saya ini supaya menyokong saya 100%....kerana ini sekadar pendapat sahaja....Bagi kita masyarakat Melayu Islam, seringkali malam jumaat kita baca surah Yasin...dalam satu ayat Allah menyebut KUN FAYAKUN...."Jadi! Maka jadilah ia!".....Justeru itu, saya bermodalkan hujah ini lalu berpendapat sedemikian....Semuanya Allah jua yang tentukan..ikutlah dgn bagaimana kaedah sekalipon, apabila termeterai akad, maka itulah namanya jodoh...cumanya beza adalah cara sepertimana yang saya sebut di atas tadi....

Caranya ada yang keji dan ada yang terpuji.....

Bagaimana keji itu dan bagaimana terpuji itu??

Keji adalah macam jodoh daripada syaitan dan jodoh daripada jin itulah....manakala yg terpuji mcm jodoh daripada Allah yang telah dinyatakan tadi....

Dan ada orang..eh bukan2...RAMAI orang berpendapat, bercinta @ couple adalah salah satu cara utk berkenalan sebelum bernikah....walhal, kalau nak nikah, xperlu amik masa kenal lama-lama...dan sebetulnya x perlu nak bercinta makan tahun lama2...tu sume mengundang jodoh dari apa sebenarnya?? [*maaf sy menggunakan point SYURGA CINTA]

itu kan sama mengundang jodoh daripada syaitan kalau kita melihat pada 3 jenis contoh yg ada dlm syurga cinta....hurm....bezanya....Contoh yg diberikan tuh Syaitan gemuk....kalo kapel2 dan cinta lama2 ni kira macam syaitan kurus la..=)
sebab jodoh dr syaitan gemuk smpai terlanjur tp kalau jodoh dari syaitan kurus x sampai terlanjur...tp still kaedah dan cara yg sama iaitu bercinta@berkapel...sama2 menempa dosa dan maksiat



Maaf jika berkasar dalam penulisan...sekadar berkongsi....apa yang saya kongsikan jika tiada dalil atau nas dari Al-Quran dan Al-Hadis, maka sesungguhnya ia still boleh ditolak...namun, jika berserta dalil...jangan sekali-kali menolaknya yer! Saya merayu sangat...agar kita tidak menentang hukum Allah!!

***iNi SekADaR LuAhaN daN PeRkOnGsiAn***

WASSALAMUALAIKUM