Tuesday, February 7, 2012

No Entry~

Assalamualaikum....

Saya ni bukanlah blogger yang aktif, namun saya seringkali berfikir dan adakalanya idea yang baik saya terfikir untuk dikongsikan bersama. Dan sering juga kemalasan untuk update blog. Biasa la geng! Malas itu memang satu anasir negatif dalam diri. Tapi jangan buang keMALASan itu......(pelik kan? kenapa jangan buang?)

Sebab Allah cipta setiap sesuatu berpasangan....Adanya lelaki, akan adanya perempuan. Ada jantan, ada betina....semua ada pasangnya....sifat juga begitu...ada gelap, ada terang....ada tinggi, ada rendah...ada rajin, maka ada MALAS....kerana itu sifatnya bagi makhluk! memerlukan pasangan untuk saling melengkapi..eh merewang jauh pulak! kesimpulannya malas perlu dikurangkan bukan dibuang terus.....

ramai org terlupa diri sebagai makhluk xkan sempurna...mana mungkin malas boleh dibuang? x logik...tp malas boleh dikurangkan....eh..sebenarnya ini bukan topik utama saya nak share....

Saya nak share berkenaan persepsi kita terhadap Rezeki....lebih berterus-terang persepsi kita sebagai Hamba kepada Tuhan. Ramai orang, bila melakukan sesuatu kerja, tidak kira perniagaan or whatever...mereka sudah pasti akan cenderung memikirkan tentang ganjaran atau DUIT, BONUS, INCOME dan sebagainya....dan menjadi kebiasaan manusia akan memandang material itu semua sebagai rezeki....xde income, maka xde rezeki!!!! KHOTO' JIDDAN-JIDDAN!!! (Salah sangat-sangat)....



Kalau kita menyempitkan ruang lingkup rezeki seperti....maka kita sebenarnya terlalu memandang rendah kepada TUHAN EMPUNYA DUNIA ini, Allah Azzawajal. Sepatutnya kita lebih terbuka melihat apakah pengertian rezeki itu.

Allah berikan kita hidup...mampu untuk bernafas....mampu berjalan ke sana ke mari...mampu belajar....mampu makan...mampu minum...mampu berbuat macam-macam...itu la rezeki tak terhingga...Rezeki itu nikmat....Maka segala nikmat itulah rezeki...baru betul hakikat pengertian rezeki...

Dulunya saya selalu berdoa, "Ya ALLAH, murahkan rezekiku, rezeki kedua ibubapaku, rezeki keluargaku"....namun xde pon duit dtg bergolek...usaha jua bisnes dan segala bagai...eh xde pon income besar RM31k...RM1+++ cash...RM5000...xdpt pon beli Mercedes Benz E240..xdpt pon beli BMW 5 Series.....Namun, saya sangat bersyukur bilamana saya muhasabah diri saya balik...yeah! Saya dapat hidup....menghirup udara segar! saya dapat belajar....saya sihat dapat bermain bola...boleh melihat...boleh mendengar...ada selera makan...boleh minum...itulah NIKMAT kurniaan ALLAH yang tidak ternilai....

Duit boleh kumpul...tp kalau buta dapat beli mata??? Duit boleh cari...tp kalau duit berjuta-juta, makan pon xselera...last2 selera pada ubat-ubatan je?? hurm...marilah sama-sama kita muhasabah semula...sebenarnya kita jangan terlalu nak kejar benda duniawi tapi hakikat nikmat yang sebenar kita lupa bersyukur...*saya cakap nih muhasabah buat diri saya juga...

Apa guna duit banyak...mampu mengubah 'cara' hidup keluarga...mampu sedikit bermewah...tp bila ALLAH tarik nyawa...xkan mampu juga nak beli kehidupan itu semula...saya bukan nak downkan semangat teman2 yg membaca entry ini...sekadar perkongsian....saya juga inginkan kemewahan..ingin hidup selesa...namun, selesa dlm sedar...selesa dalam beringat!!!

Kalau dalam nilaian rezeki itu terletak kemewahan...sudah pasti Nabi Muhammad dlu Allah dah jadikan seorang yang jutawan...hartawan yang mempunyai berbilion-bilion harta...tp Allah jadikan Nabi tidak kaya...kerana nikmat sebenar bukan pada harta...Nabi diberikan rezeki atau nikmat yang bersifat lebih mutlak dan hakiki...yakni Nabi dijanjikan Syurga yang terdapat dalamnya 2 sungai yang mengalir...

Sebagai pengakhiran bagi entry ini, saya simpulkan mcm nila...kita jadilah apa jua yg kita nak jadi...jutawan ka..hartawan ka...datuk ke menteri ke....jadilah!...ada kereta besar macam gajah ker..macam bas pon xpe...miliki lah! xde larangan pon...tp satu hal shaja...xperlu terkejar sangat harta dunia...nanti kita kecewa...buat sesuatu tu ikhlaskan diri...sambil2 niat nak dpt income,gaji or bonus pendapatan tuh xper..sebab tu fitrah manusia....cuma jgn state kan itu semata-mata sebagai rezeki kamu!!!! ayat ini agak kurang ajar sebenarnya....Contoh situasi, kita struggle buat satu perkara..then x dpt seperti yg kita impikan..then kita cakap "Takda rezeki...."..come on la...ayat itu seolah-olah menafikan Kuasa ALLAH YANG MAHA MEMBERI REZEKI....bila kita cakap 'xde' macam x buat...contoh...Ibu tugaskan Ali beli barang kat kedai..ibu kata, nnt dah beli letak atas meja..katakan perintah tuh WAJIB..tp bila ibu tgk atas meja xde brg tu..ibu tny Ali mana barang tu? Ali jawab xde...maksudnya ape? Ali x beli barang tuh....Ali x jalankan tugas...begitu jugak bila kita ckp xde rezeki.....sapa beri kita rezeki? ALLAH Azzawajal ! xde bermakna Allah x bagi rezeki kat kita...fuh! biadap sungguh kita pada Tuhan...Allah beri kita rezeki...mcm2 DIA bagi....cuma mungkin yg kita harapkan tak kesampaian..sebab ape? sebab itu BUKAN REZEKI KITA...thats the point!!!!! lps nih jangan ckp xde rezeki....

Harap tulisan ini tak menimbulkan kemarahan siapa2...dan x timbulkan kontroversi apa2...semoga ini menjadi perkongsian bersama...kita perlu beradab (nasihat utk saya)...kita perlu bersabar (nasihat utk saya)...kita perlu berusaha (nasihat utk saya)...kita perlu bergantung harap pada Allah semata-mata (nasihat utk saya)...kita perlu meredhai segalanya (nasihat utk saya)...dan tidak lupa juga KITA PERLU MUHASABAH DAN BERTAUBAT (nasihat utk saya)

*****lakukanlah perniagaan! kerana itu sunnah....letakkan first sekali, perniagaan itu SUNNAH....baru fikirkan ttng hikmah perniagaan iaitu 9/10 pintu rezeki dtg dari perniagaan...kalau letakkan hikmah tu dlu..maka SUNNAH tuh dilupakan....just tanam dalam diri, buat sunnah adalah meniru Nabi...Meniru perilaku Nabi dapat pahala, dan pahala balasannya insyaALLAH Syurga!

Amin

Wassalam

Saturday, February 4, 2012

PERNIKAHAN WAJAR DIPERMUDAHKAN



Assalamualaikum.

Mungkin isu sebegini seringkali meniti di bibir perbualan masyarakat umum terutamanya bagi anak muda zaman kini. Ada di antara mereka sebenarnya sudah mencapai tahap layak untuk mendirikan institusi masjid tersebut. Namun, segala keinginan mereka dilarang oleh ibubapa. Mungkin larangan terhadap anak lelaki menggambarkan bahawa mereka sebenarnya belum layak untuk memimpin keluarga. Kerana barangkali ibubapa melihat si anak lelaki mereka masih belum menunjukkan ciri-ciri yang meyakinkan bagi menjadi seorang suami lantas menjadi ketua keluarga.

Namun begitu, larangan ibubapa buat anak perempuan mungkin tidak tepat pada pandangan saya. Kerana sesungguhnya Baginda Nabi Muhammad S.A.W sangat menggalakkan agar para ibubapa mengahwinkan segera anak perempuan mereka. Jika sudah datang kepada mereka seorang lelaki yang diyakini iman dan ilmunya, maka seharusnya dinikahkan sahaja mereka itu. Sebagaimana sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abi Hatim Al-Muzanni katanya, telah bersabda Rasulullah SAW: “Apabila datang akan sekalian kamu orang yang kamu sukai agamanya dan perangainya maka nikahkanlah olehmu akan dia jika tidak lakukan nescaya jadi fitnah dibumi dan kebinasaan,” kata mereka itu: “Ya Rasulullah dan jika ada padanya sekalipun?” Sabda Rasulullah SAW: “Apabila datang akan sekalian kamu orang yang kamu sekalian sukai agamanya dan perangainya maka nikahkan akan dia, tiga kali.”

Sebaliknya hal sedemikian tidak berlaku di kalangan masyarakat kita. Ibubapa sering melihat bahawa anak mereka masih kecil dan belum matang untuk mendirikan rumahtangga. Maka, ditegah untuk berkahwin namun dibenarkan untuk berkawan. Namun, hubungan kawan itu lebih cenderung kepada cinta sepasang kekasih. Mereka dibenarkan keluar bersama dengan teman lelakinya untuk ke mana-mana sahaja asalkan mereka memaklumkan terlebih dahulu kepada ibubapa.

Secara tidak sengaja, barangkali bukan perkara yang diingini tetapi ianya tetap berlaku seperti berpegangan tangan, bercengkerama berdua-duaan dan sebagainya. Perkara ini dilihat biasa oleh masyarakat kita padahal hakikat pada sudut agama ianya sudah terang lagi bersuluh suatu maksiat dan berdosa.

Mungkin ibubapa terlepas pandang tentang perkara ini. Saya tidak sama sekali menyalahkan para ibubapa kerana tanggungjawab mendidik ummah terletak di atas bahu seluruh umat Islam. Namun, apa yang ingin saya kongsikan adalah lebih baik jika pernikahan atau perkahwinan dipermudahkan. Hanya dengan mengelakkan pernikahan, ibubapa sanggup membenarkan si anak melakukan maksiat bersama teman yang belum sah hubungannya lagi. Percintaan tanpa sebarang ikatan pernikahan umpama wang kertas yang terbiar. Barangkali ianya bakal dicuri atau ianya akan terbang ditiup angin. Keadaan seperti itu tidak menjaminkan apa-apa bahkan merugikan sahaja. Dicuri di sini adalah suatu yang dibenci yang juga sama seperti perkara dosa. Allah sangat membenci hambaNYA melakukan dosa dan maksiat. Manakala terbang ditiup angin dikiaskan kepada hubungan yang tidak kesampaian akhirnya putus di tengah jalan.

Justeru itu, cadangan saya adalah agar semua pihak meneliti hal ini dengan sedalamnya dan menukar persepsi kita terhadap pernikahan pada usia muda. Pada sudut rezeki dan bagaimana pengurusan kewangan selepas terdirinya pernikahan tersebut, saya kira adalah selayaknya kita menyerahkan urusan tersebut mutlak hanya kepada Allah S.W.T. Kita hanya berusaha, namun Allah jua yang menentukan segalanya. Kerana sifat Maha Pemberi Rezeki itu, maka Allah berhak memberikan rezeki dan nikmatNya pada seluruh umat manusia. Insya-Allah.

Catatan akhir : Peliharalah diri kalian daripada tergolong dalam golongan dayus yang membiarkan wanita-wanitamu (anak perempuan atau isteri) keluar berdua-duaan bersama lelaki yang bukan mahram. Tidak akan masuk syurga lelaki yang dayus (Al-hadis, boleh rujuk hadis riwayat Ahmad dan statusnya Shohih)

Thursday, February 2, 2012

[Copy] KAHWIN CARA MELAYU ATAU KAHWIN CARA ISLAM?




Apa yang ingin dikongsikan adalah sebuah artikel yang menarik tentang perkahwinan muda mudi.

Ini adalah kisah seorang gadis yang berfikir di luar konteks minda masyarakat Melayu sekarang. SYABAS buat gadis tersebut dan suaminya!!!

Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya.

Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.

Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi dan dibuat sebagai IBRAH bersama.

BACALAH!

**********************************************
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar.

Jadi, mengapa berkahwin?

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin.

Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain.

Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri.

Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang.

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin.

Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.

Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali.

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K.

Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki?

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi.

Hantaran, majlis, belum baju, pelamin.

Tapi cuba fikir, perlu tidak?

Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada?

Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan.

Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding?

Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama.

Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah.

Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500.

Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar?

Harga lampin pakai buang?

Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting?

Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.

Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram.

Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu.

Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal.

Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri.

Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta.

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri.

Buat apa menyusahkan suami?

Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda.

Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda.

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa.

Berkahwinlah!

Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

***************************************************************************

Betul tak apa yang dia kata tu?

Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir hayat.

Cuba fikir mana lagi penting?