Wednesday, April 29, 2009

Islam Untuk Semua

Memulakan penulisan ku kali ini dgn menyebut Nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sungguh kecewa hati dan sanubariku kerana kerap kali menerima jwpn yg sama drpd teman2. Satu ketika dulu aku pnh mengajak teman2 ku yg kukenali ketika di bangku sekolah* (nama sekolah dirahsiakan) utk menyertai sebuah persatuan ISLAM * (harap maklum....ianya bukan berbentuk jemaah, tp sekadar persatuan ISLAM) ..tp jwpn yg sgt mendukacitakan yg aku terima...*aku bukan bdk badar dulu ketika sekolah..*aku nih lagho la skrg....*aku bukan macam kau (kononnya merujuk kpdku)...dan macam2 lagi...aku rase nak jer tampar mulut org-org yg beri jwpn cmtuh...

Fine la kalau xnak sertai persatuan ISLAM itu kerana ada komitmen lain yg lg besar....tp jgn la berikan jwpn –ve mcm tuh..ingat ape???ISLAM hanya utk org2 badar jer ker????ISLAM hanya utk golongan ustaz je ker???haa...skrg kalian jawab la sendiri pertanyaan aku nih...xperlu menzahirkan jwpn kalian tuh kat aku....kerana aku da tau jawapn yg paling tepat utk pertanyaan macam nih...

ISLAM milik kita semua yg mengaku diri sebagai seorg Muslim...Nabi pernah bersabda yang bermaksud “BARANGSIAPA YANG MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH, MAKA DIA MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB (WAJIB) MENYAMPAI AJARAN ISLAM” – dah puas ati ngan jwpn Baginda Sallallahu A’laihi Wasallam?...xpuas ati lg terpulang la kat kalian....

Ada satu kisah dulu ktika aku belajar kat Perak, waktu tuh aku ada jwtn dlm organisasi pimpinaan pelajar....adalah jawatan yg agak penting sket...memegang portfolia seorg agamawan...then ade la silap aku wat time tuh...huh, aku trus kne point “Apala ko nih Exco ****** wat cmnih...” aik??? Hanya kerana aku seorg exco??? Abes kalo aku bkn exco bermakna leh la aku wat jahat?? Nih jwpn yg aku x suka skali dgr..gne point jwtn....heh! x kebulurlah aku nak kan jwtn tuh....ape?? ingat exco2 badar tuh xleh wat salah sbb dier exco ker??? Bukan sebab dia seorg Muslim ke sptutnya asbab dia xleh wat salah?? *(salah yang aku maksudkan di sini adalah berbentuk ngumpat ker...mencuri ke...menipu ke...dan apa2 sekalipun yg ajaran ISLAM menganggap ianya salah)

Nape aku tulis cmni kat entri kali nih??? Nak tau ke sbb pe...jwpn kebanyakan org sikit2 ckp diri sendiri x baik...lantas xleh buat baik....ade yg cover kesilapan diri sendiri dgn merendah2kan diri...sehinggakan x rasa diri tuh da wat salah...kalau la aku ade satu mesin yg dpt basuh semua pemikiran org2 macam tuh da lama da aku bsuh sorg2 kalo aku jumpa....bukn point kan sini dia baik ke, dia jahat ke...tp bilamana dia ISLAM, dia kne jd baik....gangster2 pon kne baik....anda rasa anda gangster???? Sape lagi gangster dan otai besar??anda ke SAIDINA UMAR AL-KHATTAB?? Jawab!!! Beliau seorg taiko besar yg digeruni pd zaman Nabi dulu...tp baik + soleh....anda pula gangster yg mcmne?? * (ditujukan kpd org yg bajet gangster)

Gangster nya anda sampai xperlu solat...wah, itu lagi gangster dr MALAIKAT MAUT...lagi gangster dr Khalid Al-Walid..lg gangster dr pahlawan-pahlawan ISLAM dahulukala...senang kata gangster sgt la tuh smpai leh cabar TUHAN...tp sedar ke diri tuh???? Haa...jawab la....sedar ke x diri tuh sape??? Hamba tugasnya berkhidmat pd Tuannya...sape Tuan kita???? Tentu sekali ALLAH Taala......so berani plak kita lawan ALLAH....

Berbalik pada point asal aku terlintas nak tulis entri nih....ku nak STATE KAN smula ISLAM milik semua muslim bukan milik golongn tertentu jer....usah bicara hal besar-besar...setelkan kewajipan diri sendiri kepada Tuhan pun dah sungguh bermakna dah..hadirkan la diri kita ke arah itu....aku ckp nih bukan la sbb aku bajet bagus....tp aku agat terpukul jgk la bilamana org anggap kerja ISLAM utk ustaz...lantas org-org awam xleh sentuh hal-hal agama...mane boleh!!! Kita wajib amik tahu...urusan diri of coz amik tau...urusan saudara seISLAM pun wajib gak amik tahu....Nabi nak berikan syafaat pd seluruh umatnya bukan kpd Agamawan smata-mata....fikirkanlah....

Aku bukanlah sape-sape yang mampu membetulkan keadaan yg semakin mengeruh bak air keruh ini...tp at least sensitiviti ke arah itu berjaya aku timbulkan...kalian boleh la fikirkan maksud tersirat aku ini...ISLAM milik semua....engkau budak badar ke...exco badar ke...hatta presiden badar pon tugas pendakwah ttp sama dgn org-org yang bukan badar...dan mungkin org-org berjawatan ni ada kewajipan yg lebih spesifik utk laksanakan portfolia jwatan mereka itu....

N lain-lain pula tntg jemaah ISLAM * (asalnya xde niat nak sentuh bab sensitif nih...tp sila lapangkan minda anda) Sertai jemaah WAJIB * (jemaah yang benar..yang sesat buat apa)...eh, ayat td x abes lg...tp perjuangan sebenar bukan utk jemaah....aku amik contoh....kalau perjuangan jemaah anda itu tidak bersesuaian dgn keadaan anda berada....jadi perlu ke lg duk dlm jemaah tuh????jwb la...pandangan anda btul...kerana pandangan org tuh sumer btul...xde pandangan yg salah pun...cumanya aku nk beri pandangan...kalau boleh murnikan method perjuangan jemaah anda bersesuaian dgn keadaan semasa....tp ingat perjuangan dakwah sbnrnya bukan utk jemaah....***utk perbincangan hal jemaah ni aku post utk entri seterusnya la, itupun kalau aku ingat...ada lagi sensitiviti yg sgt-sgt ku ingin ketengahkan utk kalian yg sudi membaca sama-sama fikirkan
Wassalamualaikum......

Monday, April 27, 2009

Pesta Ragbi Alumni Kisas : KISAS WARRIOR~



Gaya warrior sebelum beraksi...inilah gaya tibanya kami para pemain di padang polo kisas..haha...ku mengiyakan padang polo kisas bak kata my senior...hee



ni plak jejak kasih warrior kisas batch ku...ahaha~



Walaupun sekadar satu hari bemain ragbi di kisas, namun kami berasa sangat berpuas hati. Kami berjaya membentuk team gabungan batch 05 dan batch 06. Sememangnya warrior sejati. Gaya pasukan harapan walaupun terdiri drpd pemain-pemain pencen. hehe....



Gambar di atas adalah setelah kami beroleh kejayaan. Bagi warrior seperti kami (perasan warrior..haha), tiada maknanya kemenangan tanpa kegembiraan. Justeru itu kami menunjukkan wajah-wajah ceria menampakkan kami sebenarnya kasi can kpd batch adik-adik..hehe



di kesempatan ini juga ku mahu tunjukkan 'rumah tumpangan' kami letak barang-barang ketika game ragbi itu. haha,...mcm bilik persalinan pun bleh la...mmg smart 'stor' barang-barang nih...hijau!!!...(jgn marah yer empunya kereta..hehe)



ni plak ketika penyampaian hadiah...team leader merangkap pengarah program menjadi tunjang utama sedang menerima medal drpd presiden alkis sendiri...kesimpulan di sini, jelaslah dier nih bakal presiden alkis..haha



Bergambar dengan presiden alkis (alumni kolej islam) sekadar utk merakamkan bahawa pesta ragbi kali ini mendapat sokongan penuh dr alumni..terima kasih kepada semua yg terlibat

Wednesday, April 22, 2009

Jiwa muda........

Jiwa muda....
Mengapa kau tertipu?,
Begitu mudah mengikut hawa nafsu,
Jangan sesekali menjadi dungu...

Jiwa muda....
Katakan kau belum bersedia,
Dan sememangnya kau belum bersedia,
Untuk mengotakan janji pada si dia,
Membina istana kehidupan bersama.....

Jiwa muda....
Jangan sesekali memerangkap diri,
Dengan janji yang tidak pasti,
Sebelum kau membentuk diri,
Menjadi pejuang yang sejati....

Jiwa muda....
Ku sangat mengerti apa di dalam fikiranmu,
Kau memikirkan tentang perjuangan yang satu,
Memenuhi dada dengan ilmu,
Sekadar mana yang engkau mampu...

Jiwa muda....
Ku juga sangat mengerti,
Hajat dan cita-cita di dalam hati,
Menjadi pemimpin pada suatu hari nanti,
Namun, hendaklah mengikut syariat yang digariskan ILAHI....

Jiwa muda....
Sebelum semuanya tidak berjaya,
Sebelum kau sendiri kecewa,
Haruslah kau terlebih dahulu membuka mata...

Bangkitkan semangat dan kesungguhanmu,
Kau pejuang agama dan bangsamu,
Kaulah juga bakal ketua rumah tanggamu,
Kaulah penentu siapa kelak dirimu,

Agar kau tidak kecewa........
Maka, bangkitlah....
Sedarlah dari mimpimu....
Buaian itu kelak akan berhenti....
Baik kau bersedia sebelum ianya terhenti sendiri....
Kau masih belum layak memiliki si dia sekarang....
Lupakan dahulu semua janji-janji palsu itu...
Maka, katakanlah pada si dia....
KAU MEMPUNYAI PERJUANGAN YANG MASIH BELUM SELESAI...

Laksanakan ia agar kelak kau berpuas hati...
Sedarlah...
Tidak ada gunanya kau leka dan alpa sekarang...
Kelak kau akan menyesal...
Fikir-fikirkanlah wahai sekalian jiwa muda....
Masa tidak menunggu kita...

(nukilan penulis bertarikh 23/4/2009 jam 3.47 pg-waktu Malaysia)

Monday, April 20, 2009

APA ITU CINTA?~



Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.

Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta

Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.
Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta. Untuk mengetahui dengan lebih dekat,kita perlulah tahu sifat-sifat cinta ;

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui

Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempersona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagai-mana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bilabercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri.Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jikaanda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawabukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda?
Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai.Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
- Saidina Umar Ibnul Khattab –


(copy paste drpd idea asal; kias_fansuri)

Kisas Warrior~



Gambar ini diambil ketika mana sidang redaksi menjalankan tanggungjwb mereka utk menyiapkan majalah sekolah....dgn membuat aksi2 bengis dan ganas...kami bersedia utk dirakamkan gambar....namun, bg pemerhati gambar yg profesional...pasti akan kelihatan kontrayg tidak seimbang di sebelah kiri...yeah, seorg itu berbaju biru...maka harus berhati-hati dgn si berbaju biru itu....bahaya + pengganas +pelik +aneh + ganjil...semuanya dia...

Gambar kontijen ragbi ini merakamkan barisan2 warrior kisas ketika zaman klasik 2006...ketika skola itu blum bergelar kluster...kami adalah warrior generasi terakhir sebelum kluster...kini sudah bergelar kluster...penulis tidak tahu bagaimana keadaan warrior zaman kini...

Walaupun gelaran warrior nih ciptaan penulis semata-mata, tp tidak salah utk berlagak warrior....walaupun sekadar naib johan utk daerah klang, namun barisan2 warrior ini tetap berbangga dgn latihan hny 3 hari sebelum pertandingan...tahniah utk kami (xde org nak ucap tahniah, jd penulis ucapkan sendiri..hehe)

Sukan yg dimaksudkan adalah sukan ragbi....walaupun di peringkat sbp, kami tidak menunjukkan kegarangan kami...namun, sukan ini mengajar kami bermain dgn jiwa besar 100%...wahh...ntah ape2...si pembaca mesti bosan dgn entri ini...maafkan sy...luahan hati shj.... apa2pun kontijen ragbi a.k.a kisas warrior terrrrbbaiikkkk~

Buang tebiat???....



Kebiasaannya org mempunyai hobi pd waktu lapang..ada org akan membaca, ada org mengumpul setem...tidak pelik juga sekiranya bermain bola itu dijadikan hobi..makan? boleh jd hobi jgk kot.itu semua biasa...tapi sy agak berbeza dr hobi-hobi kebiasaan umum itu...hobi sy ni bukan hobi sebenarnya...lebih tepat sy katakan buang tebiat...knapa?

Kalian boleh lihat gmbr2 edit yg sy buat...tp jgn fikir macam suda la...editnya gambar itu suka-suka shj...tiada kaitan pon dgn kekacauan jiwa ygdihadapi oleh kebanyakan belia era moden....

Tp jauh di sudut hati mungkin ter’edit’nya gambar itu ade kot kaitan dgn apa yg sy fikir...mcm2...nak jadi hebat....nak punya itu dan ini....dan macam2 lagi...tp x salah kot edit2 gamba itu...haha...dah xtau nak buat apa...bukan saje2 nak buang masa....tp adakalanya manusia itu mestii buat perkara2 pelik kan? Jawapan kalian sy x pasti....tp jawapan sy pasti “YA” kerana mana ada org nak jatuhkan diri sendiri, btul x?...terpulangla nak jwb tidak pon...yg pasti sy tetap “YA”..hehe

Pelik jugak ahmad muzakkir ni...(perasan...ckp sorg2)...teringat panggilan seorg rakan sekelas ketika sy masih bergelar pelajar KISAS dahulu...rakan itu seorg muslimat...tp dia menggelarkan sy seorg ketua tingkatan yg PELIK...terima kasih kpd rakan tersebut...baru sedar sy nih pelik...hehe...

Tp pelik dan ganjil itu bukanlah masalah bukan??? Mengikut sirah, kedatangan Islam pd mulanya dulu juga satu perkarayg pelik dan ganjil buat masyarakat....tp point itu xde kaitan dgn kepelikan sy nih...insan istimewa barangkali...(jangan pikir bukan2..haha...)

Bualan kosong semata-mata. Maka sy mengakhiri entri ini dgn noktah “.”

Saturday, April 18, 2009

MALAS.....Al-Quran diabaikan....



Mengapa tajuk ini pula yang menjadi isu utk entri kali ini? Sila baca sekiranya mahu mengetahui....bagi anda yang tidak mahu mengambil tahu, di sudut atas kanan terdapat tanda “X”...sila klik dan blog ini akan hilang pada penglihatan anda.
Sy tertanya2 pd diri mengapa Al-Quran yg WAJIB dibaca dan diamalkan itu tidak terlekat dek hati-hati golongan muda. Saya tujukan entri kali khas kpd semua yg menyedari dan mahu menginsafi dan dlm masa yg sama utk renungan diri sy yang juga alpa ini.....

Sejak di bangku sekolah lagi, ustaz2 dan ustazah2 selalu mengingatkan sy bahawa membaca Al-Quran memberi ketenangan di dalam jiwa....jiwa resah, Al-Quran pasti setia menemani...jiwa gundah gulana, Al-Quran juga pengubatnya...namun dek kerana MALAS, habis semangat itu....hancur luluh amalan yg dipertahankan sejak di bangku skolah lagi....mengapa????



KERANA diri ini lalai....diri ini hina dina lagi dusta belaka....sebuk tengok bola...sebok study...masa yg ada entah apa kita guna....Al-Quran sepatutnya sahabat karib...tp telah diperlaku seperti kawan yg jarang2 shj disapa...itu pun ktika malam jumaat utk membaca surah Yasin (kalau baca...kalau x? Sgt bongkak dan angkuh kita ni...Astaghfirullah)



Ketahuilah, sesungguhnya musuh Islam tidak pernah takut dengan kita lantaran:

Kita tidak membaca al-Quran
Jika membaca sekalipun, kita tidak memahaminya
Sekalipun faham, kita tidak beramal
Sekiranya beramal, ia tidak menjadi
Jika menjadi, ia tidak elok
Malah jika elok, ia pasti tidak bertahan lama...


Sukarnya mencari jiwa yang benar suci dengan alunan Al-Quran, jua difahami serta pengamalan menjadi dan berterusan.....

Berikut adalah petikan yang telah dicopy drpd blog Ustaz Dzul (Presiden GAMIS 08/09)

Tujuh tuntutan yang terdapat dalam GEMA Iqra’ ialah:

“Hendaklah kamu sentiasa membaca al-Quran”
“Hendaklah kamu memperbetulkan bacaan al-Quran”
“Bacalah dan fahamilah makna dan inti pati al-Quran”
“Hayati dan beramallah dengan seruan al-Quran”
“Bacalah al-Quran sehingga kamu mampu mengajarkannya”
“Bacalah sehingga al-Quran menjadi bahan bacaan massa”
“Martabatkan al-Quran sehingga ia menjadi dasar dan perlembagaan negara”.




Mana perginya golongan yg akan memartabatkan Al-Quran?? Sy malu untuk mengaku kerana sy bukanlah tergolong dalam golongan itu....anda bagaimana??

Sudahkah kita memperbaiki bacaan Al-Quran kita??

Lembutkah lidah kita untuk selalu mendendang alunan Al-Quran sedang lagu2 hatta nasyid sekalipun sudah sebati dengan lidah kita?

Bagaimana pula penghayatan kita dengan isi kandungan Al-Quran?

Kalian yang membaca, sila ambil perhatian...Al-Quran adalah sumber segala ilmu...ilmu kimia, biologi, fizik, matematik dan lain2 nya semua terkandung di dalam Al-Quran, cuma kita perlu kaji utk perolehnya...

Justeru itu, sy mengajak kalian semua kembali kepada Al-Quran. Zaman para sahabat, tabi’ tabi’in dahulu, kuasai Al-Quran dahulu baru ilmu lain2....Perubatan, matematik, astronomi dan lain2 sumer mereka berjaya terokai setelah menguasai Al-Quran. Kita pula bagaimana??? Tepuk dada tanya iman.....

Tuesday, April 14, 2009

Ya Toybah


MyCartopia.com Click here to get one

LELAKI PILIHAN...

1-Kuat agamanya..
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya..
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah..
Tidak pernah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah..
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros..
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya..
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon lelaki soleh.

7-Terbatas pergaulan..
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya..
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab..
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajahnya..
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya...

LELAKI YG BAIK UTK WANITA YG BAIK...

Keistimewaan wanita


Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita. Istimewanya Wanita :

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W. "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi
Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

(maklumat ini di copy paste drpd sumber yang boleh dipercayai)

Masjid di matrikulasi terbaik....haha

fuh3...jam menunjukkan pukul 4.57pg...bertarikh 15 april 2008
pe kes ku xtido lg nih?...haha..tgok bola..tp my favourite team
tersingkir...it's ok to me...minat bola sepak aku bkn skdr teori
yg hanya minat pd team EPL semata-mata....yg penting aku pon power gak
maen bola..

huh...saat-saat sunyi mcm ni la mula aku teringatkan kenangan2 lama...adeyh
kenangan di maahad muhammadi, kenangan kat kisas....kenangan kat mtrx perak..
so alang2 dah terkenang nih baik ku rakamkan terus perasaan kenangan ini kat blog
hehe...teruskan pembacaan anda jika sudi...kalau x sudi xmengapa la kan?...huhu

aku prefer nak ceritakan hal berkenaan matrikulasi perak...bila sebut mtrx perak (kmpk)
xlain x bukan tmpt yg paling byk memori indah bersama rakan2 adalah Masjid Al-Maghfirah...kalau bilik hanya kenangan dengan roomate shj...so, ku citerkan pengalaman di masjid kmpk...



gmbr di atas adalah gambar masjid kmpk....sgt cantik kalau kalian melihatnya life....di sana terdapat sebuah kolam ikan yg hijau colour air nya..haha...(mmg hijau, so aku jujur je la ckp...hehe)

Ku tringat lg ktika minggu orientasi pljar br...ketika itu ade seorg sahabat yg menjadi imam masjid tersebut...nama nya syiekh Hafizuddin (ex-izzudin, ipoh)...bacaannya sgt baik..makhraj yg kemas...ketika itu aku sendiri berasa rendah diri walaupon aku jg seorg pelajar agama...

tp hanya beberapa ketika jer hafizuddin belajar di sana..then dia berpindah....ktika itu msjid kmpk mula mengalami krisis....kerana ajk2 masjid kebanyakannya terdiri drpd bukan plajar skola agama...mana perginya pljr skola agama seperti aku???(ketika itu aku sgt slow...hehe)...bkn la di sini ku mahu memperkecilkan pljr bkn drpd skola agama...(islam bkn milik ustaz...atau pljr yg mempunyai basic agama...sebaliknya...ia milik semua ummat)...tp suasana nya agak berbeza jika pimpinannya pelajar bkn drpd skola agama....ada sbnrny bdk skola agama...tp mereka xmenyerlah dlm siasah di sana....(harap paham point yg disampaikan...)

maka berlakulah bermcm2 situasi....perang saudara telah meletus...wahh..sukar dan seksa untuk ku ingati kembali suasana ketika itu....haha....percanggahan pendapat...salah faham...iyah...lantas suara hatiku meronta2 utk menyibukkan diri dlm permasalahan itu...kononnya mahu jd hero.....nahhh....akhirnya ku terasa terbeban jua....

dipendekkan cerita aku telah dilantik sbgai amir di masjid...drpd situasi yg sgt kompleks...namun ku ringkaskan ianya menjd itu.....barulah ku sedari apa sebenarnya berlaku...mahu ku perbetulkan adalah sukar...ku bukan hero sejati...ku adalah hero bidan terjun yg memaksa dan dipaksa..akhirnya ku dpt membetulkan simpulan yg telah ku simpulkan dahulu.....rupanya pihak yg ku duduki bukan la sentiasa benar....org politik mmg mahir berpolitik...meluaskan pengaruh sehingga buta mata org yg berada di bawahnya....(ayat sgt sastera)

namun perkara tersebut ku anggap sebagai kenangan semata-mata...tidak mungkin adalagi pengalaman sperti itu nnt...yeah, ku bersyukur....ALLAH ketemukan pengalaman krisis dlm organisasi yg sgt kritikal...Alhamdulillah, dlm kancah permasalahan itu juga....mampu juga organisasi yg ku pimpin melaksanakan port folio...aku sekdr menyambung port folio itu...jd, tiada janji apa2 pon aku taburkan pd pelajar2...
hanya meneruskan port folio...

kini aku di utem, melaka....merindui saat2 itu lagi.....kenangan akan suasana menjadi imam solat tarawikh...kenangan memberikan tazkirah di masjid...agak ramai pendengar celoteh ku ketika itu..(harap input bermakna yg ku perkatakan...)
menjd imam ktika itu adalah satu tanggungjwb bg ku...kini tidak lagi....aku sudah berubah....

Maka ku menadah tangan memohon keampunan kepada-NYA agar dikurniakan jiwa yg tenang serta semangat utk terus istiqamah dlm amal ibadatku...AMIN~

Monday, April 13, 2009

Knapa....bicara hati~

Dewasa kini,
Mehnah dan tribulasi semakin rancak...
semakin membebani jiwa-jiwa muda yang sedang belajar....
membebani jiwa-jiwa lama yg sudah bekerja...
kala itu jugalah tercetus pandangan drpd si penulis yg hhina ini juga,
hhuhhuhu...ayat xleh bla...

Ingin sy berbicara tntg masalah pemikiran yang dialami oleh mahasiswa dan juga mahasiswi di Malaysia..hal apa?..Politik...yeah~

Kenapa perlu utk sy utarakan di sini masalah2 tersebut?
Hujahnya di bawah

1)Masalah pemikiran berkenaan politik mmg sgt kritikal di kalangan mahasiswa/i. Bila kita cakap,kita (mahasiswa/i) pewaris bangsa Malaysia...iyakah? politik x amik tahu?
usahkan bicara tentang pewaris bangsa...

2)ni blog utk sy luahkan pendapat...jd tidak salah rasanya utk memberikan pendpt mengikut acuan sy...haha..bkn la bgus sgt utk berkata-kata...tp skadar berpendapat

3)Era arus perdana, politik semakin kelam-kabut...justeru itu...tidak ada salahnya sy menyemakkan blog dgn hal2 politik tanah air.

Ok...sy tidak mungkin sama skali menyebelahi mana2 parti politik di dlm entri kali ini...kerana sy yakin pasti ada pembaca2 yg berbeza pegangan dan ikutan...(yg tidak bercanggah dgn agama).....justeru itu, suka sy mengatakan bahawa masalah pemikiran di kalangan mahasiswa sgt truk

Mahasiswa/i telah melupakan bahawa sistem demokrasi di Malaysia menjd tunjang utama tampuk pemerintahan di Malaysia..sudah menjd kewajipan bg mahasiswa/i yg cintakan tanah air ini utk mengambil tahu sedikit sbyk hal2 berkaitan politik

Isu politik itu kotor....yes...mmg politik sekular itu kotor...politik yg terbaik adalah ketika zaman Rasulullah..tp ini bukan bermakna kita trus tinggalkan dunia politik zaman kini....Ada sesetgh org trus membawa diri jauh dr politik...tp dalam masa yg sama berbuih2 mulut bicarakan tntg perjuangan agama, perjuangan bangsa...
tp hal politik terus tolak tepi????apa crite nih??

Justeru itu....sy sgt mengharapkan agar mahasiswa/i serta muda-mudi anak watan bangsa...bangkit dann sedarlah...adakalanya kita perlu sedar dr mimpi indah...berpijak du bumi yg nyata....bahawa Malaysia memerlukan keringat dan tenaga kita utk disalurkan kpd pimpinan negara...

sy bukan mahu menghasut utk menyokong mana2 parti politik...tp sekadar ingin mengajak semua mahasiswa/i,muda-mudi utk menyedari akan hal ini adalah sgt penting...utk tujuan menyokong mana2 parti itu...terpulang kpd anda sendiri yg menentukan...
Usah bicara abes lebat, tp apapon xtau hal2 politik...

Sekadar ini shj...

Thursday, April 9, 2009

Info

Perhatikanlah wahai umat yang budiman...berikut adalah balasan bagi mereka-mereka yang tidak menjaga solat mereka..Solat adalah tiang agama..tanpa tiang, mana mungkin terdiri nya ajaran agama di dalam diri seseorg itu..justeru itu,sgt lah ditekankan di sini agar kita semua menjaga ibadah tersebut.InsyaALLAH

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:


Subuh:
Dijauhkan cahaya muka yang bersinar..

Zuhur:
Tidak diberikan berkat dalam rezekinya..

Asar:
Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan..

Maghrib:
Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

Isya':
Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.

Ukhuwah....

Sebut ukhuwah...org selalu ckp ukhuwah mantap
Sebut ukhuwah...org kaitkan ngan ahli masjid@surau...
Sebut ukhuwah...org ingat org baik-baik je berukhuwah...
Sebut ukhuwah...org pasti x pandang pada golongan yg slalu wat onar..haha

Tp kat sini suka utk sy berkongsi sedikit pengalaman yg barangkali kita boleh sama-sama merenung bahawasanya slama ni kita pernah tersalah anggap.

sebentar td sy baru shj terjaga drpd tidur. Sy check msg di handphone...ada msg drpd seorg sahabat sama ketika bersekolah rendah..dia nak fly ke france hari isnin nih...dulu pon de msg dr kwn nak fly US..(skrg kat US)..bila dpt msg cmtuh sy rasa sgt terharu..sbb msg dr shbt yg bnar2 rapat dgn kita...cuma peluang mereka je dpt blaja di luar negara.

Aik,pa kaitan dgn ukhuwah plak???haaa...ni la point sbnr nak bgtau...bila kita ckp psl ukhuwah msti ingt org yg selalu cntct...org yg baik2 je terlibat...sy pon dulu pk gk cmtuh...tp bila sudah masuk mtrx dulu..then kat utem...pergh, adakalanya sy rase kawan2 yg rock2 sket nih lg ber'ukhuwah' dengan lebih mantap...percy atau x? itu kalian boleh survey sndr...sy ckp berpandukan pengalaman diri sendiri...

usah la diceritakan satu persatu...tp yg pasti mmg ade kebenarannya kat situ...tp ini x bermaksud kawan2 skola sy langsung x mantap ukhuwahnya...itu jgn salah faham...di kalangan kawan skola dulu pon ade gk yg still sy cntct,mantap jugak ukhuwah kami...eh, point yg still cntct pon x smestinya mantap ukhuwah...dgn kita mndoakan shbt2 kita setiap kali selesai solat pon masih dlm konteks ukhuwah lg...btul x?

Sy selalu berfikir,alangkah baik sekiranya semua org mengenali diri sy...dlm erti kenali diri dgn sifat2 sbnr...maka xde la timbul umpat atau mengata...haha..tp x logik la smpai sumer org suka kita...Nabi Muhammad Sallallahu A'laihi Wassallam dulu pon ade jer org x suka dier...so fikiran sy td sekadar berfikir je la...haha (bahasa terabur)

oleh itu, wahai pembaca yg budiman.....change ur mind setting...ukhuwah milik semua,tetapi melalui ketetapan ALLAH Taala...utk menawan hati org kne la pohon drpd-NYA..nak baik ngan org pon kne doa pd ALLAH jgk...sbb DIA lah yg memegang hati-hati manusia nih....heyh, bdk wat onar pon tau berdoa tau,haha..so adakah ukhuwah still milik org2 baik????fikir-fikirkanlah~

Lelaki dan wanita...

Firman Allah Taala di dalam Al-Quran (Surah An-Nuur : 30) yang bermaksud ;
"Katakanlah kepada Orang Mukmin (laki-laki), hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka, dan hendaklah mereka menjaga kemaluan mereka....."

Firman Allah Taala tersebut telah disusuli juga peringatan Allah kepada wanita, (Surah An-Nuur : 31) yang bermaksud ;
"Dan katakanlah kepada Mukminat (perempuan), hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka, dan hendaklah mereka menjaga kemaluan mereka....."

kedua-dua ayat tersebut ada perkaitan yang sangat mendalam. Ulama' membahaskan bahawa ayat tersebut amat-amat penting kerana Allah sendiri telah men'spesifik'kan peringatan itu kepada golongan Lelaki dan golongan Wanita.

Adapun ayat peringatan kebiasaannya, Allah telah menisbahkan ayat suruhan @ perintah kepada Lelaki semata-mata tetapi ia termasuk juga utk wanita.Seperti perintah Allah Taala utk berpuasa yang bermaksud;
"Wahai orang-orang yg beriman, hendaklah kamu semua berpuasa pada bulan Ramadhan...."
dr segi bahasa 'org beriman' itu sebutan utk org beriman (laki-laki), namun begitu wanita juga termasuk dlm ayat perintah tersebut.

Berkenaan semula kepada 2 ayat yang telah dinyatakan di atas. Allah mengaitkan 'MENUNDUKKAN PANDANGAN' dengan 'MENJAGA KEMALUAN'. Apa kaitannya?... Ulama' Tafsir membahaskan, setiap kelakuan yang berkaitan dengan terangsang (kemaluan) adalah berpunca daripada pandangan.

Sedar atau tidak, seseorang itu akan mula terangsang apabila matanya melihat sesuatu yang menaikkan syahwat. Maka tindakbalasnya akan berlaku pada kemaluan. Hal ini adalah bertepatan dengan 2 ayat Al-Quran yg dinyatakan di atas itu tadi. Maka adalah menjadi hukum WAJIB sangat-sangat kepada seluruh umat yang mengakui beriman dengan Al-Quran utk mentaati ayat perintah Allah Taala tersebut.

Oleh itu, suka utk saya ingatkan diri saya mahupun pembaca sekalian. ALLAH telah menegur seluruh umat (fokuskan lelaki mahupun wanita) utk menjaga pandangan dan kemaluan (Maruah). So, sama-samalah kita mengambil pengajaran wahai manusia yang mempunyai akal jika kamu tidak mahu melihat generasi Islam kian hancur. Wallahu a'lam

Tuesday, April 7, 2009

Best Nasyid


MyCartopia.com Click here to get one

Muhasabah



Lahirnya manusia bermula daripada FITRAH

Solat : Bagaimana penghayatannya?....(sambungan huraian hadis)

Bila kita menyebut tentang solat....pasti akan terbit lah dalil Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam yg bermaksud:
"Solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat"

Tapi pernah terfikir ke kita bagaimana solat Nabi? Dalam Al-quran terlalu umum cara penerangan solat...SUJUD dan RUKU'...oleh sebab itulah perlu atau dalam erti kata lainnya WAJIB mendekati alim ulama' kerana mereka pewaris Nabi...dan dalam konteks mempelajari ilmu utk solat ini, mereka lebih layak menjadi rujukan.

Namun, penghayatan solat itu sekadar nama semata-mata..theory but not practical...kalau praktikal sekalipun penghayatannya tidak ada...Kita sering membaca ayat Al-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya solat itu mencegah diri daripada melakukan perkara keji dan mungkar"

Namun, kita lihat di kala ini, yang menimbulkan masalah juga kebanyakan besar adalah orang Islam itu sendiri...x semena-mena Islam juga buruk nama...Maka golongan tersebutlah yang dimaksudkan oleh ALLAH dlm Al-Quran :
"Maka celakalah orang-orang yang solat (tidak menghayati apakah itu solat"....Nau'zubillahi min dzalik.

Itu satu hal...satu hal lain yang lagi kritikal...golongan yang meninggalkan solat terus..ini lagi bahaya...

Hadis Nabis yang bermaksud :
"Beza antara orang Kafir dan orang Islam adalah meninggalkan solat"

Jadi mana-mana umat Islam yang meninggalkan solat itu, apakah status mereka???sama-samalah kita berdoa agar golongan tersebut diberikan Hidayah dan Taufiq oleh ALLAH Taala.Semoga ilmu ini dikongsikan bersama-sama. Wallahu a'lam.

Pemberi peringatan

Jenis Syaitan yang goda manusia:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk
terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada
minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa
kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,umpatan dan
apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim

(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,
Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suamiisteri
bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan
solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Dan ini yang tambahan.....

10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah
Klang, Singapore, Beijing &..... Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.
Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu
sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.
Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

11. Hindusetan
Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu
sembahyang,maseh menyonggol depan tv.....kapala keluar tanduk, tak sedar.......jadi lah hindusetan !!!

Semoga ambil i'tibar drpd entri kali ini

Monday, April 6, 2009

ku mengharap.....

Selepas habis sahaja kelas Tech com td...sy dan aiman segera ke klinik komuniti...klinik kerajaan lg saving...xde charge yg membebankan....kalau berbayar pun sekadar rm1...Trima kasih kerajaan MALAYSIA..(bkn pd BN yer....tp kerajaan MALAYSIA)

sesampainya sy di klinik itu...seperti prosedur bg mana2 klinik atau hospital, mahupun apa2 urusan formal pun...pasti kena ambil no giliran...maka ambillah sy akan no giliran tersebut...huhu..(ayat agak skema...mmg terrbaik)

Tunggu la sy di tmpt menunggu sehinggalah giliran sy bertemu doktor yg bertugas utk merawat sy tuh...selesema serta telinga yang de problem sket nih,doktor tersebut check...mmg btul ade masalah kesihatan..siap dpt cuti lg..tapi bukan semua itu yg sgt sy harapkan...

Apa yg sy harapkan bermulanya sy jejakkan kaki di klinik tersebut adalah...kejayaan kwn2 sy yg menyambung pengajian sbgai doktor....sy sgt2 mengharapkan sgt mereka kesemuanya menjd doktor (Ya ALLAH, makbulkanlah permintaan hamba-Mu yg dhaif ini)....bukan tu saja...sy juga mendoakan agar shbt2 yg amik farmasi turut berjaya menjd ahli farmasi bilamana melihat pekerja klinik itu mengasingkan ubat....

Bila sy tny aiman, pe fokus org yg kerja sbgai tuh???dia jwb "farmasi"...tp bg sy sendiri mgkin lebih sbnrnya bidang kerja bg pelajar Farmasi...tukang buat ubat tuh ahli farmasi gak...haaa...itulah apa yg sgt sy harapkan....

Begitu juga pengharapan sy kepada semua shbt yg sedang berjuang dalam apa bidang sekalipon...kerana sy masih berpegang pd falsafah, setiap orang pasti memerlukan satu sama lain...kita bukan ESA utk berseorgan meneruskan hidup..sebaliknya kita memerlukan org lain di sisi kita....

Semoga berjaya wahai teman-teman...niatkan perjuangan kita kerana ALLAH

Thursday, April 2, 2009

Kalimah Syahadah, sekadar teori?

Alhamdulillah kali ini saya akan membincangkan berkaitan tajuk “Kalimah Syahadah, sekadar teori?”. Kenapa saya tulis sedemikian rupa? Sila teruskan pembacaan anda......

Syarat bagi mana-mana manusia untuk membuktikan keISLAMannya adalah salah satunya bermula daripada Kalimah Syahadah. Ya, kita sering @ sebetulnya setiap hari kita mengucapkan kalimah syahadah dalam solat. Tidak dinafikan kenyataan tersebut. Bagi orang yang bukan Islam juga ketika mana mahu memeluk agama Islam perkara pertama yang akan dilakukan adalah mengucap dua kalimah syahadah.
Adakah kita hayati apa itu kalimah syahadah?

Lafaz kalimah syahadah adalah: ( أشهد أن لا إله إلا ألله * وأشهد أن محمد رسول الله ) yang bermaksud: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan aku bersaksl bahawa nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.

Syahadah bererti pengetahuan, penerangan, perkhabaran dan pernyataan. Orang yang bersyahadah dipangggll bersaksi kerana dia mengkhabarkan dan memberltahu apa yang diketahui olehnya. Kalimah syahadah juga mengandungi perkataan ikrar, iktiraf dan iktiqad iaitu pengakuan, pengiktirafan dan kepercayaan.

TUNTUTAN TUNTUTAN SYAHADAH
Syahadah yang diucapkan hasil daripada kesedaran dan keikhlasan melahirkan tauhid yang berfungsi untuk mendesak pengucapnya supaya melaksanakan segala tuntutan syahadah tersebut. Diantara tuntutan syahadah ialah:

Membenarkan Segala Yang Datang Dari Allah dan RasulNya
Seseorang mukmin wajib percaya tanpa ragu dan syak segala yang datang dari Allah dan RasulNya terkandung di dalam al-Quran atau al-Hadith. Seterusnya mereka percaya bahawa segala yang bukan dari Allah dan Rasulnya yang bercanggah dengan Islam adalah palsu. Firman Allah:
فما يكذبك بعد با لدين . أليس الله بأحكم الحـكمين
Maksudnya:“Maka apa pula yang menjadikan engkau pendusta (bercakap tidak benar) berkenaan dengan hari pembalasan sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari) itu? Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil hakim”
(at-Tin 95:7-8)

Taat Kepada Allah dan RasulNya
Orang yang beriman kepada Allah dan rasulNya tunduk dan patuh kepada perintah kedua-duanya dan sentiasa berhati-hati dalam melakukan amalan harian supaya sesuai dengan ajaran al-Quran al-Hadith.

Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:“Sesiapa yang taat kapada rasul maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah dan sesiapa yang berpaling (ingkar) maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad) kerana Kami tidak mengutuskan engkau untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan)

Melakukan Amar Makruf dan Nahi Munkar
Salah satu tuntutan syahadah ialah menjalankan tugas dakwah mengajak diri dan orang lain melakukan kebaikan dan mencegah perkara mungkar. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya:“Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran maka cegahlah dengan tangan (kuasa) kamu, jika tidak mampu maka cegahlah dengan lidah dan jika tidak mampu maka cegahlah dengan hati dan yang demikian itu (cegah dengan hati) adalah seIemah-lemah iman”

Memberi Wala’ Kepada Orang Mukmin dan Menlak Orang Kafir
Seseorang mukmin wajib memberi wala’ (kepatuhannya) kepada sesama saudaranya, yang mukmin dan menolak wala’ kepada orang kafir. Firman Allah taala:
إنما وليكم الله ورسوله والذين ءامنوا الذين يقيمون الصلوة ويؤتون الـزكوة وهم ركعون . ومن يتول الله ورسوله والذين ءامنوا فإن حزب الله هم الغـلبون
Maksudnya:“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah dan Rasulullah serta orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang mereka ruku’ (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (dia mendapat kemenangan) kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah,itulah yang tetap menang”
(al-Maidah 5:55-56)

Melaksanakan Hukum-hukum Dari Kitab Allah dan Rasulnya
Semua hukum dan peraturan Allah dan rasulNya yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Hadis mesti dilaksanakan dalam semua urusan hidup, samada urusan ibadah, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Firman Allah taala:



Maksudnya:“Maka demi tuhanmu (wahai Muhammad) mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka tidak pula merasa di dalam hati merekasesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya”

Dapat difahami dari ayat ini bahawa orang yang beriman rela menghukum dengan hokum Allah dan rasulNya dan menerima hokum itu dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Tiada perasaan tidak puas hati atau tidak bersetuju dengan hukuman tersebut dan jauh sekali dari menukar hokum Allah itu dengan hukum ciptaan makhluk. Oleh sebab itu, melaksanakan hukum-hukum atau undang-undang Allah merupakan satu kewajipan dan tanggungjawab yang besar dan wajib dilaksanakan dalam kehidupan seharian.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH

• Bertakwakkal dan bergantung kepada selain daripada Allah.
• Engkar nikmat Allah samada yang terang atau yang tersembunyi, yang rnudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.
• Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah.
• Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.
• Menumpukan segala ketaatan kepada selain daripada Allah dengan cara yang tidak disukaiNya.
• Menjalankan hukum yang lain selain hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum AlIah dalam sesuatu perkara.
• Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau membenci agama Islam seluruhnya.
• Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaaan akhirat dan menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.
• Menghina sesuatu daripada kitabullah atau sunnah atau orang-orang ailim yang menegakkannya dan mempersendakan hokum-hukum dapada hukum atau syiar-syiar daripada syiar Islam.
• Menghalalkan apa yang dihramkan Allah dan sebaliknya.
• Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada al-Kitab dan as-Sunnah.
• Melantik orang-orang kafir dan munafiqin menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang beraqidah Islam dan mukmin.
• Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.
• Rasa takut, Iemah hati dalam menegakkan tauhidullah dan rasa lapang, terbuka dan riang dalam mengakkan perkara-perkara syirik.
• Mengatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat-ayat yang lahir dan isi yang terkandung dalam ayat-ayat itu.
• Tidak mengetahui tentang makrifat Allah dengan pengertian yang jelas serta engkar sifat¬-sifat ketuhananNya atau engkar nama-namaNya.
• Tidak mengetahui Atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat kepujian atau tidak mengi’tiqadkan bahawa baginda adalah contoh utama bagi manusia.
• Mengkafirkan orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah engkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.
• Membuat sesuatu pekerjaan (Ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf selain kepada baitullah dengan niat mendekati Allah.

Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadah yang dinamakan syirik kecil seperti mengerjakan solat kerana hendak mendapat pujian, bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya seolah-olah ia berjihad kerana supaya orang mengenang jasa dan namanya.

So, terlaksanakah semua tuntutan di atas itu???kalau tidak, benar sama sekali statement saya bahawa kalimah syahadah hanya sekadar teori...siapa yang dimaksudkan sama-sama kita fikir akan diri kita sendiri.

Rukun Islam

Remaja sebaya saya sering menyebut tentang cinta, nikah, cita-cita dan sebagainya. Saya akui hal itu semua jangan terlepas pandang. Tapi perlukan masa yang sesuai. Peringatan kali ini saya fokuskan kepada semua tanpa mengira had umur. Mudakah anda, atau tuakah anda. Sudah pasti tidak terlepas untuk peringatan saya ingin sampaikan ini.

Sering kita mengabaikan Rukun Islam yang telah lama kita pelajari dahulu. Barangkali ada di antara kita sudah terlupa apakah itu Rukun Islam. Benda yang kita rasa remeh tapi hakikatnya ianya tersangatlah besar untuk kita pegang. Bilamana rukun tak termampu dilaksanakan, adakah layak kita digelar seorang Muslim (Islam)? Bagi yang sibuk-sibuk hendak berkeluarga, selesaikan dahulu urusan Fardhi kamu ini. Usah difokuskan lagi urusan kekeluargaan itu.

Bagi sesiapa sahaja yang berkelapangan untuk membaca post saya kali ini diharapkan sangat selepas membaca,Tepuk dada tanya imam;
Daripada Hadith Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, daripada Anas bin Malik :
“Islam tertegak di atas 5 perkara; Mengucap dua kalimah syahadah, Mendirikan solat, Menunaikan zakat, Melaksanakan Haji sekiranya mampu, dan Berpuasa di Bulan Ramadhan”

Hadith yang telah saya tulis diatas kedudukannya adalah shohih. Bilamana hadith yang shohih telah dibacakan, tidak boleh tidak bagi kita mentaati hadith tersebut. (Tidak boleh tidak = MESTI/WAJIB)
InsyaALLAH saya akan cuba perhuraikan setiap perkara yang telah menjadi Rukun Islam itu melalui ilmu saya yang cetek ini.

(Bersambung......................)

Wednesday, April 1, 2009

Demam

Bila kita berbicara tentang demam....pasti ada yang kaitkan dengan demam 'kesihatan terganggu'....demam bola...demam peperiksaan...dan lain-lain. Kali ini kita fokuskan demam utk kesihatan yang terganggu>>>

Suka utk saya bacakan mafhum Hadith yang berbunyi

Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam : 2 nikmat yang sering dilupakan oleh manusia "SIHAT TUBUH BADAN & KELAPANGAN MASA"....

masa itu emas....kesihatan itu penting...bila kedua2 nyg kita sedar bahawa kita telah kehilangannya..pasti akan terasa sangat menyesal...mmg pon bagi seorg manusia...post yang agak kurang menarik tp ambil la ape2 ihtimam (pengajaran) yg boleh diambil