Monday, April 5, 2010

Tarbiyah cinta....


Assalamualaikum....

Dimulakan penulisan kali ini dengan Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Kerana di atas usaha titik peluh baginda, agama Islam yang suci lagi murni ini berjaya sampai kepada kita semua. ALHAMDULILLAH

Cinta itu suatu yang suci lagi bersih. Cinta tidak boleh disalahertikan dengan sesuatu yang dipaksa mengikut nafsu semata-mata. Cinta bersih dari dosa dan noda. Dan sesungguhnya cinta itu fitrah.

Saya mulakan dengan muqaddimah mengenai CINTA. Mungkin kalian para pembaca pelik mengapa saya berbicara tentang cinta. Sebenarnya tidak pelik bagi insan seperti saya yang lemah lagi hina ini untuk berbicara tentang cinta kerana sesungguhnya cinta itu fitrah semua manusia. Dan yakinlah, cinta yang paling HAKIKI adalah CINTA KEPADA ALLAH.

Sengaja saya meletakkan tajuk entri kali ini "Tarbiyah Cinta"....kerana apa? Kerana cinta ini telah mentarbiyahkan saya untuk saya kembali mengenal diri. Kembali ke arah matlamat manusia diciptakan. Cinta yang ingin saya fokuskan adalah Cinta AL-QURAN. Jujurnya saya ditarbiyah oleh cinta Al-Quran ini. Teruskan membaca jika mahu mengetahui tentang perihal saya. Kalian boleh klik butang 'X' untuk membatalkan blog ini di sudut atas kanan jika tidak mahu membacanya.

Kenapa saya katakan tentang cinta AL-QURAN? Kenapa bukan cinta pada YANG MAHA ESA? Baca dulu, nanti kalian mungkin dapat jawapannya. Al-Quran adalah kalam ALLAH Taala yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dalam bahasa Arab melalui pengantaraan Malaikat Jibril. Itulah pengertian Al-Quran. Sebut Al-Quran, maka yang terlibat sudah tentu EMPUNYA KALAM itu Yakni YANG MAHA ESA. Dan juga Al-Quran dikaitkan terus dengan Nabi Muhammad SAW.

Kalian boleh tangkap kenapa saya katakan saya ditarbiyah dengan cinta Al-Quran? Belum lagi? Ok. Saya terangkan dengan lebih jelas. Di dalam Al-Quran menceritakan tentang kejadian alam dan seluruhnya. Al-Quran juga menceritakan segala-gala tentang kekuasaan ALLAH. Jadi, kalau kita cintakan Al-Quran, sudah pasti kita Cinta kepada ALLAH dan RASUL itu datang dahulu. Betulkan?

Cerita di sebalik tabir.

Sejak di bangku sekolah (Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu)kami para pelajar dididik untuk mengamalkan pembacaan Al-Quran setiap hari. Rutin itu saya amalkan ketika masih bergelar pelajar sekolah agama. Namun, apabila saya menyambung pengajian di luar dari suasana islamik. Rutin itu jarang dilakukan. Sehinggalah sesuatu peristiwa. Mungkin takdir ALLAH, timbul dari dalam hati saya berasa iri hati kepada pelajar DARUL QURAN (kisah lama) kerana saya tidak berpeluang melanjutkan pengajian di sana.

Iri hati itu saya membara sehingga saya mengatakan kepada diri saya bahawa saya tidak akan memiliki cinta seorang wanita itu sehingga Al-Quran penuh di dada. Walaupun pelbagai ujian datang melanda dari golongan Nisaa' itu, ALHAMDULILLAH saya belum memegang status orang bercinta. Tapi hakikatnya sudah ada orang yang mencuri hati ini. Oppsss..Jangan risau, cinta saya Cinta AL-Quran...saya akan dapatkan cinta itu selepas cinta Al-Quran. Jangan salahkan insan yang bercinta. Kerana mereka bukan Malaikat. Tidak salah bercinta. Namun biar Cinta yang HALAL.

Kadang-kala terfikir juga nak kejarkan cinta yang saya nyatakan tadi. Namun, tarbiyah cinta Al-Quran itu sekali lagi datang mendidik saya. Cinta Nisaa' itu kembali kalah. Penangan cinta Al-Quran itu sememangnya kuat. Dalam Al-Quran ada menceritakan tentang syurga dan neraka. Ada menceritakan tentang azab di neraka dan nikmat syurga. Yang tidak pernah terfikir dek akal fikiran mahupun dilihat dengan mata kepala sekalipun.

Itulah tarbiyah cinta. Saya akan fokuskan target untuk menghafaz Al-Quran 30 juzuk dahulu sebelum mengejar semula cinta yang lain. Cinta Al-Quran merangkumi juga cinta ibu bapa. Jangan risau. Saya tidak mengabaikan mereka InsyaALLAH. Itulah tarbiyah Cinta Al-Quran.....

Hadis Nabi yang bermaksud;
"Berusahalah untuk mengecapi Dunia, seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan berusahalah mengecapi Akhirat seolah-olah kamu akan mati esok".

Kalau bukan kerana hadis Nabi ini, mungkin saya akan lupakan perihal duniawi dan terus kejar akan akhirat.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran (PENCINTA AL-QURAN)
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Wallahu a'lam. Wassalamualaikum.

2 comments:

  1. wah,bagusnya tarbiyah cinta ni!!hmm..semoga saudara berjaya mencapainya.

    saya teringin juga menjadi pencinta Al-Quran tp mampukah saya?hmm...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..
    itulah lebihnya tarbiyyah Allah berbanding tarbiyyah manusia. Tarbiyyah Rabbaniyyah ini banyak metodnya, salah satu ialah melalui al-Qur'an..Insya Allah..sesiapa yang berusaha, pasti ad jalan yang dibuka untuknya. Di smping usaha, perlu ada tawakkal. sebab dalam kita usaha itu, perlu diingat yang kita pasti diuji pada jalan itu. Banyak ujiannya, salah satu spt yang saudara nyatakan. Wallahu A'lam..di doakan semoga dapat dicapai apa yang dihajati..AMIN YA RABB..

    ReplyDelete