Wednesday, March 9, 2011

WHO AM I?

"Siapa kita dulu xpenting...namun setiap tindakan kita sekarang ini penentu siapa kita akan datang!..."

Itulah kata2 awl dlm memulakan pembicaraan berkenaan entry 'WHO AM I' kali ini....

Dengan lafaz Basmallah,kita mulakan perbincangan...seperti kata-kata intro itu, kenangn di masa lampau hanyalah tinggal kenangan semata-mata...usah bicara tntg masa depan jika diri ini belum bersedia utk berubah..

Aik,mcm pelik jer kata2 intro ini....tp kenapa yer??

Dalam membicarakan tntg diri ini....penulis berhasrat nak bawakan sebuah kisah di mana kisah ini bersifat umum namun pengajarannya barangkali boleh difahami insyaALLAH...



Kisah ini berkisarkan tentang seorang lelaki. Pada usia remajanya, si lelaki ini sangat dikenali dengan perwatakan pantagonis ibarat dialah penjahat dalam sebuah cerita. Kejahatannya itu tidak dapat disangkal lagi. Namun, kejahatan itu bukanlah begitu kritikal sehingga mampu menempatkan beliau di Tahanan (***) atau penjara-penjara hamba...

Jika setiap percakapannya, sudah menjadi kemestian orang lain menilai beliau ini seperti cakap ntah apa2. Dalam erti kata lainnya, jika 100 patah perkataan diucapkan, hanya maksumum 3 patah sahaja boleh dipercayai. Inilah ibarat tahap orang tidak percayakan si dia...belum lagi dinilai tntg kejujurannya dalam melaksanakn sesuatu tugas.

Namun, kerana si dia tidak meletakkan zaman silam itu adalah zaman pengakhiran kisah hidupnya. Maka diizinkan ALLAH TAALA,Tuhan sekelian alam, maka dengan peniupan Ruh Islami ke dalam jiwanya..maka dia berubah pada sudut 180darjah secara mendadak. Beliau menyesali dengan perangai dan attitudenya sebelum ini, maka dibukakan pintu hati untuk bertaubat.

Dan kini beliau memimpin satu organisasi perjuangan korporat. Hidupnya kini lebih terurus dan diyakini tntg kredibilitinya. Sehinggakan penulis sendiri berbangga dengan diri insan tersebut. Namun, dirinya minta untuk dirahsiakan.

Justeru itu, penulis ingin membawa satu pemahaman bahawa siapa dulu kita x penting, namun siapa kita akan dtg yg menjadi persoalan yg paling utama dlm idup ini..Who Am I...buat remaja belia sekalian, tanyalah pd diri anda...siapa anda nak jd??

Zaman remaja ini la klimaksnya...penentu siapa diri kita akan dtg...penulis juga masih berada di zaman remaja belia lagi..siapa diri penulis akan datang maka perlu decide hari ini...smoga anda yang membaca memahami plot kronologi entry kali ini....anda jualah yg bakal menjadi pemimpin akan datang....setiap kejayaan bermula dgn langkahan yg pertama...INGIN MENJADI SEORANG YANG BERJAYA BERMULA DENGAN MINDA YANG POSITIF.
Sekian Terima Kasih