Tuesday, March 31, 2009

PERIKSA OH PERIKSA

Peperiksaan semakin hampir...apa persedian anda??

Bila org tny padaku...malu juga nk jawab...aku x ready sgt...tp sedar exam dah dekat...teruk betul org x berdisiplin....mmg camnih...maafkan ku~

Tp disebalik DEMAM PEPERIKSAAN...suka utk ku ingatkan sahabat2 sekalian agar tidak lupa peperiksaan sebenar adalah peperiksaan akhir+at kelak...sanggupkah kalian menemui YANG MAHA BERKUASA dlm keadaan tak ready???dah stadi ker jwpn2 utk stiap persoalan Malaikat Mukar Nakir kelak???maafkan ku krana ckp tp xmampu buat...ku jg x bersedia utk itu...

sediakah anda berhadapan dgn pengadilan Rabbul Jalil???ku jg x bersedia..sama2 doakan yang terbaik....peperiksaan final tetap kena hadapi dgn jayanya, tp sekadar peringatn buat semua:

*jangan terlampau kalut nak exam smpai solat entah ke mana...(tunggang-langgang...nasihat buat diriku juga)
*jangan lupa baca quran...(sedangkan baca quran tuh Hukumnya Wajib berbnding buku kalian baca utk exam...sbb stady grup x bce buku pon bleh..bce la notes..btul x??huhu)
*jangan lupa ibubapa di rumah...(call la mereka...mereka pasti merindui kalian)
*jangan buat jahat pd Guru/Lecturer....(ponteng pon x digalakkan, walopon sendiri wat jgk....maafkan kerana ckp lebih tp sndr buat)
*jaga hati kawan2...(jgn sombong...yg pandai tolong yg kurg pandai...kalo rase kurg pandai cm ku nih...belajarlah ngan yg pandai)

apa-apapon...berdoa dan tawakal jgn lupa....tp semuanya selepas kita da berusaha..
ok la....Ku nak stadi gak~~~~

Saturday, March 28, 2009

Persepsi Masyarakat Awam Arab Saudi Terhadap Malaysia.

Post kali ini pernah diceritakan oleh bonda tersayang, Puan Hajah Norbehar bt Abdul Hamid kepada saya. Bonda telah berangkat ke Mekah untuk melaksanakan Rukun Islam ke-4 yakni menunaikan Haji ke Baitullah.

Ketika itu saya masih kecil. Seingat saya ada la dalam umur 7 tahun mungkin. Sudah lebih 1 dekad telah berlalu. Saya dan adik beradik tinggal bersama sanak saudara ketika itu.

Ketika tibanya bonda dan ayahanda di sana. Bonda, seperti biasa dengan keramahan beliau akan menyapa sesiapa sahaja di sana dalam Bahasa Inggeris (kerana ketika itu bonda belum mempelajari Bahasa Arab,tetapi kini sudah) jika berpeluang.

Pernah ditanya oleh seorang Arab,
“Min aina?...............”,
Bonda ketikaitu tidak memahami soalan tersebut, tapi sekadar mengagak bahawa orang tersebut bertanyakan tentang negara asal bonda. Bonda menjawab ,
“Malaysia”.
Si Arab tadi berkata
“Bagus....”,

Tapi hal sedemikian tidak lagi berlaku ketika kini.
Giliran makcik saudara saya pula laksanakan haji kalau tidak lupa 4 tahun lepas. Soalan yang sama telah ditanya pada makcik saya,
“Min aina?....”,
Jawapan yang serupa juga, seperti bonda telah makcik jawab,
“Malaysia...”,
“Malaysia KHINZIR...”

Makcik terkedu dengan jawapan tersebut. Siapa yang tak faham, “KHINZIR” itu apa.....Begitulah sedikit sebanyak bukti persepsi masyarakat Arab terhadap Malaysia. Apa boleh buat, kita sebagai rakyat Malaysia sendiri tahu apa yang berlaku di Malaysia.
(sekadar berkongsi...............)

Friday, March 27, 2009

Betul kata UMMI...(akhir)

“Woi Mus, bangunlah...kau taknak pergi kelas ke?”, tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara jeritan seseorang. Itulah suara Megat, sahabat karibku sejak aku mula-mula melangkahkan kaki ke Kolej Matrikulasi Johor ini. Megat sememangnya orang yang sangat prihatin padaku. Dia selalu menasihati aku ketika mana aku terasa ‘keberatan’ untuk menghadiri kelas.

“Kau tanda kehadiran aku boleh tak?, aku rasa macam tak sedap badan la..macam tak sehat..”, aku berkata kepada Megat.
“Hah, kau jangan nak ngada-ngada...hari-hari je tak sehat...Semalam kata tak sehat jugak...tapi bila selisih dengan Maisarah, terus segar-bugar...apa kes?”, Megat mula mengusik.
“Itu sumber kekuatan aku kat sini..haha”,
“Mengarut jer, dahlah jom pergi kelas....”, Megat memotong kata-kata aku.

Maisarah, seorang gadis bertudung labuh yang berasal dari Pulau Pinang itu sangat manis pada pandanganku. Dia bekas pelajar Sekolah Agama Almasyur Perempuan di Pulau Pinang. Aku mula mengenalinya sejak awal sem 1. Ketika itu aku menyertai Pertandingan Sajak Kemerdekaan yang dikendalikan oleh Praktikum Hayat 32, iaitu praktikum Maisarah sendiri.

Hari seterusnya, aku sering ternampak Maisarah serta rakan-rakannya yang lain berjalan kaki ke masjid matrikulasi ketika waktu Maghrib untuk bersolat di sana. Hatiku mula terpaut pada keredupan wajahnya. Barangkali inilah yang dikatakan cinta. Cinta pandang pertama. Hal ini juga membangkitkan semangat aku untuk datang ke masjid pada waktu Maghrib. Hanya pada waktu maghrib sahaja.

Setiap hari selepas kelas, aku dan Megat pasti akan ke Dewan Seri Ledang dengan tujuan untuk bermain badminton. Di situ lah tempat aku dan Megat beradu tenaga untuk membuktikan kehebatan masing-masing. Seperti kebiasan juga, aku pasti akan meminta diri awal untuk bersiap solat maghrib secara berjemaah di masjid. Megat mengakui akan kerajinanku itu. Dia turut mengikuti jejak langkahku bersembahyang di masjid. Namun, niat di sudut hati tiada siapa yang tahu.

***************

Selepas aku membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke Kolej Matrikulasi Johor, ummi dan abah melihat sedikit perubahan telah berlaku kepada diriku. Barangkali mereka sedar bahawa jiwa kerdil ini agak kecewa kerana tidak berjaya mencapai hajat untuk menyambung pengajian di Darul Quran. Hal ini kerana, cita-citaku untuk menjadi HAFIZ AL-QURAN masih belum tercapai. Hanya 23 juzuk sahaja yang sempat kuhafaz di Maahad Muhammadi. Kalau ikutkan hati, boleh sahaja aku tamatkan lagi 7 juzuk itu. Namun, nasihat Ustaz Baari tetap kupegang agar melancarkan hafazan yang diawal adalah lebih afdhal berbanding menghafaz hafazan baru.

Segala persiapan untuk mendaftar di Kolej Matrikulasi itu aku buat hanya ala kadar sahaja. Bukanlah untuk menunjukkan protes. Cuma, jiwaku masih belum boleh menerima kenyataan ketika itu. Perasaanku itu terbawa-bawa sehinggalah aku bergelar pelajar kolej matrikulasi. Sering juga aku mengalirkan air mata di kala malam menjelang tiba kerana takdir itu. Namun, masih lagi kuyakini bahawa di setiap perkara yang berlaku terselit satu hikmah yang sangat bermakna untuk diriku. Kerana aku yakin, bahawa ALLAH sentiasa tetapkan yang terbaik untuk hamba-NYA. Hanya dikuatkan kesabaran yang kupohon.

Kehidupan di matrikulasi jauh berbeza dengan kehidupanku di Maahad Muhammadi dahulu. Seolah-olah seperti langit dan bumi jarak perbezaannya. Di sini kelihatan di mana-mana sahaja di sekitar kawasan matrikulasi ini pasangan cinta sedang berdua-duaan. Pergaulan di antara lelaki dan perempuan juga seolah-olah tiada batasan. Terlalu bebas. Bertepuk tampar perkara biasa. Aku terkedu dengan suasana itu. ‘Culture shock’ seketika. Mahu sahaja kukhabarkan kepada ummi dan abah untuk berhenti daripada meneruskan pengajian di sini. Tapi kusabar.

Namun, kuasa cinta begitu kuat.Itulah yang dibangga-banggakan oleh remaja sekarang. Kerana itulah aku masih bertahan di bumi kolej matrikulasi ini. Cinta itu buta sehingga mampu membutakan mata orang yang bercinta. Sejak menyertai Pertandingan Sajak sempena Kemerdekaan itulah aku mula rapat dengan Maisarah. Walaupun aku pelajar Sains Fizik, namun kerap juga berselisih dengan Maisarah kerana dewan kuliahnya berdekatan dengan dewan kuliahku.

Kehidupanku kini berbeza sama sekali. Dahulunya, aku agak pemalu jika berhadapan dengan perempuan hatta sepupuku sendiri. Kini tidak lagi.Bergurau senda itu bagiku perkara biasa. Namun, aku masih mengekalkan identiti sebagai seorang bekas pelajar sekolah agama.Tidak sampai ke tahap bertepuk tampar lagi. Solatku juga masih penuh di kala gologan remaja ketika ini sering meninggalkan solat. Cuma, aku sering melewat-lewatkan solat tidak seperti ketika di Maahad dulu. Al-Quran juga sudah lama ku tak ulang.

Urusan Amal Fardhi ku juga amat kurang. Aku bukan lagi Mustaqim yang dahulu. Aku sudah lari daripada pendirianku. Pendirian untuk mengetepikan urusan cinta. Namun, sebaliknya pula berlaku. Pernah satu ketika, aku meluahkan perasaan cintaku kepada Maisarah. Namun, gadis bertudung labuh itu hanya berkata “Kita fokus belajar dulu....”. Mendengar jawapan itu, hatiku mula berkata, “Dia akan kujadikan isteri”. Tapi mampukah aku untuk menangani kekacauan jiwaku ketika ini?. Persoalan yang masih belum punya jawapan.

Banyak cara yang kulakukan untuk memikat hati Maisarah. Menjadi imam di masjid pada waktu maghrib pun sudah banyak kali. Ramai sahabat-sahabat memuji bacaanku. Tambah-tambah, mereka mengetahui bahawa dahulunya aku pelajar tahfiz. Namun bagiku, pujian itu tidak membawa kesan kepadaku kerana niatku ketika itu hanya untuk mengambil hati Maisarah. Bak kata P.Ramlee,” baik ada makna”. Aku sudah lupa akan janji-janjiku dahulu. Pelihara hati ini dan jangan berikan ia kepada sesiapa yang bukan hak. Aku keliru. Merasakan Maisarah adalah haknya.

***************


Kini sudah habis satu sem di matrik. Aku melangkahkan kaki untuk menempuh ujian dan dugaan sem dua dengan penuh semangat. Di samping itu, aku masih berhubung lagi dengan Maisarah. Walaupun sekadar ber’sms’,namun ianya seolah-olah ada satu kuasa yang memberi semangat kepadaku. Bukan semangat untuk belajar,tapi sekadar semangat agar kehadiranku penuh tidak seperti sem satu dahulu. Aku terus dibuai dengan kealpaan. Dari hari ke hari. Minggu ke minggu. Bulan ke bulan. Terus menerus dengan kealpaanku.

Sem dua kali ini jauh lebih sukar daripadan sem 1. Prestasiku jatuh mendadak, terutamanya bagi matapelajaran Fizik yang menjadi teras pangajianku di sini. Encik Nik, pensyarah Fizikku yang berbadan gempal itu kerap memanggilku berjumpa beliau. Sesi kaunseling berlaku selama hampir 30 minit. Ketika itu, teringat aku pada dua insan yang sangat kusayang yang berada di rumah. Ummi dan abah. Sekiranya mereka mengetahui hal-hal yang berlaku di sini, pasti mereka sedih. Sedih kerana memaksa aku agar terus bertahan menempuh kehidupan di matrikulasi yang penuh dengan mehnah dan tribulasi ini dulu.

***************

“Tak mengapalah ummi...belajar di mana-mana pun sama...Mus janji akan habiskan juga 7 juzuk lagi tu dalam masa setahun di matrik”, janjiku pada ummi.
Ummi sebak. Berasa bersalah kerana tidak mampu mengotakan segala keinginan seorang anak. Ummi tahu jauh di sudut hati aku terselit secebis kehampaan. Sedikit masalah keluarga telah menyebabkan hajatku itu tidak tercapai. Maka akan berubahlah segala perancangan hidupku ini. Selepas bertahun-tahun menggariskan laluan ini, akhirnya aku terpaksa akur dengan ketentuan ILAHI.

Pernah juga aku mendengar perbualan ummi dan abah. Ummi meminta abah membuat juga rayuan agar aku dapat diterima masuk ke Darul Quran. Namun, jawapan abah menghampakan. Keterlewatan aku dalam mengatakan hasrat itu kepada ummi dan abah merosakkan segala-galanya. Ditambah pula dengan masalah keluarga ketika itu yang aku sendiri sudah terlupa apakah ia.

Abah memujukku agar masuk sahaja ke kolej matrikulasi itu. Alasan abah, kak long dan kak ngah juga lepasan kolej matrikulasi. Mereka berjaya membuktikan kemampuan mereka kepada ummi dan abah. Kak long kini melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang kedoktoran manakala kak ngah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur dalam bidang farmasi. Aku pula bagaimana? Itulah kerisauan yang terbit dari dalam diriku.

Aku teruskan juga sisa-sisa kehidupanku di kolej itu. Megat, walaupun bukan pelajar lepasan sekolah agama seringkali juga menegur di kala melihatku semakin alpa dengan ‘bibit-bibit cinta’ ku itu. Aku tidak menyatakan aku dan Maisarah bercinta. Tapi seumpama bercinta itu ada. Aku malu dengan perilaku itu. Megat memang menjadi orang yang terbaik untuk menegurku ketika itu. Kerana dia adalah sahabat baikku. Hari ke hari. Aku semakin berasa segalanya kurang. Ada sahaja yang tidak kena. Namun hilang idea apakah puncanya. Aku mula untuk fokus kerana peperiksaan semakin hampir.

Megat mengajakku mengulangkaji pelajaran di saat genting ini. Minggu depan adalah peperiksaan akhir semester. Selepas ini, aku akan bebas dari penjara matrikulasi ini. Ini juga bermakna aku akan berpisah dengan Maisarah, Megat dan sahabat-sahabatku yang lain. Aku merelakan sekiranya ia berlaku kerana setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Itulah lumrah kehidupan. Siapalah aku untuk menentang lumrah. Ku pasrah segalanya.

***************

Aku diterima masuk sebagai pelajar tahun satu Fakulti Kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Di sana, pelajar-pelajar fakulti kejuruteraan sering dipanggil ‘budak kejut’. Aku pun terkejut dengan panggilan itu. Hanya sebuah senyum yang mampu diukirkan.

Aku di tempatkan di Kolej Kediaman Dato’ Onn. Alhamdulillah, sahabat sebilikku juga pelajar kejuruteraan tahun satu sepertiku. Namanya Hadi. Juga bekas pelajar matrikulasi sepertiku. Bezanya dia bekas pelajar matrikulasi Perak di Gopeng. Dialah tempat untukku berkongsi masalah suka dan duka. Aku sangat berbangga mempunyai sahabat sebilik seperti itu.

***************

“Mu nih aku segho keno ngulang semula Al-Quran tuh...baru jiwo mu tenang smula..”, jawapan Hadi apabila selesai aku menceritakan segala permasalahan hatiku. Janjiku untuk menjadi HAFIZ masih belum terlaksana. Janjiku agar elakkan masalah cinta itu juga. Cuma masalah cinta itu telah lama ku selesaikan ketika Hadi menasihatku dulu. Aku tidak lagi menghubungi Maisarah yang kini berada di USM,Kelantan dalam bidang kedoktoran. Aku hanya menganggukkan kepala sahaja tanda setuju dengan cadangan Hadi itu.

Dalam kotak fikiranku terkenang zaman-zaman di alam persekolahan. Mengalir air mata itu semula. Aku memejamkan mata dan minta diri untuk tidur. Akanku pandu bahtera mimpiku untuk mencari punca dan mengatasi punca masalah ini. Aku lena dibuai mimpi.

***************

2 TAHUN KEMUDIAN


“Mustaqim Bin Muhammad”, begitu jelas namaku dipanggil. Lantas aku dengan penuh kegembiraan melangkah mara naik ke atas pentas. Hari ini adalah majlis konvokesyen buat ‘batch’ ku.Konvokesyen ini disempurnakan oleh Prof Dato’ Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM. Alhamdulillah, genap 4 tahun sahaja pengajianku di sini aku bergraduasi. Tanpa perlu ‘extand’. Dengan berbekalkan pointer keseluruhan 3.11 sudah cukup untuk membuatkan ummi dan abah gembira. Selesai segala masalah yang aku hadapi. Aku kini sudah bergelar HAFIZ AL-QURAN 30 juzuk. Masalah cinta pula? Ia bukan lagi masalah. Selesai Maisarah habis belajar ilmu kedoktorannya, kami akan berkahwin. Syukur ku panjatkan ke Hadrat-Mu Ya ALLAH.

Malamnya, keluargaku mengadakan sedikit kenduri kecil-kecilan. Makan malam bersama keluarga tercinta begitu bermakna buatku. Selepas selesai makan, aku berehat di luar kawasan berendah rumahku. Lalu kudongak ke arah awan yang diterangi gemerlapan bintang-bintang. Sungguh tenang sekali permandangan itu. Lantas ku tersenyum kegembiraan. Ku teringat nasihat ummiku ketika aku masih bergelar pelajar di UKM. Al-Quran sumber inspirasi bagi setiap umat. “Benar kata ummi........”

Betul kata UMMI...(siri 2)

“tension bakpo pulok ni?...acu oyak sket...kot-kot aku boleh tolong ko?”, kata Hadi penuh pengharapan agar aku tidak pendamkan masalah itu keseorangan.

Begitulah sahabat sejati. Bila senang dia di sisi, bila susah juga dia di sisi.Aku kebingungan seketika. Bagaimana dan di mana mahu aku mulakan. Hadi begitu bersungguh untuk membantuku. Aku sangat bersyukur mempunyai sahabat sepertinya.

“Ni masalah peribadi la...aku kecewa dengan diri aku ni la”, itulah kata-kata yang terbit daripada lidahku. Agak kelu seketika untuk berkata. Mataku turut bertindakbalas. Mula berkaca. Sudah lama juga aku tidak mengalirkan air mata. Sejak sem yang lepas, ketika aku meluahkan masalah cinta aku pada Hadi. Aku kira dalam 7 bulan juga. Bukanlah kemestian untuk mengalirkan air mata itu. Tapi inilah fitrah manusia yang berjiwa lembut sepertiku. Tambah pula dengan mengalirnya air mata itu jugalah pasti akan jatuh tersungkurnya ego dan kebongkakan kita sebagai hamba terhadap Yang Maha Esa.

“Oyak la, aku sanggup dengar......”, Hadi mula memujuk.
“Aku telah membuat kesilapan yang besar...aku telah mengkhianati janji-janji aku”,
Hadi mendengar dengan tenang. Tanpa reaksi yang terkejut atau terburu-buru untuk mendengar habis ayatku. Dia hanya mendengar tanpa kata walaupun sepatah. Aku memulakan ceritaku berkenaan pengalaman hidupku. Barangkali akan menyentuh hati-hati yang jiwanya yang lembut sepertiku. Sungguh syahdu jalan yang ku lalui ini. Menyedihkan hati.

***************

Aku dahulunya bersekolah di sebuah sekolah kebangsaan di negeri asalku, Selangor. Juga mengikuti kelas Fardhu Ain di sebelah petangnya. Memang sejak kecil lagi ummi dan abah mendidikku dengan didikan agama. Walaupun ummi dan abah bukanlah daripada jurusan agama. Namun, mereka amatlah mengharapkan anak-anak mereka menjadi soleh dan solehah.

Mungkin ujian ALLAH kepada ummi dan abah. Aku seringkali membuat masalah disiplin di sekolah. Baik di sekolah kebangsaan mahupun di sekolah Fardhu Ain. Seingat aku, adalah dalam 2 atau 3 kali juga ummi dan abah djemput untuk berjumpa dengan pengetua sekolah Fardhu Ain kerana masalah disiplin yang telah aku lakukan. Ketika itu aku darjah 6. Aku telah memukul 2 orang budak yang belajar di sekolah itu juga. Pelajar darjah 4 dan pelajar darjah 5. Ketika itu aku sangat baran. Pantang dicabar oleh sesiapa saja tambah-tambah cabaran daripada pelajar yang lagi muda dariku.

Ummi dan abah sangat sedih kerana aku paling kerap mendatangkan masalah kepada mereka. Namun, kesabaran terhadapku selaku anak ketiga daripada lima orang anak masih terpancar pada wajah ummi dan abah walaupun mereka cuba menyembunyikannya. Adik beradikku 2 lelaki,3 perempuan. Pertama dan kedua kakak. Aku dan adik selepasku lelaki manakala bongsu pula perempuan. Ketika pulang ke rumah, ummi dan abah tidak putus-putus menasihatiku. Walaupun syahdu mendengar nasihat mereka, namun mungkin kerana jiwa baranku ketika itu, ku buat tak endah sahaja nasihat itu.

Tibanya kami di perkarangan rumah. Aku bergegas keluar daripada kereta Honda Civic hitam milik abah itu dan terus lari masuk ke dalam rumah. Lalu aku berkurung di dalam bilik. Mungkin kerana terlalu memikirkan teguran ibubapaku yang beraneka macam itu tadi. Aku terus merebahkan diri ke atas katil. Di dalam bilikku itu ada dua katil. Milikku dan milik adik lelakiku, Azhar berumur 3 tahun lagi muda dariku.

Selang beberapa minit, kudengari pintu bilikku dibuka. Seperti yang sudah kuagak. Ummi masuk ke bilikku lalu mendekatiku. Aku menarik muka. Panjang sungguh muncung mulutku ketika itu. Sekiranya diukur, barangkali rekod Malaysia mulut bermuncung panjang pasti menjadi milikku ketika itu. Panjang sikit dari kebiasaan tetapi lagi pendek dari keluarbiasaan. Tapi rekod itu tidak wujud sama sekali.

“Mus, jangan buat muka macam ni. Ummi dengan abah tegur Mus tadi supaya Mus berubah. Mus kena sedar, Mus anak sulung lelaki keluarga kita. Mus kena jadi anak yang soleh”, pujuk ummi ku yang berwajah redup itu.
“Mus marahkan ummi dan abah lagi ker?”, tanya Ummi lagi.
“Tak.........”, jawabku ringkas.
“Begini Mus. Ibubapa mana yang tidak sayangkan anak?. Ummi dan abah buat macam ni agar Mus berubah. Ummi tahu, mungkin teguran abah tadi agak tegas. Tapi jangan la kerana itu Mus terus merajuk. Sampai bila Mus? Kamu dah la nak periksa UPSR tak lama lagi. Belajarlah. Jangan asyik bermain saja. Mus taknak ke berjaya macam kak long dan kak ngah? Mereka dah masuk sekolah asrama dah”,
“Biarlah kak long dan kak ngah tu....Diorang pandai, Mus tak. Selalu bawa masalah pada ummi dan abah”, ku terasa rendah diri bila ummi memuji kak long dan kak ngah.

Mereka kini berada di Sekolah Agama Bestari di Subang. Sekolah tersebut memang bagus di seluruh Selangor. Sekolah terbaik JAIS. Jauh di sudut hatiku mahu juga melanjutkan pelajaran di sana. Tapi pelajaranku yang tidak stabil ini barangkali hanya mimpi di siang hari. Kedudukan 7 tempat terakhir di dalam kelas sudah menjadi kewajipan ianya milikku.

“Tak mengapa Mus. Yang penting Mus kena usaha. Ummi dan abah selalu mendoakan kejayaan Mus,” kata-kata ummi jelas menampakkan keikhlasan beliau. Jiwa baranku kalah dek kasih sayang seorang ibu. Aku mengalirkan air mata. Lalu ummi memelukku. Bergetar tubuh badanku kerana merasakan kehebatan kasih sayang seorang ibu. Dalam hati aku berkata, “maafkan Mus ummi. Mus sayang ummi dan abah”.

***************

Hari ini adalah hari pertama pendaftaranku di Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki di Kota Bharu. Tidak pernah walaupun sekali aku bayangkan aku akan bersekolah di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Sangat jauh jika dibandingkan dengan sekolah kak long dan kak ngah. Takdir ALLAH telah menempatkan aku untuk berada di sini. Selepas keputusan UPSR diumumkan, maka segala-galanya berlaku. Aku memperoleh keputusan 4A 1C. C ialah subjek Bahasa Inggeris. Mungkin kerana kurang pembacaan dan minat terhadap matapelajaran tersebut menyebabkan aku mendapat hanya sekadar C untuk itu. Namun aku tetap menadah tangan bersyukur ke Hadrat Yang Maha Esa.

Perasaan hangat dan semangat untuk melanjutkan pelajaran di Maahad ini bermula selepas keputusan UPSR diumumkan. Sohornya nama Maahad ini di sekitar kawasan rumah aku disebabkan perubahan mendadak sikap Abang Wan, jiran rumahku. Beliau dahulunya sangat terkenal dengan kenakalannya. Mungkin lagi teruk nakalnya dariku. Namun, setelah menuntut di Maahad, beliau kembali seperti perwatakan orang lain. Beliau sering menjadi imam dan kadangkala bilal di surau Al-Rasyidin kariahku. Sangat besar perubahan yang berlaku kepadanya menyebabkan aku turut berminat untuk mendapat didikan dari Maahad itu.

Lantas aku menyatakan hasratku mahu melanjutkan pelajaranke ke Maahad Muhammadi Lelaki kepada ummi dan abah. Ummi pada mulanya agak berat untuk membenarkan. Tapi abah dengan fikiran yang matang telah memujuk ummi agar merelakan perantauan ku itu. Tambahan pula, abah sememangnya yang berasal dari Pahang itu mempunyai ramai kenalan di Kelantan. Bahkan dua pupunya juga orang Kelantan. Dua pupu abah bererti tiga pupuku. Walaupun aku tidak tahu samada istilah tiga pupu itu wujud atau tidak dalam kamus Bahasa Melayu.

Di Maahad Muhammadi lah aku ditarbiyah secara serius. Aku didedahkan dengan pelbagai ilmu agama. Bukanlah bererti mempelajari banyak agama, tetapi ianya bererti aku mempelajari cabang-cabang ilmu agama Islam yang sebenarnya luas. Aku semakin menyukai corak pembelajaranku di sana. Ilmu bahasa Arabku yang pernah kupelajari di sekolah Fardhu Ain dahulu semakin meningkat kerana Maahad Muhammadi amat menekankan pembelajaran dalam bahasa Arab. Hampir 80% matapelajaran dalam bahasa Arab.

Selain matapelajaran yang sebahagian besarnya dalam Bahasa Arab, aku juga mengikuti kelas Tahfiz yang turut ada di sana. Merasa juga aku seolah-olah berada seperti di sekolah tahfiz. Makan dan minum aku ketika itu benar-benar terjaga. Rahmat ALLAH Taala telah menakdirkan aku menjadi anak murid Ustaz Abdul Baari. Beliau sangat berkebolehan. Selain menjadi Guru tahfiz, beliau juga seorang “Doktor PC”. Sangat berpengalaman dalam pembaikian komputer baik dari segi “Hardware” mahupun “Software”.

Alhamdulillah sepanjang aku berada di Maahad Muhammadi, ku dapat rasakan ilmu aku mula bertambah. Aku didedahkan dengan kepelbagaian ilmu Fiqh, Tauhid, Balaghah, Nahu Soraf dan lain-lain. Aku juga berkenalan dengan senior-senior yang mempunyai banyak kisah silam di sebalik peribadi mereka yang tampak soleh dan wara’ itu. Aku teringat akan kisah seorang seniorku bernama Muhammad Fadhil B. Hasanuddin. Seorang ketua Umum yang sangat dihormati oleh teman-teman hatta pelajar Maahad yang agak liar sekalipun. Kerana keperibadian yang dipamerkan menyebabkan pelajar lain mudah ikut serta tunduk arahan beliau selaku seorang pemimpin.

Setelah 5 tahun belajar di Maahad Muhammadi, kurasakan seolah-olah masa berlalu begitu pantas. Pejam-celik, pejam-celik sudah tamat proses pembelajaranku di sana. Alhamdulillah keputusan SPM aku membanggakan sebagai seorang pelajar Sains Agama. Target aku ketika itu hanyalah untuk menyambung Persijilan Tahfiz di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu selama setahun setengah. Dan Insya-ALLAH selepas itu akan kulanjutkan pengajian di UIA. Mengambil peluang itu adalah untuk menghabiskan hafazan Al-Quran yang telah kumulakan di Maahad Muhammadi. Tinggal beberapa juzu’ sahaja lagi untuk kuhabiskan. Namun, takdir ALLAH mengatasi segala-galanya. Atas beberapa masalah peribadi, aku terpaksa melupakan keinginanku untuk menyambung pengajian ke Darul Quran. Sangat pilu untukku lupakan Darul Quran dari perancangan hidupku.

[Bersambung.............]

***************

Betul kata UMMI...

“Engkau kena selalu baca Al-Quran, baru hati tenang. Nak belajar pun mudah faham”,begitulah kata-kata ummi padaku ketika aku menjawab panggilan ummi. Sungguh syahdu suara ummi kudengar. Tatkala aku meletakkan gagang telefon bimbitku, maka mengalir deras air mata membasahi pipiku. Bermain di kotak fikiranku akan kenangan-kenangan lalu ketika menuntut di sebuah sekolah di sebuah negeri di Pantai Timur beberapa tahun yang lalu. Tatkala itu juga aku teringat kenangan ketika mengikuti Kelas Tahfiz di sekolah tersebut.

***************

“Mu nih telo...ngaji molek sikit gak...mu tau dok doso kalo ngaji tak betul?”,teguran Ustaz Abdul Baari yang benar-benar mengguris hati tatkala aku membaca Al-Quran dengan baris serta sebutan yang salah. Sudah menjadi kebiasaan bagiku serta sahabat-sahabatku yang lain akan ditegur ‘direct’ oleh ustaz yang kami kagumi itu. Beliau merupakan salah seorang juri hakim bagi setiap pertandingan Hafazan Al-Quran peringkat Kelantan. Wajah beliau yang tenang itu sememangnya akan menyejukkan mata-mata yang memandang. Namun begitu, tiada alasan untuk beliau berlembut sekiranya anak muridnya salah membaca Al-Quran ketika sesi Tasmi’.

Aku segera pulang ke asrama selepas jam menunjukkan tepat jam 10 malam. Kelas Tahfizku diadakan pada setiap hari Isnin dan Rabu bermula jam 8 malam sehingga jam 10 malam. Aku dan sahabat-sahabat yang lain solat Isyak berjemaah di Musolla Islah selepas pulang ke asrama. Hari ini sudah genap 3 kali sahabat karibku, Zuhair tidak menghadiri kelas tahfiz. Aku terus ke tempat biasa Zuhair mengulangkaji pelajaran. Aku sudah masak dengan perangai Zuhair. Kalau dia rasa nak ‘tuang’ kelas, pasti ‘port study’nya tidak lain tidak bukan di Musolla Islah.

“Weh,Zuhair...kenapa kau ponteng harini? Ustaz tanya pasal kau lagi la”,
“Habis kau jawab apa?”,
“Aku jawab macam biasa...PONTENG!”, ayat perliku khas buat Zuhair.
“Ceh, kau sengaja je nak kenakan aku”,
“La, dah kau memang ponteng, takkan nak kata kau sakit pulak,haha”,
Zuhair menjebikkan bibir kepadaku. Marah agaknya. Aku memang suka mengusik Zuhair.Kami saling kata-mengata antara satu sama lain. Tapi perang mulut kami itu hanya sekadar suka-suka sebagai sahabat karib. Dia juga pelajar yangmerantau sepertiku. Asalnya dari Shah Alam. Kelebihan yang terdapat padanya sehingga membuatkan aku berasa senang bersahabat dengannya adalah sifatnya yang kreatif. Memang kreatif budak Zuhair yang rendah itu.

Alasan Zuhair tidak hadir ke kelas hari ini adalah kerana tidak sempat menghafaz hafazan yang baru. Sudah sedia maklum bagi kami pelajar-pelajar Ustaz Baari, untuk tasmi’ dengan beliau perlu mengulang sekurang-kurangnya separuh juzu’ hafazan yang lama serta satu muka hafazan baru. Itu syarat minima bagi kami. Tapi bagi pelajar hebat seperti Imran,Shakir, Ammar dan Khairul, mereka pasti membaca 2 muka hafazan baru bahkan kadang-kala lebih. Itulah kelebihan mereka yang jiwa bersih tidak sepertiku dan Zuhair. Tapi aku tetap bersyukur kerana Allah masih memberiku peluang untuk menghafaz Al-Quran. Dan aku bertekad akan cuba sedaya-upaya untuk menghabiskan hafaz Al-Quran. Insya-ALLAH.

***************

“Weh, koya ko?”, sapaan Hadi kepadaku ketika dia masuk ke dalam bilik. Kami adalah rakan sebilik di Kolej Kediaman Dato’ Onn,Universiti Kebangsaan Malaysia. Hadi seorang sahabat yang baik. Berasal dari Kelantan, negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Oleh sebab, aku juga pernah menuntut di Kelantan, jadi mudahlah bagiku untuk berinteraksi dengannya dalam loghat Kelantan itu sendiri. Cara pertuturan aku tidak ubah seperti orang Kelantan. Sehinggakan ada sahabatku,Iwan ketika sekolah menengah menyangkakan aku juga berasal dari Kelantan. Aku suka sekolah berasrama. Tambah-tambah lagi di Kelantan.

Ummi dan abah sememangnya menggalakkanku agar belajar berdikari agar mudah di hari mendatang. Benar didikan ummi dan abah itu. Aku kini tiada masalah untuk melanjutkan pelajaran di negeri lain. Cuma rezeki untuk melanjutkan pengajian ke luar negara belum ada lagi. Hajat di hati ada, tapi tunggu peluang akan datang, Insya-ALLAH.

“Dok eh..”, jawapanku bersahaja buat Hadi. Sahabat mana yang tidak ambil peduli akan sahabat lain. Hadi memang peramah. Dialah tempat untuk aku berkongsi suka dan duka kini. Hadi sukarela menawarkan diri mahu menjadi pendengar setia sekiranya aku menghadapi sebarang masalah. Aku akui sifatnya yang lapang dada itu. Kerana pernah sekali aku bercerita tentang masalah hati yang aku hadapi ketika menuntut di sebuah kolej matrikulasi dahulu,dia dengar dengan khusyuk tanpa menunjukkan kebosanan mendengar kisah aku itu. Masalah cinta. Memang biasa berlaku bagi remaja sepertiku. Alhamdulillah, ALLAH masih memeliharaku agar tidak terjebak dalam sindrom yang tidak sihat itu. Cinta terlarang.

Bukan niatku untuk menafikan cinta itu. Tapi bukanlah sekarang masanya bagiku insan yang masih mentah ini untuk bercakap hal cinta. Cinta itu fitrah. Dan fitrah boleh jadi fitnah sekiranya tidak pada tempat yang betul. Hadi menenangkanku dan memberikanku kata-kata semangat agar aku tidak terlalu memikirkan hal itu lagi. “Terima kasih Hadi”, aku bermonolog selepas dinasihatinya ketika itu.

Hadi dulu bersekolah di sebuah sekolah yang popular di Selangor. Walaupun berasal dari Kelantan, tapi melanjutkan pelajaran ke bumi Selangor.Terbalik dengan aku. Barangkali sebut KISAS, pasti semua rakyat Malaysia pernah mendengar nama sekolah itu. Gah dengan keputusan SPM,STAM dan STPM-nya setiap tahun. Nama panjang KISAS ialah Kolej Islam Sultan Alam Shah, di Klang. Hadi adalah contoh produk KISAS yang menonjol di institusi pengajianku sekarang. Dia sering memimpin kami menjadi Imam di surau Iman di hostel kami.

Namun sejak kebelakangan ini, aku seringkali menyibukkan diri dengan hal-hal duniawi. Aku sangat aktif dengan program Kelab Penyayang yang telah beberapa sem aku ikuti sebagai ahli. Tapi kini aku sudah menjadi Exco Kegiatan Luar. Jawatan telah menjebakkan aku dengan kesibukan hal-hal dunia sehingga tiada masa untuk aku solat berjemaah di surau Iman. Hadi mula menggeleng-gelengkan kepala melihat aku yang seringkali pulang lewat ke bilik. Dan setiap minggu pasti aku tidak berada di hostel kerana kepadatan program yang kuikuti anjuran Kelab Penyayang itu.

“Habis, mu wat gapo tadi?...duk menung jah!...”, tanya Hadi semula.
Berkaca-kaca mataku ketika Hadi bertanyakan soklan itu kepadaku. Baru sebentar tadi air mataku mengering. Kini seolah-olah mahu mengalir buat kali kedua.
“Aku tensionla.......”

[Bersambung..........]

perginya kasut kesayangan buat selama-lamanya....

Air Keroh,28 Mac 2009 - Tepat jam 1.05petang, kasut kesayangan seorang insan yang garang lagi poyo berjenama Admiral berwarna Merah telah hancur dan tidak boleh dipakai lagi. Insiden ini berlaku setelah berakhirnya perlawanan Murni Street Soccer bagi pelajar-pelajar Kolej Kediaman Murni,Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Si pemilik, Ahmad Muzakkir B Ahmad Tajuddin, 73 berasa sangat kecewa kerana perlawanan tersebut hanya berkesudahan seri 1-1. Insiden tersebut telah diperakui oleh Pengadil-pengadil Murni Street Soccer yang semuanya berstatus beginner. Mangsa telah membawa diri pulang ke asrama untuk menulis blognya.

Malang sekali, selepas bbertungkus lumus ketika berlawan, kumpulan mangsa (Chincken Brand) tidak berjaya untuk mara ke pusingan seterusnya. Mangsa serta rakan-rakan agak kecewa. Namun, selepas ditenangkan oleh ketua pasukan, Benayoun,20 rakan sepasukan semuanya menerima dengan hati yang redha dan berlapang dada.

Mangsa telah kerugian sebanyak RM49.90 di atas kerosakan kasut tersebut. Namun begitu, si mangsa menyatakan bahawa beliau dapat menerima insiden yang menimpa kasut tersebut dan berjanji akan mencari kasut murah yang baru seperti itu. Sekiranya tidak menjumpainya, mangsa akan membeli sepasang kasut yang sama harga dengannya.

Laporan disediakan oleh BERNAMA.haha

Wednesday, March 18, 2009

ESQ Training....ada baiknya..!!





ASSALAMUALAIKUM....bersua kembali...

Kali ini ku ingin berkongsi satu pengalaman yang sukar dirasai sekiranya tidak merasainya sendiri.

Kalau kalian pernah mendengar berkenaan ESQ Training, apakah yg kalian faham berkenaan ESQ tuh?...Ada yang ckp motivasi....ada yang ckp cam latihan utk kepimpinan...tp hakikatnya sendiri yg hadir sendiri yg rasa...

Akan ku bercerita akan kehebatannya sedikit sebanyak. Sebelum itu, tidaklah ku berniat utk meng'up'kan "BISNES" Indonesia ini di mata pembacaan kalian, sebaliknya sekadar berkongsi bahawasanya ade impak maksima yang menarik sekiranya pernah menjalani training ini.

Dahulunya, aku mungkin amat biadap terhadap kedua orang tua ku barangkali. Tapi ALhamdulillah selepas mengikuti latihan ini ku semakin bersantun kpd mereka. Ada nilai keinsafan yg ku peroleh selepas mengikuti latihan tersebut..(pe ayat ku nak tulis sebenarnya nih???pelik tul bahasa melayu ku)



ESQ menerapkan unsur2 ketuhanan yang menyentuh hati.. ALHAMDULILLAH 165 ESQ itu adalah simbolik kepada 1=IHSAN 6=RUKUN IMAN 5=RUKUN ISLAM...tp di sini suka ku ingatkan bahawa 165 itu 'ISLAM' tetapi 'ISLAM' bukan 165 semata-mata...itulah keyword yg perlu sgt utk difahami. Walaupun agak berbelik..
ISLAM ITU SYUMUL BUKAN "165" SEMATA-MATA...

Apa-apapun tujuan ku tulis post kali ni nak bgtau bahawa ESQ nih bestla..kalau berpeluang try la.. Amik pengajaran drpd latihan ini..tp bbukan sekadar itu shj ISLAM...sbliknya ILMU perlu ada jg utk berpegang teguh pada ISLAM...nasihatku utk semua yang sudi membaca post ini.

Wallahu A'lam

Tuesday, March 17, 2009

Kasih sayang seorang AYAH......

Salam sayang buat ayahandaku yang kini berada di rumah...

Luahan rasa hati...

AYAH,
Engkau insan Mulia,
Pengorbananmu penuh bermakna,
Keringat yang dikorbankan untuk kepentingan anak-anakmu.

AYAH,
Engkaulah insan yang banyak berkorban untukku,
Juga untuk anak-anakmu yang lain,
Demi kesejahteraan anakmu di hari kelak.

AYAH,
Begitu tabah hatimu,
Mendidik kami adik-beradik yang kepala batu,
Tapi kau masih mampu bersabar.

AYAH,
Adakalanya sikap anak-anakmu menyakiti hatimu,
Namun kau tetap bersabar dengan kerenah kami,
Masih diluahkan juga kasih dan sayangmu itu,
Walaupun ianya tidak terzahir,
Namun bagi anak-anakmu; kami memahaminya.

AYAH,
Kami anak yang degil,
Ego dan sering ingkar kata-katamu,
Namun, jauh di sudut hati kami,
Kasih sayangmu jua yang kami dambakan.

AYAH,
Tatkala kami semakin dewasa,
Semakin bertambah masalah yang kami berikan kepadamu,
Namun, kau tetap menjalankan tanggungjawabmu,
Sebagai seorang ayah yang berjasa.

AYAH,
Di kala ini, kita masih sempat bersua muka,
Hanya ini kami harapkan padamu,
Agar kau memberi ilmu dan tunjuk ajar,
Serta kasih dan sayangmu,
Agar kami lebih bersedia menghadapi hari mendatang.

Justeru itu wahai AYAH,
Akan kami cuba kotakan janji kami,
Sekadar kemampuan kami,
Untuk membuatkan mu tersenyum bangga mempunyai anak
seperti kami ini.

Mudah-mudahan ALLAH sentiasa melimpahkan Rahmat kepadamu,
Serta membalas segala jasamu dengan Syurga Firdaus-NYA kelak.
AMIN YA RABBAL A'LAMIN.

(Nukilan diri sendiri khas untuk Tuan Haji Ahmad Tajuddin Bin Abdul Hamid)

SPM...dan Alam Persekolahan

Tarikh 12 mac baru-baru ini telah diumumkan keputusan SPM bagi calon-calon SPM 2008. Tahniah diucapkan kepada yg berjaya mendpt keputusan cemerlang dan bagi yg kurg cemerlang. Yakinlah bahawa setiap yg berlaku ini adalah ketetapan daripada Yang Maha Berkuasa. Setiap yang berlaku telah ditetapkan oleh-NYA sejak azali lg.

Pengalaman serta suara hati ku telah mengajarku utk menghadapi situasi ketika memperoleh keputusan SPM dulu. Di sini bukanlah niat di hati walau secebis sekalipun utk mengimbau kenangan suka dan duka ku di alam persekolahan. Tapi secara jujurnya adalah utk berkongsi apa itu alam persekolahan melalui pandangan jiwa kecil ini.

Pertama-tamanya tahniah kepada skolah kesayanganku yang terletak di Klang kerana berjaya lagi mengekalkan kecemerlangan berada di ranking yg ke-2 dlm analisa sekolah terbaik SPM SBP. Itulah dia Kisas. Tahniah kisas!!..U’re the best skuwl in the world.

Ku teruskan dengan perbincangan serta fokusku dalam menulis blog ini. Untuk dimaklumkan bahawa SPM adalah sekadar peperiksaan yg dpt membezakan tempat pembelajaran seterusnya. Sama ada dalam atau luar negara. Yes, ku akui bahawa SPM dlm menunjukkan bhw ke’genius’an seseorg itu terbukti. (Wah, bahasa terabur!!...maafkan ku wahai guru BM ku sekalian...hehe)

Mungkin sekadar kata-kata pengubat hati bahawasanya alam persekolahan termasuklah SPM adalah salah satu ujian utk kita. Ianya tidak lagi bererti sekiranya di sekolah anda perform tetapi apabila di university kurg menyerlah.. (ku pohon kpd Hadrat-Mu ILAHI agar aku berjaya perform di universiti kali ini ...AMIN)...Hal ini kerana di sekolah sistem pembelajarannya byk bergantung kpd bantuan guru serta komitmen sesebuah sekolah itu.

Berbanding di university, kita semua akan dpt rasa segala cabaran dan dugaan yg semakin bertambah. Kemalasan bertingkat-tingkat. Serta terasa bahawa tiada bezanya anda pelajar SBP kah, pelajar MRSM kah, pelajar TEKNIK kah, pelajar SMKA kah, pelajar SMK kah, atau pelajar SMK (C) atau SMK (T) kah.....segalanya tidak ada perbezaan. Yang pastinya hukum alam mengatakan “YANG RAJIN SERTA BERSEMANGAT AKAN TERUS BERJAYA”.

Oleh itu, rakan-rakan sekalian..suka utk ku ingtkan diriku serta kepada semua bahawa alam persekolahan bukanlah ending kepd proses pembelajaran. Sedarlah perjalanan masih jauh. Kita perlu sedar dan memulakan hidup baru.. (“Mudah2an segalanya berjalan lancar,AMIN”). Walaubagaimanapun di dalam hati kecilku tetap mengatakan alam persekolah tetap menjadi ingatan sanubariku.

Kepada kenalan dan taulan ku....Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang...Yang pasti ku xmahu berjumpa kalian dlm keadaan “SEORANG”, sebaliknya “BERDUA” (pada hubungan yg sah sahaja) atau lebih advance “TIGA”, “EMPAT” dan seterusnya...hehe...Sehingga berjumpa lagi...Kenangan bersama masih segar di dlm kotak ingatanku....tp APA YANG PASTI...

ALAM PERSEKOLAHAN
tidak mungkin berulang lagi........................................................................!!!!

Monday, March 16, 2009

Cubaan Suara....

Assalamualaikum...salam perpaduan...

Buat julung2 kalinya aku menulis dalam blog yang baru dicipta ini. InsyaALLAH ku akan cuba memuatkan segala intipati yang berupa ilmiyah utk dikongsikan bersama.

Barangkali kerana ketidakbiasaan ku dalam menulis blog, mungkin akan terdapat sedikit sebanyak kekurangan ketika menulis. Tapi perkara tersbut InsyaALLAH akan ku hadapi serta tangani kerana kurniaan ILAHI itulah dinamakan aqal. Ada aqal lebih mengerti sekiranya dimaksimakan penggunaannya.

Mungkin juga kali pertama penulisanku ini bahasa ku agak menampakkan ke'kaget'an yang sukar dibendung bagi jiwa2 yang sudah lama mengenali ku...
Tapi tidak mengapa, hal itu masih menjadi permulaan...

Iyah, usah malu utk berbicara......
Maahhh, usah gentar utk bersuara.....
Bahhh, usah segan utk menaip....

Kerana apa???kerana itulah yang kita xtau,..haha...(gurauan semata2)

Kerana tiada salahnya bagi seseorang individu itu untuk mencoretkan luahan hati, pendapat, citarasa....kerana setiap manusia itu berbakat utk memberi pendapat...

Mana mungkin jiwa insan itu yang dikurniakan ALLAH akal fikiran tidak mampu meluahkan apa2...sekian dahulu suara cubaanku buat kali ini....Akhirkata, Kepada ALLAH jualah diletakkan segala pengharapan serta penghambaan dan kita perlu bersyukur kehadrat-NYA

Wallahu a'lam.