Wednesday, April 7, 2010

puisi ini dicopy....



Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang tidak soleh




p/s : puisi ini mmg sengaja di copy...
Wahai muslimat marilah mengambil iktibar,
jadilah muslimah sebenar,
jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu.
sampaikanlah pada sahabat2 kalian
sekiranya mereka bertepatan dengan puisi ini

Terima Kasih kepada penulis puisi ini.

11 comments:

  1. Setuju!!!Tapi ana selaku muslimat pun tak suke muslimin duk tayang muka and aksi yang tak sopan..nnt musliin plak yang kempunan muslmat

    ReplyDelete
  2. persoalan seorang hamba ALLAH (guest)di ruang pesanan buatku;
    "kenape xleh letak gmbr dalam facebook??"

    mudah sje jwpn sy..sbnrnya tidak slh letak gmbr..cuba perhatikan ayat dlm puisi ini;
    Si gadis masih anggun
    Bertudung labuh litup
    Namun, bergambar sakan

    tang bergmbr sakan tuh sbnrnya x bleh...nak peace2 la..nak posing mcm itu n mcm ini...sbnrnya apa motif bergmbr sakan itu dipaparkan??...cuba anda bayangkan....anda seorg yg mempunyai rupa yg cntik, then letak gmbr kat facebook or frenster...ade org lihat terpegun...

    tau x, hakikatnya kecantikan anda itu hak milik suami..bukan menjadi tatapan umum...bleh fhm? begitu juga femesnya anda itu..untuk apa?...

    Perempuan cantik itu
    Tidak mengenali dan tidak dikenali
    Perempuan cantik itu
    Tidak menegur dan tidak ditegur

    perempuan cntik itu tidak perlulah terlampau femes utk dikenali lelaki dan terlalu mengenali ramai sgt lelaki....dan tidak perlu beriya-iya menegur lelaki dan juga ditegur lelaki (utk situasi ini, perempuan sewajarnya tidak terlalu MELAYAN..dan lebih TEGAS agar tidak berani ditegur lelaki sembarangan...)

    Wallahu a'lam dan maaf di atas salah silap...

    ReplyDelete
  3. jgn ingt perempuan shj yg tak digalakkan mempertontonkan gambar pd khayalak umum.lelaki yg bermaruah dan menjaga kehormatan juga perlu ambil berat ttg perkara ini.jika kita menayang gambr kita pd org ramai,kemudian ada pula wanita memberi komen pd gmbr anda,bukankah itu mungkin telah menimbulkan masalah hati pada dia dan mungkin juga pada diri kita.

    Muslim yg mengetahui hakikat penciptaannya tidak membuang masa bercakap ttg perkara2 dunia,tidak bercakap kosong dan tidak membuang masa di laman2 sosial.kebanyakan remaja muslim kini hanya mencari keseronokan,hiburan dan menambah kenalan di laman2 sosial spt facebook.jika ada golongan yg berniat untuk berdakwah,ianya terlalu sedikit dan mudah untuk terpesong dgn kelekaan di facebook. beruntunglah mereka yg mampu thabat.

    mari kita muhasabah kembali bg kita yg mempunyai facebook.apakah manfaat akhirat yg kita dapat dr melabur masa di laman sosial begini? bukankah byk membuang masa dan bercakap benda2 yg berfaedah?benarkan? tak dinafikan facebook mungkin ada manfaatnya tetapi terlalu kecil jika dbandingkan dgn keburukannnya. Islam menyuruh kita meninggalkan perkara yg kurg mudaratnya.

    Sekiranya seorang lelaki inginkan seorang wanita yg menjaga hubungannya dgn lelaki lain,yg kurang bersosial dgn lelaki lain,yg tidak mendedahkan gambr2nya,dia sendiri perlu melatih dirinya begitu.bukankah perkara ini terdapat di dalam puisi yg di post td?

    Luangkan masa kita untuk menyelami kalam Allah..latih diri memenuhi waktu lapang dgn membaca Al-Quran setiap hari sekurangnya 1 juzu' bg mereka yg sudah lama bersama Al Quran.bg yg masih baru mendekati kalam Allah ini,buat yg termampu. malu lah dgn Allah,kita lebih mengenali sahabat2 di laman sosial,berckp hal2 dunia,namun kurang menghayati kalamNya.

    Suatu ketika dulu sy pernah mempunyai facebook selama 2 minggu. Namun akhirnya sy menutup akaun tersebut kerana nasihat dr seorang sahabat. mulanya sy rasa seronok mempunyai facebook krn dpt keep in touch dgn rakan2 yg lama terpisah. tapi bila difikirkan, jika masa 5 minit untuk facebook itu sy gunakan untuk membaca Al-Quran atau menambh ilmu agama InsyaAllah lebih byk pahalanya. kemudian bila difikirkan ttg prbualan bersama rakan2 d facebook, 95% adalah ttg dunia!

    tambhan lg,jika kita seorang lelaki, melihat gambr rakan2 wanita yg kurang menjaga auratnya..ia menambah lg dosa dan masalah hati pada kita.

    jika sy ingin keep in touch bersama rakan2 lama, InsyaAllah ada alternatif lain.

    Ini pandangan peribadi saya.mungkin ada yg menerima dan menolak.sahabat2,fikirkan lah.destinasi kita bukan di sini.mari kita menjadi golongn yg minoriti yg Allah katakn sebagai golongn yg berjaya di akhirat nnt,yg berani menjadikan dirinya berbeza dr org disekeliling. kerana golongn yg berjaya itu bilangannya sedikit,sedangkan yg gagal di akhirat itu adalah ramai. itulah akhirat oriented people!

    Moga Allah rahmati n berikan kita hidayahNya sentiasa.amiin.

    ReplyDelete
  4. Ana tak setuju..kalo perempuan tu dh femes nk buat cmen..femes sbb pandai, femes sbb berkebolehan..sume org kenal die..nk buat cmne???

    Jumud sgt la puisi ni

    ReplyDelete
  5. Betul.Muslimat perlu jaga diri.Tak terkecuali dengan muslimin.Kadang2 harapan tinggi untuk memiliki orang yang sempurna,tapi diri sendiri kadang-kadang tak terjaga. ingatan untuk diri dan orang lain.Wallahu A'lam.

    ReplyDelete
  6. terima kasih para responder...saya silap fhm sket...thanks coz beri penjelasan..mklumlah kita bukan maasum...berkenaan facebook tuh btul...lagi byk mudharat dr manfaat...now i hav estimate my time to use fb..coz my member course gne fb ni sbgai method menyampaikan maklumat...so i cant terminate this now..tgu dh grad nnt mgkin la kot...

    berkenaan responder yg ckp tntg akhirat oriented people...itu lah ghuraba'...thanks nasihat sy...dr alam kisas lg ada sorg shbt nasihat agar sy jadi 'ghuraba'..namun sy leka jg..anda org kedua...nak tgur direct....thanks...sama-sama amik ibrah ya~

    responder yg kata puisi nih jumud...maaf utk mengatakan anda terlalu keras...tp xpe...dlm islam ada juga bab2 yg kita perlu syadid...cuma puisi yg sy copy nih...muslimin itu seorg yg agak siqah dan jaga akan dirinya...(bukan sy kerana sy sgt dhaif lg hina)...jd dia nak kan mslimt yg seteru @ selayaknya utk dirinya....sape taknak psngn yg baik...saya pon nak...tp kalo diri x berapa nak baik usah demand la pasangan yg baik....redha je la...kalo mslimat tuh femes kerana kepandaian itu femes drpd org...org yg memfemeskannya....tp jgn pula memfemeskan diri sendiri (ini khusus kpd diri sy yg agak suka mencapap satu ketika dulu...nauzubillahi min dzalik)

    responder ketiga...yes...btul la tuh...muslimin pon perlu jaga diri...kita tidak sempurna...tidak ada yang sempurna melainkan ALLAH...kalu nak cinta sempurna...cintalah ALLAH..cinta manusia nih x berapa nak sempurna....cuma kalo psgn lelaki dan perempuan itu sama-sama soleh + solehah..insyaALLAH itu menghampiri kesempurnaan...moga sy dan kalian menemui soul mate yg sebenar..AMIN~

    ReplyDelete
  7. Salam.saya pn setuju juga dengan kata2 anonymous yg ke-2.mmg byk mudarat dr manfaat.sekali bkk,akan terus leka.Dulu sy xtahu dan xberminat main laman2 sosial ni..tp sbb kwn ajak,sy pn tryla.dan hasilnya,sy jd makin teruk.makin leka dan terus leka.daya ingtan pn dh xbrape nk kuat.tmpat ltk brg pn kdg2 lupa.kalau dlu hafal ayat Quran,mudah je nk ingt,tp skrg dh lain.nk hafal terpaksa amek masa lama smpai sy rse da xnk hafal dh.Astaghfirullahal'Azim,moga Allah ampunkan sy.sy rse mcm nk delete je smua laman sosial yg sy penah buat tp fb,sy terpaksa guna lg sbb byk announcement berkaitan course dan juga persatuan yg sy ceburi dimasukkn ke situ.semoga sy dpt mengehadkan masa sy utk fb.Salam.

    ReplyDelete
  8. Salam.saya respon sikit.
    Pertama,saya setuju dengan responden ke3,pendek tapi padat dan bermakna.
    Kedua;
    Bagi saya,jangan dijudge bab tudung labuh yang dipakai.tapi lihatlah pada hati budi dan akhlaknya.Andaian awal muslimin dalam puisi nila yang menyebabkan harapan dia seolah-olah berderai terus apabila tahu yang muslimat tadi begitu keadaannya.Saya teringat pernah terbaca satu kisah.dalam cerita tu,diceritakan bahawa wanita tu orang biasa saja,tudungnya mungkin tidak selabuh mana,rupanya biasa2 saja, tapi dia punya keistimewaan yang hanya mampu dilihat oleh pandangan hati dan bukan mata.Penilaian awal dibuat oleh lelaki tu(baru balik dari univ di timur tengah juga..tak ingat) wanita tu tak layak untuk dia sebab tak pakai tudung labuh dan penilaian fizikal la. tapi,apb lama cuba mengenali melalui risikan yang syar'ie,maka dia mula tahu apa yang istimewa pada wanita itu. lastly,mereka disatukan kalau tak silap.
    apa yang nak dihighlightkan di sini, janganlah suka menilai dari sudut luaran.dan dari puisi ni,bagi saya,cara mencari maklumat(muslimin tu) pun dah boleh dipertikaikan.ta'aruf,biarlah cara yang benar.Dulukan istikharah,lihat petunjuknya,percaya yang itu,ketepikan soal pandangan mata dan fikiran.Barulah muncul jawapan.Mungkin masih boleh dipebaiki diri wanita itu.Wallahu A'alam.
    itulah bezanya orang yang ditarbiyyah.mungkin dia boleh berubah.manusia tak ada hak menidakkan orang dengan cara meriject tanpa ihsan.melainkan wanita itu sememangnya jenis tak mendengar kata.
    Sikit pendapat saya,kalau bercelaru,saya explain semula.wallahu A'lam.

    ReplyDelete
  9. thanks....isu nih makin hangat ke ape? :-)
    ok bagi yang dah mendapat kesedaran...
    amik la apa yg baik...yg kurg baik tuh tolak tepi...sy juga mula merasakan kurgnya tolak ansur dlm puisi ini...tp xmengapa...setiap yg tersurat itu pasti ada hikmahnya....so buka la mata hati utk melihat dan mengambil ibrah bersama...

    sy juga mula sedar...soal hati dan perasaan ini....mgkin si muslimin itu menolak kerana ALLAH. ALLAH menggerakkan hati beliau utk menolak kerana ada yg lain menanti...itulah jodoh...kalau berjanji kencang skali mana pun kalau bukan jodoh nak buat laghu mana lagi kan?
    mcm Ketika Cinta Bertasbih jgk la....mana bleh bayangkan hikmah di dalam cerita itu....(walaupun sekadar cerita...namun ada hikmah di sebaliknya..WALLAHU A'LAM)

    ReplyDelete
  10. em,tak dpt dinafikan ada yg perlu rujuk pd maklumat2 penting di facebook.tp pesan sy,guna untuk kepentingn je.tak perlu tayang gambr2 wpun anda kacak atau cantik.kalu perlu kan facebook untuk update kerja persatuan,gunakan untuk tujuan tu je.sy bukan mahu berpendapat terlalu jumud/keras,tp marilah kita sama2 elakkan diri dr jalan maksiat k..InsyaAllah mari kita sama2 muhasabah

    -Anonymous ke2

    ReplyDelete
  11. buat anonymous ke-2

    nasihat anda makan dlm...terima kasih..Allah hantar anda utk menasihati sy yang bajet bgus ini...

    sy kini tidak lagi letak gmbr di facebook...kalo ada mgkin yg ditagged oleh rakan2...sy buat begini bukan buat kerana anda..tp kerana ilmu yg telah anda sampaikan kpd sy itu mengingatkan kembali sy kpd ALLAH...sesungguhnya pd ilmu itu ada keberkatan...bukan pada tuan yg menyampaikan...hanya Rasul sje terdpt berkat pd diri baginda...

    siapakah anda? sy agak teruja utk berkenalan dgn anda...jika anda seorang muslimat...sy tidak mahu berukhuwah kerana tidak ada ukhuwah sesama lain jantina yg bukan muhrim dlm islam....ukhuwah utk isteri boleh la..jd kita mgkin boleh bersahabat dunia akhirat..

    jika anda seorg lelaki...maka salam ukhuwah saya hulurkan....dgn NAMA ALLAH KU HULURKAN UCAPAN SALAM UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA

    ReplyDelete