Sunday, August 29, 2010

CERITA RAMADHAN 2

Agak lambat cerita kedua ini ku coretkan...

Berkaitan jgk bulan rmadhan walaubagaimanapun.....

Kalau kita perasan sejak kebelakangan ini, dalam laman sosial Facebook ada saja video baru, tazkirah dan sebagainya utk memberi peringatan buat kita semua...Alhamdulillah...ini lah di katakan kehebatan ramadhan...

Alang2 sblum berckp lebih bnyk tntg cerita kedua itu, ku ingin luahkan rasa hati tntg kehebatan bulan ramadhan...

Rakan2 sekalian, sdar x sedar, ramadhan ini mmberi pengaruh yg sgt kuat buat smua...impact dia mcm tsunami....sbgai contoh, hebat nya solat tarawih di bulan ramadhan sehingga mampu menarik lebih ramai org solat isyak secara berjemaah...Alhamdulillah pakej skali dgn tarawih....hebat ke x hebat kalo ianya mampu meningkatkan bilangan jemaah di masjid dan surau???? Sudah tentu jawapanya HEBAT!!...dan sesungguhnya tarawih tuh hanya ada dlm bulan ramadhan sje...

lagi kehebatan ramadhan, org berlumba2 nak sponsor berbuka puasa....kan hebat tuh...dtg bln ramadhan, org jd pemurah....ada sampai sponsor sahur lagi...moreh pon tidak kurang rancaknya....

org yg jrg bce quran macam ku nih pon, smgt nak bce quran....gara-gara bulan ramadhan...hebat bukan rmadhan nih =)

gelombang hebatnya ramadhan berjangkit sampai dl facebook...makin byk org tag tazkirah2....tag video2 yg baik...tag status2 tazkirah dan sebagainy...cuma cerita yg nak dikaitkn adalah...ada hamba Allah yang suka judge org lain hanya kerana beliau memandang sesuatu tazkirah atau video yg ditag pada view peribadi....

sbagai contoh (maaf bg yg terasa), ada di tag satu video tntg solat....then ade org judge dgn bicara tntg solat itu diimami oleh seorg bdk yg blum baligh...ku berbaik sangka sekiranya dia berpendapat bhw bdk itu blom baligh xpe...tp jgn judge solat mereka yg diimami oleh bdk kecik itu tidak sah...kita sape?slagi xterbukti bdk tuh blom baligh...kita xleh judge tntg solat mereka..baik kita perhati diri kita drpd judge org lain...kalau org itu hanya berpendapat ku xkesah sgt...apapun pendapat seseorg itu, pendapat pasti sentiasa btul...di sini ku sertakan hujah...

Seorg hamba Allah nih berikan pendapat tntg aurat sebagai contoh....dikatakan bahawa lutut adalah aurat bg lelaki....tp hal yg sebenar menurut imam syafie...lutut bukan aurat..atas drpd lutut br dikira aurat...pendapat yg diberikan oleh hamba ALLAH tuh td betul la...sbb pendapat seseorg yg tak bape arif tntg sesuatu...dia dah bg pendapat tuh mcm tuh sbb dia xtau..jd btul la pendapat tuh sbgai org yg x tau....bleh phm x?

blum phm lagi ek?

amik contoh bdk kcik berpendapat bahawa untuk jadi seseorg yg lari laju, kne minum air masak (ni pendapatku waktu kecik dulu)...tp hakikatnya kne training dan usaha lebih kuat br boleh lari laju....tapi dr sudut bdk tuh beri pendapat, ianya x salah sbb dia budak...pndapat sentiasa btul menurut cara kita nilai...bila budak kecik berpendapat cmtuh, x salah la dia coz dia bdk....jd pendapat dia btul atas sbb dia SEORANG BUDAK....tp hal yg sbnr kita kne la berikan penjelasan yg lebih tepat...

kalau masih x phm, kita tgk bdk buat salah, tp kita x marah...sbb ape??? walhal dia buat salah....sbb kita x marah adalah sebab dia BUDAK...org yg jahil buat salah pon kita xleh marah sbb dia JAHIL....so sama x dgn dibandingkan tntg pendapat???

buatlah berbgai pendapat atau pandangan skali pon....tp jgn judge org...kerana judge itu seolah2 kamu menghukum....
WALLAHU A'LAM

Sunday, August 22, 2010

CERITA RAMADHAN 1

Assalamualaikum...

Suka untuk saya bicara tentang bulan Ramadhan ni alang-alang sememangnya kita masih berada dalam bulan Ramadhan...Pertengahan Ramadhan.

Ceritanya begini, ada satu tempat di Negara M (bukan nama sebenar), apabila menjelangnya bulan Rahmat ini, selalu timbul isu....."Solat tarawih 8 atau 20?"

Isu ini bagi sesetengah para alim membuatkan mereka tergelak dan ada juga yang memeningkan kepala. Masakan tidak, solat tarawih pun boleh jadi isu. 8 rakaat kah atau 20 rakaatkah?

Ketika isu ini dibahaskan, saya ada mendengar tazkirah dari seorang ustaz bahawa apabila berlakunya perkara cabang seperti ini, maka perlulah rujuk sirah Nabi....dan ternyata apabila dirujuk sirah, kita tidak mungkin bertikam lidah untuk memilih 8 rakat atau 20 rakaat lg...Nabi buat di masjid 8 dan sambung sehingga 20 rakaat di rumah..Tetapi zaman Saidina Umar Al-Khaatab berubah apabila solat 20 dilaksanakan di masjid secara berjemaah...apa susah? nak buat 20 buat jer...jgn kata 8 rakaat ini x btul plak...yg x btul adalah solat tarawih kurg dr 8....kerana sesungguhnya solat tarawih paling minima adalah 8 rakaat...kalo 2,or 4 or 6 rakaat tuh, lebih baik solat sunat Mutlak sahaja (solat sunat biasa)

Dan lagi menarik cerita ini ditambah dengan isu kalaupun solat tarawih 8 rakaat, ada tmpt2 yang buat tazkirah dan ada yang tidak....Ada suara2 mengatakan, "Tidak cukup lagikah tazkirah 11 bulan yang lalu? Jadi bulan Ramadhan ni fokus pada tarawih cukup la"

Jawapan saya bg persoalan ini agak personal n agak memerli sedikit....."Kalaulah dah cukup tazkirah 11 bulan yang lalu, tidak mungkin isu zina, isu buang anak, isu sumbang mahram, isu gejala sosial akan terus berlaku di Negara M tersebut. Dah besar fikir pakai otak biar rasional sikit, bukan cakap lepas! Kalau tak mahu dengar terpulang la,its up to you tapi jangan la duk mengata pulak"

Agak emosi di situ =)

Tamat cerita Ramadhan 1.....................

Thursday, August 19, 2010

kusam

Berkepuk, lemau, layu.....
Bersarang, berhabuk,...

Mungkin itu yang selayaknya diibaratkan buat blog ini...
ADa masa....ada ruang dan peluang...ada idea
insyaALLAH dengan izin ALLAH saya akan meng'update' blog ini =)

Thursday, August 5, 2010

Daku memerhati, berfikir lalu ku menulis.............

Orang sering beranggapan mendedahkan aurat itu perkara biasa tetapi pemakaian yang menutup aurat dengan sempurna itu suatu yang luar biasa. PELIK TETAPI BENAR. Rata-rata mereka tidak sedar sebenarnya dedahkan aurat itu bukan sahaja luar biasa bahkan berdosa.

Orang sering beranggapan pemakaian kemas itu skema. Mereka lebih suka berpakaian agak selekeh. Kononnya lebih stylo. PELIK TETAPI BENAR. Kalau mereka itu seorang MUSLIM, akan ku katakan kepada mereka bahawa ISLAM ITU BERSIH. Jangan jadikan diri sendiri sebagai asbab ISLAM dihina. Yang selekeh itu diri sendiri tapi akibatnya nama ISLAM itu tercemar.

Orang sering beranggapan bahawa belajar itu untuk mencari kerja. Mereka bertungkus-lumus belajar kerana kerjaya yang sedang menanti. PELIK TETAPI BENAR. Barangkali mereka terlupa kerjaya sangat berkait rapat dengan punca rezeki dan sesungguhnya rezeki adalah pemberian ALLAH TAALA. Maka perbetulkan niat masing-masing mulai sekarang.

Orang sering beranggapan bahawa individu yang membawa akhlak yang MULIA serta lebih ke arah ISLAM adalah seorang yang agak kolot. PELIK TETAPI BENAR. Walhal mereka terlupa, dengan ISLAM lah TAMADUN MANUSIA dahulu kala terbina.

Orang sering beranggapan bahawa perniagaan mempunyai risiko. Maka mereka mengelak dari usaha ke arah perniagaan. PELIK TETAPI BENAR. Sedikit teguran buat semua, terutama yang beragama ISLAM. Tidakkah kita percaya pada hadis Nabi Muhammad SAW bahawa 9/10 punca rezeki adalah datangnya daripada perniagaan? Mungkin orang Cina lebih menghayati hadis Nabi tersebut berbanding umat ISLAM sendiri.

Orang sering beranggapan bahawa diri sendiri adalah paling betul sedangkan orang lain salah. PELIK TETAPI BENAR. Di kala mereka berfikir sepeti itu, maka percayalah pada ketika itu mereka salah.

Orang sering beranggapan bahawa Bulan RAMADHAN adalah bulan beribadah sedangkan bulan lain tidak begitu. PELIK TETAPI BENAR. Beribadah dengan bersungguhan pada bulan RAMADHAN tetapi menjelang SYAWAL setiap amalan itu semua tidak ada lagi. Maka marilah muhasabah diri kita bersama.

Wallahu a’lam.....ada masa saya tulis lagi. Sebagai berkongsi. Saling memberi dan menerima teguran. InsyaALLAH