Thursday, April 1, 2010

Cukuplah kematian itu suatu peringatan wahai MANUSIA...

Assalamualaikum......

Baru-baru ini, saya berserta keluarga dikejutkan dengan berita bahawa datuk kesayangan saya Allahyarham Abdul Hamid B Teh Bakar telah menemui ajal bertemu Yang Maha Esa pada 28 Mac 2010. Allahyarham meninggal dunia dalam keadaan tidur. Saya agak sedih dengan pemergian beliau. Beliau seorang datuk yang hebat. Pelbagai kenangan yang indah bersama arwah yang masih saya ingat sampai sekarang.

Semalam pula, kami sekeluarga dikejutkan pula dengan pemergian seorang insan yang juga merupakan datuk saudara saya yang telah kembali ke Rahmatullah. Arwah yang bernama Hj Abdullah merupakan seorang Ustaz adalah ayahanda kepada Dato' Saifuddin Abdullah (Timb Menteri Pengajian Tinggi Malaysia). Saya tiada niat untuk memancing ayat berkaitan dengan Dato' Saifuddin kerana tidak terlintas langsung untuk membicarakan hal itu.

Saya dengan peribadinya berasa kesal dengan diri sendiri kerana tidak menghadiri pengebumian kedua-dua arwah itu. Kedua-dua arwah itu sangat baik dengan saya. Nak dijadikan cerita dan sejarah, nama saya AHMAD MUZAKKIR juga adalah idea daripada kedua-dua arwah. Datuk saya (Allahyarham Hj Abdul Hamid) menamakan 'Ahmad' manakala Hj Abdullah memberikan nama 'Muzakkir' kepada saya.

Tapi, apabila mereka dipanggil oleh ALLAH Taala, saya pula tidak turut serta dalam urusan pengebumian mereka atas sebab tanggungjawab belajar. Namun, sampai hari ini saya terasa sangat bersalah. Kakak saya dari Sabah pun sanggup balik ke Semenanjung. Tapi saya yang hanya berada di Melaka pula tak balik rumah. Kecewanya saya!. Saya yakin InsyaALLAH arwah merupakan orang yang baik-baik.

Saya tidak berniat untuk memanjangkan madah bicara untuk tulisan blog kali ini. Sekadar mengadukan sedikit perasaan hiba dek kerana insan yang saya sayangi telah kembali menemui ALLAH. Ajal maut itu suatu kepastian. Tidak mungkin kita akan dapat lari daripada panggilan itu. Mungkin giliran kita pula esok lusa kita mana tau.

Firman ALLAH dalam surah Al-Imraan yang bermaksud;
"SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MENGHADAPI KEMATIAN....." (ayat 185)

Firman ALLAH dalam surah An-nisaa' pula yang bermaksud;
"DI MANA SAHAJA KAMU BERADA, KEMATIAN PASTI AKAN DATANG KEPADA KAMU, WALAUPUN KAMU BERADA DI DALAM BANGUNAN YANG KUKUH....." (ayat 78)

Semoga Arwah Hj Abdul Hamid dan Arwah Hj Abdullah ditempatkan bersama para solehin. Cukuplah mati itu peringatan buat kita yang masih hidup. Agar kelak kita semua sedar bahawa kehidupan dunia ini adalah fana' dan bersifat sementara. Semoga belum terlambat untuk bertaubat sementara masa masih ada. InsyaALLAH. Wassalamu a'laikum.

3 comments:

  1. Takziah untuk saudara sekeluarga.Saya memahami perasaan saudara kerana saya juga pernah mengalami situasi yang sama.Mungkin juga ada lagi orang yang di luar sana pernah mengalami situasi macam ni atau lebih sedih lagi.Rasa sedih hanya Allah sahaja yang tahu.Walaubagaimanapun, banyak2kanlah berdoa untuk mereka agar mereka di tempatkan bersama para solehin.Al-Fatihah~

    ReplyDelete
  2. Takziah sekali lagi.Maaf pasal aritu.Memang xdapat kawal rasa sedih. ='(

    ReplyDelete
  3. Assalamualaykum wbt...
    takziah...
    smg tabah dan dapat sama2 mengambil ibrah...

    ReplyDelete