Thursday, April 9, 2009

Lelaki dan wanita...

Firman Allah Taala di dalam Al-Quran (Surah An-Nuur : 30) yang bermaksud ;
"Katakanlah kepada Orang Mukmin (laki-laki), hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka, dan hendaklah mereka menjaga kemaluan mereka....."

Firman Allah Taala tersebut telah disusuli juga peringatan Allah kepada wanita, (Surah An-Nuur : 31) yang bermaksud ;
"Dan katakanlah kepada Mukminat (perempuan), hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka, dan hendaklah mereka menjaga kemaluan mereka....."

kedua-dua ayat tersebut ada perkaitan yang sangat mendalam. Ulama' membahaskan bahawa ayat tersebut amat-amat penting kerana Allah sendiri telah men'spesifik'kan peringatan itu kepada golongan Lelaki dan golongan Wanita.

Adapun ayat peringatan kebiasaannya, Allah telah menisbahkan ayat suruhan @ perintah kepada Lelaki semata-mata tetapi ia termasuk juga utk wanita.Seperti perintah Allah Taala utk berpuasa yang bermaksud;
"Wahai orang-orang yg beriman, hendaklah kamu semua berpuasa pada bulan Ramadhan...."
dr segi bahasa 'org beriman' itu sebutan utk org beriman (laki-laki), namun begitu wanita juga termasuk dlm ayat perintah tersebut.

Berkenaan semula kepada 2 ayat yang telah dinyatakan di atas. Allah mengaitkan 'MENUNDUKKAN PANDANGAN' dengan 'MENJAGA KEMALUAN'. Apa kaitannya?... Ulama' Tafsir membahaskan, setiap kelakuan yang berkaitan dengan terangsang (kemaluan) adalah berpunca daripada pandangan.

Sedar atau tidak, seseorang itu akan mula terangsang apabila matanya melihat sesuatu yang menaikkan syahwat. Maka tindakbalasnya akan berlaku pada kemaluan. Hal ini adalah bertepatan dengan 2 ayat Al-Quran yg dinyatakan di atas itu tadi. Maka adalah menjadi hukum WAJIB sangat-sangat kepada seluruh umat yang mengakui beriman dengan Al-Quran utk mentaati ayat perintah Allah Taala tersebut.

Oleh itu, suka utk saya ingatkan diri saya mahupun pembaca sekalian. ALLAH telah menegur seluruh umat (fokuskan lelaki mahupun wanita) utk menjaga pandangan dan kemaluan (Maruah). So, sama-samalah kita mengambil pengajaran wahai manusia yang mempunyai akal jika kamu tidak mahu melihat generasi Islam kian hancur. Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment