Thursday, April 2, 2009

Kalimah Syahadah, sekadar teori?

Alhamdulillah kali ini saya akan membincangkan berkaitan tajuk “Kalimah Syahadah, sekadar teori?”. Kenapa saya tulis sedemikian rupa? Sila teruskan pembacaan anda......

Syarat bagi mana-mana manusia untuk membuktikan keISLAMannya adalah salah satunya bermula daripada Kalimah Syahadah. Ya, kita sering @ sebetulnya setiap hari kita mengucapkan kalimah syahadah dalam solat. Tidak dinafikan kenyataan tersebut. Bagi orang yang bukan Islam juga ketika mana mahu memeluk agama Islam perkara pertama yang akan dilakukan adalah mengucap dua kalimah syahadah.
Adakah kita hayati apa itu kalimah syahadah?

Lafaz kalimah syahadah adalah: ( أشهد أن لا إله إلا ألله * وأشهد أن محمد رسول الله ) yang bermaksud: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan aku bersaksl bahawa nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.

Syahadah bererti pengetahuan, penerangan, perkhabaran dan pernyataan. Orang yang bersyahadah dipangggll bersaksi kerana dia mengkhabarkan dan memberltahu apa yang diketahui olehnya. Kalimah syahadah juga mengandungi perkataan ikrar, iktiraf dan iktiqad iaitu pengakuan, pengiktirafan dan kepercayaan.

TUNTUTAN TUNTUTAN SYAHADAH
Syahadah yang diucapkan hasil daripada kesedaran dan keikhlasan melahirkan tauhid yang berfungsi untuk mendesak pengucapnya supaya melaksanakan segala tuntutan syahadah tersebut. Diantara tuntutan syahadah ialah:

Membenarkan Segala Yang Datang Dari Allah dan RasulNya
Seseorang mukmin wajib percaya tanpa ragu dan syak segala yang datang dari Allah dan RasulNya terkandung di dalam al-Quran atau al-Hadith. Seterusnya mereka percaya bahawa segala yang bukan dari Allah dan Rasulnya yang bercanggah dengan Islam adalah palsu. Firman Allah:
فما يكذبك بعد با لدين . أليس الله بأحكم الحـكمين
Maksudnya:“Maka apa pula yang menjadikan engkau pendusta (bercakap tidak benar) berkenaan dengan hari pembalasan sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari) itu? Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil hakim”
(at-Tin 95:7-8)

Taat Kepada Allah dan RasulNya
Orang yang beriman kepada Allah dan rasulNya tunduk dan patuh kepada perintah kedua-duanya dan sentiasa berhati-hati dalam melakukan amalan harian supaya sesuai dengan ajaran al-Quran al-Hadith.

Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:“Sesiapa yang taat kapada rasul maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah dan sesiapa yang berpaling (ingkar) maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad) kerana Kami tidak mengutuskan engkau untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan)

Melakukan Amar Makruf dan Nahi Munkar
Salah satu tuntutan syahadah ialah menjalankan tugas dakwah mengajak diri dan orang lain melakukan kebaikan dan mencegah perkara mungkar. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya:“Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran maka cegahlah dengan tangan (kuasa) kamu, jika tidak mampu maka cegahlah dengan lidah dan jika tidak mampu maka cegahlah dengan hati dan yang demikian itu (cegah dengan hati) adalah seIemah-lemah iman”

Memberi Wala’ Kepada Orang Mukmin dan Menlak Orang Kafir
Seseorang mukmin wajib memberi wala’ (kepatuhannya) kepada sesama saudaranya, yang mukmin dan menolak wala’ kepada orang kafir. Firman Allah taala:
إنما وليكم الله ورسوله والذين ءامنوا الذين يقيمون الصلوة ويؤتون الـزكوة وهم ركعون . ومن يتول الله ورسوله والذين ءامنوا فإن حزب الله هم الغـلبون
Maksudnya:“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah dan Rasulullah serta orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang mereka ruku’ (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (dia mendapat kemenangan) kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah,itulah yang tetap menang”
(al-Maidah 5:55-56)

Melaksanakan Hukum-hukum Dari Kitab Allah dan Rasulnya
Semua hukum dan peraturan Allah dan rasulNya yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Hadis mesti dilaksanakan dalam semua urusan hidup, samada urusan ibadah, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Firman Allah taala:



Maksudnya:“Maka demi tuhanmu (wahai Muhammad) mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka tidak pula merasa di dalam hati merekasesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya”

Dapat difahami dari ayat ini bahawa orang yang beriman rela menghukum dengan hokum Allah dan rasulNya dan menerima hokum itu dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Tiada perasaan tidak puas hati atau tidak bersetuju dengan hukuman tersebut dan jauh sekali dari menukar hokum Allah itu dengan hukum ciptaan makhluk. Oleh sebab itu, melaksanakan hukum-hukum atau undang-undang Allah merupakan satu kewajipan dan tanggungjawab yang besar dan wajib dilaksanakan dalam kehidupan seharian.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH

• Bertakwakkal dan bergantung kepada selain daripada Allah.
• Engkar nikmat Allah samada yang terang atau yang tersembunyi, yang rnudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.
• Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah.
• Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.
• Menumpukan segala ketaatan kepada selain daripada Allah dengan cara yang tidak disukaiNya.
• Menjalankan hukum yang lain selain hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum AlIah dalam sesuatu perkara.
• Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau membenci agama Islam seluruhnya.
• Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaaan akhirat dan menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.
• Menghina sesuatu daripada kitabullah atau sunnah atau orang-orang ailim yang menegakkannya dan mempersendakan hokum-hukum dapada hukum atau syiar-syiar daripada syiar Islam.
• Menghalalkan apa yang dihramkan Allah dan sebaliknya.
• Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada al-Kitab dan as-Sunnah.
• Melantik orang-orang kafir dan munafiqin menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang beraqidah Islam dan mukmin.
• Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.
• Rasa takut, Iemah hati dalam menegakkan tauhidullah dan rasa lapang, terbuka dan riang dalam mengakkan perkara-perkara syirik.
• Mengatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat-ayat yang lahir dan isi yang terkandung dalam ayat-ayat itu.
• Tidak mengetahui tentang makrifat Allah dengan pengertian yang jelas serta engkar sifat¬-sifat ketuhananNya atau engkar nama-namaNya.
• Tidak mengetahui Atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat kepujian atau tidak mengi’tiqadkan bahawa baginda adalah contoh utama bagi manusia.
• Mengkafirkan orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah engkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.
• Membuat sesuatu pekerjaan (Ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf selain kepada baitullah dengan niat mendekati Allah.

Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadah yang dinamakan syirik kecil seperti mengerjakan solat kerana hendak mendapat pujian, bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya seolah-olah ia berjihad kerana supaya orang mengenang jasa dan namanya.

So, terlaksanakah semua tuntutan di atas itu???kalau tidak, benar sama sekali statement saya bahawa kalimah syahadah hanya sekadar teori...siapa yang dimaksudkan sama-sama kita fikir akan diri kita sendiri.

No comments:

Post a Comment