Sunday, April 25, 2010

[mode : Muhasabah]

_langit tidak selalunya cerah, namun yakinlah sinar pasti kan kembali_

MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN KE ATAS SETIAP DOSA HAMBA-NYA.

Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu. Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu.

(Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 4953)
klik di sini

Penerangan sedikit berkaitan hadis :
Hadis ini bukanlah bermakna ingin membenarkan manusia untuk berterusan melakukan dosa dan lepas berbuat dosa itu berpura-pura taubat. Cuma hadis ini nak beritahu kita bahawa, jangan putus harap untuk memohon pengampunan kepada ALLAH. Andaikata kita sememangnya ingin bertaubat dan berazam sungguh-sungguh untuk tidak melakukan kesalahan itu lagi, tapi secara tidak sengaja, kita terbuat juga kesalahan yang sama. Jadi di sini lah sebagai hujah hadis tersebut. ALLAH dengan SIFAT YANG MAHA PENGAMPUN pasti akan mengampunkan dosa hambaNYA yang ikhlas untuk tidak mengulangi lagi kesalahan. Elakkan dari ketidakikhlasan kerana tidak ada makna apa-apa kalau ibadah kita tidak ikhlas

Sabda Rasulullah SAW; "Barangsiapa yang banyak beristighfar, nescaya ALLAH permudahkan setiap urusan mereka, melepaskan setiap kesempitan, dan memberi rezeki tanpa disangka-sangka"
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Nasaie)

**Pedoman buat kita semua. Hari ini kita mungkin tersedar bahawa kesilapan yang sama sekali lagi kita lakukan. Mudah-mudahan hati kita sentiasa mudah dan senang untuk bertaubat kepada ALLAH. Sama-sama kita lakukan solat sunat Taubat sebelum tidur agar tidur kita sentiasa dalam keadaan bertaubat kepada ALLAH. AMIN YA RABB~

2 comments:

  1. Salam'alaik..moga kejadian yang menimpa diri akan dijadikan iktibar..moga berhati2 pada masa akan dtg..semoga jugak akan berhati2 dalam memilih kebenaran dalam sedar..even tgah chuak,,..phm tak ayat ana ni??tak tau nk karang agar lebih dipahami..kalo nk ubatkan rase sedih bacalah buku supaya gelisah bernilai ibadah..

    ~study mode~

    ReplyDelete
  2. huhu...mgkin itu sbgai pengalaman...mengenal manusia yg bermcm ragam ini...dan lagi satu...ana berniat itu sbgai sedekah moga si dia tidak makan harta haram...dan ana juga mohon agar diampunkan dosa ini....

    ReplyDelete