Showing posts with label bersamaku. Show all posts
Showing posts with label bersamaku. Show all posts

Monday, January 24, 2011

Perangkap Samar Kehidupan...

Assalamualaikum...

Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. DIA berikan kita nikmat kehidupan dan masih lagi mengekalkan kita dalam keadaan ISLAM dan beriman. Alhamdulillah.

Tulisan saya kali ini lebih kepada ingin membawa kalian semua berfikir sejenak apakah selama ini kita telah memilih jalan yang terbaik untuk meneruskan hidup atau sebenarnya kita terperangkap dek mainan kehidupan. Ishk! isunya macam besar dan merbahaya je...Hakikatnya memang ini adalah isu besar jika kita ingin menjadi Khaira Ummah (sebaik-baik ummah)....tp isu ini tampak kecil sangat jika hidup kita ini mahu jadi yang biasa-biasa...

Perangkap samar kehidupan? kenapa tajuk ini yang dipilih? teruskan pembacaan anda...saya doakan agar mesej besar ini sampai jauh di lubuk hati anda...semoga bermanfaat untuk semua..Amin

Saya mulakan dengan peringkat kita masih kecil. Ibu bapa menanamkan cita-cita untuk kita. Kebanyakan mereka yang terperangkap dengan adat kebiasaan pasti menanam semangat dan cita-cita anak mereka untuk menjadi Doktor @ Engineer @ apa jua kerjaya yang nampak gah pada sudut namanya. Justeru itu, ibu ayah seperti ini pasti mensarankan anak-anak mereka supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut. Bagus, tapi hakikatnya ada perangkap di sebaliknya...

Perangkap yang sering masyarakat terlepas pandang adalah...mereka merasakan KERJAYA YANG GAH, pendapatan juga gah...Namun, hakikat yang sebenarnya bukan begitu. Bagi mereka yang meletakkan niat utama agar mendapat pendapatan atau gaji yang tinggi, maka selayaknya golongan ini yang tertipu dek perangkap kehidupan yang dikatakan samar itu. Bayangkan sahaja la, untuk menjadi seorang engineer sahaja, tempoh pengajian selama 4 tahun menelan perbelanjaan bagi IPTA lebih kurang RM30,000 manakala di IPTS perbelanjaan mampu mencecah RM100,000. Namun, setelah memperoleh pekerjaan selaku seorang engineer...gaji permulaan hanya RM2,500 sehingga RM3,500..Alhamdulillah, saya tidak nafikan nilai itu memang banyak. Tapi, hutang yang terpaksa ditanggung ketika alam pengajian tersangatlah banyak berbanding gaji yang diperolehi.

Di sini kita dapat lihat perangkap samar kehidupan yang berlaku. Seseorang itu perlu berusaha keras, membuat pinjaman puluhan ribu untuk mengejar suatu title kerjaya yang gah tapi perangkap di sebalik itu, akan melahirkan individu yang berhutang. (Kerjaya yang lain juga sama saya kira). Saya sendiri yang kini sedang menuntut dalam bidang engineering ini turut terasa tempias perangkap samar ini. Ia dikatakan samar kerana, nampak macam tiada apa-apa....memang berjaya mendapat segulung ijazah tapi hakikatnya ada perangkap di sebaliknya...Namun, harus diingat!!! Perjuangan untuk menimba ilmu itu umpama berjihad di medan perang. Justeru itu, hendaklah sama-sama kita yang sedang mendalami ilmu ini niatkan ikhlas kerana ALLAH agar beroleh fadhilat jihad tersebut dan bukannya belajar kerana KERJAYA. (Nasihat buat diri saya dan anda)

Itu adalah di antara perangkap samar kehidupan yang berjaya saya buktikan. Namun, ada lagi perangkap samar yang kita terlepas pandang....Saya harap sangat agar anda yang sedang membaca ini sentiasa berbaik sangka pada tulisan saya ini kerana apa jua yang saya luahkan adalah pendapat saya. Semoga sama-sama kita berfikir. InsyaALLAH.

Ini berkenaan pembayaran gaji bagi pekerja sektor awam mahupun swasta. Lebih jelas kalau saya gunakan term 'MAKAN GAJI'. Sebelum ini, kita sering mendengar tentang SKIM CEPAT KAYA yang menipu. Dikatakan menipu adalah kerana bercorakkan Piramid system. Tak kurang juga kita sering mendengar MLM adalah haram kerana sistem piramid. Sistem piramid itu ape??? Bahasa kasarnya orang bawah meng'kaya'kan orang atas. Kalau bahasa lembut sikit....orang yang berjawatan rendah gajinya rendah dan tidak boleh memotong gaji orang yang lebih besar jawatan. Ini juga sistem piramid. Eh, piramid nih haram ke x? Inilah perangkap samar kehidupan... Saya bawa contoh lebih jelas. Perhatikan gambar ini:-



Ini imaginasi piramid yang mungkin berlaku dalam sektor syarikat korporat



Ini pula yang mungkin boleh digambarkan dalam sektor yang sedang saya ambil iaitu bidang kejuruteraan @ engineering



Dan piramid terakhir ini mungkin akan berlaku dalam sektor kedoktoran.

Maafkan saya jika gambaran ini tidak benar sama sekali maafkan saya. Tapi kuat untuk saya mengatakan bahawa piramid yang kedua itu benar-benar berlaku. Setiap piramid tersebut menggambarkan tapaknya lebih besar berbanding puncak. Itulah piramid. Tapi apakah kaitannya?? Ibarat tapak yang lebar adalah kerja yang lebih berbanding orang yang berada di puncak. Namun, orang yang berada di puncak mendapat pendapatan yang lebih lumayan berbanding orang yang dibawah walhal orang yang dibawah bekerja lagi teruk dari orang yang di atas.

Untuk piramid kedoktoran itu mungkin sedikit berbeza. Bukan lebarnya tapak itu disama ertikan dengan kesibukan bekerja...berbeza utk bidang kedoktoran.....Semakin pakar seseorang itu, mungkin semakin sibuk orang tersebut. Namun ia masih boleh dikatakan piramid kerana orang yang berjawatan rendah itu tidak mampu memotong gaji orang yang berjawatan lebih tinggi....Persoalannya, salahkah sektor-sektor ini??? Bukankah ini sistem piramid???....

Kalau dalam sebuah syarikat....pekerja akan bertungkus lumus all out dalam kerja mereka untuk mendatangkan keuntungan kepada syarikat. Namun, bonus terbesar tetap CEO...kerana memiliki saham yang besar....di sini, wujudkah term, meng'kaya'kan orang atas???? Inilah perangkap samar kehidupan yang kita terlepas pandang....

Hatta dalam sektor pendidikan juga, guru-guru yang mempunyai pangkat yang berbeza seperti DG46, DG52, DG54, JUSA C dan sebagainya memperoleh pendapatan yang berbeza. Semakin tinggi jawatan semakin banyak bayaran gaji. Hurm....itu bukan piramid ker???
Jadi sistem piramid ini bukannya salah sepenuhnya.....perangkap samar kehidupan ini menampakkan sistem piramid itu totally salah...walhal setiap sektor kerajaan itu sendiri hakikatnya mempunyai sistem piramid....anda fikirkan la sebagaimana yang cuba saya sampaikan....

Inilah perangkap samar kehidupan....MAKAN GAJI itu sendiri mengamalkan sistem piramid....kalau anda atau rakan serta kenalan anda adalah anti-sistem piramid....cuba tny, adakah kita sendiri terlepas dari sistem piramid??? Ada orang yang anti-MLM sebab sistem piramid....kalau sektor awam juga amalkan piramid sistem...anti-sektor awam juga x???....dan kalau orang anti-MLM berkata, orang bawah ditindas, orang atas kaya @ senang....say ajukan anda soalan ini....biasanya, pekerja senior buli tak pekerja junior??...biasanya pekerja junior yang lebih banyak buat kerja, selalunya gaji pekerja senior juga biasanya lebih tinggi...ni realiti bukan?? tepuk dada tanya iman...bukankan ini juga satu penindasan?

Sebenarnya saya hanya ingin berkongsi bahawasanya hakikat sebenar kehidupan kita ini penuh dengan perangkap samar...Dengan adanya perangkap ini menyebabkan kita menutup ruang untuk menerima peluang yang ada dan kita sentiasa meneruskan kehidupan kita yang biasa-biasa...Saya pegang kata-kata teman serumah saya yang berasal dari Seremban...beliau berkata "REZEKI ALLAH itu ada di mana-mana..."...sebelum ini pun saya biasa dengar juga...anda mungkin selalu dengar juga...anda fikirkan la apa yang terbaik untuk anda...

Kadang-kadang kita perlu keluar dari adat kebiasaan kehidupan yang penuh dengan perangkap itu...terutamanya dalam usaha pencarian rezeki Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ini.....Last but not least:-

HADIS NABI RIWAYAT TARMIZI yang berbunyi, "9/10 punca rezeki datangnya dari perniagaan"...Namun kebanyakan yang menurut saranan baginda adalah orang yang bukan Islam. Hatta kita sendiri boleh lihat buktinya...Ekonomi di Malaysia ini sendiri orang cina (kebanyakan bukan Islam yang pegang)...anda pernah terfikir sebab apa?? Sebab perangkap samar kehidupan telah menjerat orang Melayu Islam itu mencari punca rezeki 1/10 itu dan menolak 9/10 daripada punca rezeki tersebut....itulah perangkap samar kehidupan yang sangat jelas lagi nyata...Apa jua perniagaan, lihatlah dari sudut potensi dan dari sudut menurut saranan baginda Nabi...Fikir-fikirkan la betapa banyaknya perangkap samar dalam kehidupan yang pada asalnya kita tak sedar..

Wallahu a'lam

Sunday, November 28, 2010

Typical Malay, susa btul nak cakap...!

Assalamualaikum....

Tajuk kali ini barangkali bikin panas kaum Melayu jer kan? huhu....sbnrnya ini bukan la nak mengutuk atau pon nak mencaci...Lagipon sy sendiri orang Melayu...Melayu org yang hebat...Kalau kalian pernah membaca satu sejarah di mana menceritakan seorang pemuda yang bernama Enrique...Beliau adalah orang pertama yang mula2 mengelilingi dunia dengan berlayar...Tp sejarah ini dipadamkan oleh Barat dan mereka mengatakan mereka adalah org yang pertama mengelilingi dunia melalui jalan laut....Lalu kebanyakan org kita percaya sejarah Barat itu...sgt sedih dan kesian sejarah diputarbelitkan ^_^

Hurm...tp apa kaitannya dengan tajut 'Typical Malay' tuh ek?

Kaitannya ini lah..

Situasi Typical Malay 1 :
Apabila ada orang Melayu bukak perniagaan. Dan ditakdirkan perniagaan rakan Melayu itu maju. Maka insan yang mempunyai ciri typical malay nih pasti akan jeles. Kalau ke'jeles'an itu hnya di dalam hati x pe lg....tp jeles itu diterjemahkan dengan kutukan dan citer yg buruk2 pd kawan yg berjaya tuh td. Lagi teruk yg jeles smpai menyihir org yg berjaya td...Teruk kan? Itulah typical Malay....yg x sedar diri...x sedar dgn sikap mcmni la org Melayu susa nak Maju di negara sendiri..


Situasi Typical Malay 2:
Ada la seorang pelajar Melayu ni.Kalau pasal belajar memang asek fail jer...Exam je kantoi memanjang..Typical Malay slalu akan cakap, udah2 ler tuh...muka mmg xde nmpk berjaya pn.diorg kerja nak down je mmbr tuh...Then, bila budak Melayu yang asek gagal tuh blaja sungguh-sungguh, struggle nak exam...pastuh ditakdirkan bdk tuh berjaya...Masuk universiti ke apa ke (simbolik berjaya)...Typical Malay nih pasti berbunyi lg...kata itu dan ini...ade saje x kene...typical Malay btul...

Situasi Typical Malay 3:
Seorang yg berjiwa typical malay nih selalu rasa dia je r btul...org lain salah...then kalau dia usahakan sesuatu, dia xdpt pergi jauh then dia plak halang orang lain jgn buat usaha2 lain...tumpu pd satu...(ye, tumpu pada satu...tp perlu jgk back up plan)...Typical malay ni senang sgt mengalah...dan dia pon down kan org lain...berburuk sangka semacam jer...ishk3~

Harap jauh la dr sifat typical malay nih...

kadang2 kita bleyh tgk kaum lain yg lbih mengambil pengajaran dr Islam....seperti org cina bersatu hati dlm perniagaan....diorg xkn naik sensorg....sebaliknya naik bersama2 as a team....tuh lebih practical kpd konsep Ukhuwah,,,tp bukan fillah la...tp org kita nih je yg typical malay buat slack...huhu

hope ini peringatan jgn jd kan diri kita pendengki, atau buruk sangka pada org...sume tuh sama...bcara soal berjaya>>> dunia ini ALLAH jadikan dunia asbab,,ANDA BERUSAHA ANDA BERJAYA...tak berusaha jgn haraplah nak berjaya, kalu berjaya itu rezeki.

Bicara soal Rezeki pula>>> Jangan duk pikir la rezeki tuh lagu mana ALLAH nak beri coz Allah Maha Pemberi Rezeki...ikut cara apa sekalipon...ALLAH mampu mmberikan rezeki tanpa kita sangkakan...cnthnya, ade org kata...xmau anak ramai sbb modal nak sara anak tinggi dan takut x cukup duit nak beli keperluan anak. Walhal padaa setiap insan itu sudah tertulis baginya rezeki masing2...

Last but not least, penggunaan term 'Typical Malay' ini bukan utk menghina kaum sendiri..sbaliknya utk mengembalikan kegemilangan nama Melayu itu sndiri.....Org Melayu ni adat kesopanan sgt tinggi..tp yg ada sekarang mengaku shj melayu tp jati diri pon xdak...kesopanan apatah lg



Saya berbangga saya org MELAYU...sy lagi berbangga saya MUSLIM :)

Friday, November 26, 2010

Apakah itu cinta?.....

Assalamualaikum....sudah lama kiranya saya menyepi tanpa update blog ini....saya kira sudah bersawang juga barangkali...

Namun, tinta masih basah tetap menjadi trademark kerana cuti sem kali ini saya mempunyai banyak masa untuk meng'update' blog ini. InsyaALLAH~



Apa itu cinta? Persoalan jiwa yang digemari oleh remaja....saya juga tidak terkecuali...minat sangat dengan C.I.N.T.A......Namun, persoalannya, apakah itu cinta? Ada orang mendefinisikan cinta itu seperti pasangan belangkas yang sering terlihat berkepit ke hulur ke hilir....berpegangan tangan.....berdating....bergayut dalam fon...ber'sms' cintan cintun....tp persoalan yang timbul...adakah itu sebenarnya cinta?

Saya suka mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Kazim Elias...Dalam satu siri ceramah beliau, beliau memberikan pengertian cinta...Iaitu 2 jiwa jadi satu...wah, menarik bukan pengertian ini...Lalu ustaz menambah, Cinta itu fitrah dan tidak boleh disertai dengan maksiat...hurm, kalau la manusia sedar apa itu maksiat, maka mesti mereka tahu bahawa mereka telah cemari kesucian cinta itu sendiri...

Bukan begini cinta itu.................




CINTA itu suci...cinta pada Yang Maha Esa adalah yang paling Utama....selepas itu Rasul....Ibubapa dan sebagainya....tp masyarakat kita ni letak kecintaan pada pasangan couple yg masih belum sah hubungan perkahwinan itu melebihi segalanya....apa yang pasangan suh buat, ikut je...umpama lembu dicucuk hidung....Lembu dicucuk hidung mmg ikut je arahan tuannya....kerana ia LEMBU...kalau manusia ikut ckp pasangan sbb ape??...kalau arahan itu mmg baik dan bermanfaat serta tidak melanggar syariat Islam silakan la ikut.....tp yg berlaku realitinya tidak....

Maafkan saya...sy tidak laingin menuding jari mnuduh mereka2 yg bercinta itu buat salah....dalam Islam ada cinta....(kalau xpercaya dengar la ceramah2 agama....nnt kalian akan dapat jawapannya)...tapi COUPLE...or declare AWEK or BALAK itu trang2 dh menyalahi ajaran Islam....no excuse lg....org kalau dh buat salah, pasti seboleh2nya nak jd kan perbuatan salah itu nmpk baik....mcm2 cara sekalipon....cntoh yg biasa dibuat org, mereka akan msj2 tzkirah kpd pasangan....msj kejut subuh...nasihat2...mmg la sume tuh benda baik...tp utk ape hny pd pasangan shj?????

Kalau betul la org tuh baik sangat nak kejut org bangun subuh sbgai contoh....make sure rakan2 karib,family dan kenalan rapat yg lain pon dia dh kejut subuh...jgn kejut kekasih kononya 'bercinta dalam islam' itu sahaja.....

Saya biasa lihat kt fb, kat mane2 pon sama.....rakan sendiri pon ada...msj nasihat2...tazkirah agama.....tp percayalah....keinginan nafsu tetap sama....cuba tgk dia ade x msj nasihat2 tuh pada kwn yg lain?...kawan baik pon x pnh msj cmtuh.....mengarut jer bajet cinta islamik konon...^_^

saya pun pernah juga berlaku mcm tuh....jgn risau, kita sama2 ada buat salah....mungkin agak tidak baik memecahkan pekung di dada....tp bagi saya, fitrah org yang bersalah pasti ingin berubah kpd yg lebih baik..so peringatan kita bersama la yer....

Dulu sy ada suka seorg muslimah nih....muslimah itu Alhamdulillah sy kira solehah juga....kami berhubungan baik....tp xde la pegang2 cmtuh....just kalo nak jumpa pasti berjumpa dpn ibubapa msing2....dh nampak mcm islamik habis.....tp xleh lari jugak dgn godaan syaitan....msj2 jgk yg cintan2 nih...nak buat macamana tuh dah namanya nafsu...Tp Allah Maha Bijaksana...diberikan teguran kepada kami berdua....dan Allah takdirkan si muslimah itu bertemu org yg lebih warak dan lebih 'menjaga' dalam urusan muamalat ini.....baguslah.....dia seorg yg sgt hebat....jd mungkin dia dengan sy kurg secocok....rugi benar kalu mujahidah sepertinya bersuamikan sy....bukan kerana apa....sy sendiri x mampu menjaga muamalat itu dengan baik...tercemar kesucian cinta sebelum kawen lagi...apatah kelak dh kawen nnt...nak jadi ape????Kalau si lelaki belum mampu menjaga diri, jangan mimpi nak jadi ketua keluarga untuk menjaga individu yang lain (Telitilah nasihat saya ini wahai lelaki.....)




Allah menyelamatkan kami...Alhamdulillah

Wednesday, November 10, 2010

Mahasiswa Bangkitlah!!

Assalamualaikum....

Malaysia mengalami masalah pewariskah? Habis tu apa punca Mahasiswa perlu bangkit? sebenarnya saya merasakan bahawa Mahasiswa di Malaysia secara khususnya mengalami masalah attitude yang terlalu problem serta tahap kemalasan yang melampau. Mereka (termasuk saya) seringkali berlengah-lengah dan bermalas-malas.

Dengan penguasaan isu semasa yang tidak kukuh, menjadikan Mahasiswa suatu kelompok yang pada asalnya golongan bijak pandai akan menjadi sampah yang dipergunakan. Mahasiswa sering tunduk pada kuasa-kuasa pemerintah walhal jiwa hakikat seorang Mahasiswa berdarah muda kadang-kala ingin memberontak. Tapi kerana diikat oleh orang-orang tertentu, Mahasiswa yang menggondoli hierarki manusia menjadi lemah dan tidak bermaya.

Kenapa yer saya kata Mahasiswa menggondoli hierarki masyarakat? Kalau mahasiswa bersatu, mereka yang masih berdarah panas dan bertenaga sudah pasti akan membuat dunia ini bergoncang. Memang Mahasiswa yang muda dan bergetah ini berdarah panas, jadi mereka perlu sebenarnya dibentuk dengan baik bukannya diikat seperti lembu dan ditarik ke hulur dan ke hilir. Inilah hakikat sebenar yang berlaku pada Mahasiswa. Tertipu dengan suasana dan kemewahan......

Fikir-fikirkan lah wahai seluruh mahasiswa....kalian masih tidur....masih bermalas-malas....inikah pemimpin akan datang? Jika bukan memimpin negara sekalipun kalian pasti akan memimpin keluarga....

Saya yg bersuara ini jgk seorang mahasiswa yang baru tersedar seolah-olah budak yang baru terjaga dari tidur. Blurr....tapi kembalikan kesedaran mu itu segera! Wallahu a'lam

Ini link untuk kalian Mahasiswa dan Mahasiswi yang masih menuntut di Universiti kalau nak download silalah....Mungkin ada manfaat bersama klik di sini

Tuesday, September 14, 2010

Ku merinduimu.....

Mungkin tajuk ini saja bisa menimbulkan tanda tanya serta kontroversi di kalangan kawan-kawan dan sahabat-sahabat. Sebenarnya apa yg saya rindukan di sini adalah tempat saya menuntut ilmu beberapa tahun yang lalu.

Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), saya kira ada la juga beberapa kali saya menulis berkaitan dengannya. Tapi kali ini apa yang saya ingin khabarkan adalah sekolah menengah yang pertama buat saya. SMU (A) MAAHAD MUHAMMADI LELAKI. Nama yang gah, namun tidak pada pelajarnya pada keseluruhan. Hanya beberapa kerat dan individu yang mampu dikira dengan jari, mereka itu adalah golongan yang HEBAT.




Suka saya menceritakan bagaimana kisah bermulanya saya boleh belajar di sana. Bermula dengan kata-kata perangsang ayah saya. Beliau berkata, sekiranya keputusan UPSR saya mendapat 5A, beliau akan tempatkan saya di Sekolah Alam Shah, sekolah berasrama penuh bekas sekolah ayah di Kuala Lumpur (sekarang di Putrajaya). Pada waktu itu saya memang agak struggle untuk ke sana. Tapi Alhamdulillah saya tak dapat 5A...kalau tak, jadi la student SAS...tak dapat masuk Maahad...

Waktu tuh saya mungkin agak kecewa sebab tak dapat straight A's. Tapi ALLAH itu MAHA BERKUASA LAGI MAHA BIJAKSANA. Setiap perencanaan Allah itu segala-galanya terselit hikmah. Hanya kembali kepada kita untuk menilai hikmah Allah itu bagaimana dan mengambil ihtimam (pengajaran) daripada pengajaran tersebut.

Maka, setelah saya melupakan hasrat untuk ke SAS, maka hanya satu sekolah sahaja dalam permintaan saya iaitu Maahad Muhammadi. Mungkin asbab utama saya ingin mencuba minta ke sana adalah sebab teruja tengok jiran masuk maahad. Bayangkan saje, dulu bukan main 'rock'...perangai pun ntah pape....tapi ditakdirkan Allah, beliau masuk maahad, jadi elok pulak. Siap jadi bilal muda pertama Surau Al-Rasyidin Taman Gombak. Waktu tuh sape yang tak berbulu. Saya nih pulak ada kes waktu sekolah rendah dulu selalu gaduh. Dengan senior dan junior. Biasalah budak-budak. Gaduh bertumbuk gak la....(^_^)v



Maahad ni unik sikit. Nak masuk ada ujian bertulis. Ada juga ujian baca Al-Quran. Terbaik tuan! Saya ingat lagi peristiwa saya jawab soalan bertulis dulu. Dalam dewan periksa, ada seorang budak dari Kuantan mintak lead pencil tekan dari saya. Budak tuh Ex-Maahad dan ex-KISAS jugak. Nama dia dirahsiakan hehe...Sekarang amik kos Engineering kat UIA...Hebat!!!

Selepas itu ujian baca Al-Quran, Alhamdulillah bacaan saya tak la begitu teruk. Ditakdirkan saya berjaya masuk Maahad...kelas waktu tuh Pra-6 (Peralihan Baghdad)..kelas peralihan selama 6 bulan....yang nih kalau tak paham xpe la..saya syok sendiri jerk =P

Sebulan kemudian, ada pengambilan pelajar kelas tahfiz. Walaupun maahad bukan sekolah tahfiz, tapi ada disediakan kelas tahfiz bagi yang berminat. Memang cun penyelarasan sekolah ini. Saya pun apa lagi, merayu la untuk ambil ujian ini. Alhamdulillah, saya diterima masuk kelas tahfiz....kena pulak jadi pelajar Ustaz Abdul Baari Bin Abdullah (kalau orang Kelantan sebilangan besar kenal beliau). Ustaz ni Hakim Fateh dalam Musabaqah Negeri Kelantan. Juga antara juri untuk pemilihan peserta Akademi Al-Quran di Kelantan. Dan paling femes Ustaz jemputan dalam sesi mengaji Al-Quran Radio Kelantan. Hebat tok guru saya nih. Tapi saya nih masalah sket. Maklumlah anak ayam bercakap dengan bapak itik. Memang x ngam pada mulanya. Saya tak reti nak berkomunikasi dengan ramah bersama ustaz nih. Waktu tu saya punya loghat kelantan cair giler...memang tak ngam...hehe



Ada individu-individu hebat saya kenal kat hostel yang berasal dari Kl- Selangor. Akhi Fadhil Hasanuddin (Poklang - nama panggilan otai skate)...Akhi Fadhil Syamsudin (Ketua Umum tinggi lampai)...Akh Husni Zaim (brother suara sedap - nasyid)....Akh Ifwat (Bendahari terhebat...)...dan lain2 la...nak sebut semua jenuh laaaa...cumanya seorang tuh artis la..UNIC yang muka cm cina tuh..nama pe daaa...lupa plak~

Semua kisah di Maahad ni kalau saya cerita boleh menangis ler...mana taknya, banyak sangat kenangan yang tak mungkin saya dapat kat tempat lain. Secara jujur saya kata, ilmu kat maahad tuh memang jauh lebih hebat dari KISAS. Kalau di maahad, kuliah disampaikan oleh beberapa ustaz menggunakan kitab. kitab Wajib beli. Tanbihul Ghafilin (peringatan buat orang yang lupa) saje yang saya sempat khatam....Dalam kitab tuh dihuraikan tentang hukuman orang yang tak melakukan apa yang diperintahkan ALLAH...Alhamdulillah buat pedoman saya....nak tinggal hal-hal yang wajib nih sangat takut...tp nak buat jahat or nakal tuh mgkin saya berani (teruk3...ish3~)

Ada satu kenangan yang benar-benar menyentuh hati. Saya ingat setiap apa yang belaku pada hari tersebut. Bermula pada malam minggu. Saya dan Farid Iskandar (budak terengganu duk katil bawah, saya katil atas) serta seorang teman nama dia Naufal Ridlwany...kitorg macam biasa layan jiwang kat tengah padang...maahad nih padang dia depan bangunan....depan hostel jugak...so padang adalah tempat terbuka dan tidak menakutkan...jadi kami pun layan jiwang...cerita la apa-apa hal yang touching2 sesama kitorg...citer pasal family, borak pasal cita-cita....smbil tgk langit, ada bintang-bintang.sgt seronok. nak gambarkan terlalu seronok, sbb tuh la saya pernah duduk atas atap L1 kat mtrik perak sbb nak layan jiwang smbil bentang tilam kat atap tu bersama roomate =)

Dan apabila kami balik hostel...almaklumlah malam minggu, so kitorg tidur dalam jam 12 lebih. waktu tuh agak lewat bagi pelajar maahad. tiba-tiba jam 2 stgh kami semua pelajar baru dikejutkan. tiada terkecuali. Poklang , KU tinggi lampai kejut kitorg...suh duk tgh padang..sambil marah-marah.....katanya ada kes berat..kecurian! taktau betul ke tak...kitorg kne basuh kaw-kaw...poklang seorang senior yang paling aku respect kt maahad menangis smbil brain wash kitorg...ayat yg paling aku ingat (point jela), "Mu nak jadi ape nih hah?? Mok Pok hantar maghi sini, suh belajar. Mu dtg mencuri g balik." dan2 slang berubah KL punya ...."Korg ingat ape? seronok sgt ke wat jahat? aku dah serik wat jahat kat sini....tp korg plak br masuk nih buat hal"....pastuh hujan lebat...poklang suh depa tgn smbil berzikir....hujan berhenti...kitorg still depa tgn...cuba bayangkan baju kitorang yang basah kne hujan kering sendiri time tuh jugak waktu hujan benti..Kuasa ALLAH...kitorg dilepaskan balik hostel then kne bersiap subuh...mmg tragis gle...tp tuh la aku paling ingat,,,

Poklang tuh dulu background dia agak teruk la....tp atas kepercayaan sahabat-sahabat, diorg bg semangat...nasihat poklang...smpai pilih poklang pegang jwatan penting dalam asrama...dan sememangnya Hati Manusia Milik Allah. dan x semena-mena poklang berubah...sgt hebat...sy xpernah kenal waktu zaman dia jahil...tp menurut senior, poklang punya perwatakan dulu memang ganjil dan memeningkan..tuh je saya boleh cakap pasal poklang =)

Bagi student DQ yang sempat kenal beliau pasti tau beliau nih hebat mcmane....orang yg saya selalu mengadu masalah....now dah bergelar Ustaz Fadhil dah...sudah berkahwin...cuma saya dh lama x jumpa beilau...tu la antara insan hebat di maahad..kenangan sumer tuh

Belum lagi citer pasal saya wakil bolasepak maahad...jadi keeper plak tuh...pernah berpeluang hadir sesi pemilihan untuk piala Nike bawah 17...nak wakil kelantan tuh...tp saya x terpilih sebab x byk dpt bola...pertahanan budak projek nih terror sangat...keeper tak teruji langsung...hehe...kisah wakil maahad dalam tournament daerah sy hanya sempat main team bawah 17...tuh pun satu game...keeper utama give up...nak main striker...then saya jd keeper...kalao 3-1 beb..skola projek...biasak la~

untuk team bawah 16 tahun pulak...saya injurd wakti sesi latihan...menggatal sangat berlatih penalti sape suruh...tak pakai glove...then jari terseliuh...azim si keeper simpanan yang main...waaaaaa....tahun seterusnya sy trus apply jawatan bek kanan...yang ni saya main full...kitorg pergi smpai semi final...kalah satu kosong ngan team johan..tuh pon goal freekick, azim x perasan bola tuh~

Seronok btul sy bercerita..ntah ade org bace ke x....cukup la...kang nangis air mata darah plak...huhu..kenangan tetap kenangan...xbleh nak undur dah...sy sgt rindukan maahad muhammadi...mcm nak nangis plak bila teringat...waaaaa!!!!

K la.Wassalam

Tuesday, June 22, 2010

[Copy and paste] Insan unggul.....



Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya,
Tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya
Yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok,
Disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"Demikian
pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."


~"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk
menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi
seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya
tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari,
demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya
dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah,
walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun
tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di
mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar
selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang,
walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap
suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali
kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling
menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar
keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap
seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan
sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

sumber asal

Monday, June 14, 2010

Nuang memang best~


Bismillahirrahmaanirrahiim....

Saya ingin bercerita tentang suatu pengalaman yang agak menyeronokkan tapi dalam masa yang sama saya menyimpan satu perasaan yang sangat tidak mampu digambarkan. Mungkin pembaca boleh fikirkan samada ianya benar atau rekaan saya semata-mata. Terpulang pada anda untuk meletakkan pendapat masing-masing.

Ini berkenaan pengalaman mendaki Gunung Nuang iaitu gunung yang tertinggi di Selangor bersama-sama sahabat daripada APIS (Alumni Pelajar Islam SBP) bertarikh 2 Jun yang lalu. Secara jujurnya, saya belum pernah sebelum ini mendaki gunung. Mana-mana gunung sekalipun. Kalau ada pun hanyalah Bukit Bakar di Machang, Kelantan. Bukit tersebut adalah bukit yang paling tinggi di Kelantan. Perjalanan untuk ke puncak bukit itu sejauh 3.45km. Berbanding dengan Gunung Nuang ini, perjalanan untuk tiba ke puncak adalah sejauh 10 km lebih (lebih panjang daripada jarak merentas desa di KISAS dulu; hanya 7.5km)



Kerana ingin merasai sedikit cabaran, saya gagahkan juga untuk mengikuti expidisi ini walaupun saya baru pulih dari keadaan yang tidak sihat sebelumnya. Perjalanan bermula dari rumah. Saya diarahkan oleh Tuan Presiden, En Fakhrul Hazim untuk menunggu Timb Presiden APIS, En Syafiq Haziq di KTM Kajang. Dalam jam 9 lebih seingat saya, barulah En Syafiq tiba di KTM tersebut lalu kami meneruskan perjalanan dan berhenti di Balai Polis Pekan Batu 14 untuk mengisi borang dan sebagainya demi keselamatan.




Kami sebelum ini difahamkan akan ditemani oleh seorang Guider di mana guider tersebut akan memimpin perjalanan kami naik dan turun. Jadi, kesemua peserta berasa sangat senang kerana turut serta dalam expedisi ini adalah seorang yang berpengalaman dan mahir dalam selok belok Nuang ini. Namun, apabila kami sampai di tempat kejadian, keadaan amat menghampakan kerana guider yang dijanjikan itu tiada. Kami pasrah dan tetap dengan perancangan asal untuk menawan puncak Nuang. (Dalam hati risau dan macam-macam lagi)







Kami bermula dengan semangat yang agak berkobar-kobar. Dengan kekuatan 6 orang peserta lelaki dan 7 orang peserta wanita sahaja kami meneruskan expedisi ini. Saya, En Baihaqi dan En Zulhafiy (Leader) diberi tanggungjawab untuk memimpin jalan hadapan di mana belakang skali dicover oleh En Fakhrul (Presiden), En Syafiq (Timb Presiden) dan En Iqbal (Cameraman).

Perjalanan kami agak lambat dari kebiasaan pendaki kerana mungkin peserta-peserta semuanya tidak cukup latihan fizikal untuk menghadapi cabaran mendaki gunung ini. Kami kerap berhenti menyebabkan perjalanan agak terlewat daripada masa yang dirancang.



Setelah beberapa jam berjalan, kami tiba di suatu tempat yang kelihatan seakan-akan tempat perkhemahan. Mengikut perancangan, kami akan bermalam di Kem Lolo. Kami sangkakan tempat yang kami temui itu adalah Kem Lolo. Lalu, En Hafiy selaku ketua perjalanan mengajak saya untuk memantau kawasandi sekitar samada sesuai untuk dijadikan tempat berkhemah atau mungkin ada lagi tempat yang lebih sesuai. Setelah berjalan ke atas dalam beberapa ratus meter, kami membuat keputusan agar tempat yang ditemui itu tadi dijadikan tempat berkhemah.



Malamnya kami menghidupkan api seperti kebiasaanyang dilakukan ketika di hutan. Namun, kerana keadaan agak lembap, maka kayu api sukar untuk dibakar. Mujur dengan kemahiran dan pengalaman En Hafiy, beliau telah membuat beberapa pelita untuk dijadikan penerang kegelapan.



Aktiviti malam itu kami berkumpul dan membaca Qasidah yang dipelajari oleh Tuan Presiden, dan beliau telah mengajarkan kami akan Qasidah itu. Walaupun ia bukanlah satu kemestian untuk mempelajari Qasidah, namun sebagai puji-pujian ke Hadrat Ilahi dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW itu adalah lebih baik daripada melakukan aktiviti yang sia-sia. Mungkin lebih baik jika diterapkan amalan membaca Al-Quran sebelum tidur kerana itu adalah yang lebih utama. Sebagai contoh membaca Al-Mulk beramai-ramai sebelum tidur.





Keesokkan harinya kami meneruskan expedisi untuk menawan puncak. Sememangnya halangan dan cabaran itu sangat menguji kesabaran. Kami mengambil masa yang sangat lama kerana keletihan dan kami juga banyak berehat. Boleh dikatakan setiap 10 atau 15minit kami akan berhenti berehat. (Pendakian ini tidak disertai oleh En Baihaqi dan Enn Hafiy kerana mereka berdua menjaga khemah dan barang-barang. Jadi, taklifan ketua pendakian telah diberikan kepada saya yang tidak biasa dengan keadaan gunung).



Sehinggalah kami tiba di Kem Pacat. Difahamkan kem tersebut antara tanda bahawa semakin menghampiri puncak. Kami gembira apabila tiba di sana. Namun, masalah yang kami hadapi adalah, air yang kami bawa sudah habis diminum di dalam perjalanan.



Kami sangkakan di puncak kelak pasti akan ada sumber air. Namun keadaan sebaliknya. Di atas puncak yang kami berjaya daki iaitu Puncak Pengasih (bukan puncak yang utama) tiada apa-apa. Yang ada Cuma batu sempadan yang memisahkan antara negeri Selangor dan Negeri Pahang. Jadi kami sepakat untuk tidak meneruskan perjalanan ke puncak yang sebenar. Cukuplah sekadar sampai di puncak pengasih sahaja. Dan kami makan sedikit bekalan tanpa minum air untuk mengumpul sedikit tenaga untuk turun semula ke bawah. Kami akan me’refill’ air di kem pacat kerana difahamkan ada sumber air di sana.





Perjalanan turun kami lebih cepat berbanding ketika naik. Namun, ketika sampai di kem pacat. Disangkakan bahawa sumber air yang dimaksudkan itu dekat. Tetapi rupanya jauh dan perjalanan yang agak sukar. Saya dan En Syafiq pergi mendapatkan air yang sangat sukar perjalanannya. Kami terpaksa melalui jalan yang sangat curam sehingga kami tergelincir dan bertemu dengan laluan khinzir. Mujurlah itu hanya laluannya dan bukan sarangnya. Perjalanan kami mengambil masa 40minit. Hanya untuk mengambil air sahaja dah memakan masa 40 minit. Sememangnya sangat sukar.

Kami tiba semula di khemah sangat lewat dan kepetangan. En Baihaqi dan En Hafiy telah mengemaskan segala apa yang patut. Mereka telah mengambil keputusan turun dulu ke bawah dengan harapan untuk mendapatkan bantuan renjer hutan kerana perjalanan kami telah melebihi masa yang telah ditetapkan.(Tiada renjer yang tiba). Setibanya, kami di tapak perkhemahan, kami bersiap dan bergegas untuk turun ke bawah. Perjalanan kami turun itu adalah ketika waktu maghrib yang sangat membahayakan. Alhamdulillah, dengan berkat doa dari semua peserta, akhirnya kami tiba juga ke bawah dengan selamat tanpa sebarang masalah.

[DISEBALIK CERITA]

Saya tak pasti apakah ini kelebihan atau kecacatan, namun saya dikurniakan ALLAH dengan satu gerak hati dan boleh nampak ‘lintasan’ makhluk halus.

Peristiwa 1

Ketika saya dan En Hafiy meninjau keadaan sekitar. Kami berdua lalu di sebelah saluran paip yang besar. Waktu itu, En Hafiy berkata kepada saya; “Dah la, jom kita balik khemah”. Saya dapat rasakan sesuatu pada ketika itu. Kami berjalan pulang ke khemah dan setibanya di khemah beliau berkata, tidak sedap hati dan bulu meremang. Saya pula katakan kepadanya; “Tadi ada orang tengok kita. Tapi aku malas la nak tegur apa-apa”. Lalu kami diam seribu bahasa.

Peristiwa 2

Ketika malam hari di tapak perkhemahan, En Iqbal yang pada ketika itu duduk bersebelahan dengan saya, beliau bertanya kepada saya; “Weh, kau perasan tak ada orang lalu kat belakang tu?”. Waktu itu, beliau menunjuk di kawasan buluh berdekatan khemah kami tinggal. Lalu saya katakan pada beliau; “Bro, buat rileks je bro. Aku rasa jugak. Tapi buat rileks je”. Pada ketika itu saya nampak sesuatu yang besar melintas. Tapi untuk tidak menakutkan orang lain, saya hanya mendiamkan diri. Saya berpegang dengan prinsip kalau kita tak kacau dia, dia takkan kacau kita.

Peristiwa 3


Ini berlaku ketika kami meneruskan usaha untuk menawan puncak Nuang. Di satu bahagian pokok yang besar. Saya dapat rasakan suatu yang pelik pada bahagian pokok tersebut. Lalu saya berpesan pada seorang peserta wanita di belakang saya (tak ingat siapa); “Jaga-jaga, kat pokok ni bahaya”. Mungkin beliau ingat maksud ‘bahaya’ itu kerana curam atau licin. Jadi saya biarkanlah beliau beranggapan seperti itu. Walhal bahaya maksud saya adalah di celah-celah bahagian pokok itu adalah tempat ‘sorok’ orang atau mungkin tempat makhluk halus tu sendiri. Saya pernah lihat keadaan yang sama pada sebatang pokok besar, seorang budak di sorok oleh bunian. Wallahu a’lam.

[Peringatan]

Saya berpesan pada sahabat-sahabat agar tidak menyuluh atas pokok kerana kalau tersuluh ‘makhluk’ itu, buruk padahnya kalau kita lemah semangat. Kerana pernah satu ketika ketika saya mengikuti kem bomba masuk ke hutan di Kelantan, seorang rakan saya telah tersuluh sebuah pokok. Waktu itu dia sedang menemani seorang rakan yang hendak buang air di tandas. Tandas dan khemah tidak jauh sangat. Tapi sedikit tersorok. Apabila tersuluh di atas pokok, rakan tadi menjerit kerana ternampak ‘sesuatu’ lalu terus meninggalkan seorang lagi rakan yang sedang mengqada’ hajat itu tadi.

Jangan cakap sembarangan juga di dalam hutan. Itu adab namanya. Kita datang tempat orang, tapi kita nak cakap pasal tempat itu or cakap yang tidak sepatutnya. Saya akui ketika di dalam hutan, perwatakan saya masih lagi seperti biasa iaitu seorang yang kuat bercakap. Namun, saya tidak sekali-kali bercakap yang berkaitan dengan ‘hutan’ dan ‘penghuni’nya. Kerana itu yang telah diajarkan oleh guru saya kepada saya.

Bawalah Al-Quran sekali masuk hutan. Paling kurang pun surah-surah pilihan ke, sekadar bekalan untuk mnghadapi sesuatu yang tidak diingini. Wallahu a’alam

Saturday, June 12, 2010

IKLAN PROMOSI~



Pernah mengetahui apakah itu Score A Programme?
Di sini ada sedikit maklumat berkenaannya.
klik di sini

Berminat boleh rujuk pada saya. Ahmad Muzakkir (+60134590213)

Thursday, June 10, 2010

Tongkat sakti...

Pasca kehidupan kian mencabar. Manusia sering membina alasan mengambil jalan mudah dan pintas untuk menongkah ranjau dan duri ini. Namun, kita tidak bisa mengatur kehidupan yang sulit ini menjadi semudah mengikut kehendak kita. Setiap cabaran dan gulungan ombar besar harus kita lalui dengan penuh ketabahan jiwa seorang pemberani.

Namun, diri ini tertanya-tanya. Sampai bilakah semua ini harus ditempuhi? Adakah sampai nyawa ini kembali pada Yang Maha Kuasa. Namun, soalan itu terjawab apabila kita merujuk Kalam Suci-NYA. Allah membuka segala persoalan yang ditimbulkan manusia dengan mendatang kitab suci Al-Quran. Persoalannya, seramai mana sangatkah yang membacanya? Dalam kalangan pembaca itu, seramai manakah yang memahami dan teliti menghayatinya.

Diri ini termangu keseorangan. Di dalam suasana yang kusam, ku berfikir. Masih adakah sinar untukku? Masih adakah lagi cahaya yang bakal mendatang. Segala persoalan itu tidak kujwab kerana ku pasti jawapannya pasti ADA. Lalu, minda ini kucuba penuhkan dengan memikirkan masalah umat. Layakkah aku menjadi seorang pendekar pemberani untuk membetulkan keadaan dan situasi masyarakat yang kian meruncing ini? Ku terpaku dek isu-isu semasa. Pergaduhan, peperangan tidak henti-henti. Di kalangan umat Islam sendiri berpecah-belah. Walhal mereka se-Aqidah. Begitu murahkah aqidah ini sehingga mampu dibeli dan di tarik-tarik oleh Kuffar? Seperti seekor kerbau yang taat pada tuannya.

Ku berfikir lagi. Pasca ini akan terus berkekalan. Namun, di mana penghujungnya? Manusia sering mengambil jalan tengah. Kononnya ingin mendiamkan diri. Namun menjadi bahan bakar kepada sesuatu golongan mencetus peperangan. Hai manusia! Engkau tidak serikkah? Menjadi kaki bodek hanya kerana jawatan dan pangkat? Walhal bila dirimu sudah hilang taringnya. Maka, longkang jualah tempat dirimu akan dicampak oleh bangsat-bangsat Kuffar itu. Tapi, sekarang kau berdiam diri mengapa? Takutkah engkau?

Pabila diri beremosi maka segalanya tidak rasional. Itulah manusia. Dikurniakan aqal dan juga nafsu. Emosi itu nafsu. Yang bakal menghilangkan kekuatan aqal untuk berfikir secara rasional. Diri ini pelik dengan insan yang mengutamakan emosi tapi berfikiran secara rasional. Termasuk juga diri ini. Lalu ku dakapkan tangan ke atas dadaku lalu berfikir dan berzikir. Solat itu juga zikir. Untuk mengembalikan diri ini kepada Tuhan Semesta Alam. Sedarilah diri ini kerdil. Jika hari ini engkau berkuasa, namun ALLAH jua YANG MAHA BERKUASA.

Segala yang terbuku di dalam jiwa ini ku sampaikan dalam bentuk coretan yang tersimpul. Hanya manusia yang berfikir sahaja mampu menafsirkan segala kalimat ini. Kerana jiwa ini mengerti, tidak ramai yang sudi memikirkan tentang orang lain. Walhal di kalangan seaqidah sekalipun. Kebanyakan insan assobiyah dan pentingkan diri.

iklan

_Merah142_11.55Pagi_Jumaat_11/06/2010

Saturday, May 8, 2010

Cinta Program Sebegini~



Program Kemasyarakatan Di UTeM

Program ini dilaksanakan bagi melatih sifat kepimpinan di kalangan pemimpin-pemimpin dari Sekolah Maahad Tahfiz Al-Quran Chenderah,Jasin, Melaka. Melibatkan peserta seramai 42 orang dengan kekuatan fasilitator seramai 6 org + 1 ketua fasi. Membentuk 6 kumpulan semuanya. 1 fasi 1 kumpulan. Pelajar yang terlibat semuanya adalah pengawas, pustakawan dan juga PRS. Semua mereka adalah pemimpin yang juga bakal huffaz, InsyaALLAH. (Saya juga bakal Al-Hafiz. Amin). Program bertempat di sekitar kawasan library dan Pusat Islam Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Bertarikh 8 Mei 2010.

Satu pengalaman yang saya kira memang thrill la. Cuba kalian bayangkan, seharian suntuk menjadi fasilitator bermula dari pukul 8 pagi sehingga 11 malam. Program hanya satu hari. Non-stop punya program. Kebiasaannya saya menjadi fasilitator untuk program yang berlansung selama 3 hari 2 malam dan sebagainya. Tapi kali ini seharian all-out. Puas sungguh hati ini. Sememangnya dilahirkan dengan perasaan cintakan program kemasyarakatan seperti ini. ALHAMDULILLAH~

Saturday, April 24, 2010

pelik sendiri....



Pelik dengan situasi ini,
Seseorang yang mengatakan berjuang untuk Islam,
Namun apabila datang kepadanya ujian,
Terus mengaku kalah walhal perjuangan Islam itu pasti kan menang.
*mudah-mudahan saya dan kalian menjadi pejuang yang sejati. AMIN

Pelik dengan situasi ini,
Seseorang yang sudah bergelar Hafiz @ Hafizah,
Namun apabila mengadap Al-Quran,
Kurangnya penjagaan adab terhadap Kitabullah itu.
*semoga kita sentiasa menjaga hak-hak Al-Quran. AMIN

Pelik dengan situasi ini,
Seseorang yang bercinta dan merancang ke arah perkahwinan,
Namun sebelum sah lagi ikatan perkahwinan itu lagi mereka sudah berlagak seperti suami isteri.
*Semoga kita menemui cinta yang diredhai ALLAH.
AMIN


Pelik dengan situasi ini,
Seseorang yang berpewatakan warak dan alim,
Namun tidak begitu menjaga hubungannya sesama manusia.
Juga hubungan lelaki dan perempuan tidak dijaga.
*Semoga kita sentiasa memelihara diri. AMIN

Pelik dengan situasi ini,
Seseorang yang mempunyai banyak kelapangan masa,
Namun masa itu hanya diisi dengan melayari Laman Sosial dan menyibukkan dengan hal-hal duniawi. Lupa tentang ISLAM.
Sedangkan tidakkah mereka sedar kewajipan melebihi masa yang ada?
*Ingatan buat semua, InsyaALLAH. AMIN

Pelik dengan situasi ini,
Seseorang yang telah sampai kepadanya seruan dakwah,
Namun dirinya hanya berdiam diri ,
Bahkan menyerahkan kepada orang lain atas alasan diri belum layak.
*Semoga kita berubah menjadi seorang pendakwah kerana ALLAH. AMIN

Pelik dengan situasi ini,
Seseorang yang telah banyak ditegur oleh sahabat-sahabat akan kesilapan diri,
Namun berkeras dan terus melakukan kesalahan yang sama,
Walhal dia sudah tahu bahawa perkara itu salah.
*Ingatan bersama buat diri yang merasa kerdil. AMIN

Pelik dengan situasi ini,
Seseorang yang memperingati orang lain tentang sesuatu kesalahan,
Namun dia sendiri yang melakukan kesalahan itu,
Malah merasakan apa yang dilakukan itu betul.
*Doakan agar kita tidak jadi seperti ini. AMIN

Pelik dengan situasi ini,
Sekiranya saya yang menulis ini terus menerus pelik tanpa melakukan perubahan.
Buat semua yang membaca ini. Maka bersaksilah kepada diri masing-masing.
Katakan pada diri, KITA AKAN BERUBAH menjadi lebih BAIK. AMIN

Hari ini lebih baik dari semalam. ALLAHUMMA AMIN~

Wallahu a'lam.

Wednesday, April 21, 2010

jangan salahkan mereka....

Assalamualaikum....

Tajuk tulisan saya kali ini 'jangan salahkan mereka....' sangat berkaitan dengan isu yang barangkali boleh dikira sensitif terutama di kalangan belia masa kini. Hatta sensitif juga buat rakan-rakan yang seumur dengan saya. Ini berkaitan isu ROKOK yang menjadi satu perkara yang boleh dikira serius di dalam negara.

Ya, saya akui bahawa ekonomi negara Malaysia mengaut keuntungan dalam mengenakan cukai penjualan rokok. Sehingga seorang rakan saya pernah bergurau begini, ".....perokok sebenarnya membantu meningkatkan ekonomi negara....". Lebih kurang begitulah gurauannya. Tapi di dalam hati, ingin sahaja saya balas, "...benefit untuk ekonomi negara tapi parah pada diri kita sendiri buat apa....". Namun jawapan itu saya simpan buat diri sendiri saja. Jadikan sebagai peringatan.

ALHAMDULILLAH, saya sangat-sangat bersyukur kerana ditakdirkan oleh ALLAH Taala ketika saya masih kecil (sehingga saya sekolah rendah) saya menghidapi satu penyakit di bahagian dada. Pada ketika itu saya agak alah pada keadaan sejuk. Dan sangat alah pada bau asap. (saya tidak pasti apakah jenis penyakit itu, mungkin seperti asma tetapi bukan. Seolah-olah sesak nafas). Sehinggakan waktu pagi nak mandi untuk ke sekolah pun emak terpaksa menjerang air panas. Saya hanya boleh mandi pagi dengan air panas sahaja. Syukur penyakit itu tidak berlaku lagi kini, ALHAMDULILLAH. Apa kaitan dengan penyakit itu tadi?

Kaitannya, saya tidak terhingin sama sekali untuk menjebakkan diri menjadi seorang perokok kerana saya sudah rasa peritnya berada di dalam keadaan sesak nafas (maafkan saya, kerana tiada ilmu dalam perubatan, jadi nama spesifik penyakit itu sendiri saya tidak tahu). Namun begitu, saya tidak mahu memanjangkan tulisan dengan bercerita tentang diri saya sendiri. Saya akan fokuskan dengan apa motif tajuk penulisan ini.

Buat kalian yang mempunyai rakan-rakan yang merokok. Atau anda sendiri yang merokok. Bukan salah mereka @ anda sendiri. Kerana apa saya katakan begini? Bagi mereka yang baru nak mula merokok saya nasihatkan anda awal-awal supaya janganlah cuba-cuba. Kerana anda membahayakan kesihatan dalam keadaan anda sudah mengetahui akibat merokok ini. Situasi ini anda boleh dipersalahkan.

Tapi berbeza bagi perokok tegar yang mula menghisap rokok ketika zaman persekolahan lagi. Golongan ini tidak perlu dipersalahkan seratus peratus kerana anggaplah golongan ini telah melakukan kesilapan di zaman lampau mereka sehingga terjebak menjadi perokok. Manusia sering melakukan kesilapan. Itu kita semua akui bukan? Jadi bagi mereka-mereka ini, anggaplah mereka telah melakukan kesilapan lampau yang membawa mudharat ke hari ini.

Saya pernah bertanya kepada seorang rakan mengapa dia merokok. Adakah dia tak mahuberhenti merokok. Jawapan rakan itu secara jujurnya, dia mahu berhenti merokok. Tapi apakan daya, ketagihan itu sangat sukar dibendung. Dia menambah, ".....mana ada orang suka memudharatkan diri sendiri....cuma kesilapan lalu akibatnya begini lah..". Saya setuju dengan jawapan itu. Namun tetap menasihati rakan tersebut agar berhenti. Dan hasilnya mungkin bukan sekarang. InsyaALLAH akan datang, ALLAHUMMA AMIN. Dia pun sudah semakin kurang merokok. =)

Bagi kita sebagai rakan kepada perokok-perokok, janganlah kita marah dengan apa yang mereka lakukan. Sebaliknya nasihat yang berterusan perlu dilaksanakan. Seperti yang saya katakan tadi, kesilapan lama membawa akibat sehingga kini. Janganlah kita memusuhi kawan kerana rokok. Sebaliknya memusuhi rokok kerana kawan. (selamatkan kawan dari terus merokok). Ianya susah namun bukan mustahil.



Berikut adalah link untuk tatapan kalian semua berkaitan hukum merokok. Menurut Dr Al-Qardhawi, ada 2 hukum menurut pendapat beliau iaitu MAKRUH (bagi mereka yang sudah terjebak) dan HARAM (bagi yang baru hendak mula merokok).klik di sini

Akhir kata :- Setiap pendakwah itu perlulah bersabar dalam menangani masalah mad'u mereka. Anggaplah kesilapan lalu sebagai pengajaran dan berusahalah untuk berubah (peringatan buat diri sendiri juga).

Wassalam

Tuesday, April 20, 2010

aku bukan pendekar....

Assalamualaikum.....

Tajuk post kali ini insyaALLAH saya bebas dari gejala emosi dalam mengarang. Tajuk ini mengupas sedikit sebanyak perasaan saya setelah kian lama senyap dalam arena dakwah. Jujur, dahulunya bukanlah seorang pendakwah yang popular. Juga bukan seorang insan yang memainkan peranan yang sangat luar biasa dalam urusan dakwah di tempat saya. Namun, sekadarnya saya seorang yang mampu menyumbang walaupun tidak banyak, tapi tetap ada. Itulah saya dahulunya.

Kini tahun berganti tahun. Bulan berganti bulan. Zaman berganti zaman. Suasana sudah berbeza. Cara sudah berubah. Saya bukan seperti Ahmad Muzakkir yang dahulu. Kerana saya adalah Ahmad Muzakkir yang sekarang. Pelikkah ayat ini? Barangkali ya!

Tajuk yang simple. "Aku bukan Pendekar!". Pendekar sifatnya seperti pengubah dunia dari keadaan huru-hara menjadi tenang, aman dan damai. Pendekar juga sifatnya lebih kepada membanteras segala perkara yang jahat dengan berjuang sepenuh kudratnya. Pendekar kebiasaannya bersendirian. Jelas, saya bukan pendekar yang mampu melaksanakan itu semua. Saya memerlukan kumpulan untuk berjuang. Berjuang menegakkan kalimah suci "LA ILAHA ILLAH, MUHAMMAD RASULULLAH"..

SALAM KEMBALI dari saya buat jemaah. Sambutlah tanganku ini wahai teman. Daku ingin berjuang kembali bersama kalian. ALLAHU AKBAR!


Sekadar gambar hiasan

Saturday, April 17, 2010

memandang pada dimensi yang berlainan.....

Assalamualaikum....

Mulakan perbicaraan dengan Menyebut Nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG agar setiap tutur bicara kita ini mempunyai faedah dan hikmah serta terhindar dari bicara kosong. ALLAHUMMA AMIN.

Topik yang ingin penulis kupas pada kali ini berkaitan dengan bagaimana cara kita untuk sentiasa berfikiran positif dengan setiap apa yang berlaku. Sesungguhnya saya bukanlah individu yang selayaknya untuk membicarakan akan topik ini. Namun, di atas dasar perkongsian melalui pengalaman dan seterusnya ilmu yang diperoleh sedikit sebanyak daripada para sahabat dan ilmuan. Maka, tercetus niat serta mendapat kekuatan kurniaan ALLAH Taala untuk meneruskan penulisan entry kali ini. ALHAMDULILLAH.

Sesungguhnya kita selaku seorang hamba di atas muka bumi ALLAH ini tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Tidak mungkin wujud di atas muka bumi ini seorang insan yang berkeperibadian yang sempurna daripada sebarang kesalahan. Kerana sifat kesempurnaan itu hanyalah milik ALLAH Taala. Dia sempurna daripada sebarang kelemahan dan kecacatan.

Apabila kita yakin dengan tidak sempurnanya diri manusia ini, pasti kita akan sentiasa muhasabah diri kita, Insya-ALLAH. Mungkin kalian para pembaca pernah terdetik perasaan kecewa atau resah gelisah apabila sesuatu yang tidak baik atau apa yang berlaku tidak seperti yang kita inginkan. Namun, setiap yang berlaku itu sudah barangpasti terselitnya satu hikmah yang tidak mampu ditafsirkan dengan mata kasar kita. Sebaliknya, jika dilihat dengan mata hati yang bersih lagi suci, maka setiap yang berlaku itu pasti akan dirasakan HIKMAH.

Saya bawakan satu contoh yang mungkin pada mata kasar kita fikirkan hal itu adalah satu perkara yang tidak baik. Bayangkan ada sebuah rumah jiran kita dimasuki pencuri (NAU'ZUBILLAHI MIN DZALIK. Minta jauhkan. ALLAHUMMA AMIN). Habis barang-barang yang berharga dicuri oleh pencuri itu. Pada pandangan kita, hal itu mungkin adalah suatu perkara yang buruk. Namun jika didasari dengan pandangan mata hati yang bersih, kita akan mendapat hikmah secara tidak langsung. Bagaimana? Inilah point utama yang ingin saya bicarakan. Melihat dari peristiwa yang berlaku, hikmah yang boleh diambil antaranya adalah :-
1. Sentiasa berwaspada. Berdoa kepada ALLAH Taala agar diberikan keselamatan kepada kita.
2. Sentiasa yakin bahawa kemewahan itu tidak kekal lama. Bila-bila sahaja ALLAH Taala boleh menarik semula kemewahan itu.
3. Sentiasa zuhud dengan dunia. Tidak terlampau menunjuk kemewahan yang kita miliki. (kalau kita tak menunjuk, masakan orang boleh tahu kita ini banyak harta?)
4. Melatih diri untuk bersabar. (ini khusus kepada individu yang mengalami kejadian tersebut)
dan lain-lain yang kalian fikir boleh dijadikan HIKMAH.




Tahukah apa itu hikmah? Hikmah itu adalah Pengajaran. Hikmah itu adalah perkara yang perlu difikirkan. Kerana itulah hikmah disebut hikmah. Ia adalah dari perkataan bahasa arab (hakim = bijaksana). Sebut istilah bijaksana pasti kalian dapat bayangkan bahawa ia berkaitan dengan akal. Hikmah itu ada kaitan dengan akal fikiran. Akal fikiran yang sentiasa memikirkan tentang perkara yang baik bermula dari hati yang bersih. Sebab itulah saya katakan bahawa hikmah dapat diterjemahkan dengan mata hati yang bersih. (Mudah-mudahan kita dikurniakan hati yang bersih. ALLAHUMMA AMIN).

Memang Imam Ghazali pernah menyebut, "BENDA YANG PALING JAUH DARI KITA ADALAH PERKARA YANG TELAH BERLALU....". Tapi ini bukan bermaksud kita tidak mengambil hikmah dari benda yang jauh itu. Kita pernah dengar istilah 'usah toleh ke belakang' atau 'jangan pandang belakang' atau 'usah dikenang peristiwa lalu' dan sebagainya. Sebenarnya istilah-istilah itu tidak berapa tepat bagi mereka-mereka yang berlapang dada untuk menterjemahkan segala hikmah yang ada melalui peristiwa yang telah berlalu. Kita perlu pandang belakang serta muhasabah atau koreksi diri kita untuk memperoleh hikmah. Dan hikmah itulah kita pegang buat pedoman serta pengajaran.



Mungkin di antara kita (kebanyakan kita), pernah mengalami kegagalan dalam sesuatu perkara. Jadi satu kemestian untuk kita melihat kegagalan itu dari sudut dimensi mencari hikmah. Seperti yang sudah saya nyatakan. Hikmah itu pengajaran. Dengan berbekalkan pengajaran itu tadi, kita mampu menjadi lebih baik. (UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM -lirik nasyid)

Itulah dimensi yang berlainan yang saya jadikan sebagai tajuk untuk penulisan kali ini. Saya bukanlah contoh yang baik untuk kalian ikuti. Kerana saya juga dalam perjuangan untuk mencari segala banyak hikmah setiap apa yang berlaku kepada diri saya. Hendaknya agar perkara yang sama berlaku kepada kalian. Tidak dinafikan kadang-kala kita suka untuk mengambil hikmah dari apa yang berlaku. Justeru itu, kita perlu untuk muhasabah semula diri kita. Mungkin hati kita perlu dibersihkan dengan TAQARRUB ILALLAH (mendekatkan diri dengan ALLAH Taala). Kerana sesungguhnya hati yang bersih bermula dari penjagaan hubungan kita dengan ALLAH Taala.



Sebelum mengakhiri penulisan saya kali ini. Suka untuk saya sampaikan satu pepatah arab buat pembaca-pembaca yang umurnya lebih kurang saya (belia). Pepatah arab itu berbunyi begini :-
"Statiknya air akan merosakkan air tersebut. Dan statiknya pemuda dan pemudi (banyaknya masa lapang tanpa diisi dengan perkara berfaedah) akan merosakkan pemuda dan pemudi itu sendiri."

"Hidup Mati Kerana ALLAH"

Wassalamualaikum.

Monday, April 12, 2010

Rupanya begitu......:-)

Hari ini merupakan hari pertama saya menduduki peperiksaan final bagi sem ini. Alhamdulillah, ALLAH Taala permudahkan bagi saya menjawab soalan peperiksaan tersebut. Kini tinggal 6 paper lagi untuk saya hadapi. InsyaALLAH, doakan kejayaan saya kerana saya ingin waqafkan diri untuk Islam. ALLAHUMMA AMIN.

Saya teringatkan dia.......

Saya teringatkan dia. Kerana dia mengingatkan saya kepada ALLAH Taala. ALLAHU RABBI. Siapakah dia yang saya maksudkan? Saya berikan jawapan sebentar lagi. Nak dijadikan cerita, tiba-tiba ALLAH Taala gerakkan hati saya untuk membaca mesej yang pernah dia hantarkan kepada saya.
Mesej bertarikh : 11 Feb 2010
Waktu Malaysia : 19:11
Ayat mesej : "theswordofallah.blogspot.com .Nanti awk free g tgk blog ni."

**Tatabahasa agak tidak tepat serta penggunaan ayat yang rojak. Sudah adat SMS begitu. Jangan tiru di rumah yer! (",)v

Saya pun lantas menaip "theswordofallah.blogspot.com". MasyaALLAH. Best. Saya sebenarnya agak jarang membaca blog orang yang tidak saya kenal. Tapi sejujurnya saya kagum dengan penulisan si penulis. Saya mula rasa ingin mengasah lagi bakat untuk menjadi lebih baik kerana ALLAH Taala.

Maka saya mula faham. Kenapa dahulu dia seolah-olah menggalakkan saya baca blog ini. Dan banyak lagi dia pernah nasihati saya. Alhamdulillah. Demi ALLAH, Dia SAHABAT saya dunia akhirat insyaALLAH. Bahkan jika ditakdirkan lebih dari itu pun saya sudah pasti tidak menolak. Allahumma Amin.

Perkara berkaitan....

Saya mengaku saya bukan malaikat yang tidak punyai nafsu. Saya juga pernah mengalami perasaan ingin berkasih sayang. Tidak kira kasih sayang dengan ibu bapa, keluarga, guru-guru, sahabat handai dan tidak terkecuali kepada insan yang bergelar muslimat. Namun, Alhamdulillah. ALLAH Taala memberikan kesedaran buat jiwa yang alpa ini dengan banyak ujian. Untuk kembali kepada fitrah Bertuhan. Dan sesungguhnya kasih sayang yang sejati adalah kepada ALLAH Taala.

Cinta pada manusia kelak kau akan kecewa....
Cinta pada bunga kan layu akhirnya....
Cinta pada harta kelak kan musnah binasa...
Cinta pada dunia, tipuan semata-mata....
Cinta ALLAH adalah hakiki....

Moga-moga ku jadikan 'hatiku milikmu' Ya ALLAH. Jika diizinkan panjang umurku bertemu jodoh, maka Engkau berikan jodohku seorang muslimat yang juga memberikan cinta sepenuhnya kepadaMu. Allahumma Amin.



Pengharapan buat diri.....



Kerana diri saya diberikan nama "Ahmad Muzakkir". Maka, alangkah baiknya jika diri ini menjadi Ahmad (yang terpuji) dan Muzakkir (Pemberi peringatan) yang sejati. ALLAHUMMA AMIN. Kuasai ilmu untuk Islam. Baik ilmu dunia mahupun akhirat. Hadis Nabi ada menyuruh kita agar:-
"Kejarlah duniamu seolah-olah dikau akan hidup selama-lamanya. Dan kejarlah akhiratmu dikau akan mati esok".(lebih kurang begini maksudnya)

Jangan kerana peperiksaan (bertepatan dengan minggu exam ini). Kita mula bertungkus-lumus untuk menguasai ilmu. Maka jika begitu yang berlaku pada diri kita, yakinlah bahawa keberkatan ilmu itu sudah hilang. Kerana sesungguhnya ilmu itu ada barakahnya.

Nasihat ini semuanya untuk saya. Kalian juga tidak terlepas untuk mengambil ibrah daripada nasihat ini. Saidina Ali pernah berkata; "Usah dilihat pada orang yang menyampaikan ilmu itu kerana dia sudah pasti tidak sempurna. Sebaliknya, lihatlah pada ilmu yang telah disampaikan". :-)

Buat yang lebih baik selepas ini...

Jujur kata, saya bukan orang kuat dalam Badan Dakwah dan Rohani di UTeM. (dahulu mungkin orang kuat. Namun bukan lagi kini). Alhamdulillah, seruan dakwah itu datang semula kepada saya. Biarpun bukan orang penting dalam BADAR. Biarpun sekadar ahli 'bermasalah' dalam jemaah. InsyaALLAH saya akan cuba buat yang terbaik. Saya sesungguhnya masih ada beberapa sem lagi di UTeM. Jadi, berbaki beberapa sem ini insyaALLAH saya akan lakukan terbaik. Counter back apa kekurangan yang mampu diperbaiki. Nasihat ini juga untuk kalian yang mungkin di dalam alam universiti. Jika dahulu kita bermalas-malasan dalam urusan dakwah. InsyaALLAH sekarang sudah sampai masa untuk kita bangkit. Mulakan semangat itu dari dalam diri. Kerana sesungguhnya kita tidak mungkin boleh lari dari urusan dakwah. Jika kita cuba lari, maka jawablah kelak di depan ALLAH Taala. Na'uzubillahi min zalik.

"BARANGSIAPA YANG MENGUCAPKAN TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH (KALIMAH SYAHADAH), MAKA SESUNGGUHNYA DIA ADALAH DA'IE" -Hadis Nabi Sallahu a'laihi wasallam-

Nota **

Untuk makluman, berikut adalah tarikh peperiksaan saya. Di kesempatan yang ada ini, saya pohon doa daripada kalian semua:-

-> Control Engineering (12/4/2010 - pukul 9.00 pagi)
-> Mechanics of machine (16/4/2010 - pukul 8.30 pagi)
-> Pembangunan Sosio-Ekonomi Malaysia (19/4/2010 - pukul 2.15 petang)
-> Thermodynamics 1 (20/4/2010 - pukul 2.15 petang)
-> Technical Communication 2 (23/4/2010 - pukul 3.00 petang)
-> Numerical Method (27/4/2010 - pukul 2.15 petang)
-> Mechanical Vibration (30/4/2010 - pukul 8.30 pagi)

Tidak salah rasanya memohon doa dari kalian. Betul tak? Lillahi Taala.

Juga tidak salah untuk menganjurkan agar sebelum tidur kita amalkan membaca Surah Al-Mulk ditambah dengan Surah As-Sajadah. InsyaALLAH fadhilatnya yang saya tahu kelak kita akan terlepas atau diringankan daripada seksa Kubur. Namun, niatkan untuk mendapat keredhaan ALLAH Taala yang lebih utama.

Kalian boleh mencadangkan apa-apa blog yang kalian fikirkan baik untuk saya baca. Mudah-mudahan keberkatan itu akan dimiliki bersama. Wallahhu a'lam. Wassalamualaikum.

Friday, April 9, 2010

mencari sinar baru.....

Assalamualaikum

Saya tidak pasti ini entry yang keberapa sudah saya tulis dalam tempoh minggu ini sahaja. Mungkin minggu ini ada masalah sikit yang menimpa. Minggu sebelum berita tentang pemergian arwah datuk kesayangan. 2 orang itulah yang menjadi punca nama saya 'Ahmad Muzakkir'. (mudah-mudah sifat saya seperti nama saya itu sendiri.AMIN). Mungkin takdir ALLAH Taala membatasi segala-galanya. Semua makhluk akan menghadapi saat yang dikatakan kehancuran itu. Semua manusia pasti mati. Dan minggu ini pula ada masalah peribadi serta lain-lain tekanan belajar dan sebagainya.

Alhamdulillah, saya sangat-sangat bersyukur. Pabila diri diuji begini, saya tidak mengambil tindakan bodoh seperti yang saya pernah lakukan dahulu. (Cerita itu sudah lama berlalu maka tidak berniat untuk mengkhabarkan kepada kalian. Pass is pass). Kini saya menemui method baru untuk melepaskan segala tekanan. Dengan menulis, Alhamdulillah ia menjadi satu cara yang berkesan. (Selain itu hobi saya mengemas bilik serta membasuh baju tetap diteruskan. Abaikan)

HARI ini hari Jumaat. Banyak fadilat dan kebaikan hari jumaat ini. Dan bagi saya sendiri, guru si mursyid pernah menganjurkan kepada saya untuk mengamalkan bacaan Surah Al-Kahfi setiap pagi jumaat. Kadang-kadang kekangan masa kerana pergi kelas, menyebabkan saya baca selepas jumaat. Lupakan soal bilakah saya baca,pagi atau petang. dan sekiranya saya tidak istiqamah dengan amalan itu, itu urusan saya dengan ALLAH. Cuma saya mahu kongsikan dengan kalian semua berkenaan 3 ayat daripada surah Al-Kahfi yang saya salin maksudnya daripada terjemaah Al-Quran.

3 ayat itu adalah:-

103. Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?"

104. Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.

105. Mereka itu orang-orang yang telah kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia[896], maka hapuslah amalan- amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.



Ayat ini sangat dalam maksudnya kalau kita teliti. Nuzul ayat ini sememangnya diturunkan kepada orang Kafir. Namun, kiasan ayat ini boleh terkena pada kita semua yang beragama ISLAM. Setelah saya membuat beberapa rujukan, saya dapat simpulkan apakah kiasan ayat 'kufur terhadap ayat-ayat Tuhan' itu. Kufur di sini boleh dikiaskan kepada seseorang yang kononnya yakin mengaku ALLAH TAALA adalah TUHAN yang selayaknya disembah namun tidak yakin kepada Al-Quran dan hari pembalasan. Maafkan saya, saya tidak punyai ilmu untuk mentafsirkan ayat itu. Mungkin akan berlaku kesilapan jika saya memandai-mandai tafsir ayat tersebut (saya jahil. Ya ALLAH,kurniakanlah sedikit ilmu-Mu yang seluas lautan itu kepadaku agarku mampu mentauhidkan-MU dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Ilmu-MU itu sangat luas. Ku pasti tidak mampu untuk memiliki ilmu-MU sepenuhnya. Maka kurniakanlah buat hamba-Mu yang hina ini sedikit sahaja sudah memadai).

109. Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)". (Surah Al-Kahfi)

Kalian boleh rujuk pengertian kufur di sini (Klik)

Sedikit huraian mengikut pendapat saya sendiri. Moral value yang kita boleh ambil daripada 3 ayat itu adalah kita rasa diri kita sudah melakukan tindakan serta amalan yang betul. Padahal hakikatnya kita sendiri yang rugi. Kerana apa? kita kufur @ tidak yakin sepenuhnya pada janji ALLAH. Tidak yakin sepenuhnya akan kekuasaan ALLAH. Tidak meredhai segala apa yang telah ditetapkan ALLAH. Itulah silap saya sebelum ini. Mungkin kalian juga sama seperti saya. Seperti yang kita sedia maklum, kita bukan maasum. Justeru itu, mohonlah ampun kepada ALLAH. Jangan pinta pada manusia. Manusia tidak ada kuasa untuk membantu kita. Semua adalah kuasa ALLAH.



Mungkin semakin banyak penulisan saya ini, semakin banyak salah saya. Dan sebanyak itu jugalah saya pohon maaf kepada semua sekali para pembaca. Mungkin ada di antara kalian yang mengambil hati dengan ayat saya sebelum ini. Saya bukan seorang yang siqah. Namun diharap kalian memberikan saya ruang dan peluang untuk membetulkan diri sendiri. Jika bukan tahun ini, mungkin tahun depan (2011), tahun 2012, tahun 2013 atau tahun seterusnya barulah kita berjaya menjadi sebenarnya Muslim sejati. Sungguh! 2,3 tahun itu bukan lama sebenarnya. Dan mungkin kita tak akan sempat sampai pada 2,3 tahun akan datang. Sama-samalah kita berdoa agar sinar baru kian menyinsing. Waasalamualaikum