Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Friday, August 12, 2011

bila sedar diri...........

inilah ucapan yg terbit dr bibir...
terlintas dr hati....
yeah!!...aku bukan sapa2...
aku byk buang masa...
banyak jugak lakukan dosa...
tp aku x patut biarkan diriku bertrusan begini...
aku perlu berubah....ubah diri dan ubah suasana...
hurm..tapi bagaimana?
yg pastinya diri perlu didahulukan
perubahan diutamakan..haih~

ku lihat teman semakin ke hadapan...
namun diri ini masih di takuk yg lama....
melayan sisa2 masa dan usia...
owh tidak...sebetulnya itu tak patut berlaku...
aku merasakan kelam seketika....
kelam karam dan terus tenggelam....
namun aku harus truskan ayunan tgn utk ke tepian...
hurm pasti ada sinar di daratan insyaALLAH....

ku lihat kawan2ku sudah maju....
dari sendirian, berdua2an dan kini beranak satu...
pergh....jodoh mereka awal...sedangkan aku?
xper la...telah tertulis bahagianku di sana....
ada la tuh nanti...itu ayat penyedap ati..=)
daripada bercinta kosong tnpa tujuan...baik nikah...
kalo xmampu...usah jadi bodoh..
membazir masa dan waktu...bercinta dgn
penuh kepura-puraan....kang x jd wat malu jer

aku tertanya diri sendiri..
knapa aku hidup? kenapa aku muslim?
kenapa aku perlu pertahankan agama??
agama Islam agama rasmi...agama Nabi Muhammad
Agama yg benar....yg mentauhidkan ALLAH...
kalo aku duk leka je...Islam tetap akan menang
sedang aku??? kalau x terlibat dalam
perjuangan....aku umpama sampah sarap di lautan...
smpai masa sama ada reput atau di buang ke dalam
loji pembuangan sampah....
maka jwpnnya ada pada diri sendiri...
nak atau xnk utk involve dgn perjuangn Islam...

mungkin skrg org xnmpk aku....
mgkn akan dtg pon org still xnmpk aku..
xmengapa...aku bkn nk org lihat aku....
biarlah alam ciptaan Tuhan....
makhluk2 Allah selain manusia yg menjadi saksi
siapa diriku...apa jasaku....dan kemana perjuanganku
yg penting diri ini haruslah ikhlas...
tanpa perlu meminta pujian...
apatah lagi celaan,Nauzubillah...

aku pon xtau tujuan tulisan ini....
cuma firasat hati....cenderung menyuruhku menulis
meng'update' blog yg dh berhabuk....
berbau tengik xde update....
akhirnya tergerak juga jari menaip...
sesungguhnya...
TINTAKU MASIH BASAH....

Thursday, August 5, 2010

Daku memerhati, berfikir lalu ku menulis.............

Orang sering beranggapan mendedahkan aurat itu perkara biasa tetapi pemakaian yang menutup aurat dengan sempurna itu suatu yang luar biasa. PELIK TETAPI BENAR. Rata-rata mereka tidak sedar sebenarnya dedahkan aurat itu bukan sahaja luar biasa bahkan berdosa.

Orang sering beranggapan pemakaian kemas itu skema. Mereka lebih suka berpakaian agak selekeh. Kononnya lebih stylo. PELIK TETAPI BENAR. Kalau mereka itu seorang MUSLIM, akan ku katakan kepada mereka bahawa ISLAM ITU BERSIH. Jangan jadikan diri sendiri sebagai asbab ISLAM dihina. Yang selekeh itu diri sendiri tapi akibatnya nama ISLAM itu tercemar.

Orang sering beranggapan bahawa belajar itu untuk mencari kerja. Mereka bertungkus-lumus belajar kerana kerjaya yang sedang menanti. PELIK TETAPI BENAR. Barangkali mereka terlupa kerjaya sangat berkait rapat dengan punca rezeki dan sesungguhnya rezeki adalah pemberian ALLAH TAALA. Maka perbetulkan niat masing-masing mulai sekarang.

Orang sering beranggapan bahawa individu yang membawa akhlak yang MULIA serta lebih ke arah ISLAM adalah seorang yang agak kolot. PELIK TETAPI BENAR. Walhal mereka terlupa, dengan ISLAM lah TAMADUN MANUSIA dahulu kala terbina.

Orang sering beranggapan bahawa perniagaan mempunyai risiko. Maka mereka mengelak dari usaha ke arah perniagaan. PELIK TETAPI BENAR. Sedikit teguran buat semua, terutama yang beragama ISLAM. Tidakkah kita percaya pada hadis Nabi Muhammad SAW bahawa 9/10 punca rezeki adalah datangnya daripada perniagaan? Mungkin orang Cina lebih menghayati hadis Nabi tersebut berbanding umat ISLAM sendiri.

Orang sering beranggapan bahawa diri sendiri adalah paling betul sedangkan orang lain salah. PELIK TETAPI BENAR. Di kala mereka berfikir sepeti itu, maka percayalah pada ketika itu mereka salah.

Orang sering beranggapan bahawa Bulan RAMADHAN adalah bulan beribadah sedangkan bulan lain tidak begitu. PELIK TETAPI BENAR. Beribadah dengan bersungguhan pada bulan RAMADHAN tetapi menjelang SYAWAL setiap amalan itu semua tidak ada lagi. Maka marilah muhasabah diri kita bersama.

Wallahu a’lam.....ada masa saya tulis lagi. Sebagai berkongsi. Saling memberi dan menerima teguran. InsyaALLAH

Saturday, July 31, 2010

Rasai kehangatannya~

Assalamualaikum...

Walau sudah lama tidak update blog ini, bukan bermakna diri ini sudah meninggalkan WADAH PERJUANGAN. Pabila bicara apakah itu perjuangan? Dan apakah jenis perjuangan itu. Nah, soalan ini kan terjawab sebentar lagi. Perjuangan tidak semestinya perlukan pertempuran yang bakal mengakibatkan kekecewaan, perpecahan, tindas menindas dan sebagainya. Berjuanglah dengan cara yang tenang ibarat GUNUNG BERAPI. Walaupun ia kelihatan senyap dan hambar, akan tetapi aktiviti larva di dalamnya akan mencetuskan letusan api. Itulah letusan gunung berapi. Ianya PASTI dan pergerakannya sangat tenang sekali. Namun akibatnya sangat besar.



Saya kini ‘Distributor Score A’. Namun ada kaitankah dengan perjuangan? Apakah wadahnya? Score A adalah satu program output learning yang sangat interaktif secara online. Wadah yang dibawa adalah pendidikan. Bila bicara tentang pendidikan. Ia tidak akan habis (NEVER ENDING STORY). Hidup ini singkat. Ada orang dapat jadikah kehidupan yang singkat ini suatu kehidupan yang amat bermakna. Tidak kurang juga mereka yang menjadikan hidup yang singkat ini sengsara. Sudahlah singkat, sengsara pula. Persoalan di sini, bermakna itu apa? Bermakna itu bahagia. Bahagia itu apa? Adakah dengan mempunyai harta dan kekayaan, namun tidak empunya masa bersama keluarga dipanggil bahagia? Apatah lagi langsung tiada masa bersama ALLAH MAHA PENCIPTA.

Kerana apa saya memilih jalan Score A sebagai Plan B saya? Saya berniat untuk berkongsi program yang sangat menarik ini untuk semua. Buat pengetahuan para pembaca sekalian, saya kini belajar dalam tahun ketiga dalam bidang KEJURUTERAAN MEKANIKAL (‘Majoring in design and innovation’). Mungkin ada orang akan bertanya saya bagaimana kalau jadi pengedar Score A saya akan sangkut dalam pelajaran? Itulah saya katakan tadi bahawa Score A adalah Plan B saya. Plan A adalah degree Mechanical saya itu. Saya WAJIB belajar. Dan saya PERLU berjaya. Saya juga MESTI tamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan ini. Plan A lebih utama dari Plan B. Sebab logikal pun kita sudah sedia maklum. Huruf A dahulu baru huruf B. Tapi perlu seiring dan sejalan. Belajar jalan Score A pun jalan.

Tapi kenapa Score A? Kerana Score A mudah dan berkualiti. Mudah untuk semua laksanakan dan berkualiti untuk pelajar dan ibubapa. Ada juga orang pernah kata; ilmu ini bukan barang dagangan. Tak boleh jual beli. Tidak berkat. Jawapan saya mudah. Peranan Score A adalah seperti buku tetapi dalam bentuk teknologi yang terkini. Isunya adakah perniagaan buku perlu dipersoalkan tentang keberkatannya? Score A adalah latih tubi. Kalau nak buat latih tubi pada buku, semakin banyak latih tubi nak dibuat, semakin banyak buku kena beli dan semakin tinggi modal keluar. Logiknya begitu. Tapi pada Score A modalnya sekali itu sahaja. Yang perlu difikirkan tentang topup untuk melanggan. Murah berbanding buku. Soalan di dalam web itu pun belum tentu dapat terjawab semuanya. Sangat banyak 250ribu soalan. Semakin rajin semakin banyak soalan yang boleh dijawab. Duit tak perlu keluar banyak kali. Untuk belajar salah satu syaratnya adalah perlu ada duit. Itu kata-kata Imam Ghazali.

Pada pandangan peribadi saya, saya lebih suka bicara apa itu Score A berbanding apa itu Pelan Pemasaran Score A. Duit itu kita sering kaitkan dengan rezeki. Rezeki itu pemberian ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH. Sememangnya duit itu penting. Duit bukan segala-galanya. Tetapi segala-galanya memerlukan duit. Itulah keperluan sebagai seorang manusia. Kalau haiwan dan tumbuhan, kehidupan itu penting tetapi duit bagi mereka sangatlah tidak penting. Rezeki milik ALLAH. Saya positif berkenaan ini. Ada rakan yang saya kenalkan dengan Score A ini. Dia seorang yang berjiwa usahawan. Tapi dia tidak berminat untuk berjuang bersama-sama saya. Saya merelakan sahaja. Apa yang penting saya kongsikan apa itu Score A. Sertai saya bukanlah isunya. Bila kita jadikan setiap tindak tanduk kita ini ibadah. Kita akan sentiasa tenang. Saya nilai diri saya. Saya lakukan Score A insyaALLAH suatu ibadah. Bicara soal rezeki itu milik ALLAH. Sifirnya manusia hanya perlu berusaha. Sebab itulah saya sangat kurang senang dengan individu yang bicara Score A pada sudut WANG semata-mata. (SANGAT KURANG SENANG kerana WADAH PERJUANGAN SCORE A adalah PENDIDIKAN). Namun, jika duit itu penaik semangat tiada salahnya. Itulah pemangkin. Seperti ganjaran TUAN kepada HAMBA jika mahu menyuruh hamba itu bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.

Bicara soal rezeki. Bicara juga soal bajet. Lantas berbicara pula soal impian. Apakah itu impian? Adakah impian anda tidak mampu dicapai hanya kerana lima huruf ini; (B.A.J.E.T)..Apa kaitan impian dengan bajet? Bajet berkaitan dengan duit. Duit sangat berkait rapat dengan rezeki. Persoalannya, apakah impian anda? Impian bukan suatu benda yang kecil. Impian itu segala apa yang sangat luarbiasa. Adakalanya di luar pemikiran kita. Kalau impian kita hanya untuk memiliki kereta kancil, itu bukan impian sebenarnya. Impian suatu perkara yang sangat besar contohnya memiliki kereta BMW or MERCEDES. Impian juga seperti memiliki rumah yang berharga jutaan ringgit. Walaupun di luar pemikiran dan kemampuan kita. Namun itulah pengertian IMPIAN yang sebenar. Isunya adakah apa yang kita lakukan sekarang mampu mencapai impian kita itu? Jika belum, maka berubahlah. Cari satu inisiatif untuk ke arah mencapai impian itu. Bajet sering menjadi penghalang. Jika kita selera besar, hanya kerana perkataan BAJET, lantas kita terpaksa matikan selera besar itu. Sebenarnya kita menzalimi diri sendiri. Selera besar, usaha nak capai hajat selera besar itu juga perlu besar. Barulah seragam dengan impian. Jangan kita terpaksa batalkan impian hanya kerana perkataan bajet itu. Kerajaan buat bajet setahun sekali. Inikan pula diri kita sendiri. Perancangan kewangan itu perlu agar tidak membazir tanpa janganlah sampai membataskan impian dan keinginan diri sendiri. Yakinlah ALLAH MAHA ADIL terhadap semua hambaNYA. Usaha pasti berjaya.



Selain itu juga, saya sarankan agar kita meletakkan nilai kasih kita lebih kepada kedua ibubapa. Buat mereka yang masih hidup, maka si anak itu WAJIB berbakti sehabis baik serta berdoa untuk mereka. Bagi yang sudah bertemu ALLAH YANG MAHA ESA, maka si anak WAJIB juga mendoakan mereka. Ibubapa aset berharga bagi kita semua. Apa jua yang kita lakukan. Apa jua yang kita usahakan. Pohonlah restu ibu dan bapa kerana keredhaan ALLAH bermula daripada keredhaan ibubapa. Wassalam.