Wednesday, November 9, 2011

Duit, boleh buat gaduh berrr~

Assalamualaikum...

Isu wang! wang! and wang!
Yeah satu perkara yang penting tapi tidak seberapa penting sangat. kenapa ye? wang bererti duit...duit bererti wang...penting sangatkah duit ini? soalan ini saya ajukan kepada semua yang membaca...

Hurm, barangkali ada di kalangan kita yang menjawab. Ya! duit sgt penting!....ada yg jawab xperlu pon xper...dan ade jugak yang mungkin menjawab...MONEY IS NOT EVERYTHING, BUT EVERYTHING NEEDS MONEY...eh ye ker segalanya memerlukan duit?

yer saya akui orang sekarang memerlukan duit....setiap perkara tiada lagi istilah buat kerja 'ikhlas' tanpa sebarang tip bahkan semua perlu duit...hatta nak makan,nak buang air pon kena bayar 20 sen,30 sen...kalo kat klcc seringgit der!!

namun, duit ni ade kaitan ke dengan rezeki? pada pendapat saya la, duit bukan segalanya....segalanya adalah REZEKI....duit banyak tp bukan rezeki anda...ape gunanya? haih,pelikkan statement nih....memang pon!!

kita dapat truskan hidup ini suama ihsan dari ALLAH...rezeki Allah bagi....even org miskin xde duit pon ada yang hidup aman damai...sebab ape? sebab duit bukan segalanya....duit adalah salah satu cara rezeki dizahirkan....tp rezeki x semestinya berbentuk duit....rezeki bukan boleh dinilai dengan angka semata2....

dah tuh duit tuh ape? duit tuh 'benda' saja....benda yg dipandang bernilai oleh kesemua orang....sehinggakan mengetepikan Tuhan Empunya Dunia....yer, saya mungkin tidak layak bercakap tentang hal ini sebab saya bukanlah orang kaya...tp bagus jgak...kalau banyak sangat duit ni boleh buat gaduh....itu x boleh, ini x boleh...
ngan adik beradik, kawan-kawan, soal duit boleh buat gaduh...

Kerana apa?kerana ini berkaitan dengan hati dan perasaan....eh ape kaitan hati dan perasaan dengan duit??? memang ada kaitan.....

Dalam teori CINTA,

Kecintaan yang keenam disebut (INTIFA') iaitu permanfaatan. Ape la Muzakkir mengarut ni kan? ini bukan mengarut...ini adalah teori cinta.....apabila org yg sedang dibuai kecintaan pada sesuatu maka diganggu sahaja kecintaan itu maka terhasilnya adalah satu pergaduhan....buktinya?? selepas saya menerangkan tntg duit satu teori cinta

bilamana membicarakan tentang permanfaatan merujuk kepada teori cinta keenam (bawah sekali - kerana ada 6 sahaja teori cinta ini)...duit adalah satu perkara @ benda yang kita set ianya bermanfaat...bak kata org materialistik iaitu kebendaan jugak adalah pecahan dari teori cinta keenam ini..

jadi, jelaslah kaitan teori cinta dengan duit ni...duit ni membuatkan org jatuh cinta padanya....kerana sudah jelas duit memberi manfaat kepada si pemiliknya...dan bilamana kcintaan ini diganggu gugat maka terhasil la suatu pergaduhan....dengar sahaja kes skrg...kerana duit, bunuh membunuh...kerana duit adik beradik bergaduh, putus saudara...kerana duit....pertalian darah sume jadi musuh....dan kawan2 pon bergaduh....bikin panas btul benda duit nih...

berjaya lah usaha kristianisasi yang menanamkan perasaan cinta pada materialistik....satu isme yg dilupakan dan kita sedang melaluinya.....zassss~

Monday, October 31, 2011

HATI INI MILIK ALLAH

Assalamualaikum.....

Tulisan ini ada kaitan yang sangat rapat dengan kota semua. Hati ini milik Allah. Biar sejauh mana kita berusaha mengawal hati ini, tetap yakinlah bahawasanya HATI INI TETAP MILIK ALLAH.

Haih, Muzakkir dah start cerita pasal cinta la tuh! Bosan....

Hey, Muzakkir dah jadi romantik ler plak...

Asik-asik cakap pasal cinta dan perasaan jer...serius bosan



COME ON la! ini post bukan tntg jiwa kacau atau pon ape....ni just nk bgtaw HATI kita hak 100% Allah Taala...Tak kisah la kalian yang membaca ni nak apply pada cinta ke perasaan ke ape2 skalipon tahu la hati ini milik Allah...

Even seorang pendakwah.....dlm usaha dakwahnya tidak perlu la 'Bongkak' nak sound org sini sana.....hati anda milik Allah....Hati umpama Raja di dalam diri...anda mungkin akan termkn sound diri sendiri....sound macam2...tgur sini tgur sana secara tak berhikmah maka effectnya akn kembali kepada anda....Kerana once Allah nak uji xkira anda tuh wali ke, ulama' ke....guru besar ke cikgu ke doktor ke...janji anda manusia pasti akan sampai ujian Allah kepada anda (begitu juga saya)

Jadi nak kasi clear smula..yakinlah hati ni milik Allah...soal jodoh letakkan 100% pd Allah...ade org kata kena usaha...yes...usaha silakan usaha....100% tawakal slps anda berusaha adalah letak pada kuasa Allah belaka....dunia ni smua ALLAH yang punya...

soal kerjaya.....soal belajar....letakkan 100% pada Allah.....selepas berusaha....baru dtgnya Tawakal......sila baca surah Al-Quran pasti jumpa dalil ini..."Selepas berusaha maka bertawakallah kepada ALLAH..."

soal hidayah, dan taufiq...ALLAH jua yg berkuasa ke atasnya...so mmg xleh lari HATI INI kan milik ALLAH~

Sejauh mana engkau merasakan ianya baik untukmu....namun kalau Allah nak palingkan hatimu terhadapnya...maka ianya pasti akan berlaku....

Keputusan manusia berkait rapat dgn hati...Allah jualah Maha Membolak-balikkan Hati...Maka panjatkan lah kesyukuran kepadaNYA serta berdoalah agar hatimu ditetapkan dalam jalan Islam

Sedikit Luahan :

Daku pernah berada di satu situasi di mana orang sekeliling menghormatiku kerana ketonjolanku dalam dakwah...Namun, Allah jualah Maha Membolak-balikkan hati...and ditakdirkan aku telah melakukan sesuatu hal yg dahulunya ku sgt anti padanya.....kerana apa? Hati ni milik Allah..kita lupa nak suruh Allah pelihara hati in maka sudah pasti hati kita xkan kekal dalam kebaikan....

Alhamdulillah, daku meyakini hati ini milik Allah, daku diberikan peluang kedua untuk memperbetulkan keadaan....hati ini rapuh tnpa perlindungan Allah...maka perbanyakkan buat dirimu untuk berdoa agar hatimu kekal di dalam kebaikan....PELIHARA HATI DARI SEBARANG KEMAKSIATAN insyaALLAH selamat dunia akhirat~

Wallahua'lam

Wednesday, October 19, 2011

PENCARIAN IMAM MUDA~

Assalamualaikum...

Pencarian Imam Muda bertarikh 18 okt 2011 jam 8 malam bertempat di Masjid UTeM. Saya telah menjadi salah seorang daripada peserta. Alhamdulillah pengalaman baru buat saya selaku seorang mahasiswa. Sememangnya untuk bertanding di peringkat yg lebih tinggi sepeti anjuran ASTRO sudah pasti sukar, namun peluang yang ada di UTeM ni sy gunakan dengan baik.



Kategori yang dinilai adalah :-
MEMBACA KHUTBAH
BACAAN AL-QURAN
SOALAN AGAMA

Alhamdulillah, pertama kalinya saya membaca khutbah dengan suara lantang dan ok pada hemat saya...juri juga memberikan respon yang baik cuma sedikit tguran tntg eye contact kepada audiens. Satu pengalaman baru buat saya.



Selepas itu juri menguji bacaan Al-Quran saya. Alhamdulillah tiada komen yg melampau buat saya serta ujian terakhir pada sudut agama (isu semasa)



JURI : Imam Muda Muzakkir, soalan saya lebih kepada isu semasa. Saya ingin bertanya, jika anda mempunyai kawan baik lelaki mahupun perempuan yang mendedahkan aurat. Bagaimanakah anda menegurnya.

MUZAKKIR : (Innalhamdulillah, nahmaduhu wanasta'inuhu wanastaghfiruh. Wana'uzubillahi min syururi anfusina, wa min saiyyi atina, mayyahdihillah fala mudhillalah. Wamayyudlil falaha diyalah). Apabila juri bertanyakan konsep teguran untuk kawan yang mendedahkan aurat, baik lelaki mahupun perempuan. Apa yang saya boleh utarakan di sini adalah saya akan melihat latar belakangnya terlebih dahulu. Bilamana kita membicarakan tentang pendedahan aurat, ini sangat berkait rapat dgn AQIDAH. Sesuatu yang Allah perintahkan 'fix' dan tidak boleh berubah. Allah menyuruh menutup aurat. Maka suruhan Allah itu bersifat WAJIB dan smua WAJIB untuk menurutinya.

Namun begitu, untuk menegur saya perlukan pendekatan HIKMAH. Yakni melihat background kawan itu. Jika ada background agama, maka saya boleh menegur secara sinis kerana hakikat orang seperti ini ada ilmu tapi malas nak amal. Sebaliknya jika yang tiada pendidikan agama (secara khusus) maka saya lebih prefer utk menegur secara perlahan-lahan. Kerana saya yakin hati ini jika diperingatkan sentiasa pasti akan terkesan umpama batu yg keras jika menitik air di atasnya secara kerap, pasti terhakis juga batu itu walaupun pada hakikatnya ia bersifat keras dan mampat. Wallahu a'lam

JURI : (tersenyum dan memberikan komen)


Sekian sahaja laporan dari sidang 'TINTA MASIH BASAH'

tunggu update akan datang =)

Futsal PIALA ALKIS

Assalamualaikum

Bersua kembali kita dalam membicarakan tentang pengalaman bersama-sama sahabat kisasian...

Yea, baru-baru ini (16 Okt 2011) bertempat di Galaxy Futsal Bangi, Alumi Kolej Islam (ALKIS) telah menganjurkan pertandingan futsal...Pertandingan ini melibatkan semua alumni kolej islam malaya, kolej islam klang dan kolej islam sultan alam shah....

Setelah sebulan lebih promosinya, akhirnya event ini telah berjaya di'register' oleh 15 buah team...(sepatutnya lebih tp cancel last minute). Walaubagaimanapun bagi kami 15 team pun dh cukup banyak kerana perlawanan diadakan cukup meletihkan (byk sgt game)

Saya mewakili batch saya (group A) memandangkan batch saya hantar dua team...maka kami telah pecahkan kategori A dan B...Alkisah yang menarik utk group A...perlawanan pertama dgn batch 2009 B, kami telah tewas sebanyak 0 - 2....sungguh sedih....



kekecewaan kami semakin melarat apabila menentang team 2000 kami kalah 0 - 2 lg....mmg game kami asyik kalah dan saya fikir kami akan trus kalah dan bersedia utk melupakan piala presiden alkis tersebut....

Namun, beberapa percaturan telah dilakukan....group kami telah memasukkan seorg pemain tengah yg mantap...bagi mengisi kelompongan di bahagian tgh....Alhamdulillah hasilnya game terakhir kami telah menang dgn team 1991 dgn jaringan yg besar 5 - 0...ditakdirkan dgn jaringan besar itu kami telah dinobatkan naib juara kumpulan...



juga luck bagi batch kami...team 2006 B telah menjuarai kumpulan D (team sy Kumpulan C)...maka kami bertemu sesama sendiri di peringkat suku akhir...yeah, game tersbut kami telah decide sape yg akan menang...akhirnya team sy 2006 A menang dengan jaringn 6 - 2....bertemu pula di pringkt separuh akhir dgn team Ustaz Elfino (1989)....kami menang 1 - 0...akhirnya ke game final...



game final kami xde luck....seri 2 - 2 then diadakan penalty....kami kalah syiling (stelah seri 3 - 3 utk penalti...referee melambung syiling di mana sape yg menang syiling tuh boleh pilih samada nak sepak atau menjadi keeper) akhirnya kami kalah syiling dan sepakan penalti diambil oleh pihak lawan...mereka shoot masuk dan mereka menang....kekalahan yg kelakar....

[MAAF ENTRY YG X BEST]



dan ini akibatnya bermain futsal over2 sgt....kaki pon berbalut...jalan pon terhencut-hencut...entah bila nak sembuh....Wallahu a'lam

Monday, October 17, 2011

"MAISARAH" hadir kepadaku?

Assalamualaikum....

Kali ini entry yg bakal kalian baca ini mungkin sedikit ke'gedik'an yg terlintas dari dalam diri saya...tp sy ingat semula...NAK SENYUM SORANG-SORANG pon ada....

sila teruskan bacaan anda,itu pon kalo anda mempunyai kelapangan masa dan tidak terikat dgn masa utk buat assignment....hadir meeting bagi mereka yg berpersatuan dan takde hal2 tertentu yg perlu dilaksanakan..

Akaun facebook saya "Ahmad Muzakkir (Tinta Biru)", pernah sekali tu saya update status....MENANTIKAN MAISARAH HADIR KEPADAKU.....then selepas beberapa minit...agak lama juga...al maklumlah....saya ni lelaki...bukannya perempuan (tambah2 bg mereka yg rupawan)...kalo perempuan update status je dlm beberapa saat akan ade je komen....or paling busuk pon like...then selepas stgh jam...berlambaklah komen utk status perempuan tersebut....

kembali pada status update saya ketika itu...ade la dua tiga org komen...."Wahhhh! muzakkir dah xsabar nk nikah!"......"wah, muzakkir dah ada calon!" and bla3~

di sini sy siapkan penjelasan...

ketika saya mengupdate status tersebut...bukanlah berniat utk mengatakan ke'tidaksabaran' utk menikah dan mendirikan rumahtangga...just suka2 selepas mendengar Sirah Nabi Muhammad SAW....yeah, sirah bukan suatu yg boleh dipandang rendah.....

Kerana kecantikan Akhlak yg Allah berikan kepada Baginda Nabi, telah menyebabkan insan mulia Saidatina Khadijah jatuh hati pada Nabi...pada ketika itu, Saidatina Khadijah merupakan 'bos' manakala Nabi pula adalah pekerja beliau.....kerana kesiqahan dalam diri beliau terhadap Nabi..maka beliau menghantar utusan LELAKI yang bernama MAISARAH untuk meminang Nabi....sudah menjadi ketetapan ALLAH, maka dua jiwa di satukan....mereka sah menjadi suami isteri....

Ada 2 point of view yg ingin sy bicarakan di sini:

1) Kerana terlalu respect dan kasihnya pada Nabi, sy tertanya pada diri...layakkah sy menerima layanan istimewa yg Allah berikan kepada Baginda sehingga ada wanita mulia yg jatuh hati pada Baginda dan melamar baginda....itu lah maksud MAISARAH yg sy update tuh....bukan wanita yg bernama MAISARAH....budi pekerti Nabi menyebabkan wanita mulia yg lamar Baginda..bukan sebaliknya...harap maklum....



2) Istilah PERIGI MENCARI TIMBA sebenarnya tidak benar sama sekali...jgn samakan wanita = perigi...dan lelaki = timba....sy x berani nak wat statement semberono, tp sedikit ulasan sy mengenai kata-kata perigi mencari timba...mgkin kata2 ini ingin menutup mata kita bahawasanya ini juga adalah sunnah...maka dgambrkan perigi mencari timba ni mcm satu perkara yg jelek! sehinggakan ramai wanita yg takut nk bertindak demikian....xde istilah perigi mencari timba....mungkin org2 tua dlu terbiasa dgn adat....namun jgn kita rigidkan diri dgn statement tersebut (buat wanita di luar sana....kalian juga ada perasaan...kalu dah suka mana2 lelaki...kalian juga boleh lamar mereka....namun biarlah dgn cara syarie....bkn cara terkutuk yg dibenci Allah)



Demikian adalah penerangan tntg status terdahulu
Wallahu a'lam......

Tuesday, October 11, 2011

Perihal jodoh? Ape kes ni der~

Assalamualaikum.....bersua kembali
Setelah sekian lama diri ini menyepi dari dunia bloggers..kini sy kembali...

Yeah,mungkin kali ini coretan di muka blog sy ini tidak begitu menarik perhatian anda...namun luangkan lah masa walaupon sedikit utk membaca entry kali ini...sy secara jujur dan peribadinya mengakui bahawa diri ini bukan insan yg kamil utk berbicara tntg jodoh..Al-maklum la diri ini pon blum ketahuan sapekah jodoh sy...atau mgkin jodoh di syurga nnt (jika ditakdirkan tak panjang umur nk nikah)

Rata-rata rakan sebaya, yg lebih tua juga mahupun yg lebih muda kerap sekali membicarakan soal cinta....soal jodoh jarang2....seusia sy bilamana berbicara tntg jodoh maka di'cop' menggatal, di'cop' buang tebiat dan sebagainya...hakikatnya nak bgtau di sini, sudah ramai sahabat kisasian sy yg sudah mendirikan rumahtangga....ex-roomate sy di kisas 'Anas Bin Hassan Basri' lebih advance...beliau sudah menjadi bapa lebih 3 bulan yg lalu....ini membuktikan xde istilah menggatal or buang tebiat or pape la ayat2 yg menjengkelkan....sbaliknya ini lebih baik dr berkapel!!!!!! ntah ape kapel tu pon sy kurg arif....Wallahu a'lam..

Cinta itu fitrah....fitrah itu bersih ibarat kain putih...jgn sekali2 kita cemari dgn syahwat dan keinginan semata2 nk ade insan utk kita syg....(nauzubillah..sy yg menulis ini kelak akan lebih dipertanggungjwbkn tntg perkara ini...moga sy tergolong dlm golongan org yg menjaga..AMIN)...utk awalnya...cukuplah ibubapa, adik-beradik,keluarga dan rakan2 utk kita syg...xperlu lebih dr itu.....jika blum smpai masa...

hurm.....
panjangnya intro....ni br pointnya...

Memilih jodoh ini bukan mudah seperti membeli pakaian di pasar raya....even saiz kita extra large skalipon, nescaya pakaian itu mampu kita miliki bukan sahaja satu bahkan 2,3 mahupun lebih.....memilih jodoh ini seperti mencari permata di dalam kegelapan malam...betapa berharga dan bernilainya permata tersebut begitu jgk dgn jodoh...kalo lebih2 kurg je...rendah sgt nilaian cinta itu....

saya mendapat idea yg sgt menyentuh hati bilamana seorg shbt yg bljr di mesir bertanyakan soalan kpd sy,

Sahabat : Muzakkir, jodoh yg mcmna yg ko nak?
Saya : aku nk yg baik, join usrah, sedap mata memandang, pndai jaga hati mak ayah, hati suami bla3~......
Sahabat : Ko salah ni kir....sepatutnya ko pentingkan soal aqidah dlu....bila aqidah settle sume settle...
Saya : .......(termenung ke'blurr'an?....)

MAKA SAHABAT ITU PUN JELASKAN...sy setuju sgt dgn penerangan itu~

kerana apa aqidah come first??...of coz la aqidah come first.....itu pn yg Nabi SAW ajarkan kepada kita.....13 tahun di Makkah,Baginda Nabi menerapkan lebih tntg Aqidah jer....Aqidah tu Tauhid...Tauhid itu Aqidah....Tauhid mengesakan ALLAH....Aqidah adalah perjanjian - Mengesakan ALLAH....sama sahaja....bila sebut mengesakan ALLAH...maka Allah come first!!!!....ini sgt penting....

ade org pnh ckp mcmni dgn saya....

Orang : Kir, aku bukan xberminat nk carik yg solehah2 ni kir...lumrah manusia sume nk yg baik2...even diri jahat mcmne pn nk pasangan yg baik..tp aku ni ko tau la....even solat 5 waktu pon...last2 minit jgk...tunggang terbalik...kusyuk ntah ke mana...sbb tuh la aku rase x layak nk geng2 ustazah ni...(merujuk kpd muslimah solehah)

Lalu sy menerangkan kpd beliau...tntg kekuatan yg ada pada dirinya...

rata2 pemuda pemudi akhir zaman ini ramai yg x solat...namun kenalan sy ini still lg solat 5 waktu cuma sedikit lalai..(mgkn sy jgk kerap begitu, nauzubillah)...shbt yg solat ini still ade pegangan tauhid yg meletakkan satu garisan mengesakan Allah..dia masih lg solat...di mana aqidahnya clear kerana meyakini bahawa menyembah Allah adalah wajib...Allah suruh solat maka dia solat...dia tak tgglkan solat tuh sbb meyakini kalau dia tinggal solat itu maka berdosa....di situ la terbitnya keyakinan pada balasan ALLAH yakni syurga dan neraka....

Ok dpt ke point atas tu td? tak mengapa, sy cuba kongsikan lebih lnjut....

Tauhid adalah fix...xboleh berubah2....namun fiqah @ syariah boleh berubah2....justeru itu tauhid @ aqidah ini mmg sgt penting....sy kaitkan dgn contoh solat di atas td...kita bicara perihal solat....Allah suruh hambaNYA solat 5 waktu...walaubgaimanapun still kne solat...sakit skalipon still kne solat...then itu adalah perkara yg fix..arahan itu xkan berubah....melainkan kalu dh meninggal dunia...slps dtgnya aqidah br dtgnya fiqah...slps diwajibkan solat (fix) lalu bagaimana utk solat? maka kaedah solat itu lah fiqah...kalo aqidah dah settle...maka syukur Alhamdulillah....ilmu fiqah ni adalah salah satu cabang islam..ianya akan berbeza dgn berbezanya mazhab, berbezanya situasi dan beberapa keadaan lain....seperti org sakit yg tidak mampu berdiri,maka kaedah mendirikan solat adalah dgn cara duduk...perihal aqidah (ALLAH WAJIBKAN SOLAT)...perihal fiqah (berubah mengikut keadaan)..maka keutamaan sudah pasti pada aqidah...aqidah rosak maka fiqah sudah pasti hancur lebur



itu perihal solat...bilamana perihal aurat....contoh khususnya rambut bg perempuan...itu perihal aqidah....stuju x??? buktinya ada di dalam Al-Quran...ALLAH perintahkan supaya wanita muslim menutup rambut sehingga ke bahagian dada...itu adalah kewajipan mutlak...wajib bg muslimah menutup aurat mereka..dah tu mcmne kalo yg freehair? komentar sy pd yg freehair..kalu anda bce nih..hope usaha seboleh2nya pakai tdung..sbb ini soal aqidah (apa yg ALLAH suruh itu perihal aqidah)...Allah suruh tutup aurat so memakai tudung termasuk dlm kategori hal2 Aqidah....so mmg kne pakai la...then, br dtg perihal Fiqah plak....nak pakai tudung tuh lg mna?.....dlm Al-Quran tu dh perjelaskan kaedah pakaai tudung mcmana....first arahan Aqidah > tutup rambut shingga menutupi bahagian dada....so jelas la arahan tersebut....then perbincangan fiqah plak mcmne cara nak pakai tuh...tudung wardina ke...wasini ke wasitu ke...tudung shawl ke bowl ke...x kesah, yg penting menutupi bahagian dada...menutupi bahagian dada tu x semestinya kne pakai tudung labuh smpai ke pinggang....sedang2 suda le....

ade seorang muslimah berasa rendah diri hanya kerana tudungnya x cukup laboh sperti geng2 ustazah...tp bg saya...tudung labuh bukan wajib...sebaliknya melabuhkn tudung menutupi dada tu yg wajib...stuju x? kalo tudung tu x labuh sgt....lipat tepi,lipat belakang...tp still menutupi dada kan still ikut syariah...itu sumer perihal syariah/fiqah....am i rite? sy agk menyirap ble org bertudung labuh memandang sinis pd mereka yg tidak bertudung laboh (kalu still cover bhgian dada la, kalo bhgian terdedah perlu ditegur dgn cara yg hikmah)...boleh accept pendapat sy x? sy berpegang pada kefahaman insyaAllah ade pembimbing...kalo perlu tgur boleh inform sy smula...mgkn ade kesilapan di mana2.....

dah tu ape kaitan solat,tudung ngn jodoh?.....kaitannya Aqidah tu ler....bila aqidah settle Allah come first....Apa Allah suruh kita buat...ape Allah larang kita tggalkan...utk pasangan suami isteri...bg si isteri la..Allah suruh isteri taat pada suami...so aqidah yg shohih...dia pasti akan taat...namun bgitu, Allah memperingatkan kalau suami suruh lakukan perkara mungkar jgn taat...so bila Allah come first...senang la...clear hal tu..suami suh buat benda mungkar maka isteri xperlu taat...begitu jgk si suami..Allah suruh berlaku adil dan baik pada isteri...so lakukan mengikut perintah...then kalau isteri wt perkara yg bertentang syarak, maka si suami boleh marah,tgur cara yg sesuai...mengasingkan dr bilik tidur dan sebagainya...SEBAB TU SY SGT SETUJU AQIDAH JUA LA menjadi titik utama dalam pencarian jodoh.......insyaAllah,Wallahu a'lam~

Friday, August 12, 2011

bila sedar diri...........

inilah ucapan yg terbit dr bibir...
terlintas dr hati....
yeah!!...aku bukan sapa2...
aku byk buang masa...
banyak jugak lakukan dosa...
tp aku x patut biarkan diriku bertrusan begini...
aku perlu berubah....ubah diri dan ubah suasana...
hurm..tapi bagaimana?
yg pastinya diri perlu didahulukan
perubahan diutamakan..haih~

ku lihat teman semakin ke hadapan...
namun diri ini masih di takuk yg lama....
melayan sisa2 masa dan usia...
owh tidak...sebetulnya itu tak patut berlaku...
aku merasakan kelam seketika....
kelam karam dan terus tenggelam....
namun aku harus truskan ayunan tgn utk ke tepian...
hurm pasti ada sinar di daratan insyaALLAH....

ku lihat kawan2ku sudah maju....
dari sendirian, berdua2an dan kini beranak satu...
pergh....jodoh mereka awal...sedangkan aku?
xper la...telah tertulis bahagianku di sana....
ada la tuh nanti...itu ayat penyedap ati..=)
daripada bercinta kosong tnpa tujuan...baik nikah...
kalo xmampu...usah jadi bodoh..
membazir masa dan waktu...bercinta dgn
penuh kepura-puraan....kang x jd wat malu jer

aku tertanya diri sendiri..
knapa aku hidup? kenapa aku muslim?
kenapa aku perlu pertahankan agama??
agama Islam agama rasmi...agama Nabi Muhammad
Agama yg benar....yg mentauhidkan ALLAH...
kalo aku duk leka je...Islam tetap akan menang
sedang aku??? kalau x terlibat dalam
perjuangan....aku umpama sampah sarap di lautan...
smpai masa sama ada reput atau di buang ke dalam
loji pembuangan sampah....
maka jwpnnya ada pada diri sendiri...
nak atau xnk utk involve dgn perjuangn Islam...

mungkin skrg org xnmpk aku....
mgkn akan dtg pon org still xnmpk aku..
xmengapa...aku bkn nk org lihat aku....
biarlah alam ciptaan Tuhan....
makhluk2 Allah selain manusia yg menjadi saksi
siapa diriku...apa jasaku....dan kemana perjuanganku
yg penting diri ini haruslah ikhlas...
tanpa perlu meminta pujian...
apatah lagi celaan,Nauzubillah...

aku pon xtau tujuan tulisan ini....
cuma firasat hati....cenderung menyuruhku menulis
meng'update' blog yg dh berhabuk....
berbau tengik xde update....
akhirnya tergerak juga jari menaip...
sesungguhnya...
TINTAKU MASIH BASAH....

Friday, April 22, 2011

Terlepas pandang atau apa???....

Assalamualaikum....

Sedikit perkongsian daripada saya. Perkara ini bukanlah perkara yang berat bagi sesetengah orang. Namun, untuk orang-orang tertentu ianya dipandang sangat berat. Hurm, apakah itu? Mcam berat jer bunyik dia...

Hurm, saya xpasti adakah wajar untuk berkongsi tentang hal ini. Namun, selepas ditimbang2 maka saya rasa adanya keperluan untuk membicarakan tntg ini dengan sedikit olahan pada kisah yang asal. mungkin itu lebih baik. Tapi dari sudut point ianya tetap sama.

Ok,ceritanya begini......

Seorang sahabat saya pernah memberitahu bahawa ada sebilangan (maksudnya kuantiti yang tidak banyak) para aktivis dakwah muslimin yang begitu hebat dalam berkata-kata. Tatkala aktivis itu mengeluarkan hujah, ianya pasti dikatakan bernas dan penuh isi. Pabila diajukan soalan kepada golongan yang disebutkan tadi, maka jawapan yang diberikan sangatlah tidak menghampakan. Mereka itu sarat dipenuhi ilmu di dada. Bak umpama para alim yang mampu menyelesaikan hampir kesemua masalah kecil. Mereka ini anak muda harapan bangsa. Mereka ini anak muda yang sangat diperlukan dalam perjuangan Islam. Sangat mampu berjasa.....

Namun, apakah salah mereka? Barangkali terlepas pandang soal ini....atau mungkin mereka terlalu fokus tentang pembudayaan ilmu sehingga mengetepikan soal ini...Soal ini soal apa? Soal "MEMBETULKAN BACAAN AL-QURAN MEREKA"...Ouh, ada apa pada pembacaan Al-Quran??? cukuplah skadar membacanya setiap hari...pagi dan ptg...apa mungkin itu tidak baik??? mungkin mereka merasakan cukuplah sekadar mengisi hal kerohanian dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran sehingga lupa tuntutan membetulkan bacaannya?...atau jugak sebenarnya mereka sedang berusaha untuk memperbaiki mutu bcaan mereka.....atau sememangnya mereka terlepas pandang???....



Mungkin kalian yang membaca ini belum dapat menangkap situasi yang sedang saya sampaikan...Jadi adalah baiknya saya berterus-terang. Dalam dunia dakwah, tidak dinafikan mendalami ilmu itu adalah elemen yang sangat penting. kerana adanya ilmu, maka confident level kita dalam berhujah dan berkata-kata itu dapat ditingkatkan. Namun, ada juga di antara mereka yang lebih fokus pada mendalami ilmu tp dari sudut bacaan Al-Qurannya, lari dan berterabur tajwidnya.....benarkah??

Kisah ini disampaikan oleh sahabat saya itu dari Universiti X di negeri Y. Beliau menyatakan sedikit kekesalan terhadap situasi yang berlaku. Kerana muslimin di tempat beliau sangat mengecewakan dari sudut itu. Sudahlah muslimin yang bergiat aktif dalam dakwah ini tidak ramai....dan bilangan yang tidak ramai itu, makin tidak ramai lg yang boleh menjadi imam solat kerana bacaan Al-Quran yg tidak baik. Dan ada juga bacaan yang kurg baik msih sedia menjadi imam..alhamdulillah..Tp adalah lebih baik bacaan itu dipertingkatkan.....(untuk pengetahuan, sahabat saya seorang muslimat, Wallahu a'lam)

Perkara ini juga pernah berlaku di Universiti Z...Pengerusinya begitu gah dengan ilmunya.. Alim dari sudut ilmu yang dimiliki. Warak dari sudut amalannya. Namun, tatkala pengerusi itu menjadi imam, tajwidnya terabur.. Astaghfirullahal a'zim. (semoga Allah mengampuni dosa saya, beliau dan seluruh umat Islam)...Saya mula memikirkn adakah mereka semua ini terlepas pandang untuk fokus ilmu Al-Quran ini?..hebat manapiun anda berkata-kata...hukum tajwid juga WAJIB mendalaminya. Kerana itu Kalam Allah Taala. Membacanya seolah-olah kita sedang berinteraksi dengan Allah Taala.

Baginda Nabi juga pernah bersabda yang bermaksud, "Aku tinggalkan untuk kamu umatku dua perkara. Jikalau engkau berpegang dengannya maka engkau tidak akan sesat sampai bila-bila. Dua perkara itu adalah Al-Quran dan As-sunnah".

Kita lihat dengan berpegang pd Al-Quran kita xkn sesat smpai bila-bila....Namun, adakah kita boleh terlepas pandang untuk mendalami ilmu tajwid bagi memperelokkan bacaan kita???? Aktivis perlu amik peringatan tntg ini... mungkin kalian hebat dalam berdakwah..tetapi kalu tolak tepi perkara ini adalah sangat mendukacita saya rasakan. Mungkin selepas ini saya dan kita semua perlu lebih ingat tentang ini agar kita ini menjadi insan yang terbaik (saya ingatkan diri saya kerana bacaan saya bukan la baik sangat)

Share : Ketika di Maahad Muhammadi Lelaki dulu, ustaz saya, Ustaz Abdul Baari B Abdulllah sangat menitikberatkan tajwid dalam membaca Al-Quran sehingga beliau mengatakan kalau kita baca Al-Quran dengan tajwid yang x betul maka itu adalah mungkar!!!! Dan mungkar itu menyebabkan dosa...tu dia!! ke'syadid'an ustaz terserlah di situ...... namun, perkara tu x salah sebab bagi melahirkan golongan pencinta al-Quran kerana ini adalah sangat praktikal. Kerana ilmu Al-Quran yang beliau miliki, dan melihat suasana sekarang org sudah lagi tidak mendalami Al-Quran maka bagi saya ianya wajar...



Memang sesetengah alim ulama', ada yg agak syadid dalam berbuat sesuatu..dan difahamkan ustaz saya tuh sgt berkeras kerana beliau sangatlah mencintai Al-Quran dan menganggap orang yang baca Al-Quran dengan tajwid yang salah tnpa mahu berusaha untuk membetulkan bacaan itu...beliau rasakan seolah-olah memperkecilkan kemuliaan Al-Quran....sebab itu la keluarnya istilah KEMUNGKARAN yang tidak kita sedari!!

Semoga Allah golongkan kita dalam golongan cinta Al-Quran

Monday, April 18, 2011

Bukan sekadar baik.....

Assalamualaikum...

Perbincangan kali ini, saya kira ingin berbincang tentang satu situasi semasa yang berkisar tentang pernikahan @ perkahwinan. Kita sering mendefinisikan dalam 'term' islamic dengan istilah BAITUL MUSLIM atau yang baru-baru ini saya dengar BAITUL HARAKI~...aiwah! hebat sungguh definisi mereka2 yg berkenaan (tidak tuju kpd umum, sebaliknya hanya kepada mereka yg menggunakan term tersebut)

Untuk permulaannya, terus-terang saya katakan bukan saya yang nk kahwin skrg nih..hanya membincangkan tentang perkara ini sahaja. Harap para pembaca yang budiman tidak meletakkan kefahaman bahawa saya (penulis) x sabar nak kahwin.......

Oleh kerana saya sendiri masih tertanya-tanya bahkan ternanti-nanti siapakah gerangan insan yang bakal menjadi suri di hati, jadi apa salahnya jika saya menulis tentang isu ini...hmmm, barangkali ada orang yang mengenali diri saya mungkin boleh mengatakan bahawa saya sekarang tgh jiwa kacau....angau dan sebagainya..namun, saya kira ini mungkin suatu isu yang penting utk dibincangkan di peringkat saya sendiri dan mungkin bermanfaat utk kaian yang membaca...

Tajuk yang saya pilih saya mudah dan simple...iaitu BUKAN SEKADAR BAIK...3 perkataan ini mempunyai perbahasan yang meluas jika kita rungkaikan satu persatu..namun di peringkat diri saya secara individu akan mengutarakan hujah saya berkenaan tajuk ini..ianya sangat berkait rapat dengan siapakah calon yang kita akan pilih sebagai teman hidup kita menempuh kehidupan yang penuh ranjau ini..

Saya bahagikan hujahan saya ini kepada dua golongan iaitu si kaum ADAM dan si kaum HAWA......semoga kalian dapat mengambil sedikit intipati yang baik daripada hujah saya ini...dan mungkin kalau ianya perlu ditegur, silakan...saya ikhlas menerimanya InsyaALLAH...

Buat Kaum ADAM iaitu diriku dan mereka2 yang digelar RIJAL

Dalam memilih pasangan hidup, kita jangan hanya memandang kepada si Dia semata-mata BAIK sahaja. Namun di situ, kita perlu jelas bahawa BAIK semata-mata tanpa Solehah itu bukanlah pilihan yang terbaik. Kerana apa?? Sedarlah wahai teman sekalian, wanita yang baik itu begitu ramai di luar sana. Namun, utk mencari yang solehah, 1 dalam 1juta (ni adalah hyperbola sahaja ; bukan kajian yang sebenar..nk tunjuk bahawa susah nak carik wanita solehah..namun HAKIKATNYA masih ada wanita solehah di luar sana)



Eh,knapa perlunya mencari wanita solehah? Jawapannya sangat mudah...Untuk membimbing dan dibimbing..Tatkala, wanita itu melakukan kesilapan, si lelaki itu perlu membimbing wanita tersebut dan tatkala si lelaki melakukan kesilapan, maka lelaki tersebut akan dibimbing....(hurmmmm....mcm pelik je ayat nih? lelaki dibimbing maksudnya QUEEN CONTROL ke? simple je....kalau wanita itu solehah....x akan ada QUEEN CONTROL...sbaliknya maksud sy ni Give And Take...sesungguhnya tiada insan yang sempurna)

Tapi ertikata solehah tuh bagaimana? Baik bukan solehah ker? Tolong terangkan bezanya!!! Begini....baik itu subjektif...seorg wanita berbuat baik pada jiran tetangganya...tapi dia x jaga hati kawan2nya....maka jadilah wanita itu baik kepada jiran tetangga namun berlaku tidak baik pada kawan2nya...kan mudah penjelasan itu...sebaliknya...solehah itu....menjaga hubungan dgn manusia semuanya dan juga mnjaga hubungan dgn Allah..itu adalah solehah....

Tapi macam x jelas je lagi istilah solehah tuh mcmana? jelaskan la lg....Solehah tuh pengertiannya mudah...Taat Perintah ALLAH...jauhi larangannya...itu la solehah...begitu juga pengertian soleh....hurm, tp org baik yang taat perintah Allah dan jauhi larangannya pon sudah pasti solehah....jawapan sy ye! mmg org baik yang taat perintah Allah dan jauhi larangannya itu solehah...Wanita solehah itu menjaga tuturkata dalam berbicara...Wanita solehah itu sopan santun dalam setiap gerak gerinya..Wanita solehah itu menjaga pandangannya....Wanita solehah itu berbuat baik pada manusia seluruhnya...itulah wanita solehah....dan apabila bergelar isteri, wanita solehah itu akan taat pada suaminya...selagimana tidak mensyirikkan Allah...Wanita solehah itu akan menjaga maruahnya...serta wanita solehah itu juga membantu dalam pembentukan zuriat yang soleh dan solehah...jadi, dalam memilih teman hidup, bukan sekadar baik yang dicari...




Hurm, tapi layak ke kita nak dambakan cinta seorang wanita solehah?? jawapan saya mudah jer...LAYAK! tapi, ada syaratnya....bagi mendapatkan cinta seorang wanita solehah, sudah tentu si lelaki itu perlu jadi soleh juga.....hurm bagaimana nak jadi soleh??? TAAT PERINTAH ALLAH, JAUHI LARANGANNYA..kunci bergelar soleh...simple bukan??? mmg simple pada bahasa namun sgt berat utk melaksanakan...

asyik cakap bagi pihak kaum ADAM nak memilih kaum HAWA je, mcmne plak kaum HAWA nak pilih kaum ADAM?

Ini pula nasihat saya buat kaum HAWA....

Dalam memilih si lelaki, kalian wahai kaum hawa (dalam Al-Quran ada satu surah diberi nama Surah An-Nisa' = Wanita), sama juga perlu memilih lelaki yang soleh....bukan sekadar baik...di hadapan kita, lelaki yang baik ini boleh berpura-pura baik....namun dibelakang belangnya sapa tahu??? kalau lelaki soleh itu.....tidak perlu diragui lagi tntang keikhlasannya...baiknya itu tulen....tiada pembohongan...



Sama seperti bagaimana mengenali wanita solehah.....lelaki yang soleh itu juga menjaga hatinya dari diselubungi maksiat hati....lelaki soleh itu menjaga mata dari melihat sesuatu yg tidak elok....lelaki soleh itu menjaga peribadinya...dari sudut tuturkata dan setiap gerak-gerinya....lelaki soleh itu basah lidahnya menyebut nama Allah...lelaki soleh itu TAAT PERINTAH ALLAH, DAN MENJAUHI LARANGANNYA....bukan sekadar baik....apabila lelaki soleh itu bergelar suami, beliau akan mempertahankan maruah diri serta keluarganya..lelaki soleh itu akan melindung isterinya dari difitnah oleh orang lain..lelaki soleh itu akan memberi didikan agama yang terbaik utk keluarganya....dan yg paling penting lelaki soleh itu akan membentuk keluarga muslim yang mukmin...dia adalah sebenarnya Lelaki Soleh....

layakkah wanita itu memiliki cinta seorang lelaki soleh??? jawabnya sama sahaja....wanita itu berusaha menjadi solehah, maka cintanya bakal dimiliki oleh lelaki soleh....itu janji ALLAH..."LELAKI YANG BAIK UTK PEREMPUAN YANG BAIK DAN JUGA SEBALIKNYA"...ingtlah janji Allah itu pasti.....




barangkali masih terbit di benak sanubari kalian dgn berkata, xperlah....dpt teman hidup yang baik pon dah ok...kita sendiri pon x baik sgt...mgkin inilah yang pnh sy fikirkan dahulu...maklumlah....diri ini kotor, jijik, hina lagi dina...masakan ada hati nk impikan teman hidup yang mulia seperti saya nyatakan di atas???....namun, slps bermuhasabah diri.....serta terbaca satu kata-kata dari teman saya yang sama2 belajar di KISAS...beliau ada mengatakan ayat lebih kurang begini...."CUBA KITA FIKIRKAN BAGI PIHAK PASANGAN HIDUP KITA. MAHUKAH KITA (IN TERM OF PASANGAN KITA)MENIKAHI DIRI KITA INI?" xpaham ea ayat nih???....saya cuba terangkan dgn panjg lebar~kalau diri kita malas solat...kalau diri kita x jaga kebersihan...kalau diri kita tak menjaga mata....kalau diri kita perangai x senonoh..nk ke psgn kita kahwin dgn kita???...sudah pasti xnak...

so apa yg mengganggu fikiran kita lagi??? memilih pasangan hidup bukan sekadar baik....bukan sekadar baik dgn manusia tp hubungan dgn Allah x jaga....atau sebaliknya, hubungan dgn Allah bukan main rak tunggang-terbalik solat....tp dgn sesama manusia pula kurang ajar....segalanya bermula dari dalam diri kita...kita yang menentukan pasangan hidup kita...kita perlu berubah....krana kalau bukan kita yang berubah bg pihak diri sendiri siapa lg???

Ada org main tgkap muat jer...kononnya terima seadanya...walhal nak terima seadanya mcmne?? sedangkan kita boleh perform lebih baik dr peribadi kita yg sekarang....mcm diri saya nih la....bermalas-malasan...manja....mengade....perangai teruk...dah tuh nak suruh org terima kita seadanya??? aduiii...pening la manusia mcm nih....justeru itu, mari sama-sama kita mengislahkan diri....saya ada kisah silam saya...kalian ada kisah silam kalian...jd berubahlah sebelum terlambat...memilih dan dipilih sebagai pasangan hidup bukan sekadar baik....bahkan berusahalah menjadi SOLEH dan SOLEHAH...

Allahumma A'min...

Wednesday, March 9, 2011

WHO AM I?

"Siapa kita dulu xpenting...namun setiap tindakan kita sekarang ini penentu siapa kita akan datang!..."

Itulah kata2 awl dlm memulakan pembicaraan berkenaan entry 'WHO AM I' kali ini....

Dengan lafaz Basmallah,kita mulakan perbincangan...seperti kata-kata intro itu, kenangn di masa lampau hanyalah tinggal kenangan semata-mata...usah bicara tntg masa depan jika diri ini belum bersedia utk berubah..

Aik,mcm pelik jer kata2 intro ini....tp kenapa yer??

Dalam membicarakan tntg diri ini....penulis berhasrat nak bawakan sebuah kisah di mana kisah ini bersifat umum namun pengajarannya barangkali boleh difahami insyaALLAH...



Kisah ini berkisarkan tentang seorang lelaki. Pada usia remajanya, si lelaki ini sangat dikenali dengan perwatakan pantagonis ibarat dialah penjahat dalam sebuah cerita. Kejahatannya itu tidak dapat disangkal lagi. Namun, kejahatan itu bukanlah begitu kritikal sehingga mampu menempatkan beliau di Tahanan (***) atau penjara-penjara hamba...

Jika setiap percakapannya, sudah menjadi kemestian orang lain menilai beliau ini seperti cakap ntah apa2. Dalam erti kata lainnya, jika 100 patah perkataan diucapkan, hanya maksumum 3 patah sahaja boleh dipercayai. Inilah ibarat tahap orang tidak percayakan si dia...belum lagi dinilai tntg kejujurannya dalam melaksanakn sesuatu tugas.

Namun, kerana si dia tidak meletakkan zaman silam itu adalah zaman pengakhiran kisah hidupnya. Maka diizinkan ALLAH TAALA,Tuhan sekelian alam, maka dengan peniupan Ruh Islami ke dalam jiwanya..maka dia berubah pada sudut 180darjah secara mendadak. Beliau menyesali dengan perangai dan attitudenya sebelum ini, maka dibukakan pintu hati untuk bertaubat.

Dan kini beliau memimpin satu organisasi perjuangan korporat. Hidupnya kini lebih terurus dan diyakini tntg kredibilitinya. Sehinggakan penulis sendiri berbangga dengan diri insan tersebut. Namun, dirinya minta untuk dirahsiakan.

Justeru itu, penulis ingin membawa satu pemahaman bahawa siapa dulu kita x penting, namun siapa kita akan dtg yg menjadi persoalan yg paling utama dlm idup ini..Who Am I...buat remaja belia sekalian, tanyalah pd diri anda...siapa anda nak jd??

Zaman remaja ini la klimaksnya...penentu siapa diri kita akan dtg...penulis juga masih berada di zaman remaja belia lagi..siapa diri penulis akan datang maka perlu decide hari ini...smoga anda yang membaca memahami plot kronologi entry kali ini....anda jualah yg bakal menjadi pemimpin akan datang....setiap kejayaan bermula dgn langkahan yg pertama...INGIN MENJADI SEORANG YANG BERJAYA BERMULA DENGAN MINDA YANG POSITIF.
Sekian Terima Kasih

Monday, January 24, 2011

Perangkap Samar Kehidupan...

Assalamualaikum...

Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. DIA berikan kita nikmat kehidupan dan masih lagi mengekalkan kita dalam keadaan ISLAM dan beriman. Alhamdulillah.

Tulisan saya kali ini lebih kepada ingin membawa kalian semua berfikir sejenak apakah selama ini kita telah memilih jalan yang terbaik untuk meneruskan hidup atau sebenarnya kita terperangkap dek mainan kehidupan. Ishk! isunya macam besar dan merbahaya je...Hakikatnya memang ini adalah isu besar jika kita ingin menjadi Khaira Ummah (sebaik-baik ummah)....tp isu ini tampak kecil sangat jika hidup kita ini mahu jadi yang biasa-biasa...

Perangkap samar kehidupan? kenapa tajuk ini yang dipilih? teruskan pembacaan anda...saya doakan agar mesej besar ini sampai jauh di lubuk hati anda...semoga bermanfaat untuk semua..Amin

Saya mulakan dengan peringkat kita masih kecil. Ibu bapa menanamkan cita-cita untuk kita. Kebanyakan mereka yang terperangkap dengan adat kebiasaan pasti menanam semangat dan cita-cita anak mereka untuk menjadi Doktor @ Engineer @ apa jua kerjaya yang nampak gah pada sudut namanya. Justeru itu, ibu ayah seperti ini pasti mensarankan anak-anak mereka supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut. Bagus, tapi hakikatnya ada perangkap di sebaliknya...

Perangkap yang sering masyarakat terlepas pandang adalah...mereka merasakan KERJAYA YANG GAH, pendapatan juga gah...Namun, hakikat yang sebenarnya bukan begitu. Bagi mereka yang meletakkan niat utama agar mendapat pendapatan atau gaji yang tinggi, maka selayaknya golongan ini yang tertipu dek perangkap kehidupan yang dikatakan samar itu. Bayangkan sahaja la, untuk menjadi seorang engineer sahaja, tempoh pengajian selama 4 tahun menelan perbelanjaan bagi IPTA lebih kurang RM30,000 manakala di IPTS perbelanjaan mampu mencecah RM100,000. Namun, setelah memperoleh pekerjaan selaku seorang engineer...gaji permulaan hanya RM2,500 sehingga RM3,500..Alhamdulillah, saya tidak nafikan nilai itu memang banyak. Tapi, hutang yang terpaksa ditanggung ketika alam pengajian tersangatlah banyak berbanding gaji yang diperolehi.

Di sini kita dapat lihat perangkap samar kehidupan yang berlaku. Seseorang itu perlu berusaha keras, membuat pinjaman puluhan ribu untuk mengejar suatu title kerjaya yang gah tapi perangkap di sebalik itu, akan melahirkan individu yang berhutang. (Kerjaya yang lain juga sama saya kira). Saya sendiri yang kini sedang menuntut dalam bidang engineering ini turut terasa tempias perangkap samar ini. Ia dikatakan samar kerana, nampak macam tiada apa-apa....memang berjaya mendapat segulung ijazah tapi hakikatnya ada perangkap di sebaliknya...Namun, harus diingat!!! Perjuangan untuk menimba ilmu itu umpama berjihad di medan perang. Justeru itu, hendaklah sama-sama kita yang sedang mendalami ilmu ini niatkan ikhlas kerana ALLAH agar beroleh fadhilat jihad tersebut dan bukannya belajar kerana KERJAYA. (Nasihat buat diri saya dan anda)

Itu adalah di antara perangkap samar kehidupan yang berjaya saya buktikan. Namun, ada lagi perangkap samar yang kita terlepas pandang....Saya harap sangat agar anda yang sedang membaca ini sentiasa berbaik sangka pada tulisan saya ini kerana apa jua yang saya luahkan adalah pendapat saya. Semoga sama-sama kita berfikir. InsyaALLAH.

Ini berkenaan pembayaran gaji bagi pekerja sektor awam mahupun swasta. Lebih jelas kalau saya gunakan term 'MAKAN GAJI'. Sebelum ini, kita sering mendengar tentang SKIM CEPAT KAYA yang menipu. Dikatakan menipu adalah kerana bercorakkan Piramid system. Tak kurang juga kita sering mendengar MLM adalah haram kerana sistem piramid. Sistem piramid itu ape??? Bahasa kasarnya orang bawah meng'kaya'kan orang atas. Kalau bahasa lembut sikit....orang yang berjawatan rendah gajinya rendah dan tidak boleh memotong gaji orang yang lebih besar jawatan. Ini juga sistem piramid. Eh, piramid nih haram ke x? Inilah perangkap samar kehidupan... Saya bawa contoh lebih jelas. Perhatikan gambar ini:-



Ini imaginasi piramid yang mungkin berlaku dalam sektor syarikat korporat



Ini pula yang mungkin boleh digambarkan dalam sektor yang sedang saya ambil iaitu bidang kejuruteraan @ engineering



Dan piramid terakhir ini mungkin akan berlaku dalam sektor kedoktoran.

Maafkan saya jika gambaran ini tidak benar sama sekali maafkan saya. Tapi kuat untuk saya mengatakan bahawa piramid yang kedua itu benar-benar berlaku. Setiap piramid tersebut menggambarkan tapaknya lebih besar berbanding puncak. Itulah piramid. Tapi apakah kaitannya?? Ibarat tapak yang lebar adalah kerja yang lebih berbanding orang yang berada di puncak. Namun, orang yang berada di puncak mendapat pendapatan yang lebih lumayan berbanding orang yang dibawah walhal orang yang dibawah bekerja lagi teruk dari orang yang di atas.

Untuk piramid kedoktoran itu mungkin sedikit berbeza. Bukan lebarnya tapak itu disama ertikan dengan kesibukan bekerja...berbeza utk bidang kedoktoran.....Semakin pakar seseorang itu, mungkin semakin sibuk orang tersebut. Namun ia masih boleh dikatakan piramid kerana orang yang berjawatan rendah itu tidak mampu memotong gaji orang yang berjawatan lebih tinggi....Persoalannya, salahkah sektor-sektor ini??? Bukankah ini sistem piramid???....

Kalau dalam sebuah syarikat....pekerja akan bertungkus lumus all out dalam kerja mereka untuk mendatangkan keuntungan kepada syarikat. Namun, bonus terbesar tetap CEO...kerana memiliki saham yang besar....di sini, wujudkah term, meng'kaya'kan orang atas???? Inilah perangkap samar kehidupan yang kita terlepas pandang....

Hatta dalam sektor pendidikan juga, guru-guru yang mempunyai pangkat yang berbeza seperti DG46, DG52, DG54, JUSA C dan sebagainya memperoleh pendapatan yang berbeza. Semakin tinggi jawatan semakin banyak bayaran gaji. Hurm....itu bukan piramid ker???
Jadi sistem piramid ini bukannya salah sepenuhnya.....perangkap samar kehidupan ini menampakkan sistem piramid itu totally salah...walhal setiap sektor kerajaan itu sendiri hakikatnya mempunyai sistem piramid....anda fikirkan la sebagaimana yang cuba saya sampaikan....

Inilah perangkap samar kehidupan....MAKAN GAJI itu sendiri mengamalkan sistem piramid....kalau anda atau rakan serta kenalan anda adalah anti-sistem piramid....cuba tny, adakah kita sendiri terlepas dari sistem piramid??? Ada orang yang anti-MLM sebab sistem piramid....kalau sektor awam juga amalkan piramid sistem...anti-sektor awam juga x???....dan kalau orang anti-MLM berkata, orang bawah ditindas, orang atas kaya @ senang....say ajukan anda soalan ini....biasanya, pekerja senior buli tak pekerja junior??...biasanya pekerja junior yang lebih banyak buat kerja, selalunya gaji pekerja senior juga biasanya lebih tinggi...ni realiti bukan?? tepuk dada tanya iman...bukankan ini juga satu penindasan?

Sebenarnya saya hanya ingin berkongsi bahawasanya hakikat sebenar kehidupan kita ini penuh dengan perangkap samar...Dengan adanya perangkap ini menyebabkan kita menutup ruang untuk menerima peluang yang ada dan kita sentiasa meneruskan kehidupan kita yang biasa-biasa...Saya pegang kata-kata teman serumah saya yang berasal dari Seremban...beliau berkata "REZEKI ALLAH itu ada di mana-mana..."...sebelum ini pun saya biasa dengar juga...anda mungkin selalu dengar juga...anda fikirkan la apa yang terbaik untuk anda...

Kadang-kadang kita perlu keluar dari adat kebiasaan kehidupan yang penuh dengan perangkap itu...terutamanya dalam usaha pencarian rezeki Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ini.....Last but not least:-

HADIS NABI RIWAYAT TARMIZI yang berbunyi, "9/10 punca rezeki datangnya dari perniagaan"...Namun kebanyakan yang menurut saranan baginda adalah orang yang bukan Islam. Hatta kita sendiri boleh lihat buktinya...Ekonomi di Malaysia ini sendiri orang cina (kebanyakan bukan Islam yang pegang)...anda pernah terfikir sebab apa?? Sebab perangkap samar kehidupan telah menjerat orang Melayu Islam itu mencari punca rezeki 1/10 itu dan menolak 9/10 daripada punca rezeki tersebut....itulah perangkap samar kehidupan yang sangat jelas lagi nyata...Apa jua perniagaan, lihatlah dari sudut potensi dan dari sudut menurut saranan baginda Nabi...Fikir-fikirkan la betapa banyaknya perangkap samar dalam kehidupan yang pada asalnya kita tak sedar..

Wallahu a'lam