Assalamualaikum.....
Tajuk post kali ini insyaALLAH saya bebas dari gejala emosi dalam mengarang. Tajuk ini mengupas sedikit sebanyak perasaan saya setelah kian lama senyap dalam arena dakwah. Jujur, dahulunya bukanlah seorang pendakwah yang popular. Juga bukan seorang insan yang memainkan peranan yang sangat luar biasa dalam urusan dakwah di tempat saya. Namun, sekadarnya saya seorang yang mampu menyumbang walaupun tidak banyak, tapi tetap ada. Itulah saya dahulunya.
Kini tahun berganti tahun. Bulan berganti bulan. Zaman berganti zaman. Suasana sudah berbeza. Cara sudah berubah. Saya bukan seperti Ahmad Muzakkir yang dahulu. Kerana saya adalah Ahmad Muzakkir yang sekarang. Pelikkah ayat ini? Barangkali ya!
Tajuk yang simple. "Aku bukan Pendekar!". Pendekar sifatnya seperti pengubah dunia dari keadaan huru-hara menjadi tenang, aman dan damai. Pendekar juga sifatnya lebih kepada membanteras segala perkara yang jahat dengan berjuang sepenuh kudratnya. Pendekar kebiasaannya bersendirian. Jelas, saya bukan pendekar yang mampu melaksanakan itu semua. Saya memerlukan kumpulan untuk berjuang. Berjuang menegakkan kalimah suci "LA ILAHA ILLAH, MUHAMMAD RASULULLAH"..
SALAM KEMBALI dari saya buat jemaah. Sambutlah tanganku ini wahai teman. Daku ingin berjuang kembali bersama kalian. ALLAHU AKBAR!
Sekadar gambar hiasan
salam sahabatku... tersentuh apabila daku membaca coretanmu ini dengan iringan lagu yang cukup menginsafkan dikala daku diuji luar dan dalam sepertimana dikau tempuhi dahulu..Percayalah waktu itu bukan bermaksud dikau pergi dari kelompok itu tetapi ada hikmah disebaliknya.. ibrah untuk semua.. Bersemangatlah semula kerana dikala ini daku menggantikan posisimu.. harimau yang terluka..nantikan postingku yang terbaru dengan tajuk Daku Harimau Yang Terluka:)
ReplyDeleteSalam'alaik..salam USMKK..bunyi macam sedih je post kali ni..tak setel lg ke masalah kat sana?
ReplyDelete