Showing posts with label jiwang. Show all posts
Showing posts with label jiwang. Show all posts

Monday, January 18, 2010

Kurang intelek?....

Penulisan saya kali ini mungkin ada berkaitan dengan Pilihanraya Kampus yang akan berlangsung tidak lama lagi. Namun, mungkin ada Universiti yang sudah melalui proses pilihanraya tersebut. Tahniah dan takziah diucapkan kepada yang terpilih untuk memimpin tampuk pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar. Juga kepada mereka-mereka yang akan bertanding, diharap kalian semua memperbetulkan niat agar sentiasa ikhlas untuk memimpin.

Saya di sini ingin menyentuh soal intelektual Mahasiswa yang kini telah pudar keintelektualannya. Barangkali saya juga tidak intelek. Namun, di atas kesedaran untuk saling memperingati, saya meluahkan juga walaupun tempiasnya akan kembali kepada diri saya sendiri.

Jika dahulu, ketika era kebangkitan Mahasiswa di seluruh dunia, baik di Malaysia, Indonesia dan seluruhnya. Kita dapat merasakan bahawa aura mahasiswa ini benar-benar dapat mempengaruhi keputusan Kabinet. Benarkah?

Dalam hirarki masyarakat, mahasiswa boleh dikategorikan sebagai pengantara di antara rakyat dan pemimpin negara, kanak-kanak dan dewasa. Begitu besar peranan Mahasiswa yang perlu dimainkan bagi membentuk ketamadunan masyarakat. Namun begitu, hirarki itu seolah-olah tiada maknanya kini kerana kebanyakan di kalangan mahasiswa kini meletakkan keintelektualannya di kepala lutut. (Maaf kekasaran dalam penggunaan bahasa)

Masakan tidak, mahasiswa yang seharusnya insan terpelajar sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Mahasiswa kini mengabaikan serta tidak mempedulikan isu semasa sebaliknya pandai berkata belakang untuk mengutuk tanpa bertindak apa-apa. Mahasiswa seolah-olah seperti insan lemah yang hanya tahu merungut walhal hakikat yang sebenarnya, sentuhan mahasiswa ini dapat merubah dunia.

Bekas Perdana Menteri Indonesia sendiri pernah mengakui peranan mahasiswa yang dapat merubah dunia barangkali kita biasa dengar. Menurut kata Bung Karno yang maksudnya lebih kurang seperti ini; "Jika diberikan kepada aku 10 orang pemuda, sudah pasti aku akan dapat menawan dunia"

Pemuda yang dimaksudkan di situ adalah di kalangan Mahasiswa. Tidak berniat untuk membuat perbandingan, tetapi hakikat di Indonesia, masyarakat akan begitu hormat kepada mahasiswa di sana. Golongan mahasiswa di sana diberikan penghormatan dek kerana keintelektualan mereka sebaliknya di tanah air Malaysia kita, golongan mahasiswa ini perlu diberikan perhatian agar tidak membuat kerja-kerja "gila" yang membawa ancaman kepada negara. Masalah keruntuhan akhlak dan moral juga, mahasiswa turut terlibat.

Kita perlu kembali mengkaji sejarah ketika zaman kebangkitan suara mahasiswa di seluruh dunia. DI Malaysia, penggerak suara mahasiswa ketika itu di bawah pengaruh perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada ketika itu beliau memimpin gerakan mahasiswa dalam memperjuangkan isu yang benar-benar memberi impak dan kesedaran kepada pemimpin negara.

Justeru itu, saya menyeru kepada seluruh warga Mahasiswa tidak kira di dalam mahupun di luar Malaysia, agar kita muhasabah diri dan kembalikan kehebatan mahasiswa di kacamata masyarakat.Sesungguhnya, tidak akan ada pusat pendidikan tanpa murid. Dan tidak akan ada universiti tanpa mahasiswa/mahasiswi.

"BERSAMA MENINGKATKAN KEINTELEKTUALAN MAHASISWA. PERKASAKAN PEMBUDAYAAN ILMU!"

Thursday, May 28, 2009

SAJAK BUAT PENGAJARAN

ku mengaku
konon aku seorang hamba
sahayaNYA YANG MAHA ESA
lalu ku khianati harta amanahNYA
lalu ku cemarkan mataNYA dengan jijikan dunia
lalu ku busukkan hatiNYA dengan kotoran hasad
lalu ku renyukkan mulutNYA dengan cacian fasad
lalu ku pohon ampun semula
lalu ku khianati semula

ku bersaksi
konon aku seorang kekasihNYA
kekasih yang cinta mencintai melebihi segala
kasihku kucurangi dengan cinta dunia
kasihku kasih talam dua muka
kasihku kasih dalam angan
kasihku bertepuk sebelah tangan
lalu ku pohon ampun
lalu ku khianati semula

ku pernah menangis menghadapMU
kemudian ketawa semula

ku pernah tersungkur sujud padaMU
kemudian mendabik dada semula

ku sering berjanji padaMU
sering jua memungkiri

ku memuji keindahan alamMU
tidak pula ku bertafakur

bilakah diri ini kan kembali
kepada fitrah sebenar
pagi ku ingat
petang ku alpa
malam ku derita

TUHANKU AMPUNKANLAH SEGALA DOSAKU
TUHANKU MAAFKANLAH KEJAHILAN HAMBAMU INI

OH TUHANKU KAU PIMPINLAH DIRI INI
YANG MENDAMBAKAN CINTA-MU
YANG MENAGIH RINDU-MU
YANG MENCARI REDHA-MU
YANG KEPINGIN RAHMAT-MU
YANG SEPI DARI KASIH-MU
YANG LARA DARI SAYANG-MU

YANG KEPENGENAN
MENJADI HAMBAMU YANG SEJATI
MENJADI KASIHMU YANG SETIA

p/s : ku copy and edit daripada insan yang tujukan puisi ini untuk dirinya dan umat manusia seluruhnya yang berpenyakit di hati termasuklah aku.

Sunday, May 3, 2009

DIA dan HARAPAN...........

Dia dari dulu mengharap....
Akan menjadi pelajar contoh.....

Dia dari dahulu mengharap.....
Agar berpeluang belajar di sebuah institusi tahfiz.....

Dia dari dulu lagi mengharap....
Agar menjadi hafiz Al-Quran.....

Dia juga mengharap......
Akan menjadi seorang profesional yg amalkan hidup Islam....

Dia sememangnya mengharap......
Akan menjadi penegak Agama, Bangsa dan Negara......

Dia juga tidak lupa mengharap.....
Agar pasangan hidupnya kelak seorang Muslimah sejati....

Dia hanya sekadar berharap....
Sekiranya tanpa perubahan yang dilakukan....
Justeru itu,
DIA perlu berubah mulai sekarang.....
Tanpa berlengah atau membuang masa...
Semoga harapan DIA menjadi kenyataan...

Wednesday, April 22, 2009

Jiwa muda........

Jiwa muda....
Mengapa kau tertipu?,
Begitu mudah mengikut hawa nafsu,
Jangan sesekali menjadi dungu...

Jiwa muda....
Katakan kau belum bersedia,
Dan sememangnya kau belum bersedia,
Untuk mengotakan janji pada si dia,
Membina istana kehidupan bersama.....

Jiwa muda....
Jangan sesekali memerangkap diri,
Dengan janji yang tidak pasti,
Sebelum kau membentuk diri,
Menjadi pejuang yang sejati....

Jiwa muda....
Ku sangat mengerti apa di dalam fikiranmu,
Kau memikirkan tentang perjuangan yang satu,
Memenuhi dada dengan ilmu,
Sekadar mana yang engkau mampu...

Jiwa muda....
Ku juga sangat mengerti,
Hajat dan cita-cita di dalam hati,
Menjadi pemimpin pada suatu hari nanti,
Namun, hendaklah mengikut syariat yang digariskan ILAHI....

Jiwa muda....
Sebelum semuanya tidak berjaya,
Sebelum kau sendiri kecewa,
Haruslah kau terlebih dahulu membuka mata...

Bangkitkan semangat dan kesungguhanmu,
Kau pejuang agama dan bangsamu,
Kaulah juga bakal ketua rumah tanggamu,
Kaulah penentu siapa kelak dirimu,

Agar kau tidak kecewa........
Maka, bangkitlah....
Sedarlah dari mimpimu....
Buaian itu kelak akan berhenti....
Baik kau bersedia sebelum ianya terhenti sendiri....
Kau masih belum layak memiliki si dia sekarang....
Lupakan dahulu semua janji-janji palsu itu...
Maka, katakanlah pada si dia....
KAU MEMPUNYAI PERJUANGAN YANG MASIH BELUM SELESAI...

Laksanakan ia agar kelak kau berpuas hati...
Sedarlah...
Tidak ada gunanya kau leka dan alpa sekarang...
Kelak kau akan menyesal...
Fikir-fikirkanlah wahai sekalian jiwa muda....
Masa tidak menunggu kita...

(nukilan penulis bertarikh 23/4/2009 jam 3.47 pg-waktu Malaysia)

Tuesday, March 17, 2009

Kasih sayang seorang AYAH......

Salam sayang buat ayahandaku yang kini berada di rumah...

Luahan rasa hati...

AYAH,
Engkau insan Mulia,
Pengorbananmu penuh bermakna,
Keringat yang dikorbankan untuk kepentingan anak-anakmu.

AYAH,
Engkaulah insan yang banyak berkorban untukku,
Juga untuk anak-anakmu yang lain,
Demi kesejahteraan anakmu di hari kelak.

AYAH,
Begitu tabah hatimu,
Mendidik kami adik-beradik yang kepala batu,
Tapi kau masih mampu bersabar.

AYAH,
Adakalanya sikap anak-anakmu menyakiti hatimu,
Namun kau tetap bersabar dengan kerenah kami,
Masih diluahkan juga kasih dan sayangmu itu,
Walaupun ianya tidak terzahir,
Namun bagi anak-anakmu; kami memahaminya.

AYAH,
Kami anak yang degil,
Ego dan sering ingkar kata-katamu,
Namun, jauh di sudut hati kami,
Kasih sayangmu jua yang kami dambakan.

AYAH,
Tatkala kami semakin dewasa,
Semakin bertambah masalah yang kami berikan kepadamu,
Namun, kau tetap menjalankan tanggungjawabmu,
Sebagai seorang ayah yang berjasa.

AYAH,
Di kala ini, kita masih sempat bersua muka,
Hanya ini kami harapkan padamu,
Agar kau memberi ilmu dan tunjuk ajar,
Serta kasih dan sayangmu,
Agar kami lebih bersedia menghadapi hari mendatang.

Justeru itu wahai AYAH,
Akan kami cuba kotakan janji kami,
Sekadar kemampuan kami,
Untuk membuatkan mu tersenyum bangga mempunyai anak
seperti kami ini.

Mudah-mudahan ALLAH sentiasa melimpahkan Rahmat kepadamu,
Serta membalas segala jasamu dengan Syurga Firdaus-NYA kelak.
AMIN YA RABBAL A'LAMIN.

(Nukilan diri sendiri khas untuk Tuan Haji Ahmad Tajuddin Bin Abdul Hamid)

SPM...dan Alam Persekolahan

Tarikh 12 mac baru-baru ini telah diumumkan keputusan SPM bagi calon-calon SPM 2008. Tahniah diucapkan kepada yg berjaya mendpt keputusan cemerlang dan bagi yg kurg cemerlang. Yakinlah bahawa setiap yg berlaku ini adalah ketetapan daripada Yang Maha Berkuasa. Setiap yang berlaku telah ditetapkan oleh-NYA sejak azali lg.

Pengalaman serta suara hati ku telah mengajarku utk menghadapi situasi ketika memperoleh keputusan SPM dulu. Di sini bukanlah niat di hati walau secebis sekalipun utk mengimbau kenangan suka dan duka ku di alam persekolahan. Tapi secara jujurnya adalah utk berkongsi apa itu alam persekolahan melalui pandangan jiwa kecil ini.

Pertama-tamanya tahniah kepada skolah kesayanganku yang terletak di Klang kerana berjaya lagi mengekalkan kecemerlangan berada di ranking yg ke-2 dlm analisa sekolah terbaik SPM SBP. Itulah dia Kisas. Tahniah kisas!!..U’re the best skuwl in the world.

Ku teruskan dengan perbincangan serta fokusku dalam menulis blog ini. Untuk dimaklumkan bahawa SPM adalah sekadar peperiksaan yg dpt membezakan tempat pembelajaran seterusnya. Sama ada dalam atau luar negara. Yes, ku akui bahawa SPM dlm menunjukkan bhw ke’genius’an seseorg itu terbukti. (Wah, bahasa terabur!!...maafkan ku wahai guru BM ku sekalian...hehe)

Mungkin sekadar kata-kata pengubat hati bahawasanya alam persekolahan termasuklah SPM adalah salah satu ujian utk kita. Ianya tidak lagi bererti sekiranya di sekolah anda perform tetapi apabila di university kurg menyerlah.. (ku pohon kpd Hadrat-Mu ILAHI agar aku berjaya perform di universiti kali ini ...AMIN)...Hal ini kerana di sekolah sistem pembelajarannya byk bergantung kpd bantuan guru serta komitmen sesebuah sekolah itu.

Berbanding di university, kita semua akan dpt rasa segala cabaran dan dugaan yg semakin bertambah. Kemalasan bertingkat-tingkat. Serta terasa bahawa tiada bezanya anda pelajar SBP kah, pelajar MRSM kah, pelajar TEKNIK kah, pelajar SMKA kah, pelajar SMK kah, atau pelajar SMK (C) atau SMK (T) kah.....segalanya tidak ada perbezaan. Yang pastinya hukum alam mengatakan “YANG RAJIN SERTA BERSEMANGAT AKAN TERUS BERJAYA”.

Oleh itu, rakan-rakan sekalian..suka utk ku ingtkan diriku serta kepada semua bahawa alam persekolahan bukanlah ending kepd proses pembelajaran. Sedarlah perjalanan masih jauh. Kita perlu sedar dan memulakan hidup baru.. (“Mudah2an segalanya berjalan lancar,AMIN”). Walaubagaimanapun di dalam hati kecilku tetap mengatakan alam persekolah tetap menjadi ingatan sanubariku.

Kepada kenalan dan taulan ku....Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang...Yang pasti ku xmahu berjumpa kalian dlm keadaan “SEORANG”, sebaliknya “BERDUA” (pada hubungan yg sah sahaja) atau lebih advance “TIGA”, “EMPAT” dan seterusnya...hehe...Sehingga berjumpa lagi...Kenangan bersama masih segar di dlm kotak ingatanku....tp APA YANG PASTI...

ALAM PERSEKOLAHAN
tidak mungkin berulang lagi........................................................................!!!!