Monday, April 26, 2010

[Keputusan Musabaqah]~

Alhamdulillah...sekadar ingin berkongsi tentang pengalaman berulang-alik setiap pagi dan malam ke Dewan Mitc Ayer Keroh semata-mata untuk menyaksikan Pertandingan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-31.

Memang banyak yang saya pelajari secara tidak langsung dari mereka para Huffaz. Dan yang paling menyeronokkan adalah berkenalan dengan seorang sahabat iaitu seorang peserta yang mewakili Kelantan dalam kategori 1 - 20 juzuk lelaki.

Mohd Iqram nama beliau. Berumur 18 tahun. Sekolah Maahad Tahfiz Pulai Chondong. Saya sangat mengagumi pelajar maahad tahfiz ini kerana kebiasaannya lepasan Maahad Tahfiz Pulai Chondong ini biasanya hasil hafazan mereka memuaskan. Bahkan boleh mencapai tahap cemerlang. Dahulu lagi, Ustaz saya pernah bercarita tentang seorang pelajar daripada Maahad Tahfiz ini. Hebatnya pelajar yang dimaksudkan itu bukan sahaja hafazannya lancar bahkan beliau juga mengingati nombor ayat bagi setiap surah. Muka surat dan juzuk itu usah cakap la. Sudah pasti dia ingat juga.

Mohd Iqram berkongsi pengalaman bagaimana beliau menghafaz Al-Quran. Menurutnya, "Al-Quran ini Kalam ALLAH yang sukar dijaga. Namun tidak mustahil untuk menjaganya. Yang penting sentiasa pelihara diri dari melakukan maksiat dan dosa". Benar katanya itu.

Bacaan sahabat ini sangat lancar dan makhraj yang baik. Ketika giliran beliau memperdengarkan bacaan, hakim Munabbih (hakim yang tugasnya menegur jika berlakunya kesalahan) langsung tidak bersuara kerana bacaannya betul sahaja. Sememangnya sahabat ini layak untuk bergelar johan.

Berikut adalah kepeutusan penuh pertandingan:-

PERINGKAT 1 - 10 JUZUK (LELAKI)
Johan : Ahmad Tarmizi B Hj Ali (Terengganu)
Naib Johan : Mohd Haikal B Mohd Haris (Melaka)
Tempat Ke-3 : Mohd Nazir B Syiekh Alauddin (Selangor)

PERINGKAT 1 - 10 JUZUK (PEREMPUAN)
Johan : Fariha Bt Zulkifli (Wilayah Persekutuan)
Naib Johan : Siti Hajar Nabila Bt Mohd Damhar (Selangor)
Tempat Ke-3 : Zainab Bt Saifuddin (Sabah)

PERINGKAT 1 - 20 JUZUK (LELAKI)
Johan : Mohd Iqram B Lias Ahmad (Kelantan)
Naib Johan : Mohd Fida'ie B Zainal Abidin (Kedah)
Tempat Ke-3 : Mohd Khairul Raziqin B Abd Razak (Sabah)

PERINGKAT 1 - 20 JUZUK (PEREMPUAN)
Johan : Farah Nabila Bt Abidin (Selangor)
Naib Johan : Khairunnisa Bt Zaini (Johor)
Tempat Ke-3 : Nur Amalina Bt Azharuddin (Melaka)

PERINGKAT 1 - 30 JUZUK (LELAKI)
Johan : Ahmad Mujahid B Salleh Sani (Wilayah Persekutuan)
Naib Johan : Mohd Haris Syazwan B Mohd Arifin (Kelantan)
Tempat Ke-3 : Mohd Latif B Anwar (Selangor)

PERINGKAT 1 - 30 JUZUK (PEREMPUAN)
Johan : Siti Nadzirah (Selangor)
Naib Johan : Maziah Bt Abu Bakar (Wilayah Persekutuan)
Tempat Ke-3 : Siti Farhana Bt Zainuddin (Melaka)

*Markah dikira mengikut kriteria dari segi bacaan, lagu, sebutan dan lain-lain.

Tidak Salah melagukan bacaan
Hadis Abu Hurairah r.a:
Daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Satu perkara yang diizinkan oleh Allah kepada Nabi s.a.w ialah membaca Al-Quran secara berlagu
klik di sini





**[sekadar memberitahu] Berdiri 3 dari kiri itulah Mohd Iqram peserta dari Kelantan.(pakai baju purple)

Sunday, April 25, 2010

[mode : Muhasabah]

_langit tidak selalunya cerah, namun yakinlah sinar pasti kan kembali_

MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN KE ATAS SETIAP DOSA HAMBA-NYA.

Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu. Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu.

(Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 4953)
klik di sini

Penerangan sedikit berkaitan hadis :
Hadis ini bukanlah bermakna ingin membenarkan manusia untuk berterusan melakukan dosa dan lepas berbuat dosa itu berpura-pura taubat. Cuma hadis ini nak beritahu kita bahawa, jangan putus harap untuk memohon pengampunan kepada ALLAH. Andaikata kita sememangnya ingin bertaubat dan berazam sungguh-sungguh untuk tidak melakukan kesalahan itu lagi, tapi secara tidak sengaja, kita terbuat juga kesalahan yang sama. Jadi di sini lah sebagai hujah hadis tersebut. ALLAH dengan SIFAT YANG MAHA PENGAMPUN pasti akan mengampunkan dosa hambaNYA yang ikhlas untuk tidak mengulangi lagi kesalahan. Elakkan dari ketidakikhlasan kerana tidak ada makna apa-apa kalau ibadah kita tidak ikhlas

Sabda Rasulullah SAW; "Barangsiapa yang banyak beristighfar, nescaya ALLAH permudahkan setiap urusan mereka, melepaskan setiap kesempitan, dan memberi rezeki tanpa disangka-sangka"
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Nasaie)

**Pedoman buat kita semua. Hari ini kita mungkin tersedar bahawa kesilapan yang sama sekali lagi kita lakukan. Mudah-mudahan hati kita sentiasa mudah dan senang untuk bertaubat kepada ALLAH. Sama-sama kita lakukan solat sunat Taubat sebelum tidur agar tidur kita sentiasa dalam keadaan bertaubat kepada ALLAH. AMIN YA RABB~

Saturday, April 24, 2010

pelik sendiri....



Pelik dengan situasi ini,
Seseorang yang mengatakan berjuang untuk Islam,
Namun apabila datang kepadanya ujian,
Terus mengaku kalah walhal perjuangan Islam itu pasti kan menang.
*mudah-mudahan saya dan kalian menjadi pejuang yang sejati. AMIN

Pelik dengan situasi ini,
Seseorang yang sudah bergelar Hafiz @ Hafizah,
Namun apabila mengadap Al-Quran,
Kurangnya penjagaan adab terhadap Kitabullah itu.
*semoga kita sentiasa menjaga hak-hak Al-Quran. AMIN

Pelik dengan situasi ini,
Seseorang yang bercinta dan merancang ke arah perkahwinan,
Namun sebelum sah lagi ikatan perkahwinan itu lagi mereka sudah berlagak seperti suami isteri.
*Semoga kita menemui cinta yang diredhai ALLAH.
AMIN


Pelik dengan situasi ini,
Seseorang yang berpewatakan warak dan alim,
Namun tidak begitu menjaga hubungannya sesama manusia.
Juga hubungan lelaki dan perempuan tidak dijaga.
*Semoga kita sentiasa memelihara diri. AMIN

Pelik dengan situasi ini,
Seseorang yang mempunyai banyak kelapangan masa,
Namun masa itu hanya diisi dengan melayari Laman Sosial dan menyibukkan dengan hal-hal duniawi. Lupa tentang ISLAM.
Sedangkan tidakkah mereka sedar kewajipan melebihi masa yang ada?
*Ingatan buat semua, InsyaALLAH. AMIN

Pelik dengan situasi ini,
Seseorang yang telah sampai kepadanya seruan dakwah,
Namun dirinya hanya berdiam diri ,
Bahkan menyerahkan kepada orang lain atas alasan diri belum layak.
*Semoga kita berubah menjadi seorang pendakwah kerana ALLAH. AMIN

Pelik dengan situasi ini,
Seseorang yang telah banyak ditegur oleh sahabat-sahabat akan kesilapan diri,
Namun berkeras dan terus melakukan kesalahan yang sama,
Walhal dia sudah tahu bahawa perkara itu salah.
*Ingatan bersama buat diri yang merasa kerdil. AMIN

Pelik dengan situasi ini,
Seseorang yang memperingati orang lain tentang sesuatu kesalahan,
Namun dia sendiri yang melakukan kesalahan itu,
Malah merasakan apa yang dilakukan itu betul.
*Doakan agar kita tidak jadi seperti ini. AMIN

Pelik dengan situasi ini,
Sekiranya saya yang menulis ini terus menerus pelik tanpa melakukan perubahan.
Buat semua yang membaca ini. Maka bersaksilah kepada diri masing-masing.
Katakan pada diri, KITA AKAN BERUBAH menjadi lebih BAIK. AMIN

Hari ini lebih baik dari semalam. ALLAHUMMA AMIN~

Wallahu a'lam.

Wednesday, April 21, 2010

jangan salahkan mereka....

Assalamualaikum....

Tajuk tulisan saya kali ini 'jangan salahkan mereka....' sangat berkaitan dengan isu yang barangkali boleh dikira sensitif terutama di kalangan belia masa kini. Hatta sensitif juga buat rakan-rakan yang seumur dengan saya. Ini berkaitan isu ROKOK yang menjadi satu perkara yang boleh dikira serius di dalam negara.

Ya, saya akui bahawa ekonomi negara Malaysia mengaut keuntungan dalam mengenakan cukai penjualan rokok. Sehingga seorang rakan saya pernah bergurau begini, ".....perokok sebenarnya membantu meningkatkan ekonomi negara....". Lebih kurang begitulah gurauannya. Tapi di dalam hati, ingin sahaja saya balas, "...benefit untuk ekonomi negara tapi parah pada diri kita sendiri buat apa....". Namun jawapan itu saya simpan buat diri sendiri saja. Jadikan sebagai peringatan.

ALHAMDULILLAH, saya sangat-sangat bersyukur kerana ditakdirkan oleh ALLAH Taala ketika saya masih kecil (sehingga saya sekolah rendah) saya menghidapi satu penyakit di bahagian dada. Pada ketika itu saya agak alah pada keadaan sejuk. Dan sangat alah pada bau asap. (saya tidak pasti apakah jenis penyakit itu, mungkin seperti asma tetapi bukan. Seolah-olah sesak nafas). Sehinggakan waktu pagi nak mandi untuk ke sekolah pun emak terpaksa menjerang air panas. Saya hanya boleh mandi pagi dengan air panas sahaja. Syukur penyakit itu tidak berlaku lagi kini, ALHAMDULILLAH. Apa kaitan dengan penyakit itu tadi?

Kaitannya, saya tidak terhingin sama sekali untuk menjebakkan diri menjadi seorang perokok kerana saya sudah rasa peritnya berada di dalam keadaan sesak nafas (maafkan saya, kerana tiada ilmu dalam perubatan, jadi nama spesifik penyakit itu sendiri saya tidak tahu). Namun begitu, saya tidak mahu memanjangkan tulisan dengan bercerita tentang diri saya sendiri. Saya akan fokuskan dengan apa motif tajuk penulisan ini.

Buat kalian yang mempunyai rakan-rakan yang merokok. Atau anda sendiri yang merokok. Bukan salah mereka @ anda sendiri. Kerana apa saya katakan begini? Bagi mereka yang baru nak mula merokok saya nasihatkan anda awal-awal supaya janganlah cuba-cuba. Kerana anda membahayakan kesihatan dalam keadaan anda sudah mengetahui akibat merokok ini. Situasi ini anda boleh dipersalahkan.

Tapi berbeza bagi perokok tegar yang mula menghisap rokok ketika zaman persekolahan lagi. Golongan ini tidak perlu dipersalahkan seratus peratus kerana anggaplah golongan ini telah melakukan kesilapan di zaman lampau mereka sehingga terjebak menjadi perokok. Manusia sering melakukan kesilapan. Itu kita semua akui bukan? Jadi bagi mereka-mereka ini, anggaplah mereka telah melakukan kesilapan lampau yang membawa mudharat ke hari ini.

Saya pernah bertanya kepada seorang rakan mengapa dia merokok. Adakah dia tak mahuberhenti merokok. Jawapan rakan itu secara jujurnya, dia mahu berhenti merokok. Tapi apakan daya, ketagihan itu sangat sukar dibendung. Dia menambah, ".....mana ada orang suka memudharatkan diri sendiri....cuma kesilapan lalu akibatnya begini lah..". Saya setuju dengan jawapan itu. Namun tetap menasihati rakan tersebut agar berhenti. Dan hasilnya mungkin bukan sekarang. InsyaALLAH akan datang, ALLAHUMMA AMIN. Dia pun sudah semakin kurang merokok. =)

Bagi kita sebagai rakan kepada perokok-perokok, janganlah kita marah dengan apa yang mereka lakukan. Sebaliknya nasihat yang berterusan perlu dilaksanakan. Seperti yang saya katakan tadi, kesilapan lama membawa akibat sehingga kini. Janganlah kita memusuhi kawan kerana rokok. Sebaliknya memusuhi rokok kerana kawan. (selamatkan kawan dari terus merokok). Ianya susah namun bukan mustahil.



Berikut adalah link untuk tatapan kalian semua berkaitan hukum merokok. Menurut Dr Al-Qardhawi, ada 2 hukum menurut pendapat beliau iaitu MAKRUH (bagi mereka yang sudah terjebak) dan HARAM (bagi yang baru hendak mula merokok).klik di sini

Akhir kata :- Setiap pendakwah itu perlulah bersabar dalam menangani masalah mad'u mereka. Anggaplah kesilapan lalu sebagai pengajaran dan berusahalah untuk berubah (peringatan buat diri sendiri juga).

Wassalam

Tuesday, April 20, 2010

aku bukan pendekar....

Assalamualaikum.....

Tajuk post kali ini insyaALLAH saya bebas dari gejala emosi dalam mengarang. Tajuk ini mengupas sedikit sebanyak perasaan saya setelah kian lama senyap dalam arena dakwah. Jujur, dahulunya bukanlah seorang pendakwah yang popular. Juga bukan seorang insan yang memainkan peranan yang sangat luar biasa dalam urusan dakwah di tempat saya. Namun, sekadarnya saya seorang yang mampu menyumbang walaupun tidak banyak, tapi tetap ada. Itulah saya dahulunya.

Kini tahun berganti tahun. Bulan berganti bulan. Zaman berganti zaman. Suasana sudah berbeza. Cara sudah berubah. Saya bukan seperti Ahmad Muzakkir yang dahulu. Kerana saya adalah Ahmad Muzakkir yang sekarang. Pelikkah ayat ini? Barangkali ya!

Tajuk yang simple. "Aku bukan Pendekar!". Pendekar sifatnya seperti pengubah dunia dari keadaan huru-hara menjadi tenang, aman dan damai. Pendekar juga sifatnya lebih kepada membanteras segala perkara yang jahat dengan berjuang sepenuh kudratnya. Pendekar kebiasaannya bersendirian. Jelas, saya bukan pendekar yang mampu melaksanakan itu semua. Saya memerlukan kumpulan untuk berjuang. Berjuang menegakkan kalimah suci "LA ILAHA ILLAH, MUHAMMAD RASULULLAH"..

SALAM KEMBALI dari saya buat jemaah. Sambutlah tanganku ini wahai teman. Daku ingin berjuang kembali bersama kalian. ALLAHU AKBAR!


Sekadar gambar hiasan

Saturday, April 17, 2010

memandang pada dimensi yang berlainan.....

Assalamualaikum....

Mulakan perbicaraan dengan Menyebut Nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG agar setiap tutur bicara kita ini mempunyai faedah dan hikmah serta terhindar dari bicara kosong. ALLAHUMMA AMIN.

Topik yang ingin penulis kupas pada kali ini berkaitan dengan bagaimana cara kita untuk sentiasa berfikiran positif dengan setiap apa yang berlaku. Sesungguhnya saya bukanlah individu yang selayaknya untuk membicarakan akan topik ini. Namun, di atas dasar perkongsian melalui pengalaman dan seterusnya ilmu yang diperoleh sedikit sebanyak daripada para sahabat dan ilmuan. Maka, tercetus niat serta mendapat kekuatan kurniaan ALLAH Taala untuk meneruskan penulisan entry kali ini. ALHAMDULILLAH.

Sesungguhnya kita selaku seorang hamba di atas muka bumi ALLAH ini tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Tidak mungkin wujud di atas muka bumi ini seorang insan yang berkeperibadian yang sempurna daripada sebarang kesalahan. Kerana sifat kesempurnaan itu hanyalah milik ALLAH Taala. Dia sempurna daripada sebarang kelemahan dan kecacatan.

Apabila kita yakin dengan tidak sempurnanya diri manusia ini, pasti kita akan sentiasa muhasabah diri kita, Insya-ALLAH. Mungkin kalian para pembaca pernah terdetik perasaan kecewa atau resah gelisah apabila sesuatu yang tidak baik atau apa yang berlaku tidak seperti yang kita inginkan. Namun, setiap yang berlaku itu sudah barangpasti terselitnya satu hikmah yang tidak mampu ditafsirkan dengan mata kasar kita. Sebaliknya, jika dilihat dengan mata hati yang bersih lagi suci, maka setiap yang berlaku itu pasti akan dirasakan HIKMAH.

Saya bawakan satu contoh yang mungkin pada mata kasar kita fikirkan hal itu adalah satu perkara yang tidak baik. Bayangkan ada sebuah rumah jiran kita dimasuki pencuri (NAU'ZUBILLAHI MIN DZALIK. Minta jauhkan. ALLAHUMMA AMIN). Habis barang-barang yang berharga dicuri oleh pencuri itu. Pada pandangan kita, hal itu mungkin adalah suatu perkara yang buruk. Namun jika didasari dengan pandangan mata hati yang bersih, kita akan mendapat hikmah secara tidak langsung. Bagaimana? Inilah point utama yang ingin saya bicarakan. Melihat dari peristiwa yang berlaku, hikmah yang boleh diambil antaranya adalah :-
1. Sentiasa berwaspada. Berdoa kepada ALLAH Taala agar diberikan keselamatan kepada kita.
2. Sentiasa yakin bahawa kemewahan itu tidak kekal lama. Bila-bila sahaja ALLAH Taala boleh menarik semula kemewahan itu.
3. Sentiasa zuhud dengan dunia. Tidak terlampau menunjuk kemewahan yang kita miliki. (kalau kita tak menunjuk, masakan orang boleh tahu kita ini banyak harta?)
4. Melatih diri untuk bersabar. (ini khusus kepada individu yang mengalami kejadian tersebut)
dan lain-lain yang kalian fikir boleh dijadikan HIKMAH.




Tahukah apa itu hikmah? Hikmah itu adalah Pengajaran. Hikmah itu adalah perkara yang perlu difikirkan. Kerana itulah hikmah disebut hikmah. Ia adalah dari perkataan bahasa arab (hakim = bijaksana). Sebut istilah bijaksana pasti kalian dapat bayangkan bahawa ia berkaitan dengan akal. Hikmah itu ada kaitan dengan akal fikiran. Akal fikiran yang sentiasa memikirkan tentang perkara yang baik bermula dari hati yang bersih. Sebab itulah saya katakan bahawa hikmah dapat diterjemahkan dengan mata hati yang bersih. (Mudah-mudahan kita dikurniakan hati yang bersih. ALLAHUMMA AMIN).

Memang Imam Ghazali pernah menyebut, "BENDA YANG PALING JAUH DARI KITA ADALAH PERKARA YANG TELAH BERLALU....". Tapi ini bukan bermaksud kita tidak mengambil hikmah dari benda yang jauh itu. Kita pernah dengar istilah 'usah toleh ke belakang' atau 'jangan pandang belakang' atau 'usah dikenang peristiwa lalu' dan sebagainya. Sebenarnya istilah-istilah itu tidak berapa tepat bagi mereka-mereka yang berlapang dada untuk menterjemahkan segala hikmah yang ada melalui peristiwa yang telah berlalu. Kita perlu pandang belakang serta muhasabah atau koreksi diri kita untuk memperoleh hikmah. Dan hikmah itulah kita pegang buat pedoman serta pengajaran.



Mungkin di antara kita (kebanyakan kita), pernah mengalami kegagalan dalam sesuatu perkara. Jadi satu kemestian untuk kita melihat kegagalan itu dari sudut dimensi mencari hikmah. Seperti yang sudah saya nyatakan. Hikmah itu pengajaran. Dengan berbekalkan pengajaran itu tadi, kita mampu menjadi lebih baik. (UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM -lirik nasyid)

Itulah dimensi yang berlainan yang saya jadikan sebagai tajuk untuk penulisan kali ini. Saya bukanlah contoh yang baik untuk kalian ikuti. Kerana saya juga dalam perjuangan untuk mencari segala banyak hikmah setiap apa yang berlaku kepada diri saya. Hendaknya agar perkara yang sama berlaku kepada kalian. Tidak dinafikan kadang-kala kita suka untuk mengambil hikmah dari apa yang berlaku. Justeru itu, kita perlu untuk muhasabah semula diri kita. Mungkin hati kita perlu dibersihkan dengan TAQARRUB ILALLAH (mendekatkan diri dengan ALLAH Taala). Kerana sesungguhnya hati yang bersih bermula dari penjagaan hubungan kita dengan ALLAH Taala.



Sebelum mengakhiri penulisan saya kali ini. Suka untuk saya sampaikan satu pepatah arab buat pembaca-pembaca yang umurnya lebih kurang saya (belia). Pepatah arab itu berbunyi begini :-
"Statiknya air akan merosakkan air tersebut. Dan statiknya pemuda dan pemudi (banyaknya masa lapang tanpa diisi dengan perkara berfaedah) akan merosakkan pemuda dan pemudi itu sendiri."

"Hidup Mati Kerana ALLAH"

Wassalamualaikum.

Tuesday, April 13, 2010

santai...

semoga berguna dan diredhaiNya...

Edcoustic-muhasabah cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

lawatan sambil belajar....ntah blog sape pon xtau

Monday, April 12, 2010

Rupanya begitu......:-)

Hari ini merupakan hari pertama saya menduduki peperiksaan final bagi sem ini. Alhamdulillah, ALLAH Taala permudahkan bagi saya menjawab soalan peperiksaan tersebut. Kini tinggal 6 paper lagi untuk saya hadapi. InsyaALLAH, doakan kejayaan saya kerana saya ingin waqafkan diri untuk Islam. ALLAHUMMA AMIN.

Saya teringatkan dia.......

Saya teringatkan dia. Kerana dia mengingatkan saya kepada ALLAH Taala. ALLAHU RABBI. Siapakah dia yang saya maksudkan? Saya berikan jawapan sebentar lagi. Nak dijadikan cerita, tiba-tiba ALLAH Taala gerakkan hati saya untuk membaca mesej yang pernah dia hantarkan kepada saya.
Mesej bertarikh : 11 Feb 2010
Waktu Malaysia : 19:11
Ayat mesej : "theswordofallah.blogspot.com .Nanti awk free g tgk blog ni."

**Tatabahasa agak tidak tepat serta penggunaan ayat yang rojak. Sudah adat SMS begitu. Jangan tiru di rumah yer! (",)v

Saya pun lantas menaip "theswordofallah.blogspot.com". MasyaALLAH. Best. Saya sebenarnya agak jarang membaca blog orang yang tidak saya kenal. Tapi sejujurnya saya kagum dengan penulisan si penulis. Saya mula rasa ingin mengasah lagi bakat untuk menjadi lebih baik kerana ALLAH Taala.

Maka saya mula faham. Kenapa dahulu dia seolah-olah menggalakkan saya baca blog ini. Dan banyak lagi dia pernah nasihati saya. Alhamdulillah. Demi ALLAH, Dia SAHABAT saya dunia akhirat insyaALLAH. Bahkan jika ditakdirkan lebih dari itu pun saya sudah pasti tidak menolak. Allahumma Amin.

Perkara berkaitan....

Saya mengaku saya bukan malaikat yang tidak punyai nafsu. Saya juga pernah mengalami perasaan ingin berkasih sayang. Tidak kira kasih sayang dengan ibu bapa, keluarga, guru-guru, sahabat handai dan tidak terkecuali kepada insan yang bergelar muslimat. Namun, Alhamdulillah. ALLAH Taala memberikan kesedaran buat jiwa yang alpa ini dengan banyak ujian. Untuk kembali kepada fitrah Bertuhan. Dan sesungguhnya kasih sayang yang sejati adalah kepada ALLAH Taala.

Cinta pada manusia kelak kau akan kecewa....
Cinta pada bunga kan layu akhirnya....
Cinta pada harta kelak kan musnah binasa...
Cinta pada dunia, tipuan semata-mata....
Cinta ALLAH adalah hakiki....

Moga-moga ku jadikan 'hatiku milikmu' Ya ALLAH. Jika diizinkan panjang umurku bertemu jodoh, maka Engkau berikan jodohku seorang muslimat yang juga memberikan cinta sepenuhnya kepadaMu. Allahumma Amin.



Pengharapan buat diri.....



Kerana diri saya diberikan nama "Ahmad Muzakkir". Maka, alangkah baiknya jika diri ini menjadi Ahmad (yang terpuji) dan Muzakkir (Pemberi peringatan) yang sejati. ALLAHUMMA AMIN. Kuasai ilmu untuk Islam. Baik ilmu dunia mahupun akhirat. Hadis Nabi ada menyuruh kita agar:-
"Kejarlah duniamu seolah-olah dikau akan hidup selama-lamanya. Dan kejarlah akhiratmu dikau akan mati esok".(lebih kurang begini maksudnya)

Jangan kerana peperiksaan (bertepatan dengan minggu exam ini). Kita mula bertungkus-lumus untuk menguasai ilmu. Maka jika begitu yang berlaku pada diri kita, yakinlah bahawa keberkatan ilmu itu sudah hilang. Kerana sesungguhnya ilmu itu ada barakahnya.

Nasihat ini semuanya untuk saya. Kalian juga tidak terlepas untuk mengambil ibrah daripada nasihat ini. Saidina Ali pernah berkata; "Usah dilihat pada orang yang menyampaikan ilmu itu kerana dia sudah pasti tidak sempurna. Sebaliknya, lihatlah pada ilmu yang telah disampaikan". :-)

Buat yang lebih baik selepas ini...

Jujur kata, saya bukan orang kuat dalam Badan Dakwah dan Rohani di UTeM. (dahulu mungkin orang kuat. Namun bukan lagi kini). Alhamdulillah, seruan dakwah itu datang semula kepada saya. Biarpun bukan orang penting dalam BADAR. Biarpun sekadar ahli 'bermasalah' dalam jemaah. InsyaALLAH saya akan cuba buat yang terbaik. Saya sesungguhnya masih ada beberapa sem lagi di UTeM. Jadi, berbaki beberapa sem ini insyaALLAH saya akan lakukan terbaik. Counter back apa kekurangan yang mampu diperbaiki. Nasihat ini juga untuk kalian yang mungkin di dalam alam universiti. Jika dahulu kita bermalas-malasan dalam urusan dakwah. InsyaALLAH sekarang sudah sampai masa untuk kita bangkit. Mulakan semangat itu dari dalam diri. Kerana sesungguhnya kita tidak mungkin boleh lari dari urusan dakwah. Jika kita cuba lari, maka jawablah kelak di depan ALLAH Taala. Na'uzubillahi min zalik.

"BARANGSIAPA YANG MENGUCAPKAN TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH (KALIMAH SYAHADAH), MAKA SESUNGGUHNYA DIA ADALAH DA'IE" -Hadis Nabi Sallahu a'laihi wasallam-

Nota **

Untuk makluman, berikut adalah tarikh peperiksaan saya. Di kesempatan yang ada ini, saya pohon doa daripada kalian semua:-

-> Control Engineering (12/4/2010 - pukul 9.00 pagi)
-> Mechanics of machine (16/4/2010 - pukul 8.30 pagi)
-> Pembangunan Sosio-Ekonomi Malaysia (19/4/2010 - pukul 2.15 petang)
-> Thermodynamics 1 (20/4/2010 - pukul 2.15 petang)
-> Technical Communication 2 (23/4/2010 - pukul 3.00 petang)
-> Numerical Method (27/4/2010 - pukul 2.15 petang)
-> Mechanical Vibration (30/4/2010 - pukul 8.30 pagi)

Tidak salah rasanya memohon doa dari kalian. Betul tak? Lillahi Taala.

Juga tidak salah untuk menganjurkan agar sebelum tidur kita amalkan membaca Surah Al-Mulk ditambah dengan Surah As-Sajadah. InsyaALLAH fadhilatnya yang saya tahu kelak kita akan terlepas atau diringankan daripada seksa Kubur. Namun, niatkan untuk mendapat keredhaan ALLAH Taala yang lebih utama.

Kalian boleh mencadangkan apa-apa blog yang kalian fikirkan baik untuk saya baca. Mudah-mudahan keberkatan itu akan dimiliki bersama. Wallahhu a'lam. Wassalamualaikum.

Saturday, April 10, 2010

Mendekati Ulama'....Alhamdulillah....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah bersyukur ke Hadrat ALLAH Taala, saya terpilih oleh ALLAH untuk mengikuti kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjiri Al-Makki. Beliau merupakan seorang Ulama' yang ternama dari Negara Indonesia. Saya tidak mahu menerangkan tentang biodata syeikh dengan lebih lanjut. Sebaliknya, kalian boleh lihat biodata syeikh di sini:- (klik)



Muka yang bersih. Saya berniat jika ALLAH murahkan rezeki untuk memperoleh sedikit keberkatan daripada syeikh, insyaALLAH saya dapat bersalam dengan Al-Fadhil Syeikh. Alhamdulillah, dengan kesesakan orang yang ramai, saya masih berpeluang bersalaman dengan Al-Fadhil Syeikh. Ini bermakna sinar baru ditunjukkan dan dipermudahkan oleh ALLAH. AMIN.



Saya sangat bersyukur dapat bersalaman dengan beliau. Owh, lupa untuk beritahu. Saya mengikuti kuliah Dhuha di Pondok Baitul Qura' Wal-Ilmi di Sungai Udang Melaka. Pondok tersebut adalah kepunyaan Al-Fadhil Ustaz Zulkifli B Ismail.(klik)

Wallahu a'lam

Friday, April 9, 2010

mencari sinar baru.....

Assalamualaikum

Saya tidak pasti ini entry yang keberapa sudah saya tulis dalam tempoh minggu ini sahaja. Mungkin minggu ini ada masalah sikit yang menimpa. Minggu sebelum berita tentang pemergian arwah datuk kesayangan. 2 orang itulah yang menjadi punca nama saya 'Ahmad Muzakkir'. (mudah-mudah sifat saya seperti nama saya itu sendiri.AMIN). Mungkin takdir ALLAH Taala membatasi segala-galanya. Semua makhluk akan menghadapi saat yang dikatakan kehancuran itu. Semua manusia pasti mati. Dan minggu ini pula ada masalah peribadi serta lain-lain tekanan belajar dan sebagainya.

Alhamdulillah, saya sangat-sangat bersyukur. Pabila diri diuji begini, saya tidak mengambil tindakan bodoh seperti yang saya pernah lakukan dahulu. (Cerita itu sudah lama berlalu maka tidak berniat untuk mengkhabarkan kepada kalian. Pass is pass). Kini saya menemui method baru untuk melepaskan segala tekanan. Dengan menulis, Alhamdulillah ia menjadi satu cara yang berkesan. (Selain itu hobi saya mengemas bilik serta membasuh baju tetap diteruskan. Abaikan)

HARI ini hari Jumaat. Banyak fadilat dan kebaikan hari jumaat ini. Dan bagi saya sendiri, guru si mursyid pernah menganjurkan kepada saya untuk mengamalkan bacaan Surah Al-Kahfi setiap pagi jumaat. Kadang-kadang kekangan masa kerana pergi kelas, menyebabkan saya baca selepas jumaat. Lupakan soal bilakah saya baca,pagi atau petang. dan sekiranya saya tidak istiqamah dengan amalan itu, itu urusan saya dengan ALLAH. Cuma saya mahu kongsikan dengan kalian semua berkenaan 3 ayat daripada surah Al-Kahfi yang saya salin maksudnya daripada terjemaah Al-Quran.

3 ayat itu adalah:-

103. Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?"

104. Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.

105. Mereka itu orang-orang yang telah kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia[896], maka hapuslah amalan- amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.



Ayat ini sangat dalam maksudnya kalau kita teliti. Nuzul ayat ini sememangnya diturunkan kepada orang Kafir. Namun, kiasan ayat ini boleh terkena pada kita semua yang beragama ISLAM. Setelah saya membuat beberapa rujukan, saya dapat simpulkan apakah kiasan ayat 'kufur terhadap ayat-ayat Tuhan' itu. Kufur di sini boleh dikiaskan kepada seseorang yang kononnya yakin mengaku ALLAH TAALA adalah TUHAN yang selayaknya disembah namun tidak yakin kepada Al-Quran dan hari pembalasan. Maafkan saya, saya tidak punyai ilmu untuk mentafsirkan ayat itu. Mungkin akan berlaku kesilapan jika saya memandai-mandai tafsir ayat tersebut (saya jahil. Ya ALLAH,kurniakanlah sedikit ilmu-Mu yang seluas lautan itu kepadaku agarku mampu mentauhidkan-MU dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Ilmu-MU itu sangat luas. Ku pasti tidak mampu untuk memiliki ilmu-MU sepenuhnya. Maka kurniakanlah buat hamba-Mu yang hina ini sedikit sahaja sudah memadai).

109. Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)". (Surah Al-Kahfi)

Kalian boleh rujuk pengertian kufur di sini (Klik)

Sedikit huraian mengikut pendapat saya sendiri. Moral value yang kita boleh ambil daripada 3 ayat itu adalah kita rasa diri kita sudah melakukan tindakan serta amalan yang betul. Padahal hakikatnya kita sendiri yang rugi. Kerana apa? kita kufur @ tidak yakin sepenuhnya pada janji ALLAH. Tidak yakin sepenuhnya akan kekuasaan ALLAH. Tidak meredhai segala apa yang telah ditetapkan ALLAH. Itulah silap saya sebelum ini. Mungkin kalian juga sama seperti saya. Seperti yang kita sedia maklum, kita bukan maasum. Justeru itu, mohonlah ampun kepada ALLAH. Jangan pinta pada manusia. Manusia tidak ada kuasa untuk membantu kita. Semua adalah kuasa ALLAH.



Mungkin semakin banyak penulisan saya ini, semakin banyak salah saya. Dan sebanyak itu jugalah saya pohon maaf kepada semua sekali para pembaca. Mungkin ada di antara kalian yang mengambil hati dengan ayat saya sebelum ini. Saya bukan seorang yang siqah. Namun diharap kalian memberikan saya ruang dan peluang untuk membetulkan diri sendiri. Jika bukan tahun ini, mungkin tahun depan (2011), tahun 2012, tahun 2013 atau tahun seterusnya barulah kita berjaya menjadi sebenarnya Muslim sejati. Sungguh! 2,3 tahun itu bukan lama sebenarnya. Dan mungkin kita tak akan sempat sampai pada 2,3 tahun akan datang. Sama-samalah kita berdoa agar sinar baru kian menyinsing. Waasalamualaikum

Thursday, April 8, 2010

AL-QURAN moment....



Pada malam itu, Ustaz Badrul Hisyam datang lewat ke kelas Tahfiz 9. Difahamkan kelas ini merupakan kelas bagi abang-abang senior. Mereka kebanyakannya terdiri daripada golongan yang sudah HAFAZ AL-QURAN 30 Juzuk. Ada juga yang belum. Namun, paling rendah hafazan pun kalau tidak silap seorang senior, itupun hafazannya sudah menjangkau juzuk yang ke-25.

Memori ini sebenarnya berlaku beberapa tahun yang lepas di SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki. Untuk pengetahuan, di sekolah tersebut, mengikuti kelas tahfiz bukanlah satu kewajipan. Kerana maahad bukanlah sebuah sekolah berteraskan tahfiz. Cuma menyediakan khursus tahfiz sahaja. Namun, ramai di kalangan pelajar yang lebih suka untuk mengikuti khursus tersebut.

Jam tepat menunjukkan pukul 8,30 malam. Maka, kedengaran motosikal EX5 milik Ustaz Badrul Hisyam memarkir di luar laman kelas. Kelas kebiasaannya bermula pada jam 8 malam. Diadakan pada 3 kali seminggu iaitu Ahad malam Isnin,Isnin malam Selasa dan Rabu malam Khamis. Lalu Ustaz pun masuk ke dalam kelas dengan gaya tenangnya.

Seperti biasa, Akashah selaku ketua kelas tahfiz 9 akan berlagak seperti seorang ketua dan bertanyakan sebab kelewatan Ustaz. Akashah sememangnya pelajar tahfiz terbaik maahad kerana mutu bacaan dan ingatannya yang sangat baik (mashi). Dia juga merupakan anak didik kesayangan Ustaz Badrul Hisyam itu sendiri. Bermula dari juzuk 1 lagi dia menuntut dengan Ustaz. Ustaz Badrul Hisyam adalah merupakan hakim Fatih negeri Kelantan. Sudah menjadi kewajipan bagi beliau untuk menjadi hakim fatih (pembukaan soalan) jika berlangsungnya Musabaqah Tahfiz Al-Quran peringkat Negeri Kelantan.

Seperti kebiasaan juga, abang-abang senior yang sememangnya sudah Hafiz 30 juzuk, mereka sekadar mengikuti kursus ini untuk mengulang semata-mata. Tujuannya adalah agar ingatan mereka tidak lupa. Begitu juga Akashah dan seorang lagi pelajar yang ingin diketengahkan wataknya iaitu Abdul Mukmin. Mereka berdua sama-sama sudah bergelar Al-Hafiz (Bukannya AL_HABIS insyaALLAH)

Ustaz Badrul juga turut sama mengulang. Kerana pada hemat Ustaz, biarkan beliau merupakan seorang Guru Tahfiz, namun hak untuk menjaga ayat Al-Quran itu turut menjadi hukum wajib bagi beliau. Cuma bezanya, Ustaz lebih mashi daripada anak muridnya. Beliau seolah-olah boleh melihat Al-Quran di mana-mana sahaja. Tambahan pula Ustaz juga lulusan Tafsir dan Hadis lepasan Universiti Madinah. Oleh itu, bukan suatu yang pelik jika beliau mempunyai ingatan yang sangat kuat.

Dipendekkan cerita, Ustaz tergerak hati ingin menguji anak buahnya yang hebat-hebat berkaitan ayat Al-Quran. Oleh kerana rata-rata mereka adalah Al-Hafiz, jadi mudahlah bagi Ustaz ingin menguji mana-mana ayat Al-Quran sekalipun. Soalan pertama Ustaz bertanyakan kepada Akashah. Surah yang ditanya kalau tidak silap, Surah Thoha. Alhamdulillah, kelebihan kuat ingatan yang Allah kurniakan kepada Akashah menyebabkan dia berjaya menjawab soalan yang ditanya itu (istilahnya ; tebuk)

Lalu Ustaz beralih kepada Abdul Mukmin. Soalan yang ditanya adalaha daripada Surah Al-Fath. Abdul Mukmin juga mempunyai daya ingatan yang kuat. Dia berjaya juga menjawabnya. Dia menghafaz Al-Quran di negara Afrika selama 3 tahun mengikut cara hafazan orang Pakistan (menghafaz dari surah belakang). Ustaz mula mengubah format soalan. Apabila dibacakan satu ayat Al-Quran, Ustaz menyuruh Mukmin membacakan ayat sebelum daripada ayat yang ditanya itu. Mukmin terpaksa mengambil masa untuk memberikan jawapan. Lalu Ustaz menambahkan tekanan soalan dengan menyuruh dia membacakan Surah Al-Fath bermula dari ayat terakhir sehinggalah ayat pertama. Akhirnya Mukmin surrender dengan kehebatan Ustaz. Ustaz dengan tenang membacakannya di hadapan semua anah buahnya. Bermula dari ayat terakhir sehinggalah ayat yang pertama.

Setelah selesai membacanya, Ustaz menasihati anak muridnya agar mendukung Al-Quran sebaik mungkin kerana kebanyakan daripada mereka yang bergelar Al-Hafiz rata-ratanya tidak ingat keseluruhan Al-Quran. Kata Ustaz, sudah cukup baik bagi golongan Hafiz itu mengingati 15 juzuk dengan lancar. Kalau 30 juzuk lancar Alhamdulillah. Tapi hakikatnya AL_HABIS itu lebih ramai berbanding Al-Hafiz yang sejati. Ustaz juga menambah, jadikan akhlak diri sendiri mengikut acuan Al-Quran. Kerana sesungguhnya Al-Quran itu sangat mulia.Wallahu a'lam

Wednesday, April 7, 2010

puisi ini dicopy....



Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang tidak soleh




p/s : puisi ini mmg sengaja di copy...
Wahai muslimat marilah mengambil iktibar,
jadilah muslimah sebenar,
jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu.
sampaikanlah pada sahabat2 kalian
sekiranya mereka bertepatan dengan puisi ini

Terima Kasih kepada penulis puisi ini.

Tuesday, April 6, 2010

SAYANG ibubapa......

Assalamualaikum....

Menulis aje kerjanya...Mungkin itulah ayat perli yang sesuai diajukan kepada saya. Sejak kebelakangan ini, emosi agak tidak stabil. Jadi ubatnya saya kenalah menulis. Menulis memang seronok bagi saya. Sehinggakan saya bercita-cita untuk menghasilkan sebuah novel ataupun sebuah buku pada masa akan datang. Doakan saya. Allahumma AMIINN...

Saya nak bercerita tentang kedua ibubapa. Entri sebelum ini saya ada menceritakan tentang tarbiyah Cinta. Kali ini saya mahu meluahkan rasa cinta dan kasih sayang saya kepada kedua ibubapa saya pula. Saya panggil mereka dengan panggilan emak dan ayah. Saya sangat bersyukur dikurniakan mak yang sangat baik. Bagi saya, beliau merupakan emak yang terbaik di atas muka bumi ini. Begitu juga ayah saya. Juga ayah terbaik di atas muka bumi ini.

Mak bersifat sangat penyabar dan adakalanya cerewet. Tapi dek kerana sifat itulah maka lahirnya saya yang semacam ini perangainya. Dan mak selalu menasihati saya untuk menjadi lebih baik. Berlainan pula dengan ayah saya. Ayah seorang yang garang dan sangat tegas. Setiap tindak-tanduk ayah sangat berdisiplin. Kami semua seramai 7 adik-beradik banyak belajar tentang disiplin daripada ayah.

Hendak dijadikan cerita. Saya lebih mudah bermanja dengan mak. Biasalah anak lelaki selalunya baik dengan mak. Mak selalu bercerita macam-macam dengan saya. Sehinggalah cerita tentang mimpi emak ketika beliau melaksanakan haji. Ketika itu, umur saya baru 7 tahun. Mak bermimpi berjumpa saya yang pada ketika itu sedang belajar Al-Quran bersama dengan sheikh di Masjidil Haram. Lalu, mak memanggil ;"Ya Muzakkir, anakku". Dalam mimpi emak itu, saya berpaling dan melemparkan senyuman pada emak. Lantas mak berdoa, jadikanlah mimpiku ini satu kenyataan. Saya mendengar cerita emak itu dengan penuh hiba. Adakah saya semulia itu? Walhal diri ini sangat teruk. Cuma di depan emak sahaja saya umpama pijak semut tak mati.

Mak sentiasa mendoakan saya menjadi anak yang soleh. Tapi usaha dalam diri saya pula bagaimana?....Ayah juga begitu. Ayah mendidik saya serta adik beradik yang lain untuk bangun qiyamullail dan solat berjemaah di surau. Saya terharu dengan usaha baik mereka. Di kala akhir zaman ini, masyarakat sudah kurang ke arah Islam, namun mak dan ayah masih mampu memberikan asuhan dan didikan yang saya kira sudah cukup sempurna. Terima kasih mak dan ayah. Saya sayang kalian.

Cuma kadang-kadang saya sedih dan kecewa dengan diri sendiri. Adakah saya sudah layak menjadi anak yang soleh? Anak yang bisa mendoakan ibubapa apabila ketiadaan mereka kelak? Anak yang mampu memberikan manfaat kepada mereka. Anak yang soleh serta mewariskan keturunan yang soleh? Layakkah saya bergelar anak soleh? Tepuk dada tanya iman (tuju khas buat diri sendiri dan untuk pembaca sekalian). Sedarkah kita penat lelah dan pengorbanan ibubapa kepada kita. Mampukah kita membayarnya?

Mungkin pernah sesekali terdetik di sudut hati kita marah pada kedua ibubapa kita. Betul tak? Bila difikirkan semula, layakkah kita terlintas sedemikian rupa? Abang saya seorang abang yang baik. Saya pernah mengambil hati dengan tindakan abang saya. Lalu abang saya datang memujuk dengan berkata; "Akir, sabar je la. Niat ayah baik. Untuk kebaikan akir juga. Lagipun layak ke kita nak marah ayah? Darah dalam diri kita tu mengalir darah sapa? Kita anak kenalah banyak bersabar".

Saya agak terharu dengan kata-kata abang saya itu. Teringat pada suatu ucapan seorang ulama'(saya tidak pasti hadis or kata-kata hikmah) bahawa jika terdetik walaupun sedikit rasa tidak puas hati atau rasa benci pada kedua ibubapa kita, maka jatuh hukum anak derhaka kepada individu tersebut. Wallahu a'lam. Mungkin itu pendapat ulama' itu saja. Pendapat yang agak syadid. Atau mungkin memang sebuah hadis.

Ketika masa atuk saya menemui Yang Maha Esa dahulu, mak sempat mengeluarkan kata-kata nasihat. Ibu dan bapa ni ada satu je dalam dunia. Kalau ibubapa sudah tiada, maka tiada orang yang boleh menjadi pengganti. Berbeza dengan pasangan hidup (suami atau isteri). Hilang pasangan itu pengganti pasti ada lagi. Jadi, sementara ibubapa masih hidup ni la masa nak buat bakti kepada mereka sebaik mungkin. Berkaca-kaca mata saya ketika mendengar ucapan itu. Terharu. Saya sayang mak dan ayah.

Firman ALLAH Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 23 yang bermaksud;
23. Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Firman ALLAH Taala juga dalam Surah uqman ayat 14 yang bermaksud;
14. Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian untuk kali ini. Sungguh saya kata. Saya bukan seorang ustaz yang banyak ilmunya untuk mengajar kepada orang lain. Sebaliknya saya hanya mampu untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya ada. Mudah-mudahan dengan ilmu yang sedikit ini mampu menjadikan saya insan yang sentiasa mengamalkan ilmu di dada. Wallahu a'lam.



Monday, April 5, 2010

Tarbiyah cinta....


Assalamualaikum....

Dimulakan penulisan kali ini dengan Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Kerana di atas usaha titik peluh baginda, agama Islam yang suci lagi murni ini berjaya sampai kepada kita semua. ALHAMDULILLAH

Cinta itu suatu yang suci lagi bersih. Cinta tidak boleh disalahertikan dengan sesuatu yang dipaksa mengikut nafsu semata-mata. Cinta bersih dari dosa dan noda. Dan sesungguhnya cinta itu fitrah.

Saya mulakan dengan muqaddimah mengenai CINTA. Mungkin kalian para pembaca pelik mengapa saya berbicara tentang cinta. Sebenarnya tidak pelik bagi insan seperti saya yang lemah lagi hina ini untuk berbicara tentang cinta kerana sesungguhnya cinta itu fitrah semua manusia. Dan yakinlah, cinta yang paling HAKIKI adalah CINTA KEPADA ALLAH.

Sengaja saya meletakkan tajuk entri kali ini "Tarbiyah Cinta"....kerana apa? Kerana cinta ini telah mentarbiyahkan saya untuk saya kembali mengenal diri. Kembali ke arah matlamat manusia diciptakan. Cinta yang ingin saya fokuskan adalah Cinta AL-QURAN. Jujurnya saya ditarbiyah oleh cinta Al-Quran ini. Teruskan membaca jika mahu mengetahui tentang perihal saya. Kalian boleh klik butang 'X' untuk membatalkan blog ini di sudut atas kanan jika tidak mahu membacanya.

Kenapa saya katakan tentang cinta AL-QURAN? Kenapa bukan cinta pada YANG MAHA ESA? Baca dulu, nanti kalian mungkin dapat jawapannya. Al-Quran adalah kalam ALLAH Taala yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dalam bahasa Arab melalui pengantaraan Malaikat Jibril. Itulah pengertian Al-Quran. Sebut Al-Quran, maka yang terlibat sudah tentu EMPUNYA KALAM itu Yakni YANG MAHA ESA. Dan juga Al-Quran dikaitkan terus dengan Nabi Muhammad SAW.

Kalian boleh tangkap kenapa saya katakan saya ditarbiyah dengan cinta Al-Quran? Belum lagi? Ok. Saya terangkan dengan lebih jelas. Di dalam Al-Quran menceritakan tentang kejadian alam dan seluruhnya. Al-Quran juga menceritakan segala-gala tentang kekuasaan ALLAH. Jadi, kalau kita cintakan Al-Quran, sudah pasti kita Cinta kepada ALLAH dan RASUL itu datang dahulu. Betulkan?

Cerita di sebalik tabir.

Sejak di bangku sekolah (Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu)kami para pelajar dididik untuk mengamalkan pembacaan Al-Quran setiap hari. Rutin itu saya amalkan ketika masih bergelar pelajar sekolah agama. Namun, apabila saya menyambung pengajian di luar dari suasana islamik. Rutin itu jarang dilakukan. Sehinggalah sesuatu peristiwa. Mungkin takdir ALLAH, timbul dari dalam hati saya berasa iri hati kepada pelajar DARUL QURAN (kisah lama) kerana saya tidak berpeluang melanjutkan pengajian di sana.

Iri hati itu saya membara sehingga saya mengatakan kepada diri saya bahawa saya tidak akan memiliki cinta seorang wanita itu sehingga Al-Quran penuh di dada. Walaupun pelbagai ujian datang melanda dari golongan Nisaa' itu, ALHAMDULILLAH saya belum memegang status orang bercinta. Tapi hakikatnya sudah ada orang yang mencuri hati ini. Oppsss..Jangan risau, cinta saya Cinta AL-Quran...saya akan dapatkan cinta itu selepas cinta Al-Quran. Jangan salahkan insan yang bercinta. Kerana mereka bukan Malaikat. Tidak salah bercinta. Namun biar Cinta yang HALAL.

Kadang-kala terfikir juga nak kejarkan cinta yang saya nyatakan tadi. Namun, tarbiyah cinta Al-Quran itu sekali lagi datang mendidik saya. Cinta Nisaa' itu kembali kalah. Penangan cinta Al-Quran itu sememangnya kuat. Dalam Al-Quran ada menceritakan tentang syurga dan neraka. Ada menceritakan tentang azab di neraka dan nikmat syurga. Yang tidak pernah terfikir dek akal fikiran mahupun dilihat dengan mata kepala sekalipun.

Itulah tarbiyah cinta. Saya akan fokuskan target untuk menghafaz Al-Quran 30 juzuk dahulu sebelum mengejar semula cinta yang lain. Cinta Al-Quran merangkumi juga cinta ibu bapa. Jangan risau. Saya tidak mengabaikan mereka InsyaALLAH. Itulah tarbiyah Cinta Al-Quran.....

Hadis Nabi yang bermaksud;
"Berusahalah untuk mengecapi Dunia, seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan berusahalah mengecapi Akhirat seolah-olah kamu akan mati esok".

Kalau bukan kerana hadis Nabi ini, mungkin saya akan lupakan perihal duniawi dan terus kejar akan akhirat.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran (PENCINTA AL-QURAN)
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Wallahu a'lam. Wassalamualaikum.

Sunday, April 4, 2010

whether they are good?

Struggle is a very difficult. Only the courage, determination and a strong stance that could only endure. That was never received by the beloved Prophet Muhammad's great for us 1400 years ago.

Anyone can say "I am in the field of battle." But do not too proud of that fact. Indeed, those who speak out loud without action is like an empty tin. Indeed, the empty cans will sound louder than the tin filled with content. Perhaps it is the same right like I was adopted by this weak.

A background would not be a license to say he was great. Because of what? I take an example of a reality now. Most of the former students of religious schools does not practice the knowledge they have learned previously. But if they do bad things they really worse than those who never achieve a formal religious education.

I said the experience of today's society (as well as I felt very bad and very dwarf compared to others). Excuse me for my words and not quite celupar base. But, in honesty I can say is among the former students of religious schools that are not directly involved in the "struggle" of this. (I also have the honesty to be slow on certain issues. But I try to try to have continued preaching movement from within this)

So I really do not like people who are too praised one of the reasons he was a religious school graduates or students who are majoring in religion continued. All the same. The difference in the view of God is piety. Islam is not owned, but owned by all human

I think I do not need to add more verses as indeed I was writing this a bit emotional with current issues. Indeed, the writings and opinions by emotion not provide much good. Even lead to a result that is not good.

God's Word in the Holy Quran to the effect;
"Give a reminder, a reminder that truly bring great benefits to those who believe"

Wassalamualaikum

Thursday, April 1, 2010

Cukuplah kematian itu suatu peringatan wahai MANUSIA...

Assalamualaikum......

Baru-baru ini, saya berserta keluarga dikejutkan dengan berita bahawa datuk kesayangan saya Allahyarham Abdul Hamid B Teh Bakar telah menemui ajal bertemu Yang Maha Esa pada 28 Mac 2010. Allahyarham meninggal dunia dalam keadaan tidur. Saya agak sedih dengan pemergian beliau. Beliau seorang datuk yang hebat. Pelbagai kenangan yang indah bersama arwah yang masih saya ingat sampai sekarang.

Semalam pula, kami sekeluarga dikejutkan pula dengan pemergian seorang insan yang juga merupakan datuk saudara saya yang telah kembali ke Rahmatullah. Arwah yang bernama Hj Abdullah merupakan seorang Ustaz adalah ayahanda kepada Dato' Saifuddin Abdullah (Timb Menteri Pengajian Tinggi Malaysia). Saya tiada niat untuk memancing ayat berkaitan dengan Dato' Saifuddin kerana tidak terlintas langsung untuk membicarakan hal itu.

Saya dengan peribadinya berasa kesal dengan diri sendiri kerana tidak menghadiri pengebumian kedua-dua arwah itu. Kedua-dua arwah itu sangat baik dengan saya. Nak dijadikan cerita dan sejarah, nama saya AHMAD MUZAKKIR juga adalah idea daripada kedua-dua arwah. Datuk saya (Allahyarham Hj Abdul Hamid) menamakan 'Ahmad' manakala Hj Abdullah memberikan nama 'Muzakkir' kepada saya.

Tapi, apabila mereka dipanggil oleh ALLAH Taala, saya pula tidak turut serta dalam urusan pengebumian mereka atas sebab tanggungjawab belajar. Namun, sampai hari ini saya terasa sangat bersalah. Kakak saya dari Sabah pun sanggup balik ke Semenanjung. Tapi saya yang hanya berada di Melaka pula tak balik rumah. Kecewanya saya!. Saya yakin InsyaALLAH arwah merupakan orang yang baik-baik.

Saya tidak berniat untuk memanjangkan madah bicara untuk tulisan blog kali ini. Sekadar mengadukan sedikit perasaan hiba dek kerana insan yang saya sayangi telah kembali menemui ALLAH. Ajal maut itu suatu kepastian. Tidak mungkin kita akan dapat lari daripada panggilan itu. Mungkin giliran kita pula esok lusa kita mana tau.

Firman ALLAH dalam surah Al-Imraan yang bermaksud;
"SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MENGHADAPI KEMATIAN....." (ayat 185)

Firman ALLAH dalam surah An-nisaa' pula yang bermaksud;
"DI MANA SAHAJA KAMU BERADA, KEMATIAN PASTI AKAN DATANG KEPADA KAMU, WALAUPUN KAMU BERADA DI DALAM BANGUNAN YANG KUKUH....." (ayat 78)

Semoga Arwah Hj Abdul Hamid dan Arwah Hj Abdullah ditempatkan bersama para solehin. Cukuplah mati itu peringatan buat kita yang masih hidup. Agar kelak kita semua sedar bahawa kehidupan dunia ini adalah fana' dan bersifat sementara. Semoga belum terlambat untuk bertaubat sementara masa masih ada. InsyaALLAH. Wassalamu a'laikum.