Monday, June 1, 2009

Perkongsian Ilmu...Ceteknya ilmuku...

Salam A’laikum...

Kalau kalian ada terbaca post ku berkaitan jangan tinggal solat mungkin kalian perasan akan hadis yang ku paparkan bermaksud lebih kurang begini :
“PERBEZAAN DI ANTARA ORANG ISLAM DAN ORANG KAFIR ADALAH MENINGGALKAN SOLAT”

Baru-baru nih ku ada dengar kuliah Maghrib di mana Al-Ustaz menghuraikan syarah bagi Hadis tersebut. Ulama’ ada membahaskan bahawa terdapat situasi di mana org yang meninggalkan solat ini tidak jatuh pada hukum KAFIRnya dia....

Penjelasan : Ulama’ ada berpendapat sekiranya insan yang meninggalkan solat dalam keadaan dia sedar bahawa solat itu wajib, cuma si pelaku itu malas. Jadi situasi insan tersebut dia tidak jatuh kafir sebaliknya dia tergolong dalam golongan FASIK (berterusan melakukan dosa)

Tapi sekiranya dia beranggapan bahawa solat itu tidak wajib untuk dilaksanakan maka barulah jatuh KAFIR bagi insan yang beranggapan begitu. Hurm....maafkanku kerana post sbelum ini ku tulis seolah-olah org tinggal solat terus KAFIR...

Bagi Ulama’ yang syadid mereka terus mengatakan Kafir bg golongan yang meninggalkan solat itu...tapi ada perbahasan di sini ada Ulama’ membahagikan kepada 2 situasi yang disebutkan di atas...Mungkin ilmu yang kuperoleh sebelum ini berkenaan hadis itu drpd insan yang berpegang pada Ulama’ yang syadid...Kerana mereka tidak mahu masyarakat memandang ringan pada keadaan meninggalkan solat. Wallahu A’lam.

No comments:

Post a Comment