Monday, June 1, 2009

Imam Muda.........

Di sini aku mahu berkongsi kisah bagaimana ketika aku masih menuntut di Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu....Alhamdulillah di sana ku didedahkan dengan pengalaman bergelar pelajar Tahfiz...walaupun ku belum khatam dalam menghafaz Al-Quran..tp nnt InsyaALLAH akan khatam juga ku menghafaz Al-Quran..AMIN

Ketika di Maahad, seperti sekolah asrama yang lain...solat jemaah wajib untuk ke setiap 5 waktu solat itu...yang nak ku kisahkan di sini...keseronokan menjadi makmum bagi imam-imam muda tahfiz Quran...yeah, biasanya bacaan pelajr Tahfiz di Maahad memang baik dengan versi macam-macam. Ada yang bacaan nya lebih keARABan dan ada juga keMELAYUan...hehe...

Ku dahulu x berani nak jadi imam di maahad...dua sebab...pertama : ketika tuh ku muda lagi...junior lagi kat maahad...respect pada senior..kedua : imam Hafiz ramai sangat...so ku rasakan bahawa golongan-golongan Hafiz itu lagi layak menjadi Imam...

Imam Muda, bacaan lagi segar dan bersemangat...itulah pada pandangan aku...bukan lah niat mahu memperlekehkan imam veteren, tp bila imam muda Tahfiz nih bacaan lagi bersemangat...mungkin kalian tidak sependapat denganku..tak mengapa, pendapat masing-masing...

Ku ingat lagi kelas Tahfiz yang ku ikuti anjuran Persatuan Nasyid, Tahfiz dan Tilawah Al-Quran ketika tingkatan 1 sampai tingkatan 3 kerana tingkatan 4 ku dah berpindah sekolah. Ku ingat lagi hari diadakan kelas tahfiz tuh Isnin dan Rabu...kebiasaannya kelas bermula jam 8 malam dan habis jam 10 malam....

Dan kebiasaan itulah ku akan solat Isyak berjemaah lewat sedikit drpd waktu yang ditetapkan...kerana kami pelajar-pelajar Tahfiz akan solat selepas habes kelas....Alhamdulillah, ku sangat seronok menjadi makmum bagi para HAFIZ itu...bacaan imam yang ku turuti hampir kesemuanya ku rindui....memang merdu...

Namun pengalaman itu hanya kenangan dalam ingatan.....suasana menjdi makmum kepada imam muda Hafiz ini kalau nak rase di masjid-masjid atau surau-surau sangatlah susah melainkan pada bulan Ramadhan sahaja....tu pun still ade masjid dan surau imamnya tetap veteren walaupun sudah masuk bulan Ramadhan..

Ku tidak ada masalah sgt menjadi makmum kepada imam veteren tuh....kerana ulama’ FEQAH berpendapat bahawa org yang layak menjadi imam adalah org-org yang alim dr sudut FEQAH itu sendiri....di sini ku boleh buat kesimpulan awal bahawa imam veteren lagi a’lim dari sudut ilmu Feqahnya...(walaupun tidak semua begitu....)

Dan bagi pendapat Ulama’ TAJWID pula, mereka mengatakan bahawa orang yang lebih layak menjadi imam adalah mereka yang lebih banyak menghafaz Al-Quran dan elok bacaannya...di sini ku ambil contoh bahawa Hafiz Muda lagi lembut bacaan nya...tp ada jugak Hafiz veteren yang lg kemas bacaannya...itu kne tgk keadaan la...ku lebih mengambil keadaan kebiasaannya.....(hope paham isi yang mahu disampaikan..)

Justeru itu sedikit cadangan ku ingan utarakan agar masjid-masjid serta surau-surau bukalah peluang kepada imam-imam hafiz muda agar menjadi imam...ku tak kata imam veteren xboleh jadi imam, cuma berilah peluang pada golongan muda juga....i mean gilir-gilir pon cukup cantik la tuh....mudah-mudahan golongan hafiz muda ini tidak dipersiakan kualiti mereka yang semakin hari golongan hafiz muda ini semakin bertambah dr masa ke masa...(ingat ya, ku maksudkan imam muda bukan imam kanak-kanak or imam yang terlalu muda usianya...) Wallahu A’lam.

No comments:

Post a Comment