Sunday, May 2, 2010

[Bukan Entry Ilmiah] Luahan Hati....

Assalamualaikum....

Mungkin tulisan ini luahan hati diri saya. Mungkin secara zahirnya seolah-olah seperti luahan kosong. Sarat dengan emosi. Namun, saya tetap mahu menulis. Tetap mahu luahkan apa yang sudah lama terbuku di dalam hati ini. Semoga tulisan ini terselit sedikit hikmah buat para pembaca walaupun secara zahirnya tulisan ini lebih ke arah emosional seorang remaja.

Bermula dengan kisah bilamana saya dan rakan sekuliah pergi ke Mahkota Parade, Melaka. Ramai sangat orangnya. Kebetulan hari tersebut adalah hari Ahad. Hujung minggu memang begitu. Mata saya bosan dan menyampah melihat gelagat anak muda belia berpakaian pelik-pelik. Saya kira umur mereka lebih kurang baya saya sahaja. Awal 20-an. Mereka saya lagi tua atau mereka lagi tua. Baik yang lelaki mahupun perempuan. Pakaian mengalahkan artis barat. Ada lelaki yang memakai baju ala-ala skinhead. Budak punk pun ada. Yang perempuan pula pakaian seksi habis. Bikin tangkap leleh bagi lelaki yang tak menjaga mata. Menambahkan dosa saya saja yang sememangnya sudah banyak dosa ini. Tapi sesungguhnya saya benci melihat itu semua. Selemah-lemah iman, hanya mampu menanam sifat benci sahaja dalam diri. Itulah diri saya. SELEMAH-LEMAH IMAN.

Ramai juga pasangan yang berkepit macam sudah bernikah. Barangkali ada yang sudah berkahwin namun belum bernikah. Kawwin bukannya kahwin. Kalau dalam bahasa arab, KAWWIN ertinya ‘cantum; lekat; rapat’.....macam mereka la...dah kawwin = berkepit ke hulu ke hilir. Berpegangan tangan. “Aduhai si lelaki. Anak sapa la yang engkau pegang tuh. Dah mintak izin mak bapak dia ka?? Alahai si perempuan. Yang engkau relakan si lelaki pegang engkau tuh apahal?? Diorang suami engkau ke?”. Luahan hati tanpa suara saya. Geram, sedih, kecewa, hampa, menyesal dan macam-macam lagi timbul dalam diri ini. Kerana apa?....kerana itulah. Maksiat di depan mata.Dah ler anak Melayu Islam pulak tuh. Saya bukanlah ‘malaikat’ yang tidak pernah buat dosa. Tapi saya mungkin golongan orang berdosa yang dah bosan dengan dosa-dosa lampau. Namun saya still manusia. Tetap melakukan kesalahan. Kesalahan yang membawa kepada dosa. Tapi tak salah rasanya saya nak benci perbuatan dosa itu walaupun mungkin saya juga pernah melakukannya. Salah kah saya inginkan agar mereka,kalian dan saya sama-sama bertaubat. Langsung tiada salahnya mengajak kearah kebaikan.

Saya tengok bukan main remaja belia ni. Dating, pegang tangan, peluk dan macam-macam. Ishk. Buat depan orang ramai malu ke tak saya pun tak tahu. Tapi saya faham. Akhir zaman. Tapi bukan bermaksud tiket untuk melakukan maksiat. Dalam hati kecil saya berdoa agar ALLAH TAALA berikan kesedaran kepada mereka. Ikutlah bagaimana cara sekalipun. ALLAH lebih tahu bagaimana DIA mahu handle hamba-hambaNYA. Hanya yang mampu saya buat adalah berdoa sahaja. Siapalah saya ni kan?

(Orang Mukmin tidak akan disengat dua kali dari lubang yang sama -Hadis Riwayat Muslim-)
(Sebaik-baik manusia yang berdosa adalah mereka yang bertaubat -Hadis-)

Ingin juga la saya sentuh tentang cinta. Cinta muda-mudi sekarang ini seakan murah sekali. Apa ingat cinta itu pampers pakai buang? Time elok, seronok, bersih guna la. Dah ada najis, dah kotor, mula la buang. Apa ingat cinta ni macam baju? Boleh tukar-tukar. Hari ni baju lain, esok pula baju lain (Ibarat remaja sekarang. Tukar pasangan. Tukar boyfriend la. Tukar Gurlfren la. Ntah pape). Maaf saya agar tak berhikmah ketika menulis ini. Saya sedar seorang Daie itu perlulah senantiasa rasional. Ampuni dosaku Ya RABB. Amin.

Mesti banyak duit habis sekali keluar dating. Orang bandar ni suka sangat shopping. Beli yang tidak sepatutnya. Kalau barang makanan, saya tak heran la kerana saya sendiri kuat makan. Tapi dah turun berat sekarang. Selera tak berapa nak ada kot. Kesihatan saya pun tak berapa okay. Tapi still mampu solat 5 waktu penuh secara berdiri. Dan sedikit amalan lain. ALHAMDULILLAH.

Terdetik juga saya fikirkan buat ciri-ciri isteri idaman saya. Saya nak orang kampung je kot. Yang bukan materialistik. Yang tau membeli mengikut keperluan. Namun 4 ciri utama yang Rasulullah Sallallahu A’alaihi Wasallam gariskan itu paling utama. Ciri saya nyatakan tuh sebagai tambahan jer. Dapat yang aktif dalam dakwah memang best la. Calon yang saya idamkan dah ada, tapi hold dulu. Saya bukan nak nikah sekarang. Tak mampu pun lagi. Tunggu dah bersedia nanti saya cari calon saya tu nanti. Semuanya dengan izin ALLAH TAALA belaka.Kalau ALLAH x izin nak buat macamana kan? Hati ini ALLAH punya. Serahkan segala-galanya pada ALLAH. Kebetulan saya baru membaca novel jiwang tapi Islamik. So saya rasa nak juga la paparkan di sini. Puisi barangkali. Tapi memang bermakna. Bacalah di bawah ini. Keluhan, harapan serta doa. Amin.


Ya Allah… Ya Rahman… Ya Rahim…

Allah Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allah Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allah Rabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.


COPY PASTE from Novel ‘SEINDAH MAWAR BERDURI’
Nama Pengarang : FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

Akhir kalam, Wassalamualaikum.

2 comments:

  1. pensyarah saya selalu pesan 'market is the worst place'..dalam satu hadis pun ada ckp market ini tempat yg plg buruk cz manusia selalu lalai bila g market.market di sini termasuk lah mall,tempat shopping dll. sejak kami belajar subjek ini,kami sentiasa cuba kurangkn kekerapan untuk kunjungi tempat sebegini kecuali BENAR2 PERLU.kalu pasar malam berdekatan kampus sering dikunjungi setiap minggu,kami cuba minima kan kunjugn tersebut.benar,sedangkan pasar mlm yg kecil tu pun boleh buat kita lalai,apatahlagi mall or shopping complex kan.
    kalu dah tau byk pandgn maksiat kat tempat2 camni,tak payah la jejakkn kaki kat tempat2 camni.lagi tambah dosa je kan.duk ckp2,kutuk2 dorg pun buat apa kalu tak mampu nk buat sesuatu.so better tak perlu pergi la tempat macam ni.

    just my ownn opinion.jom sama2 perbaiki diri dan elakkan kunjungi tempat yg membawa kita lalai dr mengingati Allah

    ReplyDelete
  2. alangkah baiknya jika saya mengenali siapakah saudara/i ini...

    Sbnrnya sy mmg jarang pergi ke bandar...pergi ke mall juga jarang melainkan Mydin di MITC MELAKA utk membeli barangan keperluan saya...

    sy tidak mahu nafikan berkenaan market is the worst place itu kerana benda tuh Nabi sendiri pnh bersabda dlm hadis baginda...

    Hatta, termasuk dalam satu tanda kecil kiamat iaitu akan wujudnya pasar2 yang bergerak.....pasar tuh sendiri pun dah melalaikan...sampai wujud pasar yg bergerak plak jadi tanda2 kecil kiamat...(berniaga sayur, ayam, pada lori yg bergerak)

    sekadar berkongsi...setiap diri ini lemah....tidak ada yang sempurna...dan tiada yg ma'sum melainkan baginda Nabi...btw, trima kasih banyak2~

    Wallahu A'lam

    ReplyDelete