Monday, May 3, 2010

ALLAH SEBAIK-BAIK PENCIPTA

Assalamualaikum....

InsyaALLAH entry ini lebih ilmiah berbanding entri sebelumnya. Juga berkaitan cerita dan pengalaman diri ini. Terpulang pada pembaca untuk meneruskan pembacaan atau pun tidak. Tapi janji saya, insyaALLAH kalian dapat mengambil sesuatu ibrah dan pengajaran daripada cerita saya ini.

Baru-baru ini saya diuji oleh ALLAH TAALA dengan kehadiran satu keadaan ketidakselesaan di telinga sebelah kanan. Apabila saya pergi berjumpa doktor di kampus UTeM, beliau mengatakan bahawa telinga saya dijangkiti kuman. Doktor memberikan ubat titisan telinga untuk sakit yang saya alami ini. Antibiotik juga turut diberikan kepada saya. Namun, setelah seminggu menggunakan ubat itu. Tidak ada perubahan bahkan ada kalanya saya merasakan lebih bertambah tidak selesa itu.

Saya pulang ke rumah. Dan dipendekkan cerita, saya pergi berjumpa dengan seorang doktor pakar di Hospital Tawakkal (Dr Solahuddin B Kenali - juga merupakan pakcik saudara saya). Sememangnya telinga adalah bidangnya. Jadi ini memudahkan urusan saya. Point yang penting yang ingin saya kongsikan adalah berkaitan telinga itu sendiri.

Telinga ini auto clean sebenarnya. Tak perlu pun kita nak korek telinga atau buat apa-apa pada telinga itu. Sekadar bersihkan luar sahaja. Bak kata Dr Solahuddin, ambil wudhuk sahaja dah memadai untuk membersihkan telinga. Betapa hebatnya ALLAH TAALA. Dalam wudhuk sahaja terselit satu keistimewaan dan kebaikan untuk pembersihan telinga. Tak perlu dikorek-korek. Telinga ini sangat sensitif. Betapa hebatnya ciptaan ALLAH yang sensitif ini ditambah dengan kehebatan wudhuk itu sendiri.

Kalau macam ini kenapa masih ada lagi keraguan pada ALLAH? Keraguan pada Islam itu sendiri?. ALLAH pencipta manusia. Jadi DIA MAHA MENGETAHUI apa yang sepatutnya dilakukan untuk kemudahan dan kesenangan hamba-NYA. Tiada cacat cela dalam segala bentuk penciptaanNYA. Lain seperti manusia. Oleh sebab saya adalah orang dalam bidang kejuruteraan, maka izinkan saya bercakap dalam konteks kejuruteraan. Kita ambil contoh bangunan. Pasti akan ada sedikit keretakan mahupun kecacatcelaan dalam pembinaan bangunan itu. Begitu juga jalan tar. Walaubagaimana kemas pun rekaan engineer civil, pasti jalan itu akan mudah rosak dan tidak sempurna. Itulah semua ciptaan manusia.

Lain pula dengan ciptaan ALLAH Taala. Jauh dari kecacatan. Justeru itu saya sangat berbangga kerana dikurniakan Iman dan Islam di dalam diri. Yakin bahawa ALLAH jualah yang selayaknya disembah. Buat rakan-rakan yang mendalami bidang perubatan. Dalamilah bidang anda itu sehingga anda menemui Rabb. Perubatan berkaitan dengan manusia. Manusia adalah hamba. Hamba yang sedar diri pasti mengenali Tuhannya. Begitu juga bidang-bidang yang lain. Seperti saya engineer pasti juga saya akan berusaha mencari Tuhan dalam bidang saya ini. Sesungguhnya agama Islam itu lengkap. Dalam Al-Quran juga terdapat ayat-ayat yang berkaitan kejuruteraan. Cuma nak tak nak je nak kaji.

Akhir kalam, semoga berjaya dunia dan akhirat. Wassalamualaikum

No comments:

Post a Comment