Wednesday, August 26, 2009

Warkah buatnya.......

Wahai dikau yang bergelar wanita,
Sesungguhnya engkau adalah insan yang sangat mulia.
Kau dimuliakan oleh junjungan besar Nabi Sallallahu A’lahi Wasallam
Maka, janganlah engkau sendiri yang meletakkan penghinaan ke atas dirimu.

Wahai dikau yang bergelar wanita,

Sungguhpun engkau sering dikatakan punca fitnah.
Namun, engkau jugalahpenyumbang kepada tertegaknya dakwah.
Tanpamu, Islam tidak mungkin sekali-kali berdiri gah.

Wahai dikau yang bergelar wanita,
Sedarlah bahawa penyambung rantai-rantai dakwah adalah bermula darimu
Maka Islahkan dirimu bagi membentuk rantai-rantai itu
Kerana sesungguhnya segalanya bermula dari didikanmu
Dan sedarlah itu adalah salah satu kemuliaan ALLAH kepadamu
Maka janganlah kau lupa akan kepentingan perananmu itu

Wahai dikau yang bergelar wanita,
Jiwamu lembut, namun semangatmu harus cekal
Maka engkau akan menjadi orang yang sangat hebat
Hebat di sisi manusia dan hebat di sisi ALLAH

Wahai dikau yang bergelar wanita,

Fitrahmu dicintai oleh golongan lelaki,
Namun begitu, sejauh mana kebijaksanaanmu untuk memilih
Siapakah lelaki yang selayaknya untuk dicintai.
Cintamu kepadanya kerana ALLAH
Nescaya kau akan beruntung

Wahai dikau yang bergelar wanita,

Hati kecilku mula bersuara untuk memilikimu,
Namun mungkin ini bukan masanya,
Kerana perjalananku untuk berjuang masih jauh
Sebelum menemui YANG MAHA ESA

Wahai dikau yang bergelar wanita,

Adapun sekiranya masaku untuk memilikimu telah tiba
Namun kuasa memilih di tanganmu
Kan ku nasihatimu agar berhati-hati memilih pasanganmu
Kelak kau tidak akan menyesal dan menyalahkan takdir yang berlaku

Wahai dikau yang bergelar wanita,

Nasihatku agar kau perkemaskan dirimu
Dengan ilmu,iman dan amal
Kerana janji ALLAH itu pasti
Nescaya kau akan bertemu orang yang selayaknya untukmu
Lelaki yang baik untuk wanita yang baik

Wahai dikau yang bergelar wanita,

Sekiranya aku memohon untuk memilikimu
Namun di kala itu, terdapat seorang lelaki lain yang lebih soleh juga inginkanmu
Maka nasihatku awal buatmu
Pilihlah lelaki itu agar hidupmu lebih sejahtera

Wahai dikau yang bergelar wanita,
Contohilah peribadi muslimah yang tercatat di dalam sirah
Yang tegar memperjuangkan agama ALLAH
Agar hidupmu tidak sia-sia
Kerana sesungguhnya engkau insan mulia

Wahai dikau yang bergelar wanita,

Hakikatnya kau perlu dikasihi
Namun ternyata zaman ini kau sering dizalimi
Maka panjatkan doamu ke-Hadrat ILAHI
Nescaya doamu akan diperkenankan
Kerana kau seorang Mulia
Kerana kau adalah WANITA

2 comments:

  1. daku yg bergelar wanita
    dan terima kasih krn mengingatkannya
    syukran

    ReplyDelete