Sunday, May 3, 2009

Pengalaman menceritakan..........

Entri yang ku post ini barangkali akan menyentuh bab-bab sensitif sesetengah orang. Justeru itu, aku mohon ampun dan maaf siap-siap agar ku tak terlambat untuk pohon maaf selepas ini. Teruskan membaca sekiranya sudi.

Bila dibuat perbandingan melalui pengalaman (bukan pengalamanku...tp pengalaman seseorang), ku dapat buat satu konklusi beserta hujah berkenaan pimpinan yg dipimpin oleh bekas pelajar sekolah agama adalah lebih baik berbanding bukan bekas pelajar sekolah agama.

Aku akan nyatakan situasi yang boleh dijadikan hujah untuk sama-sama kita fikirkan. Tapi di sini bukanlah niat di hati aku mahu membanggakan bekas pelajar sekolah agama serta menjatuhkan bekas pelajar bukan aliran agama....tp sekadar berkongsi pengalaman seseorang.

Di suatu tempat, pernah sekali pimpinan badan agama telah dipimpin oleh bekas pelajar bukan drpd aliran agama. Maka berlaku la bermacam-macam hal. Jika si amir itu mahu menjadikan suasana “ISLAMIC” di tmpt tersebut....maka adakalanya ia terlampau berlebih (bukan semua org macam itu)...dlm erti kata lain over sgt siqahnya. Yeah, ku akui bahawa mahu membentuk suasana islamic serta berkeadaan siqah tp adakalanya cara si amir itu tidak bersesuaian. (tutup kes)

Di suatu tmpt juga, pimpinan satu persatuan Islam telah dipimpin oleh seorg drpd bekas pelajar bukan aliran agama. Hujah beliau memimpin, dikatakan bahawa “BUKAN PENTING LATAR BELAKANG, NAMUN YANG PENTING ADALAH ADA KEMAHUAN DAN SEMANGAT UNTUK BERJUANG” . Aku sangat setuju dgn jawapan beliau, namun aku tetap berpegang bahawa ‘background’ juga membawa peranan yang penting. Contoh, jika si amir itu tidak ada didikan agama ketika sekolahnya....mana mungkin dia dapat memimpin sebuah persatuan islam. Mahu mengharapkan teori yg dipelajari dari usrah dan terbiyah ketika tamrin? Juga tidak mencukupi... Berbeza sungguh ilmu yg dipelajari drpd seorg guru berbanding ilmu yg diperoleh dgn membaca semata-mata.

Ku bawakan contoh seorang yang menghafaz Al-Quran bersendirian, tanpa guru di sisi untuk menyemak samada betul atau salahkah bacaan org itu. Maka apabila seorg hamba ALLAH menjadi makmum kepada org yg menghafaz itu td, ternyata terdapat kesilapan dan kesalahan yang terang-terang boleh menyebabkan bacaan itu dianggap salah serta merta. Hal ini kerana menghafaz tanpa guru. Begitu juga jika berilmu tanpa guru.

Kita boleh menilai sendiri mengikut pendapat sendiri akan hal ini. Ini adalah pendapatku. Tp tidak bermaksud semua bekas pelajar aliran agama @ bekas pelajar sekolah agama adalah lebih baik drpd bukan aliran agama. Sebaliknya penghayatan terhadap ilmu itu juga perlu dititikberatkan. Ini adalah kesimpulan drpd pengalaman. Justeru itu, ku nasihatkan kpd pemimpin-pemimpin persatuan Islam, tuntutlah ilmu kamu berguru. Bagi pelajar sekolah agama, kamu pernah duduk dalam suasana biah solehah, maka kembalikan suasana itu bersama anak buah kamu. Bagi bukan pelajar aliran agama, barangkali kamu sekadar mempunyai teori tanpa praktikal....maka usahlah dijadikan sikap bekas pelajar sekolah agama itu sebagai contoh kamu. Kerana boleh jadi golongan sekolah agama ini jugalah membawa imej yg tidak baik kpd islam. Maka boleh la merujuk pimpinan alim ulama’.

Mungkin entri ini agak menggores hati. Tapi ianya sekadar pendapat ku berdasarkan pengalaman yg dialami serta pengalaman yang diceritakan. Tidak bermaksud untuk menjatuhkan mana-mana pihak sekalipun. Maka, jangan dilupa...ambillah pengajaran dan contoh drpd corak pimpinan Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam.

2 comments:

  1. amat beruntung sorg pelajar skolah agama tidak perlu mengejar ilmu i2,tp amat rugi sorg bekas plajar skolah agama meninggalkn atau hanya mbiarkn ia terperam dlm diri..

    ReplyDelete