Monday, March 29, 2010

tiada tajuk...

Assalamualaikum....

Terdetik di hati kecil saya untuk meng'update' blog dengan tulisan yang baru. Mungkin barangkali minat saya dalam menulis memupuk minat untuk menambah entry-entry baru. Walaupun mungkin ada di antara para pembaca berasa bosan dengan tulisan ini, tak mengapa. Inilah diri saya. Cuba memperbaiki diri menjadi lebih baik daripada sebelumnya, AMIN.

Pertama sekali saya ingin membicarakan tentang percanggahan pendapat di kalangan kita semua. Mungkin kalian tidak mengenali saya dan saya juga tidak mengenali kalian. Tapi apa yang ingin saya sampaikan ini saya yakin dan percaya ia melibatkan kalian juga. Pernahkah kalian bercanggah pendapat dalam urusan agama? atau pun urusan lain sekalipun, tapi bercanggah dalam urusan yang baik. Kalau dalam urusan yang tidak baik, ia tidak ada kena mengena dengan tulisan saya kali ini.

Saya lebih fokus dalam urusan agama agar lebih terarah apakah yang ingin saya sampaikan. ok, begini. Bayang; Kalian merupakan seorang individu yang bergiat aktif dalam urusan dakwah di tempat kalian. Dengan berpayung di bawah persatuan agama, kalian giat menjalankan dakwah. Sehingga pada satu ketika, kalian mempunyai pendapat yang agak 'luar biasa' tidak seperti kebiasaan yang dilaksanakan oleh senior-senior. Maka tercetuslah sedikit perbalahan dan percanggahan di kalangan ahli persatuan untuk menyatakan bahawa tindakan kalian salah. Kalian dengan hujah kalian manakala sahabat ahli dengan hujahnya. Jika dilihat dengan pandangan mata kasar, kedua-duanya ada manfaat untuk ISLAM. Sahabat ahli asyik kata pendapat kalian salah. Ketika itu apa kalian rasa? Marah ke? Bengang ke?

Dalam Islam, khilaf di antara Ulama' sering sahaja berlaku. Sejak zaman selepas kewafatan Baginda Nabi lagi ulama' banyak bercanggah pendapat. Namun begitu, percanggahan itu bukannya menjadi kesalahan pun sekiranya kedua-dua mereka berhujah dengan menggunakan hujah yang kuat dan kukuh. Nabi sememangnya Manusia yang terpilih. Baginda sudah boleh menjangka, selepas pemergian baginda, umat pasti ada percanggahan pendapat. Sebab itu awal-awal lagi Nabi bersabda yang bermaksud setiap khilaf (percanggahan yang baik) itu rahmat. Ini menunjukkan bahawa Ilmu ISLAM itu sangat luas sehingga hal kecil pun akan berlaku perbincangan yang mendalam. Dan hal itu pasti akan tercetusnya khilaf di antara golongan yang alim akan hal tersebut (contohnya Ulama'...kalau Juhala'@ org jahil tak payah nak bajet isu khilaf la)

itulah sedikit perkongsian saya berkenaan dengan Khilaf dalam perbincangan. Mana-mana sahaja pasti akan berlaku percanggahan pendapat. Mungkin Ahmad kata A, Ali kata B. Biasalah tuh. Sebab itulah setiap perbincangan perlu diperhalusi dengan lebih jelas. Semua dalam dunia ini ada pasangan. Ada lelaki ada perempuan. Ada benar ada salah. Kalau dua-dua pihak benar sekalipun tetap ada pasangan; satu manfaat besar,satu lagi manfaatnya kecil. Semuanya pasti ada pasangan kerana semuanya MAKHLUK kecuali ALLAH Taala sahaja AL-KHALIQ. Yang membawa maksud MAHA PENCIPTA.

Saya undur diri dahulu untuk perbincangan dan perkongsian yang akan datang. Wallahu A'lam. WASSALAMUALAIKUM.

2 comments:

  1. salam.rasa mcm post ni dtujukan pada saya.sy mohon maaf atas segala pendapat sy yg salah.mgkin sy tak dpt fahami situasi di luar kelompok saya.maaf sekali lg.salam

    ReplyDelete
  2. eh, jgn salah faham...sy mmg nak tulis hal ini berkaitan dgn pergerakan persatuan islam ditempat sy. sehinggakan ada di antara mereka-mereka digantung x bertali...maaf tau...xde niat tuju pd anda...

    ReplyDelete