Friday, March 26, 2010

di mana kanku cari sakinah......

Assalamualaikum.....

Tajuk entry saya kali ini 'di mana kanku cari sakinah'....untuk pengetahuan semua, sakinah yang dimaksudkan di sini adalah ketenangan. Sakinah berasal daripada perkataan bahasa arab. Oleh itu, tiada berkaitan dengan insan yang bernama 'SAKINAH' dan sebagainya. ^_^

Saya sangat gemar melayari laman Facebook apabila di masa lapang. Dan kadangkala, saya lupa nak sign out daripada terus online di Facebook. Pernah sekali ada seorang kenalan bertanya adakah seharian saya duduk depan laptop layan facebook saja. Maka saya menjelaskan kepada beliau saya memang jenis lupa nak signout. Online menggunakan laptop sendiri tidak sama dengan online di kafe cyber.

Ok lah. Introduction yang agak panjang barangkali membosankan para pembaca sekalian. Apabila kita memulakan sesuatu interaksi sesama manusia, perkara paling asas kita perlu jaga adalah perasaan orang lain. Kalau kita tak mahu jaga perasaan orang lain. Maka jawabnya interaksi la dengan dinding ke tembok ke. Tapi nanti orang kata gila pulak kan? apa-apa aja jawapan orang, jadilah diri kita sendiri.

Kembali kepada tujuan saya menulis entry kali ini. Saya terasa semakin jauh dan sunyi sekali. Jiwa tidak tenang. Banyak memikirkan hal-hal dunia, yang berkaitan dengan pelajaran, kawan-kawan, dan kadang-kadang saya lupa nak fikirkan diri sendiri (bukan mempromote diri...maaf).

Mungkin kerana kekacauan yang mengganggu sedikit sebanyak mengganggu urusan ibadah saya kepada RABB~. Kita semua sudah sedia maklum, ketenangan hanya milik ALLAH Taala. Pabila DIA menginginkan ketenangan buat hambaNYA, maka DIA akan memberinya juga. Itulah ketenangan sebenar yang saya mahukan. Sudah lama mencari dimanakah kamu wahai sakinah. AL-QURAN adalah Kalam ALLAH yang MAHA AGUNG. Dengan membacanya nescaya kita akan beroleh ketenangan. Namun jiwa kotor serta sarat dengan maksiat menyebabkan tiada daya tarikan untuk membaca Al-Quran.

Di dalam Al-Quran, ALLAH ada menyebutkan ayat yang berbunyi;
"DENGAN MENGINGATI ALLAH HATIKAN TENANG".

Namun kenapa saya (dan mungkin juga kalian) tidak mengendahkan Firman ALLAH Taala itu. Bukan hiburan yang menenangkan. Muzik yang kuat apatah lagi. Semua itu tidak mendatangkan faedah apa-apa. Mungkin Nafsu mengatakan itu tenang, maka kita juga mengiyakan bahawa itu memberikan ketenangan walhal tidak.

Mungkin entry ini lebih menceritakan luahan hati saya. Apa yang sedang saya alami. Namun, sahabat sekalian mungkin boleh mengambil pengajaran. Ketenangan itu milik ALLAH. Saya timbulkan persoalan dan saya sendiri menjawabnya. Mudah-mudahan jawapan yang terbit dari isi hati saya ini boleh dijadikan pedoman buat diri saya dan juga seluruh pembaca.

Ingatlah sahabat-sahabat, hidup kita sangat singkat. Kalian semua faham apa yang dikatakan singkat itu. Ibaratnya boleh dikatakan seperti ini. Lahirnya kita disambut dengan azan, matinya kita diiringi dengan solat. Alangkah singkatnya jarak masa di antara azan dan solat itu. Begitulah singkatnya masa kita menetap di atas muka bumi ALLAH ini.

Nasihat saya buat semua. Jadilah diri anda sendiri. Setiap manusia inginkan kebaikan. Jika terasa diri tidak baik, maka berubahlah menjadi baik. Tapi perlu diingat, kebaikan itu bertepatan dengan diri anda. Jangan terlampau drastik memaksa perubahan itu. Jangan berubah 360 darjah kerana perubahan itu akan mengembalikan anda pada kedudukan anda yang asal. Juga jangan berubah 180 darjah kerana kelak anda pasti tidak sedar diri kerana membelakangi diri anda yang asal. Jika nak berubah, lakukan perubahan selain dari kedua-dua darjah tersebut. Jangan jadi insan yang paling malang dengan tidak melakukan perubahan langsung. Wallahu a'lam.

2 comments:

  1. Bila baca entri ni,Saya teringat apa yang berlaku pada diri saya.Dulu saya selalu juga membaca Al-Quran.Kalau nak menghafal,senang je nak ingat(inilah perkara yang paling saya suka).Ketenangan sentiasa ada.Tapi sekarang, dah jarang membaca Al-Quran dan menghafal pun lambat nak ingat.Beza dulu dengan sekarang,ketenangan yang dirasa tidak seperti dulu.jiwa pun selalu resah.Bila dengar muzik yang berunsurkan ketuhanan,saya akan menangis.Saya dah xseperti dulu.Macam mana saya nak jadi balik macam dulu? :(
    Mungkin saya juga terlalu memikirkan hal dunia.Saya cuba mencari ketenangan tu kembali.Namun, saya masih sukar untuk mmenemukannya.Saya sangat sedih.Ya Allah,hamba-Mu ini semakin jauh dari-Mu. :(

    ReplyDelete
  2. terima kasih sudi respon
    mgkin ini jgk la yg sedang berlaku pd diri sy
    sama2 kita berdoa diberikan petunjuk oleh ALLAH
    Taala....hidup x lama....fitnah dunia plak semakin menjadi-jadi...takut plak rasanya...
    namun Yakin PAda ALLAH the best solution.insyaALLAH

    ReplyDelete