Monday, March 22, 2010

apakah itu.....

Sekadar ingin mencoretkan rasa hati. Ini sekadar pendapat. Terpulang pada kalian yang membaca samada untuk menerima atau menolaknya. Namun, barangkali coretan saya ini kalian boleh fikirkan walaupun hanya untuk seketika sahaja.

Saya ingin sekali mencoret blog saya yang sudah kembali bersarang dek kerana kepadatan masa dan kesibukan untuk meng'update'nya. Di sini sukalah saya menulis berkaitan JODOH.

Golongan muda-mudi sangat gemar bercakap perihal JODOH. Begitu juga saya yang masih awal 20-an ini. Kita sering menyangka kita mampu menentukan JODOH kita. Betul tak? Kononnya kita berusaha mencari pilihan hati kita pada masa sebelum perkahwinan kononnya untuk mengenali hati budi masing-masing. Betul kan? Tapi kita terlupa pada siapa sebenarnya kita perlu bergantung harap. Siapa lagi kalau bukan pada ALLAH YANG MAHA KUASA. Kepada-NYA sahajalah kita perlu berharap. Kerana sesungguhnya terbentuknya sebuah keluarga Muslim semua dibawah keredhaan-NYA.

Sedar atau tidak sedar, ada di antara kita yang mengambil langkah awal mendahului istikharah dan tawakal kepada ALLAH berkaitan dengan memilih jodoh. Kerana apa? Kerana golongan-golongan tersebut mungkin menyangka bahawa mereka yang berhak menentukan jodoh mereka sendiri. Maafkan saya. Saya tidak berniat menuding jari menuduh mana-mana individu sebaliknya coretan saya ini juga khas saya tujukan untuk muhasabah diri saya sendiri.

Ada di kalangan muda-mudi zaman kini mengambil langkah tergesa-gesa mencari pasangan kerana mereka beranggapan jika terlambat, maka terlepaslah calon pilihannya itu. Mereka bertindak tanpa melaksanakan istikharah memohon doa kepada ALLAH adakah calon yang dipilih itu adakah sebenar-benarnya jodoh mereka. Kebiasaan mereka akan melafazkan ucapan Cinta yang diungkap melalui lisan dan dipenuhi dengan janji-janji. Janji yang terarah ke gerbang perkahwinan adalah lebih baik daripada janji-janji palsu. Ayat ini macam pelik bukan?

Saya bawakan satu situasi di mana perkara ini pernah berlaku di kalangan kawan saya juga. (Kawan umpama cermin. Berhati-hati memilih kawan). Mereka (lelaki dan perempuan) melafazkan ungkapan Cinta kononnya mahu sehidup semati. Namun apabila bicarakan tentang perkahwinan, mereka akan mengatakan 'UMUR MASIH MUDA', 'BELUM MASANYA LAGI', dan yang lagi teruk ada yang memberi jawapan, 'AKU PUN TAK PASTI AKU AKAN KAHWIN DENGAN SI DIA ATAU PUN TIDAK'. Wah, bestnya jawapan. Nak bercinta bukan main tapi cinta yang tidak terarah.

Cinta itu berkaitan hati. Ianya fitrah. Namun jangan membiarkan ia menjadi fitnah. Jodoh itu ditentukan oleh ALLAH. Memang benar kita perlu berusaha, namun setelah berdoa kepada ALLAH. ALLAH jualah yang memberikan rumahtangga seseorang itu diberkati. Apabila diberkati sudah tentu rumahtangga itu akan selamat dan aman. Bukanlah menjadi perkara yang paling penting memikirkan siapa yang bakal kita kahwini sebaliknya kepentingan yang utama adalah memikirkan siapakah yang akan menjadi ibu @ bapa kepada anak yang bakal kita wariskan kelak.

Sekadar nasihat buat semua. Cuba anda bayangkan diri anda 'pasangan yang anda minati'. Adakah anda akan BERNIKAH dengan individu yang berperangai seperti anda sekarang? Jika tidak, maka berubahlah menjadi lebih baik agar kelak pasangan anda berbangga memiliki anda.

Sekadar rujukan buat lelaki dan wanita

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:

“Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

*Untuk wanita juga. Pilihlah pasangan anda individu yang beragama.

**Perihal individu beragama.

Individu beragama tidak semestinya bekas pelajar sekolah agama. Apaguna kalau bekas pelajar sekolah agama tapi tidak berpewatakan seperti pelajar sekolah agama. Individu beragama juga tidak semestinya bagi mereka yang mengambil jurusan agama sahaja. Sebaliknya yang dimaksudkan individu beragama adalah orang yang bukan sahaja berilmu malah yang paling penting mahu mengamalkan agama di dalam kehidupannya. Wallahu a'lam

7 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Sedikit komen umum sahaja. Bagus post yg berbentuk tazkirah ini saya kira.Sangat menarik dan dekat dengan remaja.Sememangnya isu ini begitu hebat diperbualkan dalam kalangan remaja hari ni. Especially y umurnya lingkungan awal 20-an, termasuklah yang berumur 18 tahun.Pernah saya terbaca dalam satu blog..kata2 yang begitu bermakna dan sememangnya amat mendalam isinya..
    "Kita berkahwin dgn orang yang telah dijodohkan buat kita,bukan dengan pasangan yang kita cintai.Jika kita mendahulukan cinta,maka bermuhasabahlah,kerana tiada cinta sebelum perkahwinan"
    Konsepnya mudah, bercinta tidak semestinya berakhir dengan dijodohkan,namun,jodoh itu pasti bersamanya sebuah rasa cinta,InsyaAllah.
    Kita hanya perlu yakin.Usaha itu perlu dan bersamanya tawakkal.Wallahu A'lam...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Setuju!
    Moga istiqamah..Hidup biar beragama.

    ReplyDelete
  3. "Ya Allah Ya Tuhanku...janganlah Engkau bukakan hatiku andai belum tiba waktunya...dan telah sampai waktunya, janganlah Engkau bukakannya pada yang bukan haknya"

    ReplyDelete
  4. syukran lakuum
    inni akhofullah....wa tawakkalu a'lallah

    ReplyDelete
  5. Salam..
    thnx utk post ini..
    Mungkin selama ini saya xpasti apa yg d cari dlm sebuah perhubungan..
    InsyaAllah,skrg dh mula fhm..
    Teruskan menulis utk muhasabah diri & juga org lain..
    ^_^

    ReplyDelete
  6. salam..
    saya tambah sedikit komen di atas..saya berharap blogger ni dapat update selalu blog untuk manfaat bersama. wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas sokongan anda semua

    ReplyDelete