Monday, March 8, 2010

tak sedar diri....

Assalamualaikum....

Kali ini saya ingin menyentuh hakikat kejadian manusia yang kian leka dan alpa. 'MANUSIA' berasal daripada 'NASIYA' yang bermaksud PELUPA. Sememangnya manusia itu pelupa. Manusia itu alpa. Manusia itu tak sedar diri. Manusia itu tidak tahu bersyukur.
Manusia itu zalim.

Sebelum tu, suka saya untuk berkongsi sedikit ilmu. Dalil daripada AL-Quran ; "SESUNGGUHNYA KAMI MENCIPTAKAN MANUSIA DENGAN SEBAIK-BAIK CIPTAAN". Allah menyebutkan dalam Al-Quran bahawasanya manusia ni sebaik-baik ciptaan. Manusia dikurniakan dua perkara iaitu NAFSU dan AQAL. Kerana itulah manusia dikatakan sebaik-baik ciptaan apabila manusia itu dapat mengawal hawa nafsu menggunakan aqal kurniaan ALLAH TAALA. Tapi realiti yang berlaku, manusia lebih bertuhankan nafsu berbanding mengawal nafsu mengikut acuan syar'ie.

Dalil lain yang terdapat di dalam Al-Quran; "MAKA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU GOPOH (A'JULA)". Dalil Al-Quran totally benar. ALLAH TAALA menyatakan bahawa manusia ini sifatnya gopoh. Tanpa mengira usia, manusia tetap gopoh. Begitu cepat membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Tindakan yang dilakukan kebanyakannya tidak rasional. Itulah manusia. Gopoh gapah tanpa berfikir berlandaskan IMAN dan TAQWA. Sebab kegopohan manusia itulah manusia sanggup mengambil keputusan gila dengan kesudian untuk menjadi khalifah mukabumi. Sila rujuk Surah Al-AHZAB ayat 72 di mana pengertian di situ ALLAH mengutuk bahawa manusia ni sanggup menzalimi diri sendiri dengan kejahilan mereka. Sanggup menerima amanah untuk menjadi khalifah di muka bumi. Walhal gunung-ganang serta yang lain semuanya tidak sanggup.

Begitulah antara sedikit sebanyak yang telah diceritakan oleh ALLAH TAALA di dalam Al-Quran. Tapi masih ada lagi manusia yang tak sedar diri. Manusia bongkak dengan kecantikan diri sendiri. Manusia angkuh dengan ketampanan diri sendiri. Manusia berlagak dengan harta mereka. Manusia berbangga dengan kebolehan diri sendiri. Padahal semua itu tidak kekal. ALLAH tak akan pandang sedikit pun semua tu. Kalaulah ALLAH memandang dunia ini, nescaya ALLAH tidak akan mengurniakan sedikiti pun nikmat kepada orang kafir. Sama-samalah muhasabah diri sendiri. Kata ulama' (Ibn HIsyam seingat saya), manusia ini adalah 'HAYAWUN NATIQUN' (haiwan yang pandai berkata-kata). Bezanya manusia ada aqal boleh berfikir. Tapi kalau x berfikir, manusia lebih sesat daripada haiwan (*ada dalil di dalam Al-Quran).

Cukup-cukuplah wahai manusia. Jangan berbangga dengan kemewahan yang sementara. Jangan berlagak. Esok lusa mati juga. Wallahu a'lam.

1 comment:

  1. Salam..penuh emosi la entry ni..i agree wif every single word dat u published

    ReplyDelete