Tuesday, March 30, 2010

lirik nasyid....

Assalamualaikum...sekadar menambah lirik nasyid "permata yang dicari"...smoga menjadi pedoman untuk semua

Permata Yang Dicari
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com



Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Lagu : Fahmi (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)
Lirik : Nurul Uyun Abdul Aziz (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)

Monday, March 29, 2010

tiada tajuk...

Assalamualaikum....

Terdetik di hati kecil saya untuk meng'update' blog dengan tulisan yang baru. Mungkin barangkali minat saya dalam menulis memupuk minat untuk menambah entry-entry baru. Walaupun mungkin ada di antara para pembaca berasa bosan dengan tulisan ini, tak mengapa. Inilah diri saya. Cuba memperbaiki diri menjadi lebih baik daripada sebelumnya, AMIN.

Pertama sekali saya ingin membicarakan tentang percanggahan pendapat di kalangan kita semua. Mungkin kalian tidak mengenali saya dan saya juga tidak mengenali kalian. Tapi apa yang ingin saya sampaikan ini saya yakin dan percaya ia melibatkan kalian juga. Pernahkah kalian bercanggah pendapat dalam urusan agama? atau pun urusan lain sekalipun, tapi bercanggah dalam urusan yang baik. Kalau dalam urusan yang tidak baik, ia tidak ada kena mengena dengan tulisan saya kali ini.

Saya lebih fokus dalam urusan agama agar lebih terarah apakah yang ingin saya sampaikan. ok, begini. Bayang; Kalian merupakan seorang individu yang bergiat aktif dalam urusan dakwah di tempat kalian. Dengan berpayung di bawah persatuan agama, kalian giat menjalankan dakwah. Sehingga pada satu ketika, kalian mempunyai pendapat yang agak 'luar biasa' tidak seperti kebiasaan yang dilaksanakan oleh senior-senior. Maka tercetuslah sedikit perbalahan dan percanggahan di kalangan ahli persatuan untuk menyatakan bahawa tindakan kalian salah. Kalian dengan hujah kalian manakala sahabat ahli dengan hujahnya. Jika dilihat dengan pandangan mata kasar, kedua-duanya ada manfaat untuk ISLAM. Sahabat ahli asyik kata pendapat kalian salah. Ketika itu apa kalian rasa? Marah ke? Bengang ke?

Dalam Islam, khilaf di antara Ulama' sering sahaja berlaku. Sejak zaman selepas kewafatan Baginda Nabi lagi ulama' banyak bercanggah pendapat. Namun begitu, percanggahan itu bukannya menjadi kesalahan pun sekiranya kedua-dua mereka berhujah dengan menggunakan hujah yang kuat dan kukuh. Nabi sememangnya Manusia yang terpilih. Baginda sudah boleh menjangka, selepas pemergian baginda, umat pasti ada percanggahan pendapat. Sebab itu awal-awal lagi Nabi bersabda yang bermaksud setiap khilaf (percanggahan yang baik) itu rahmat. Ini menunjukkan bahawa Ilmu ISLAM itu sangat luas sehingga hal kecil pun akan berlaku perbincangan yang mendalam. Dan hal itu pasti akan tercetusnya khilaf di antara golongan yang alim akan hal tersebut (contohnya Ulama'...kalau Juhala'@ org jahil tak payah nak bajet isu khilaf la)

itulah sedikit perkongsian saya berkenaan dengan Khilaf dalam perbincangan. Mana-mana sahaja pasti akan berlaku percanggahan pendapat. Mungkin Ahmad kata A, Ali kata B. Biasalah tuh. Sebab itulah setiap perbincangan perlu diperhalusi dengan lebih jelas. Semua dalam dunia ini ada pasangan. Ada lelaki ada perempuan. Ada benar ada salah. Kalau dua-dua pihak benar sekalipun tetap ada pasangan; satu manfaat besar,satu lagi manfaatnya kecil. Semuanya pasti ada pasangan kerana semuanya MAKHLUK kecuali ALLAH Taala sahaja AL-KHALIQ. Yang membawa maksud MAHA PENCIPTA.

Saya undur diri dahulu untuk perbincangan dan perkongsian yang akan datang. Wallahu A'lam. WASSALAMUALAIKUM.

Friday, March 26, 2010

di mana kanku cari sakinah......

Assalamualaikum.....

Tajuk entry saya kali ini 'di mana kanku cari sakinah'....untuk pengetahuan semua, sakinah yang dimaksudkan di sini adalah ketenangan. Sakinah berasal daripada perkataan bahasa arab. Oleh itu, tiada berkaitan dengan insan yang bernama 'SAKINAH' dan sebagainya. ^_^

Saya sangat gemar melayari laman Facebook apabila di masa lapang. Dan kadangkala, saya lupa nak sign out daripada terus online di Facebook. Pernah sekali ada seorang kenalan bertanya adakah seharian saya duduk depan laptop layan facebook saja. Maka saya menjelaskan kepada beliau saya memang jenis lupa nak signout. Online menggunakan laptop sendiri tidak sama dengan online di kafe cyber.

Ok lah. Introduction yang agak panjang barangkali membosankan para pembaca sekalian. Apabila kita memulakan sesuatu interaksi sesama manusia, perkara paling asas kita perlu jaga adalah perasaan orang lain. Kalau kita tak mahu jaga perasaan orang lain. Maka jawabnya interaksi la dengan dinding ke tembok ke. Tapi nanti orang kata gila pulak kan? apa-apa aja jawapan orang, jadilah diri kita sendiri.

Kembali kepada tujuan saya menulis entry kali ini. Saya terasa semakin jauh dan sunyi sekali. Jiwa tidak tenang. Banyak memikirkan hal-hal dunia, yang berkaitan dengan pelajaran, kawan-kawan, dan kadang-kadang saya lupa nak fikirkan diri sendiri (bukan mempromote diri...maaf).

Mungkin kerana kekacauan yang mengganggu sedikit sebanyak mengganggu urusan ibadah saya kepada RABB~. Kita semua sudah sedia maklum, ketenangan hanya milik ALLAH Taala. Pabila DIA menginginkan ketenangan buat hambaNYA, maka DIA akan memberinya juga. Itulah ketenangan sebenar yang saya mahukan. Sudah lama mencari dimanakah kamu wahai sakinah. AL-QURAN adalah Kalam ALLAH yang MAHA AGUNG. Dengan membacanya nescaya kita akan beroleh ketenangan. Namun jiwa kotor serta sarat dengan maksiat menyebabkan tiada daya tarikan untuk membaca Al-Quran.

Di dalam Al-Quran, ALLAH ada menyebutkan ayat yang berbunyi;
"DENGAN MENGINGATI ALLAH HATIKAN TENANG".

Namun kenapa saya (dan mungkin juga kalian) tidak mengendahkan Firman ALLAH Taala itu. Bukan hiburan yang menenangkan. Muzik yang kuat apatah lagi. Semua itu tidak mendatangkan faedah apa-apa. Mungkin Nafsu mengatakan itu tenang, maka kita juga mengiyakan bahawa itu memberikan ketenangan walhal tidak.

Mungkin entry ini lebih menceritakan luahan hati saya. Apa yang sedang saya alami. Namun, sahabat sekalian mungkin boleh mengambil pengajaran. Ketenangan itu milik ALLAH. Saya timbulkan persoalan dan saya sendiri menjawabnya. Mudah-mudahan jawapan yang terbit dari isi hati saya ini boleh dijadikan pedoman buat diri saya dan juga seluruh pembaca.

Ingatlah sahabat-sahabat, hidup kita sangat singkat. Kalian semua faham apa yang dikatakan singkat itu. Ibaratnya boleh dikatakan seperti ini. Lahirnya kita disambut dengan azan, matinya kita diiringi dengan solat. Alangkah singkatnya jarak masa di antara azan dan solat itu. Begitulah singkatnya masa kita menetap di atas muka bumi ALLAH ini.

Nasihat saya buat semua. Jadilah diri anda sendiri. Setiap manusia inginkan kebaikan. Jika terasa diri tidak baik, maka berubahlah menjadi baik. Tapi perlu diingat, kebaikan itu bertepatan dengan diri anda. Jangan terlampau drastik memaksa perubahan itu. Jangan berubah 360 darjah kerana perubahan itu akan mengembalikan anda pada kedudukan anda yang asal. Juga jangan berubah 180 darjah kerana kelak anda pasti tidak sedar diri kerana membelakangi diri anda yang asal. Jika nak berubah, lakukan perubahan selain dari kedua-dua darjah tersebut. Jangan jadi insan yang paling malang dengan tidak melakukan perubahan langsung. Wallahu a'lam.

Monday, March 22, 2010

apakah itu.....

Sekadar ingin mencoretkan rasa hati. Ini sekadar pendapat. Terpulang pada kalian yang membaca samada untuk menerima atau menolaknya. Namun, barangkali coretan saya ini kalian boleh fikirkan walaupun hanya untuk seketika sahaja.

Saya ingin sekali mencoret blog saya yang sudah kembali bersarang dek kerana kepadatan masa dan kesibukan untuk meng'update'nya. Di sini sukalah saya menulis berkaitan JODOH.

Golongan muda-mudi sangat gemar bercakap perihal JODOH. Begitu juga saya yang masih awal 20-an ini. Kita sering menyangka kita mampu menentukan JODOH kita. Betul tak? Kononnya kita berusaha mencari pilihan hati kita pada masa sebelum perkahwinan kononnya untuk mengenali hati budi masing-masing. Betul kan? Tapi kita terlupa pada siapa sebenarnya kita perlu bergantung harap. Siapa lagi kalau bukan pada ALLAH YANG MAHA KUASA. Kepada-NYA sahajalah kita perlu berharap. Kerana sesungguhnya terbentuknya sebuah keluarga Muslim semua dibawah keredhaan-NYA.

Sedar atau tidak sedar, ada di antara kita yang mengambil langkah awal mendahului istikharah dan tawakal kepada ALLAH berkaitan dengan memilih jodoh. Kerana apa? Kerana golongan-golongan tersebut mungkin menyangka bahawa mereka yang berhak menentukan jodoh mereka sendiri. Maafkan saya. Saya tidak berniat menuding jari menuduh mana-mana individu sebaliknya coretan saya ini juga khas saya tujukan untuk muhasabah diri saya sendiri.

Ada di kalangan muda-mudi zaman kini mengambil langkah tergesa-gesa mencari pasangan kerana mereka beranggapan jika terlambat, maka terlepaslah calon pilihannya itu. Mereka bertindak tanpa melaksanakan istikharah memohon doa kepada ALLAH adakah calon yang dipilih itu adakah sebenar-benarnya jodoh mereka. Kebiasaan mereka akan melafazkan ucapan Cinta yang diungkap melalui lisan dan dipenuhi dengan janji-janji. Janji yang terarah ke gerbang perkahwinan adalah lebih baik daripada janji-janji palsu. Ayat ini macam pelik bukan?

Saya bawakan satu situasi di mana perkara ini pernah berlaku di kalangan kawan saya juga. (Kawan umpama cermin. Berhati-hati memilih kawan). Mereka (lelaki dan perempuan) melafazkan ungkapan Cinta kononnya mahu sehidup semati. Namun apabila bicarakan tentang perkahwinan, mereka akan mengatakan 'UMUR MASIH MUDA', 'BELUM MASANYA LAGI', dan yang lagi teruk ada yang memberi jawapan, 'AKU PUN TAK PASTI AKU AKAN KAHWIN DENGAN SI DIA ATAU PUN TIDAK'. Wah, bestnya jawapan. Nak bercinta bukan main tapi cinta yang tidak terarah.

Cinta itu berkaitan hati. Ianya fitrah. Namun jangan membiarkan ia menjadi fitnah. Jodoh itu ditentukan oleh ALLAH. Memang benar kita perlu berusaha, namun setelah berdoa kepada ALLAH. ALLAH jualah yang memberikan rumahtangga seseorang itu diberkati. Apabila diberkati sudah tentu rumahtangga itu akan selamat dan aman. Bukanlah menjadi perkara yang paling penting memikirkan siapa yang bakal kita kahwini sebaliknya kepentingan yang utama adalah memikirkan siapakah yang akan menjadi ibu @ bapa kepada anak yang bakal kita wariskan kelak.

Sekadar nasihat buat semua. Cuba anda bayangkan diri anda 'pasangan yang anda minati'. Adakah anda akan BERNIKAH dengan individu yang berperangai seperti anda sekarang? Jika tidak, maka berubahlah menjadi lebih baik agar kelak pasangan anda berbangga memiliki anda.

Sekadar rujukan buat lelaki dan wanita

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:

“Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

*Untuk wanita juga. Pilihlah pasangan anda individu yang beragama.

**Perihal individu beragama.

Individu beragama tidak semestinya bekas pelajar sekolah agama. Apaguna kalau bekas pelajar sekolah agama tapi tidak berpewatakan seperti pelajar sekolah agama. Individu beragama juga tidak semestinya bagi mereka yang mengambil jurusan agama sahaja. Sebaliknya yang dimaksudkan individu beragama adalah orang yang bukan sahaja berilmu malah yang paling penting mahu mengamalkan agama di dalam kehidupannya. Wallahu a'lam

Monday, March 8, 2010

tak sedar diri....

Assalamualaikum....

Kali ini saya ingin menyentuh hakikat kejadian manusia yang kian leka dan alpa. 'MANUSIA' berasal daripada 'NASIYA' yang bermaksud PELUPA. Sememangnya manusia itu pelupa. Manusia itu alpa. Manusia itu tak sedar diri. Manusia itu tidak tahu bersyukur.
Manusia itu zalim.

Sebelum tu, suka saya untuk berkongsi sedikit ilmu. Dalil daripada AL-Quran ; "SESUNGGUHNYA KAMI MENCIPTAKAN MANUSIA DENGAN SEBAIK-BAIK CIPTAAN". Allah menyebutkan dalam Al-Quran bahawasanya manusia ni sebaik-baik ciptaan. Manusia dikurniakan dua perkara iaitu NAFSU dan AQAL. Kerana itulah manusia dikatakan sebaik-baik ciptaan apabila manusia itu dapat mengawal hawa nafsu menggunakan aqal kurniaan ALLAH TAALA. Tapi realiti yang berlaku, manusia lebih bertuhankan nafsu berbanding mengawal nafsu mengikut acuan syar'ie.

Dalil lain yang terdapat di dalam Al-Quran; "MAKA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU GOPOH (A'JULA)". Dalil Al-Quran totally benar. ALLAH TAALA menyatakan bahawa manusia ini sifatnya gopoh. Tanpa mengira usia, manusia tetap gopoh. Begitu cepat membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Tindakan yang dilakukan kebanyakannya tidak rasional. Itulah manusia. Gopoh gapah tanpa berfikir berlandaskan IMAN dan TAQWA. Sebab kegopohan manusia itulah manusia sanggup mengambil keputusan gila dengan kesudian untuk menjadi khalifah mukabumi. Sila rujuk Surah Al-AHZAB ayat 72 di mana pengertian di situ ALLAH mengutuk bahawa manusia ni sanggup menzalimi diri sendiri dengan kejahilan mereka. Sanggup menerima amanah untuk menjadi khalifah di muka bumi. Walhal gunung-ganang serta yang lain semuanya tidak sanggup.

Begitulah antara sedikit sebanyak yang telah diceritakan oleh ALLAH TAALA di dalam Al-Quran. Tapi masih ada lagi manusia yang tak sedar diri. Manusia bongkak dengan kecantikan diri sendiri. Manusia angkuh dengan ketampanan diri sendiri. Manusia berlagak dengan harta mereka. Manusia berbangga dengan kebolehan diri sendiri. Padahal semua itu tidak kekal. ALLAH tak akan pandang sedikit pun semua tu. Kalaulah ALLAH memandang dunia ini, nescaya ALLAH tidak akan mengurniakan sedikiti pun nikmat kepada orang kafir. Sama-samalah muhasabah diri sendiri. Kata ulama' (Ibn HIsyam seingat saya), manusia ini adalah 'HAYAWUN NATIQUN' (haiwan yang pandai berkata-kata). Bezanya manusia ada aqal boleh berfikir. Tapi kalau x berfikir, manusia lebih sesat daripada haiwan (*ada dalil di dalam Al-Quran).

Cukup-cukuplah wahai manusia. Jangan berbangga dengan kemewahan yang sementara. Jangan berlagak. Esok lusa mati juga. Wallahu a'lam.

Tuesday, March 2, 2010

ANALISA.........[MUHASABAH]

“ANALISA...siapa kita”
>>KITA MENGAKU ADANYA TUHAN, TAPI LARANGAN TETAP DILAKUKAN.
>>ADA MALAIKAT KIRI DAN KANAN, TIDAK DIENDAH AKAN KEHADIRAN.
>>PERCAYA RASUL DAN PARA NABI, SUNNAH MEREKA TIDAK DITURUTI .
>>QURAN DIBACA TIADA PENGHAYATAN, INTIPATINYA TAK DIAMALKAN
>>HIDUP AKHIRAT ENGKAU YAKINI, MASIH MENGEJAR NIKMAT DUNIAWI
>>QADA’ DAN QADAR TELAH DITENTUKAN, DITIMPA MUSIBAH HILANG REDHA DAN KESABARAN

Itu adalah sedikit sebanyak rangkap daripada lagu nasyid yang bertajuk analisa nyanyian Shoutul Amal. Kalau kita dengar dengan penuh perasaan, saya yakin dan percaya sedikit sebanyak diri kita pasti termuhasabah dek nasihat daripada kumpulan nasyid itu.

Bukan niat saya untuk rekemen kan lagu itu. Tapi sekadar berkongsi agar kita sentiasa muhasabah diri kita. Analisa diri kita......siapa kita sebenarnya? Saya juga bukanlah baik sangat nak nasihat orang, tapi sudah kewajipan saya bergelar MUSLIM untuk saling memperingati sesama manusia.

Tersentuh disudut hati ini untuk memberi respon kepada muka hadapan surat khabar metro bertarikh 3 Mac 2010. “USTAZAH LEMAS”.link di sini Alahai Ustazah, kenapa jadi macam ni?. Memang la tak semua manusia perfect!. Setiap orang pasti ada melakukan kesilapan. Tapi bila mengaibkan nama sang Ustazah saya terasa sangat sedih. Akhir zaman. Macam-macam boleh berlaku.

Isu buang anak juga satu hal akhir zaman yang sangat menyedihkan. Ishk3... Sekarang kita kena percaya dan berwaspada dengan situasi sekarang. Inilah akhir zaman yang pernah disebut oleh Baginda Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam dahulu. Berkaitan couple satu hal yang sangat mudharat. Semuanya bermula dengan ungkapan “Hye, boleh berkenalan?”. Saya tak berhajat nak berceloteh atau berkongsi hal-hal couple ini. Tapi mungkin kalian boleh baca blog ini.klik di sini

Entah lah, tak ada idea. Tinta sedang 'lembab'. Muhasabah lah diri kita semula. Saya pun baru ditegur oleh seorang sahabat agar memuhasabah diri balik. Dah makin lagha barangkali. Sesungguhnya hidup kita tak lama pun. Bila-bila saja Allah akan panggil kita pulang ke pangkuan-NYA. Doakan agar kita semua tergolong dalam golongan orang yang beriman. Amin. Wallahu A’lam