Monday, October 17, 2011

"MAISARAH" hadir kepadaku?

Assalamualaikum....

Kali ini entry yg bakal kalian baca ini mungkin sedikit ke'gedik'an yg terlintas dari dalam diri saya...tp sy ingat semula...NAK SENYUM SORANG-SORANG pon ada....

sila teruskan bacaan anda,itu pon kalo anda mempunyai kelapangan masa dan tidak terikat dgn masa utk buat assignment....hadir meeting bagi mereka yg berpersatuan dan takde hal2 tertentu yg perlu dilaksanakan..

Akaun facebook saya "Ahmad Muzakkir (Tinta Biru)", pernah sekali tu saya update status....MENANTIKAN MAISARAH HADIR KEPADAKU.....then selepas beberapa minit...agak lama juga...al maklumlah....saya ni lelaki...bukannya perempuan (tambah2 bg mereka yg rupawan)...kalo perempuan update status je dlm beberapa saat akan ade je komen....or paling busuk pon like...then selepas stgh jam...berlambaklah komen utk status perempuan tersebut....

kembali pada status update saya ketika itu...ade la dua tiga org komen...."Wahhhh! muzakkir dah xsabar nk nikah!"......"wah, muzakkir dah ada calon!" and bla3~

di sini sy siapkan penjelasan...

ketika saya mengupdate status tersebut...bukanlah berniat utk mengatakan ke'tidaksabaran' utk menikah dan mendirikan rumahtangga...just suka2 selepas mendengar Sirah Nabi Muhammad SAW....yeah, sirah bukan suatu yg boleh dipandang rendah.....

Kerana kecantikan Akhlak yg Allah berikan kepada Baginda Nabi, telah menyebabkan insan mulia Saidatina Khadijah jatuh hati pada Nabi...pada ketika itu, Saidatina Khadijah merupakan 'bos' manakala Nabi pula adalah pekerja beliau.....kerana kesiqahan dalam diri beliau terhadap Nabi..maka beliau menghantar utusan LELAKI yang bernama MAISARAH untuk meminang Nabi....sudah menjadi ketetapan ALLAH, maka dua jiwa di satukan....mereka sah menjadi suami isteri....

Ada 2 point of view yg ingin sy bicarakan di sini:

1) Kerana terlalu respect dan kasihnya pada Nabi, sy tertanya pada diri...layakkah sy menerima layanan istimewa yg Allah berikan kepada Baginda sehingga ada wanita mulia yg jatuh hati pada Baginda dan melamar baginda....itu lah maksud MAISARAH yg sy update tuh....bukan wanita yg bernama MAISARAH....budi pekerti Nabi menyebabkan wanita mulia yg lamar Baginda..bukan sebaliknya...harap maklum....



2) Istilah PERIGI MENCARI TIMBA sebenarnya tidak benar sama sekali...jgn samakan wanita = perigi...dan lelaki = timba....sy x berani nak wat statement semberono, tp sedikit ulasan sy mengenai kata-kata perigi mencari timba...mgkin kata2 ini ingin menutup mata kita bahawasanya ini juga adalah sunnah...maka dgambrkan perigi mencari timba ni mcm satu perkara yg jelek! sehinggakan ramai wanita yg takut nk bertindak demikian....xde istilah perigi mencari timba....mungkin org2 tua dlu terbiasa dgn adat....namun jgn kita rigidkan diri dgn statement tersebut (buat wanita di luar sana....kalian juga ada perasaan...kalu dah suka mana2 lelaki...kalian juga boleh lamar mereka....namun biarlah dgn cara syarie....bkn cara terkutuk yg dibenci Allah)



Demikian adalah penerangan tntg status terdahulu
Wallahu a'lam......

2 comments:

  1. Kahwin awal ni bagus kan tapi ada juga yang tak setuju.. bagi pendapat saudara yang juga lelaki yang akan menjadi ketua keluarga kelak,adakah perkahwinan ketika masih belajar adalah sesuatu yang membebankan? dan hanya perempuan yang mungkin dianggap 'sempurna' dimata lelaki yang mungkin layak menanyakan khabar tentang lelaki itu?

    ReplyDelete
  2. x semestinya....sesiapa sahaja layak...Allah dah tentukan jodoh masing2...n yg penting setiap manusia ada perasaan....so perasaan fitrah yg dikurniakan Allah, jd x salah meluahkan kalu benar hati sudah suka

    ReplyDelete