Sunday, January 31, 2010

Pandai berkata-kata?....

Mulakan bicara dengan menyebut Nama ALLAH YANG MAHA AGUNG. ALLAHU AKBAR!

Saya tersentuh untuk berbicara tentang hakikat kita sebagai seorang daie. Mengapa dan kenapa, kita umat ISLAM sering mencari titik perbezaan di kalangan kita sesama Muslim. Alangkah ruginya kita. Walhal musuh Islam sudah bergerak lancar dengan usaha-usaha mereka untuk menjatuhkan ISLAM.

"ISLAM ITU TINGGI, DAN TIADA YANG LAGI TINGGI DARIPADA ISLAM"

Mungkin saya bukan lah orang yang selayaknya berbicara tentang dakwah. Namun, sebagai seorang Muslim, saya juga mempunyai hak untuk memberikan pendapat dan pandangan saya sendiri. Sesungguhnya ISLAM itu bukan milik golongan ustaz dan alim ulama' semata-mata. Sebaliknya ISLAM itu milik semua. Justeru itu, saya memohon maaf jika tersalah bicara. Maka tegurlah saya jika kalian kurang enak dengan ayat-ayat saya ini.

Tajuk "Pandai berkata-kata?" mungkin agak luar biasa bunyinya. Tapi ia ada kaitan dengan entry saya kali ini. Kenapa kita ni pandai berkata-kata, tapi tak pandai laksanakan apa yang kita perkatakan. Entah la, saya sendiri tiada jawapan yang paling tepat. Mungkin itu sifat manusia yang semulajadi.

Kita kata kita DAIE...benarkah kita daie?? Kita kata kita penegak agama ALLAH. Tapi sedarkah kita bahawa sebenarnya kita sendiri yang membawa fitnah kepada agama ALLAH? [Hal ini merujuk kepada orang-orang yang hina dina seperti saya]. Tapi kenapa yer?

"ISLAM TERBINA DI ATAS LIMA PERKARA ; MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH, MENDIRIKAN SOLAT, MENUNAIKAN ZAKAT, MELAKSANAKAN HAJI SERTA MENUNAIKAN PUASA DI BULAN RAMADHAN"

Dengan terlaksananya lima perkara itu, secara automatiknya terbinalah ISLAM di dalam diri kita. Tapi kan, cukup ke dengan itu kita layak digelar penegak agama ALLAH?

Saya analogikan Islam sebagai sebuah Rumah. Bermula dari bentuk-bentuk tertentu yang pelbagai, bagaimana kita boleh menyatakan bahawa bentuk-bentuk itu rumah? Pra-syarat rumah itu ada tiang, ada bumbung, ada tingkap, ada pintu, ada tandas, ada dapur dan sebagainya. Tapi kalau dah cukup syarat, adakah kita dikatakan telah me'negak'kan rumah itu?

Mungkin ayat saya kurang difahami. Baiklah,seorang budak melukiskan gambar rumah di atas kertas. Dan budak tersebut bertanya kepada kawannya. Ini apa? Sudah pasti kawannya menjawab itu rumah. Kerana apa? Fizikalnya menepati syarat dan membentuk sebuah rumah. Tapi adakah rumah itu sudah tertegak?

Bagaimana nak 'tegakkan' rumah itu? Perlukan sokongan yang bukan terdiri daripada syarat itu tadi. Seperti memerlukan simen. Memerlukan batu-bata. Memerlukan cat agar rumah itu tidak nampak usang. Dan yang paling penting ada orang yang membuat rumah itu. Walhal semua perkara itu tidak termasuk dalam syarat-syarat khusus sesuatu bentuk tadi dikatakam rumah. Masih tak faham ayat saya?

Cuba kalau orang tanya kita. Apa syarat untuk dikatakan sesuatu itu diakui sebagai rumah. Nampak rupa rumah, boleh dijadikan tempat berteduh, maka itulah rumah. Andaikan sekiranya saya menjawab, apa syarat sesuatu itu diakui sebagai rumah? Saya menjawab, ada orang buat rumah tu. Kalian sendiri mesti pelikkan? Sebab itu bukan syarat khusus sesuatu itu disebutkan rumah.

Jadi berbalik kepada soal adakah kita penegak agama ALLAH. Benarkah kita ni PENEGAK AGAMA ALLAH. Syarat khusus yang lima dah 'settle'. Tapi, kita tak jaga muamalat bersama insan. Kita tidak bangun Qiyam. Kita tak lakukan solat sunat. Kita tak laksanakan perkara untuk Tazkiyatunnafsi. So, jangan katalah kita sudah tegakkan agama ALLAH. Andaikan semua itu seperti cat,simen,batu-bata dan sebagainya. Sudah fahamkah?

Dengan adanya semua itu, barulah rumah itu telah berjaya ditegakkan. Oleh itu, kita kena sedarlah selama ini kita pandai berkata-kata bahawa kita penegak Agama ALLAH walhal kita sebenarnya tidak menegakkannya. Yang tertegak adalah rumah bayangan yang tak siap sahaja. Wallahu A'lam.

[Berhai-hati bila bertutur. Maafkan salah silap saya selaku pengkritik tidak bertauliah]

7 comments:

  1. Assalamualaikum,

    apa yang awk ingin sampaikan,sy rasa sy faham skit-skit tp cth awk kdg2 sy xdpt tgkp sbb sy agak lmbt skit utk memahami sesuatu.maaf.

    walaubagaimanpun,sy suka baca artikel di blog ni.sy hrp awk teruskan.terima kasih.

    ReplyDelete
  2. saya mahu menerangkan bahawa kita cakap je lebih kita nih pejuang agama ALLAH.tapi belum layak lagi nak cakap macamtu sebenarnya.

    seperti nak buat rumah tapi no progress. takde peralatan nak membuat 'rumah'. plan dan rekaan nya dah ada tapi tak de peralatan.

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum..
    bagus entry ni..sy suka analogi y digunakan.mdh difahami dan membuka minda..gud job..truskan ye..:)

    ReplyDelete
  4. saya faham tujuannya.cuma nk kaitkan dengan cth saya xdpt nak bayangkan(imaginasi kurang skit).

    umm..penegak agama Allah tu orang yang membuat rumah ke?dan betul ke kita tak jaga muamalat sesama insan,kita tak bangun Qiyam tu smua sebahagian drpd cara utk menegakkan agama Allah?umm..cara2 tu diandaikan seperti peralatan membuat rumah ek?

    ReplyDelete
  5. wahai insan yang bertanya....sesungguhnya itu sekadar analogi...analogi digunakan untuk kita lebih berfikir dgn aqal yg realistik...

    mgkin agak kurg sesuai dan tidak beradab menyamakan pejuang agama ALLAH dgn membuat rumah..tp itulah yg dikatakan analogi...mungkin sy xbegitu mahir menggunakan analogi..tp sedarlah wahai insan, analogi ini biasanya digunakan utk memancing jiwa dgn kata-kata yg berkaitan...

    berkaitan dgn membuat rumah....scra detail sy terangkan yer...kita nak tegakkan ISLAM di puncak..(analogi : kita nk membuat sebuah rumah yg cntik)....syarat2 utk menegakkan ISLAM dah ada..iaitu rukun islam,rukun iman..itu yang basic agar kita ada pegangan n tau apa yg kita nak tegakkan (analogi : kita nak bina rumah syaratnya dah ada plan...dah ada gmbrn mcmne bentuk rumah kita nnt)

    tp kita mengabaikan hal2 tazkiyatunnafsi...iaitu pembangunan jiwa kita...dr segi amalan dan sebagainya...(analogi : kita lupa nak carik kontraktor nak buat umah tuh,dgn batu-bata xde...simen pon xde...cat apatah lagi dan lain2 elemen...)..kemudian kita heboh ckp kita sedang berusaha menegakkan Agama ISLAM....agak2 layak ke kita gelar diri kita penegak agama ALLAH dlm situasi itu???

    p/s: terpulang pd si pembaca...ini adalah analogi sy utk pendapat sy...dan juga skadar bacaan umum...jika salah kalian boleh tgur sy....biasalah pendapat si blogger pd blognya sndr bukannya selalu tepat dan jitu..
    WALLAHU A'LAM

    ReplyDelete
  6. mm..maaf ye..mungkin ayat sy bertanya tu nampak macam tak beradab..sy seolah-olah menyamakan terus pejuang agama dgn org yg buat rumah..

    mm..ok..sekarang sy dah faham contoh awk tu..

    terima kasih awk sbb terangkan secara detail kpd sy..terima kasih byk2~

    mm..awk,macam mana kita nk membangunkan jiwa kita?(maaf,sy bertnya byk plak)

    ReplyDelete
  7. point nya FAHAM....
    dengan belajar kita akan faham
    bila dah faham kita akan alert...
    bila dah alert kita akan buat...

    mslh utama MALAS....
    andaikata kita faham,tp mls tuh la musuh sbnr
    musuh tuh diri kita sendiri...
    apa yang boleh dikatakan bangunkan jiwa
    adalah zikrullah.....

    tp sy akui sy pon x terlaksana smuanya sbb sy pon lemah...

    KIASAN MEMBUKA MINDA~

    ReplyDelete