Monday, November 16, 2009

Akhirnya ku menamatkan satu musim yg sgt derita jiwa dan nurani qalbu...

Assalamualaikum..

tajuk yg sgt pelik bukan?...ini mungkin luahan dr hati ke blog (hehe)...utk bcaan umum agar tak lakukan kesilapan bodoh yg sama sperti diriku ini...

nape ek?....sgalanya bermula dn berakhir pada musim ini (sem ini)....pertengahan sem ku ada sedikit pertelagahan dgn seorg sahabat seakidah,seangkatan dan seperjuangan dlm medan dakwah...tp oleh kerana sahabat itu senior...maka sudah barangpasti ku mengalah dengan penuh kekecewaan (seperti ingin gugur di medan juang sbelum berjuang)....

namun hal tersebut x berakhir hanya di situ...kekecewaan ku terus berlanjutan dgn kesilapan bodoh ku mengikut hawa nafsu ku...sudah barangpasti x syar'ie tindakan ku itu...darah muda..ingin mencuba sgala2nya...maka 'insiden' itu pon berlaku...

selepas 'insiden' itu berlaku...ujian ALLAH dtg bertalu-talu....ada seorg hamba ALLAH x berpuas hati dgn ku...hurm, salah sape pon xpasti...yg pasti ade sedikit salah faham....akhirnya semua yg terlibat sewajarnya bertanggungjwb dan perlu dipersalahkan....

ku still terumbang-ambing dgn kecelaruan dan kekecewaan selama berbaki-baki hari di dalam sem ini....sumer benda ku cuba...sumer benda ku ambil tahu n banyak yg ku semakin mahir (benda x elok pon nk mhir...gilo ko?)...

member sekelas ada yg mensaihatiku agar ku tidak mcm ni lagi...ku pd asalnya boleh dikatakn baik la...tp insiden tuh merobek kebaikanku....dan seluruh ilmu ku tidak mampu mengawal tindakan gilaku itu..(mgkin ilmu sgt cetek..dan sememangnya mmg sgt cetek)....

selepas berlaku bnyk perbincangan..ku terbuka hati smula utk berubah....di atas nasihat2 dr shbt matrikulasi ku dulu...mmbr2 skolah..now ku kembali sedar....perjuangan mmg perlu diuji utk tahu cmner diri kite...bek kita dibalas di dunia drpd dibalas di akhirat.....

insan yg x puas hati ngn ku dulu pon da ok ngan ku...settle dgn cara baik,ALHAMDULILLAH...org yg ku buat salah sume ku pohon maaf...sahabat seperjuangan ku dulu pon dah brbaik smula...dan sem ini pun sudah berakhir...

ku berjanji dgn nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, bahawa hal seperti ini tidak akan berlaku lagi selepas ini...ku kan truskan perjuangan dan matlamat ku hidup di atas bumi ALLAH ini sblum tiba masa bertemu-NYA

Wallahu a'lam

4 comments:

  1. Pertama sekali tahniah diucapkan kepada saudara kerna masih diberi Hidayah oleh Allah untuk pulang ke pangkal jalan. Terbukanya hati saudara kerna Rahmat dan HIdayah Allah. Alhamdulillah

    Kedua, iman manusia ni memang ada turun dan naiknya, maka tidak menjadi satu kecacatan diari hidup sekiranya kita pernah melakukan kesilapan.Itulah warna warni kehidupan.Kita perlu belajar dari kesilapan. Itulah mereka yang cerdik pandai. Mereka yang kurang pandai, tidak belajar dari kesilapan,, itulah pentingnya belajar dari sejarah (tak minat sejarah pun). Senang citer, kesilapan adalah sebagai tarbiyah.

    Ketiga, beza Adam dengan syaitan adalah; Adam bertaubat sejurus melakukan kesilapan tetapi Syaitan tidak begitu sebaliknya dengan bongkak melawan Allah. Maka, jgn jadi seperti syaitan. Bertaubatlah segera sejurus sedar dari melakukan kesilapan.

    Keempat, "sebesar2 dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukanya" [Imam Ghazali]

    Kelima, [45;23]" Maka pernahkah kamu melihatnya orang2 yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkan sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati, pendengarannya dan hatinya dan meletakkan tutupan atsa penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberikan petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat) maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran"

    Keenam, semasa kita lalai sesungguhnya belalai syaitan melekat di hati kita. Sudah semestinya segala ilmu yang kita ada pun susah untuk menangani daya lekatan belalai tu. Namun, berusahalah untuk menanggalkan bebalai itu. Berdoalah kepada Allah.

    Ketujuh, sayangilah dirimu kerna diri ini hanyalah pinjaman Allah semata2 kepada kita. Mahukah saudara mengembalikan pinjaman ini kepada Robb dengan keadaan yang penuh dosa dan penuh kepalsuan duniawi?? Tepuk dada tanye iman. Sayang diri bukanlah dengan cara menjaga luaran sahaja,dalaman pun perlu dijaga.

    Bermuhasabahlah kalian selalu agar tidak tertipu oleh palsu duniawi serta godaan dan tipu muslihat syaitan.-nasihat kepada diri yang pernah melakukan kesilapan yang besar sebanyak 2 kali-

    Wallahu'alam

    ReplyDelete
  2. salam

    alhamdulillah
    moga2 allah terus berikn kekuatan

    ReplyDelete
  3. Tahniah.Semoga istiqamah dlm perjuangan!

    ReplyDelete
  4. InsyAllah MUZAKKIR..moga terus dberikan kekuatan..InsyaAllah saya akan terus menyokong anda..

    -b.u.s.u.k-

    ReplyDelete