Saturday, May 23, 2009

Isu Kepelbagaian Jemaah : Aku fikir.....

Dengan ucapan pembukaan Salamullahu a’laikum....

Mungkin aku bukan la org yang terbaik utk memperbincangkan hal-hal kepelbagaian jemaah ini. Almaklumlah ku ni skadar remaja belia yang masih mentah dlm dunia dakwah....begitu juga aku sgt junior dlm isu jemaah ini. Tapi tidak salah rasanya utk aku juga mengutarakan pendapat dan hujah-hujahku tersendiri. Teruskan membaca sekiranya sudi.

Sebelum itu, suka utk aku ceritakan sedikit sebanyak pengalaman ku didedahkan dengan jemaah ini. Maafkan ku...bukan utk berbangga diri, tp sekdr memberitahu bhw aku telah didedahkan isu jemaah ini sejak di bangku sekolah menengah lg..sudah hampir sedekad (walaupun belum sedekad lg..) . tp ketika mula-mula dahulu aku mengenali PKPIM (persatuan kebangsaan pelajar islam malaysia). Sudah tentu jemaah yang berkaitan adalah ABIM (angkatan belia islam malaysia) kerana PKPIM adalah pelapis ABIM....(tmbh2 plak my mum n dad org senior abim)...n aku plak dulu skolah agama da ade usrah-usrah....

Bukan la aku nak promote ABIM di sini...xde istilah promote jemaah dlm kepala otak aku..yg pentingnya ISLAM perlu dipromosikan...ok, truskan crita slps aku knal apa itu jemaah...aku sgt bersyukur geng PKPIM ini dedahkan kpdku kerja-kerja dakwah berjemaah...n aku juga tau sejarah bermulanya jemaah menapak di Malaysia...di mana bermula dgn ABIM, sehinggalah isu Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk UMNO, maka wujudlah JIM (jemaah islah malaysia), HALUAN (abim perlis), dan lain-lain...(aku x berminat utk mengulas akan hal itu)

Seterusnya pimpinan ABIM ketika itu telah mengisi kerusi-kerusi pimpinan PAS (parti islam seMalaysia)...(ini juga aku x mau ulas panjang)...Cuma aku nampak di situ perjuangan PAS sbagai satu wadah jemaah yang berperanan dlm melibatkan perjuangan dengan dunia politik yang haru-biru itu. Nampak di sini PAS lg menghampiri kesempurnaan dengan terlibat dgn politik berbanding jemaah yg lain...yang hanya sekadar NGO...tp x pe, peranan setiap jemaah ada utk hal-hal tertentu...seperti JIM lebih ke arah golongan Profesional...bagus tuh...ABIM dlm bentuk belia dan ekonomis...bagus gak...ISMA pun remaja belia juga....Tabligh lebih kpd dakwah face to face...bgus jgk...semua bagus...dan lain-lain jemaah slagi mana x keluar dr landasan Syariat ALLAH, NA’UZUBILLAHI MIN DZALIK...

Aku pnh dgr bahawa Ulama’ khilaf mengatakan boleh dan tidak boleh kepelbagaian pendapat ni...Boleh; hujahnya agar saling melengkapi...Tak Boleh; sbb akan menimbulkan pergaduhan...namun kata Syed Qutb dalam satu buku karangan beliau....isu saling melengkapi ni sbnrnya x berlaku...sbb lebih nmpk kpd urusan dakwah sendiri-sendiri...tp beliau menambah...kerana HUSNUZON, beliau tetap berkata kepelbagaian jemaah ini dibolehkan.....

Point sebenar yang aku jd pelik adalah.....sebanyak-banyaknya jemaah ISLAM di Malaysia yang sedia ada, knapa jemaah ISLAM INDONESIA juga menjadi pilihan di hati??? Persoalan ini ade juga ku tny kepada seorg ahlinya...Beliau menjawab, kerana jemaah yg sedia ada ni lemah dr sudut tarbiyah...hurm, aku setuju...bila beliau membandingkan PAS dengan PKS (partai keadilan sejahtera)...tau ke sbb pe?? Ahli PKS semuanya secara perkaderan....ditapis-tapis sedangkan PAS ade ahlinya skdr isi borang...kan di situ dah berbeza dr segi tahap keahlian...(tak salah pun join jemaah Indonesia...aku x kata salah ok....yang penting bawa ISLAM..)

Ku x kata PAS syumul...PKS pun x syumul...HT (hizbur tahrir) pun xsyumul...ABIM x syumul, JIM pun xsyumul...ISMA pun x syumul..hatta Ikhwanul Muslimin di Mesir pun x syumul...tau hujahnya apa?? Syumul itu sifat ISLAM...jemaah hanya proksi...kok-kok mane pun jemaah ttp ade kelemahan...tidak sesuai guna perkataan SYUMUL yang hanya layak utk ISLAM...ISLAM xde kurg pon walaupun sket...so aku berani kata jemaah x syumul...x kamil...x sempurna...tp kita perlu crik jemaah yang menghampiri kesempurnaan...itu semua terpulang kpd anda semua nak crk jemaah lgu mana..sesuai dgn kondisi anda...

Berbalik kepada pertanyaan ku kpd seorg ahli jemaah dr Indonesia itu..aku tny jemaah tuh ade ke join siasah? Beliau jwb, jemaah tersebut tidak tolak politik...mereka turut mengundi....hanya sekarang mereka tidak bertanding kerana perlu kuatkan dan kukuhkan tapak...hurm, hujah itu baik..tapi aku terfikir platform utk menjalankan ISLAM dlm bentuk jemaah + politik bukannya xde?? PAS kan ade...PAS dah diterima oleh sebahagian rakyat...yang perlunya sedikit pemurniaan dlm PAS...mungkin perlu dikuatkan dr sudut tarbiyah dan percambahkan ilmu di kalangan ahli mereka. Sedangkan kalau PKS nak bertanding di Malaysia kne start dr bawah...bermula dgn meniarap, merangkak, bertatih, berjalan dan berlari...sedangkan musuh-musuh ISLAM yg mmpu membawa ancaman dlm politik ini sudah berlari dgn menggunakan kelajuan gear 5...sempatke nk kejar??

Ok, aku bukan nak wat provokasi atau mengata + mengutuk sape-sape....aku bukan ahli PAS nak angkat-angkat PAS...aku bukan ahli ABIM (xlayak pun lg...x cukup umur)...aku bukan JIM...bukan HT, dan semestinya bukan PKS...lain-lain pun bukan...(tp taknak org kata aku tolak jemaah plak nnt...ok aku jwb...wat mse ni aku wala’ pd 1 jemaah...namun sbagai ahli yg berdftr...aku belum...case closed). Ulasan tntg HT...x setuju dgn demokrasi?..hurm...mungkin di negara JORDAN tmpt tertubuhnya jemaah HT nih sesuai dgn usaha menolak demokrasi...tp bukan di MALAYSIA pada hematku....Malaysia blum tahap utk BERPERANG jika ingin berkuasa...itu tidak sesuai di Malaysia..namun HT aku sgt puji tntg kesungguhan mereka nak kan daulah Islamiyah..nmpk sudah matlamat perjuangan....tp cr itu kalau boleh disesuaikan dgn waqi’ Malaysia lg cun...

PKS pun dr sudut tarbiyah bagus...cantik sungguh dr segi AMALAN...tp sedar atau tidak...pimpinan PKS di Indonesia sendiri x akui adanya PKS di Malaysia?? Ape kes??...yang nih kaji la sendiri...yang ade pun usrah-usrah anak-anak ahli PKS yang belajar di MALAYSIA...tp mereka berusrah sesama mereka sendiri..xde plak ajak org MALAYSIA suh tubuhkan PKS...hurm...maafkan ku kalau ayat agak keras...cme apa yg penting...bukanlah jemaah itu....yang penting usaha nak perjuangkan ISLAM...kelak ALLAH x kan tanya kita “JEMAAH APA YANG KAU IKUT?”...soklan tuh xtny pun...hatta kalau x join jemaah pun xkan dipersoalkan...Cuma..dlm dunia dakwah skrg...mampu ke kita nak jd Hero berjuang sorg-sorg tanpa jemaah?? Lu pikir la sndr...ku malas hujah panjang-panjang kerana ini pun da cukup panjang....sedikit peringatan...dalam apa jua tindakan kita..letakkan KEIKHLASAN nombor satu...

InsyaALLAH xde lg isu jemaah nih mengata jemaah ni....kutuk sana, kutuk sini....semua itu x elok utk dunia dakwah...skrg bukanlah masa utk bergaduh....masa gaduh-gaduh nih da lepas...skrg smua skali perlu duduk skali...jalankan usaha-usaha dakwah mengikut acuan masing-masing...nape perlu bergaduh??....kalian bayangkan kalau Rasulullah Sallallahu A’laihi Wasallam masih hidup..baginda melihat sesama umat ISLAM bergaduh hanya kerana perbezaan acuan jemaah masing-masing...pasti baginda kecewa...sia-sia saje kerja dakwah tu kan?? Semoga jadi i’tibar utk kita semua....Wallahu A’lam.

1 comment: