Friday, March 27, 2009

Betul kata UMMI...(akhir)

“Woi Mus, bangunlah...kau taknak pergi kelas ke?”, tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara jeritan seseorang. Itulah suara Megat, sahabat karibku sejak aku mula-mula melangkahkan kaki ke Kolej Matrikulasi Johor ini. Megat sememangnya orang yang sangat prihatin padaku. Dia selalu menasihati aku ketika mana aku terasa ‘keberatan’ untuk menghadiri kelas.

“Kau tanda kehadiran aku boleh tak?, aku rasa macam tak sedap badan la..macam tak sehat..”, aku berkata kepada Megat.
“Hah, kau jangan nak ngada-ngada...hari-hari je tak sehat...Semalam kata tak sehat jugak...tapi bila selisih dengan Maisarah, terus segar-bugar...apa kes?”, Megat mula mengusik.
“Itu sumber kekuatan aku kat sini..haha”,
“Mengarut jer, dahlah jom pergi kelas....”, Megat memotong kata-kata aku.

Maisarah, seorang gadis bertudung labuh yang berasal dari Pulau Pinang itu sangat manis pada pandanganku. Dia bekas pelajar Sekolah Agama Almasyur Perempuan di Pulau Pinang. Aku mula mengenalinya sejak awal sem 1. Ketika itu aku menyertai Pertandingan Sajak Kemerdekaan yang dikendalikan oleh Praktikum Hayat 32, iaitu praktikum Maisarah sendiri.

Hari seterusnya, aku sering ternampak Maisarah serta rakan-rakannya yang lain berjalan kaki ke masjid matrikulasi ketika waktu Maghrib untuk bersolat di sana. Hatiku mula terpaut pada keredupan wajahnya. Barangkali inilah yang dikatakan cinta. Cinta pandang pertama. Hal ini juga membangkitkan semangat aku untuk datang ke masjid pada waktu Maghrib. Hanya pada waktu maghrib sahaja.

Setiap hari selepas kelas, aku dan Megat pasti akan ke Dewan Seri Ledang dengan tujuan untuk bermain badminton. Di situ lah tempat aku dan Megat beradu tenaga untuk membuktikan kehebatan masing-masing. Seperti kebiasan juga, aku pasti akan meminta diri awal untuk bersiap solat maghrib secara berjemaah di masjid. Megat mengakui akan kerajinanku itu. Dia turut mengikuti jejak langkahku bersembahyang di masjid. Namun, niat di sudut hati tiada siapa yang tahu.

***************

Selepas aku membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke Kolej Matrikulasi Johor, ummi dan abah melihat sedikit perubahan telah berlaku kepada diriku. Barangkali mereka sedar bahawa jiwa kerdil ini agak kecewa kerana tidak berjaya mencapai hajat untuk menyambung pengajian di Darul Quran. Hal ini kerana, cita-citaku untuk menjadi HAFIZ AL-QURAN masih belum tercapai. Hanya 23 juzuk sahaja yang sempat kuhafaz di Maahad Muhammadi. Kalau ikutkan hati, boleh sahaja aku tamatkan lagi 7 juzuk itu. Namun, nasihat Ustaz Baari tetap kupegang agar melancarkan hafazan yang diawal adalah lebih afdhal berbanding menghafaz hafazan baru.

Segala persiapan untuk mendaftar di Kolej Matrikulasi itu aku buat hanya ala kadar sahaja. Bukanlah untuk menunjukkan protes. Cuma, jiwaku masih belum boleh menerima kenyataan ketika itu. Perasaanku itu terbawa-bawa sehinggalah aku bergelar pelajar kolej matrikulasi. Sering juga aku mengalirkan air mata di kala malam menjelang tiba kerana takdir itu. Namun, masih lagi kuyakini bahawa di setiap perkara yang berlaku terselit satu hikmah yang sangat bermakna untuk diriku. Kerana aku yakin, bahawa ALLAH sentiasa tetapkan yang terbaik untuk hamba-NYA. Hanya dikuatkan kesabaran yang kupohon.

Kehidupan di matrikulasi jauh berbeza dengan kehidupanku di Maahad Muhammadi dahulu. Seolah-olah seperti langit dan bumi jarak perbezaannya. Di sini kelihatan di mana-mana sahaja di sekitar kawasan matrikulasi ini pasangan cinta sedang berdua-duaan. Pergaulan di antara lelaki dan perempuan juga seolah-olah tiada batasan. Terlalu bebas. Bertepuk tampar perkara biasa. Aku terkedu dengan suasana itu. ‘Culture shock’ seketika. Mahu sahaja kukhabarkan kepada ummi dan abah untuk berhenti daripada meneruskan pengajian di sini. Tapi kusabar.

Namun, kuasa cinta begitu kuat.Itulah yang dibangga-banggakan oleh remaja sekarang. Kerana itulah aku masih bertahan di bumi kolej matrikulasi ini. Cinta itu buta sehingga mampu membutakan mata orang yang bercinta. Sejak menyertai Pertandingan Sajak sempena Kemerdekaan itulah aku mula rapat dengan Maisarah. Walaupun aku pelajar Sains Fizik, namun kerap juga berselisih dengan Maisarah kerana dewan kuliahnya berdekatan dengan dewan kuliahku.

Kehidupanku kini berbeza sama sekali. Dahulunya, aku agak pemalu jika berhadapan dengan perempuan hatta sepupuku sendiri. Kini tidak lagi.Bergurau senda itu bagiku perkara biasa. Namun, aku masih mengekalkan identiti sebagai seorang bekas pelajar sekolah agama.Tidak sampai ke tahap bertepuk tampar lagi. Solatku juga masih penuh di kala gologan remaja ketika ini sering meninggalkan solat. Cuma, aku sering melewat-lewatkan solat tidak seperti ketika di Maahad dulu. Al-Quran juga sudah lama ku tak ulang.

Urusan Amal Fardhi ku juga amat kurang. Aku bukan lagi Mustaqim yang dahulu. Aku sudah lari daripada pendirianku. Pendirian untuk mengetepikan urusan cinta. Namun, sebaliknya pula berlaku. Pernah satu ketika, aku meluahkan perasaan cintaku kepada Maisarah. Namun, gadis bertudung labuh itu hanya berkata “Kita fokus belajar dulu....”. Mendengar jawapan itu, hatiku mula berkata, “Dia akan kujadikan isteri”. Tapi mampukah aku untuk menangani kekacauan jiwaku ketika ini?. Persoalan yang masih belum punya jawapan.

Banyak cara yang kulakukan untuk memikat hati Maisarah. Menjadi imam di masjid pada waktu maghrib pun sudah banyak kali. Ramai sahabat-sahabat memuji bacaanku. Tambah-tambah, mereka mengetahui bahawa dahulunya aku pelajar tahfiz. Namun bagiku, pujian itu tidak membawa kesan kepadaku kerana niatku ketika itu hanya untuk mengambil hati Maisarah. Bak kata P.Ramlee,” baik ada makna”. Aku sudah lupa akan janji-janjiku dahulu. Pelihara hati ini dan jangan berikan ia kepada sesiapa yang bukan hak. Aku keliru. Merasakan Maisarah adalah haknya.

***************


Kini sudah habis satu sem di matrik. Aku melangkahkan kaki untuk menempuh ujian dan dugaan sem dua dengan penuh semangat. Di samping itu, aku masih berhubung lagi dengan Maisarah. Walaupun sekadar ber’sms’,namun ianya seolah-olah ada satu kuasa yang memberi semangat kepadaku. Bukan semangat untuk belajar,tapi sekadar semangat agar kehadiranku penuh tidak seperti sem satu dahulu. Aku terus dibuai dengan kealpaan. Dari hari ke hari. Minggu ke minggu. Bulan ke bulan. Terus menerus dengan kealpaanku.

Sem dua kali ini jauh lebih sukar daripadan sem 1. Prestasiku jatuh mendadak, terutamanya bagi matapelajaran Fizik yang menjadi teras pangajianku di sini. Encik Nik, pensyarah Fizikku yang berbadan gempal itu kerap memanggilku berjumpa beliau. Sesi kaunseling berlaku selama hampir 30 minit. Ketika itu, teringat aku pada dua insan yang sangat kusayang yang berada di rumah. Ummi dan abah. Sekiranya mereka mengetahui hal-hal yang berlaku di sini, pasti mereka sedih. Sedih kerana memaksa aku agar terus bertahan menempuh kehidupan di matrikulasi yang penuh dengan mehnah dan tribulasi ini dulu.

***************

“Tak mengapalah ummi...belajar di mana-mana pun sama...Mus janji akan habiskan juga 7 juzuk lagi tu dalam masa setahun di matrik”, janjiku pada ummi.
Ummi sebak. Berasa bersalah kerana tidak mampu mengotakan segala keinginan seorang anak. Ummi tahu jauh di sudut hati aku terselit secebis kehampaan. Sedikit masalah keluarga telah menyebabkan hajatku itu tidak tercapai. Maka akan berubahlah segala perancangan hidupku ini. Selepas bertahun-tahun menggariskan laluan ini, akhirnya aku terpaksa akur dengan ketentuan ILAHI.

Pernah juga aku mendengar perbualan ummi dan abah. Ummi meminta abah membuat juga rayuan agar aku dapat diterima masuk ke Darul Quran. Namun, jawapan abah menghampakan. Keterlewatan aku dalam mengatakan hasrat itu kepada ummi dan abah merosakkan segala-galanya. Ditambah pula dengan masalah keluarga ketika itu yang aku sendiri sudah terlupa apakah ia.

Abah memujukku agar masuk sahaja ke kolej matrikulasi itu. Alasan abah, kak long dan kak ngah juga lepasan kolej matrikulasi. Mereka berjaya membuktikan kemampuan mereka kepada ummi dan abah. Kak long kini melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang kedoktoran manakala kak ngah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur dalam bidang farmasi. Aku pula bagaimana? Itulah kerisauan yang terbit dari dalam diriku.

Aku teruskan juga sisa-sisa kehidupanku di kolej itu. Megat, walaupun bukan pelajar lepasan sekolah agama seringkali juga menegur di kala melihatku semakin alpa dengan ‘bibit-bibit cinta’ ku itu. Aku tidak menyatakan aku dan Maisarah bercinta. Tapi seumpama bercinta itu ada. Aku malu dengan perilaku itu. Megat memang menjadi orang yang terbaik untuk menegurku ketika itu. Kerana dia adalah sahabat baikku. Hari ke hari. Aku semakin berasa segalanya kurang. Ada sahaja yang tidak kena. Namun hilang idea apakah puncanya. Aku mula untuk fokus kerana peperiksaan semakin hampir.

Megat mengajakku mengulangkaji pelajaran di saat genting ini. Minggu depan adalah peperiksaan akhir semester. Selepas ini, aku akan bebas dari penjara matrikulasi ini. Ini juga bermakna aku akan berpisah dengan Maisarah, Megat dan sahabat-sahabatku yang lain. Aku merelakan sekiranya ia berlaku kerana setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Itulah lumrah kehidupan. Siapalah aku untuk menentang lumrah. Ku pasrah segalanya.

***************

Aku diterima masuk sebagai pelajar tahun satu Fakulti Kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Di sana, pelajar-pelajar fakulti kejuruteraan sering dipanggil ‘budak kejut’. Aku pun terkejut dengan panggilan itu. Hanya sebuah senyum yang mampu diukirkan.

Aku di tempatkan di Kolej Kediaman Dato’ Onn. Alhamdulillah, sahabat sebilikku juga pelajar kejuruteraan tahun satu sepertiku. Namanya Hadi. Juga bekas pelajar matrikulasi sepertiku. Bezanya dia bekas pelajar matrikulasi Perak di Gopeng. Dialah tempat untukku berkongsi masalah suka dan duka. Aku sangat berbangga mempunyai sahabat sebilik seperti itu.

***************

“Mu nih aku segho keno ngulang semula Al-Quran tuh...baru jiwo mu tenang smula..”, jawapan Hadi apabila selesai aku menceritakan segala permasalahan hatiku. Janjiku untuk menjadi HAFIZ masih belum terlaksana. Janjiku agar elakkan masalah cinta itu juga. Cuma masalah cinta itu telah lama ku selesaikan ketika Hadi menasihatku dulu. Aku tidak lagi menghubungi Maisarah yang kini berada di USM,Kelantan dalam bidang kedoktoran. Aku hanya menganggukkan kepala sahaja tanda setuju dengan cadangan Hadi itu.

Dalam kotak fikiranku terkenang zaman-zaman di alam persekolahan. Mengalir air mata itu semula. Aku memejamkan mata dan minta diri untuk tidur. Akanku pandu bahtera mimpiku untuk mencari punca dan mengatasi punca masalah ini. Aku lena dibuai mimpi.

***************

2 TAHUN KEMUDIAN


“Mustaqim Bin Muhammad”, begitu jelas namaku dipanggil. Lantas aku dengan penuh kegembiraan melangkah mara naik ke atas pentas. Hari ini adalah majlis konvokesyen buat ‘batch’ ku.Konvokesyen ini disempurnakan oleh Prof Dato’ Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM. Alhamdulillah, genap 4 tahun sahaja pengajianku di sini aku bergraduasi. Tanpa perlu ‘extand’. Dengan berbekalkan pointer keseluruhan 3.11 sudah cukup untuk membuatkan ummi dan abah gembira. Selesai segala masalah yang aku hadapi. Aku kini sudah bergelar HAFIZ AL-QURAN 30 juzuk. Masalah cinta pula? Ia bukan lagi masalah. Selesai Maisarah habis belajar ilmu kedoktorannya, kami akan berkahwin. Syukur ku panjatkan ke Hadrat-Mu Ya ALLAH.

Malamnya, keluargaku mengadakan sedikit kenduri kecil-kecilan. Makan malam bersama keluarga tercinta begitu bermakna buatku. Selepas selesai makan, aku berehat di luar kawasan berendah rumahku. Lalu kudongak ke arah awan yang diterangi gemerlapan bintang-bintang. Sungguh tenang sekali permandangan itu. Lantas ku tersenyum kegembiraan. Ku teringat nasihat ummiku ketika aku masih bergelar pelajar di UKM. Al-Quran sumber inspirasi bagi setiap umat. “Benar kata ummi........”

6 comments:

  1. ooowhh igt td.....kmu larrr heronyer...hu3....ambik cter nyh dr mner...??
    bgos2...

    ReplyDelete
  2. Salam, terpanggil untuk memberi komen. Fenomena biasa yang berlaku di kalangan pelajar2 maahad dan sekolah agama apabila mngelami kejutan budaya sedemikian. Akibatnya, ke masjid dan solat berniatkan 'Maisarah', tetapi bukan kerana Allah. Punya ilmu yg kukuh di dada, teapi tewas dengan wanita. Benarlah, wanita merupakan fitnah terbesar dunia. Ana doakan graduan2 maahad atau pn kolej Islam, dan sekolah agama, akan sentiasa terus terpelihara dari ancaman ini. Sangat rugi dan sia-sia pembinaan jati diri mereka di bangku sekolah, jika pengakhirannya begitu. Islam sangat memerlukan abnaul Islam yang hebat dan kental jiwanya dalam menegakkan islam di kalangan masyarakat, dan institusi2 Islam spt maahad dsb itulah merupakan kilang khas yang menjananya. Tapi, satu kerugian besarlah jika modal2 agama seperti mustaqim tewas di medan perjuangan sebenar... sekadar muhasabah bersama.. Sama2lah mujahadah diri.. Yg kurik itu kendi, yg merah itu saga, Yg susah nak jaga itu hati, Yg indah itu Muslim yg terjaga.. wallahu'alam. sm2 doakan ana juge ya akh. Allahuakbar!

    ReplyDelete
  3. Kadangkala kita hanya memandang pelajar sekolah agama..Adakah mereka sahaja yang perlu menjaga iman mereka..Adakah mereka sahaja yang membawa imej ISLAM..Adakah mereka sahaja modal2 agama..Sedangkan kita tidak memikirkan untuk membawa mereka yang tersasar kembali ke jalan yang benar..Ana yakin mereka yang jahil, tetapi dengan hidayah ALLAH..mampu menjadi insan, hambaNYA yang cemerlang lebih baik dari mereka yang hebat agamanya..hebat agama tidak bererti kental imannya..Bukanlah hendak merendahkan mereka yang bersekolah agama, maahad, kolej ISLAM..kita semua sama, membawa ISLAM yang syumul, usah kita memandang dari mana mereka datang tetapi sejauh mana mereka hendak mendalami ISLAM dan megamalkannya, hendak kembali ke jalanNYA..cuba renung2kan~

    Maaf jika terkasar bahasa..tetapi kita perlu sedar hakikat ini..insyaALLAH, semoga kalian senantiasa bawah lembayung rahmatNYA..ALLAHUAKBAR!

    ReplyDelete
  4. kilang hanya mengeluarkan produk..tetapi kita yang memerliharanya supaya ia kekal elok..bukansalah kilang tetapi bagaimana ia dijaga..waallau'alam -->reply to abdulrahim_idris's comment

    ReplyDelete
  5. Me --> anonymous

    ReplyDelete
  6. bile nak buat novel? bile nak buat novel, jgn lupa masukkan watak aku skali, mahupun watak jahat skalipon... LAFIE(namo tgh) haha

    ReplyDelete