Friday, April 22, 2011

Terlepas pandang atau apa???....

Assalamualaikum....

Sedikit perkongsian daripada saya. Perkara ini bukanlah perkara yang berat bagi sesetengah orang. Namun, untuk orang-orang tertentu ianya dipandang sangat berat. Hurm, apakah itu? Mcam berat jer bunyik dia...

Hurm, saya xpasti adakah wajar untuk berkongsi tentang hal ini. Namun, selepas ditimbang2 maka saya rasa adanya keperluan untuk membicarakan tntg ini dengan sedikit olahan pada kisah yang asal. mungkin itu lebih baik. Tapi dari sudut point ianya tetap sama.

Ok,ceritanya begini......

Seorang sahabat saya pernah memberitahu bahawa ada sebilangan (maksudnya kuantiti yang tidak banyak) para aktivis dakwah muslimin yang begitu hebat dalam berkata-kata. Tatkala aktivis itu mengeluarkan hujah, ianya pasti dikatakan bernas dan penuh isi. Pabila diajukan soalan kepada golongan yang disebutkan tadi, maka jawapan yang diberikan sangatlah tidak menghampakan. Mereka itu sarat dipenuhi ilmu di dada. Bak umpama para alim yang mampu menyelesaikan hampir kesemua masalah kecil. Mereka ini anak muda harapan bangsa. Mereka ini anak muda yang sangat diperlukan dalam perjuangan Islam. Sangat mampu berjasa.....

Namun, apakah salah mereka? Barangkali terlepas pandang soal ini....atau mungkin mereka terlalu fokus tentang pembudayaan ilmu sehingga mengetepikan soal ini...Soal ini soal apa? Soal "MEMBETULKAN BACAAN AL-QURAN MEREKA"...Ouh, ada apa pada pembacaan Al-Quran??? cukuplah skadar membacanya setiap hari...pagi dan ptg...apa mungkin itu tidak baik??? mungkin mereka merasakan cukuplah sekadar mengisi hal kerohanian dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran sehingga lupa tuntutan membetulkan bacaannya?...atau jugak sebenarnya mereka sedang berusaha untuk memperbaiki mutu bcaan mereka.....atau sememangnya mereka terlepas pandang???....



Mungkin kalian yang membaca ini belum dapat menangkap situasi yang sedang saya sampaikan...Jadi adalah baiknya saya berterus-terang. Dalam dunia dakwah, tidak dinafikan mendalami ilmu itu adalah elemen yang sangat penting. kerana adanya ilmu, maka confident level kita dalam berhujah dan berkata-kata itu dapat ditingkatkan. Namun, ada juga di antara mereka yang lebih fokus pada mendalami ilmu tp dari sudut bacaan Al-Qurannya, lari dan berterabur tajwidnya.....benarkah??

Kisah ini disampaikan oleh sahabat saya itu dari Universiti X di negeri Y. Beliau menyatakan sedikit kekesalan terhadap situasi yang berlaku. Kerana muslimin di tempat beliau sangat mengecewakan dari sudut itu. Sudahlah muslimin yang bergiat aktif dalam dakwah ini tidak ramai....dan bilangan yang tidak ramai itu, makin tidak ramai lg yang boleh menjadi imam solat kerana bacaan Al-Quran yg tidak baik. Dan ada juga bacaan yang kurg baik msih sedia menjadi imam..alhamdulillah..Tp adalah lebih baik bacaan itu dipertingkatkan.....(untuk pengetahuan, sahabat saya seorang muslimat, Wallahu a'lam)

Perkara ini juga pernah berlaku di Universiti Z...Pengerusinya begitu gah dengan ilmunya.. Alim dari sudut ilmu yang dimiliki. Warak dari sudut amalannya. Namun, tatkala pengerusi itu menjadi imam, tajwidnya terabur.. Astaghfirullahal a'zim. (semoga Allah mengampuni dosa saya, beliau dan seluruh umat Islam)...Saya mula memikirkn adakah mereka semua ini terlepas pandang untuk fokus ilmu Al-Quran ini?..hebat manapiun anda berkata-kata...hukum tajwid juga WAJIB mendalaminya. Kerana itu Kalam Allah Taala. Membacanya seolah-olah kita sedang berinteraksi dengan Allah Taala.

Baginda Nabi juga pernah bersabda yang bermaksud, "Aku tinggalkan untuk kamu umatku dua perkara. Jikalau engkau berpegang dengannya maka engkau tidak akan sesat sampai bila-bila. Dua perkara itu adalah Al-Quran dan As-sunnah".

Kita lihat dengan berpegang pd Al-Quran kita xkn sesat smpai bila-bila....Namun, adakah kita boleh terlepas pandang untuk mendalami ilmu tajwid bagi memperelokkan bacaan kita???? Aktivis perlu amik peringatan tntg ini... mungkin kalian hebat dalam berdakwah..tetapi kalu tolak tepi perkara ini adalah sangat mendukacita saya rasakan. Mungkin selepas ini saya dan kita semua perlu lebih ingat tentang ini agar kita ini menjadi insan yang terbaik (saya ingatkan diri saya kerana bacaan saya bukan la baik sangat)

Share : Ketika di Maahad Muhammadi Lelaki dulu, ustaz saya, Ustaz Abdul Baari B Abdulllah sangat menitikberatkan tajwid dalam membaca Al-Quran sehingga beliau mengatakan kalau kita baca Al-Quran dengan tajwid yang x betul maka itu adalah mungkar!!!! Dan mungkar itu menyebabkan dosa...tu dia!! ke'syadid'an ustaz terserlah di situ...... namun, perkara tu x salah sebab bagi melahirkan golongan pencinta al-Quran kerana ini adalah sangat praktikal. Kerana ilmu Al-Quran yang beliau miliki, dan melihat suasana sekarang org sudah lagi tidak mendalami Al-Quran maka bagi saya ianya wajar...



Memang sesetengah alim ulama', ada yg agak syadid dalam berbuat sesuatu..dan difahamkan ustaz saya tuh sgt berkeras kerana beliau sangatlah mencintai Al-Quran dan menganggap orang yang baca Al-Quran dengan tajwid yang salah tnpa mahu berusaha untuk membetulkan bacaan itu...beliau rasakan seolah-olah memperkecilkan kemuliaan Al-Quran....sebab itu la keluarnya istilah KEMUNGKARAN yang tidak kita sedari!!

Semoga Allah golongkan kita dalam golongan cinta Al-Quran

2 comments:

  1. saya pernah dihentam di blog sy kerana mengatakan tajwid itu wajib...

    sungguh mereka tidak memahaminye...

    ReplyDelete
  2. salam ziarah dan perkenalan. blog yang menarik. keep it up!!!!

    ReplyDelete