Thursday, August 5, 2010

Daku memerhati, berfikir lalu ku menulis.............

Orang sering beranggapan mendedahkan aurat itu perkara biasa tetapi pemakaian yang menutup aurat dengan sempurna itu suatu yang luar biasa. PELIK TETAPI BENAR. Rata-rata mereka tidak sedar sebenarnya dedahkan aurat itu bukan sahaja luar biasa bahkan berdosa.

Orang sering beranggapan pemakaian kemas itu skema. Mereka lebih suka berpakaian agak selekeh. Kononnya lebih stylo. PELIK TETAPI BENAR. Kalau mereka itu seorang MUSLIM, akan ku katakan kepada mereka bahawa ISLAM ITU BERSIH. Jangan jadikan diri sendiri sebagai asbab ISLAM dihina. Yang selekeh itu diri sendiri tapi akibatnya nama ISLAM itu tercemar.

Orang sering beranggapan bahawa belajar itu untuk mencari kerja. Mereka bertungkus-lumus belajar kerana kerjaya yang sedang menanti. PELIK TETAPI BENAR. Barangkali mereka terlupa kerjaya sangat berkait rapat dengan punca rezeki dan sesungguhnya rezeki adalah pemberian ALLAH TAALA. Maka perbetulkan niat masing-masing mulai sekarang.

Orang sering beranggapan bahawa individu yang membawa akhlak yang MULIA serta lebih ke arah ISLAM adalah seorang yang agak kolot. PELIK TETAPI BENAR. Walhal mereka terlupa, dengan ISLAM lah TAMADUN MANUSIA dahulu kala terbina.

Orang sering beranggapan bahawa perniagaan mempunyai risiko. Maka mereka mengelak dari usaha ke arah perniagaan. PELIK TETAPI BENAR. Sedikit teguran buat semua, terutama yang beragama ISLAM. Tidakkah kita percaya pada hadis Nabi Muhammad SAW bahawa 9/10 punca rezeki adalah datangnya daripada perniagaan? Mungkin orang Cina lebih menghayati hadis Nabi tersebut berbanding umat ISLAM sendiri.

Orang sering beranggapan bahawa diri sendiri adalah paling betul sedangkan orang lain salah. PELIK TETAPI BENAR. Di kala mereka berfikir sepeti itu, maka percayalah pada ketika itu mereka salah.

Orang sering beranggapan bahawa Bulan RAMADHAN adalah bulan beribadah sedangkan bulan lain tidak begitu. PELIK TETAPI BENAR. Beribadah dengan bersungguhan pada bulan RAMADHAN tetapi menjelang SYAWAL setiap amalan itu semua tidak ada lagi. Maka marilah muhasabah diri kita bersama.

Wallahu a’lam.....ada masa saya tulis lagi. Sebagai berkongsi. Saling memberi dan menerima teguran. InsyaALLAH

No comments:

Post a Comment