Thursday, June 10, 2010

Tongkat sakti...

Pasca kehidupan kian mencabar. Manusia sering membina alasan mengambil jalan mudah dan pintas untuk menongkah ranjau dan duri ini. Namun, kita tidak bisa mengatur kehidupan yang sulit ini menjadi semudah mengikut kehendak kita. Setiap cabaran dan gulungan ombar besar harus kita lalui dengan penuh ketabahan jiwa seorang pemberani.

Namun, diri ini tertanya-tanya. Sampai bilakah semua ini harus ditempuhi? Adakah sampai nyawa ini kembali pada Yang Maha Kuasa. Namun, soalan itu terjawab apabila kita merujuk Kalam Suci-NYA. Allah membuka segala persoalan yang ditimbulkan manusia dengan mendatang kitab suci Al-Quran. Persoalannya, seramai mana sangatkah yang membacanya? Dalam kalangan pembaca itu, seramai manakah yang memahami dan teliti menghayatinya.

Diri ini termangu keseorangan. Di dalam suasana yang kusam, ku berfikir. Masih adakah sinar untukku? Masih adakah lagi cahaya yang bakal mendatang. Segala persoalan itu tidak kujwab kerana ku pasti jawapannya pasti ADA. Lalu, minda ini kucuba penuhkan dengan memikirkan masalah umat. Layakkah aku menjadi seorang pendekar pemberani untuk membetulkan keadaan dan situasi masyarakat yang kian meruncing ini? Ku terpaku dek isu-isu semasa. Pergaduhan, peperangan tidak henti-henti. Di kalangan umat Islam sendiri berpecah-belah. Walhal mereka se-Aqidah. Begitu murahkah aqidah ini sehingga mampu dibeli dan di tarik-tarik oleh Kuffar? Seperti seekor kerbau yang taat pada tuannya.

Ku berfikir lagi. Pasca ini akan terus berkekalan. Namun, di mana penghujungnya? Manusia sering mengambil jalan tengah. Kononnya ingin mendiamkan diri. Namun menjadi bahan bakar kepada sesuatu golongan mencetus peperangan. Hai manusia! Engkau tidak serikkah? Menjadi kaki bodek hanya kerana jawatan dan pangkat? Walhal bila dirimu sudah hilang taringnya. Maka, longkang jualah tempat dirimu akan dicampak oleh bangsat-bangsat Kuffar itu. Tapi, sekarang kau berdiam diri mengapa? Takutkah engkau?

Pabila diri beremosi maka segalanya tidak rasional. Itulah manusia. Dikurniakan aqal dan juga nafsu. Emosi itu nafsu. Yang bakal menghilangkan kekuatan aqal untuk berfikir secara rasional. Diri ini pelik dengan insan yang mengutamakan emosi tapi berfikiran secara rasional. Termasuk juga diri ini. Lalu ku dakapkan tangan ke atas dadaku lalu berfikir dan berzikir. Solat itu juga zikir. Untuk mengembalikan diri ini kepada Tuhan Semesta Alam. Sedarilah diri ini kerdil. Jika hari ini engkau berkuasa, namun ALLAH jua YANG MAHA BERKUASA.

Segala yang terbuku di dalam jiwa ini ku sampaikan dalam bentuk coretan yang tersimpul. Hanya manusia yang berfikir sahaja mampu menafsirkan segala kalimat ini. Kerana jiwa ini mengerti, tidak ramai yang sudi memikirkan tentang orang lain. Walhal di kalangan seaqidah sekalipun. Kebanyakan insan assobiyah dan pentingkan diri.

iklan

_Merah142_11.55Pagi_Jumaat_11/06/2010

No comments:

Post a Comment