Monday, February 15, 2010

Jiwa lesu….

Mungkin tajuk tidak berapa bertepatan dengan apa isu yang ingin saya bawakan. Namun, terdetik di sudut hati saya rasa kecewa apabila memikirkan seseorang individu yang bergiat aktif dalam dakwah terlampau rigid dan terasa terikat dengan jemaah yang diikutinya.

Maafkan saya, mungkin saya bukanlah seorang individu yang layak untuk berkata akan hal ini. Kerana sesungguhnya saya sendiri bukan seorang aktivis. Namun, hal tersebut bukan satu asbab untuk saya agar tidak meluahkan kerana bagi saya, tindakan indivu tersebut barangkali tidak tepat pada hemat saya.

Hal ini berkaitan dengan Baitul Muslim. Mungkin saudara/i yang membaca tulisan saya kali ini beranggapan bahawa penulis sedang dalam angau atau apa-apa anggapan kerana mengutarakan isu BAITUL MUSLIM ini. Namun bagi saya, apabila ianya bermanfaat untuk semua, tidak salah bagi saya untuk mengutarakannya.

Taadud jemaah barangkali menimbulkan isu besar bagi sesetengah aktivis yang taksub kepada jemaah-jemaah tertentu. Tapi bagi saya, soal taksub itu tidak perlu timbul kerana hal yang sepatutnya kita cari adalah titik persamaan di kalangan kita bukannya titik perbezaan. Adakah hanya kerana bakal pasangannya melibatkan diri ke dalam jemaah lain menyebabkan pasangannya yang seorang lagi membuat keputusan untuk tidak meneruskan Baitul Muslim tersebut walhal pelbagai usaha untuk menyatukan mereka telah dilakukan?

Fikir-fikirkanlah wahai si pejuang Islam. Anda mengaku anda seorang pejuang Islam tapi hal jemaah ini anda agak ‘racist’. Maafkan saya sekali lagi. Mungkin kalian yang memikirkan hal perjuangan bersama jemaah mahukan pasangan dari jemaah yang sama barangkali. Namun begitu, hal berkaitan mencari jodoh bukankah Nabi sudah menggariskan bahawa yang pertama nak dicari adalah soleh dan solehah. Bukan bagi si jemaah A pasangannya si jemaah A sahaja, tak boleh untuk jemaah B. Kalau begitu si individu tersebut berfikir, sampai bila titik persamaan nak diketemukan?

Islam itu indah. Tarbiyah itu fleksible. Dakwah juga fleksible. Tidak tertakluk pada syarat-syarat tertentu sahaja. Semua jemaah nak bawa Islam. Cuma berbeza dari sudut pembawakan. Usah disebut tentang perbezaan di antara jemaah ini dan jemaah itu. Sebaliknya, perbanyakkanlah titik persamaan agar dakwah boleh bergerak seiring dan sejalan. Visi yang satu iaitu memperjuangkan kesyumulan ISLAM. Tepuk dada tanya iman. Jangan kita rasa kita saja betul, orang lain salah.

Kisah di sebalik tabir :-
Ada seorang muslimin sudah merancang untuk menikahi seorang muslimat. Kedua-dua mereka telah berjumpa ibu bapa di antara satu sama lain dan menyatakan hasrat mereka untuk nikah. Pada hemat saya, mereka berdua adalah soleh dan solehah serta juga aktivis dakwah. Hanya kerana si muslimin tersebut menyedari bahawa si muslimat tersebut bukan terlibat dalam jemaah yang sama, maka si muslimin tersebut terus mengambil keputusan yang mungkin terburu-buru untuk membatalkan niat baik mereka berdua itu. Atas alasan perbezaan jemaah. Wajarkah perkara yang baik ini perlu dibatalkan? Mengganggu urusan dakwahkah kalau berlainan jemaah? Walhal muslimat itu solehah. Fikir-fikirkan dan terpulang kepada pembaca untuk menganggap apa-apa pun. Pendapat saya, kurang wajar tindakan itu kerana mereka sudah berjumpa keluarga. Perasaan bukan boleh dijual beli. Wallahu a’lam.

4 comments:

  1. salam ziarah..lme x melawat ke sini..

    thumbs up!

    sokong atas point2 y diberikan..
    isu perbezaan jemaah.hmm.
    ape jua pon, yang kita nk bawakan itu sama kan?
    which is islam, cume approach n cara pembawakan itu mungkin berbeza..
    duhai pjuang agama Allah,mari buka mata hati menujuNya.
    wallahualam...

    ReplyDelete
  2. hanya Allah yang Maha Mengetahui..

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah..sebenarnya ada pros n cons..tapi apa yg saudara utarakan hanyalah bende yang negatif..wajarkah saudara judge pada sebelah sudut je?? Sebelum jump to a conclusion, sebaiknya saudara mengemukakan kebaikan n keburukan memilih pasangan dalam jemaah yang sama.. Jangan amik mudah dalam judge ni. Dalam artikel ni seolah2 saudara mhukum salah kpd shbt muslimn saudara itu, sebaiknya selidik terlebih dahulu!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sudi menziarah...

    Alangkah baiknya jika anda memperkenalkan diri. boleh kita berkenalan...tidak gitu?

    begini, sy berkata melalui sumber yg shohih..taktau la kalu anda masih musykil atau ada apa2 pandangan..tp entry tersebut berdasarkan pemerhatian sy dan pandangan sy

    anda,
    sy bukan ma'sum...bukan Nabi...jadi pendapat tersebut boleh ditolak..xkesah pun..cuma berkaitan isu ini..sy mmg agak terkilan kerana muslimin itu menghentikan niat murni tersebut hanya kerana muslimat calon itu berlainan jemaah dgn beliau...

    mungkin itu prinsip perjuangan beliau...tp satu persoalan besar yang sy ingin utarakan...beliau memperjuangkan apa?...jemaah centric atau ummah centric?...snang kata beliau bawak jemaah ke bawak islam?..sy sbnrnya segan nak ckp lebih2..sedangkan sy nih lg teruk dr beliau...sy bukan aktivis...tp adakah salah sy mengutarakan pendapat?

    cuba anda pikir-pikirkan...sy bukan berniat nak pengaruh anda atau apa-apa pon...btul jgk anda ckp..n barangkali beliau memikirkan susah kalo berjuang dalam jemaah yg berbeza..mungkin la...tp pk balik...yg berbeza perlu la disamakan...dlm jemaah jugak diajar begitu,ada yg berbeza perangai tp perlu dicari titik persamaan..tidak gitu ke anda?....

    anda pernah terpikir x knapa byk nya jemaah di malaysia nih??...masing2 buat kerja dakwah ALHAMDULILLAH...dlm byk2 jemaah tuh...ade satu je ke btul???ye ke mcm tuh?...ni pendapat sy...muslim yg melibatkan dlm jemaah apa2 pon yg niat juang kerana ALLAH sume betul...cume bezanya jemaah kerana bezanya citarasa dan keselesaan mereka hendak berdakwah....kalau selesa dengan dakwah yang syadid, silakan ikut jemaah yg syadid...kalau lembut sket...lembut la..bleh terima x?...terpulang kpd anda....

    berbalik pd persoalan muslimin itu td....mungkin la prinsip dan peraturan jemaah yg diikutinya meWAJIBkan mencari sesama Ahli...terpulang la...sy sekadar mmberikn respon agar KEWAJIPAN dan PRINSIP itu perlu dinilai smula...Wallahu A'lam...

    ~jiwa kacau yang kosong~

    ReplyDelete