Monday, December 21, 2009

Mimpi Yang Indah TIDAK Selalu Indah

Pagi itu dia terjaga. Berpeluh-peluh tidak seperti kebiasaan. Apa yang menimbulkan tanda tanya kenapa tiba-tiba sahaja dia menangis?...............SENYAP TANPA JAWAPAN.

Hal ini ekoran daripada mimpinya yang pada mulanya boleh dikatakan indah. Namun indahnya satu mimpi itu tidak berkekalan lama. Keindahan hanya sementara dan jikalaupun indah namun ianya tidak selalu.

Dia bangun dalam keadaan menangis. Terkenangkan nasib yang telah dialaminya sebelum ini. Targetnya untuk bergelar "Penjaga Al-Quran" tidak berjaya dilaksanakan walhal janjinya konon ketika tamat sahaja sekolah menengah, Al-Quran sudah di dada.

[MIMPI]
Dia menghafaz Al-Quran di sebuah Madrasah. Menghafaz AL-Quran dan disemak oleh seorang Ustaz. Dia terlupa permulaan ayat pada mukasurat 7. Maka dimarahi serta kata-kata nista dilemparkan kepadanya.

Dia terjaga lantas menangis kerana dia sedar menghafaz Al-Quran bukan sesuatu yang mudah. Tapi agak terkilan kerana ada golongan yang sudah bergelar AL-HAFIZ ini tidak pandai menghargai Al-Quran yang mereka telah HAFAZ!

Mimpi Tidak Selalunya Indah.

4 comments:

  1. akir boleh buat!!!

    jnji ye...usaha lagi!!!!!

    ReplyDelete
  2. akir,msih truskn @ tidak?

    ReplyDelete
  3. Masih ada waktu..berusahala..untuk menjadi al hafiz bukan semudah yg disangka..masih byk yg perlu diperbaiki..mohonla pertolongan Allah..

    Jgn sekadar mhafaz tapi tak amal..ilmu tanpa amal seperti pohon tanpa amal

    ReplyDelete
  4. btul ckp anonymous tu..
    smoga akir kuat ea :-)

    ReplyDelete