Assalamualaikum...
Walau sudah lama tidak update blog ini, bukan bermakna diri ini sudah meninggalkan
WADAH PERJUANGAN. Pabila bicara apakah itu perjuangan? Dan apakah jenis perjuangan itu. Nah, soalan ini kan terjawab sebentar lagi. Perjuangan tidak semestinya perlukan pertempuran yang bakal mengakibatkan kekecewaan, perpecahan, tindas menindas dan sebagainya. Berjuanglah dengan cara yang tenang ibarat
GUNUNG BERAPI. Walaupun ia kelihatan senyap dan hambar, akan tetapi aktiviti larva di dalamnya akan mencetuskan letusan api. Itulah letusan gunung berapi. Ianya
PASTI dan pergerakannya sangat tenang sekali. Namun akibatnya sangat besar.

Saya kini
‘Distributor Score A’. Namun ada kaitankah dengan perjuangan? Apakah wadahnya?
Score A adalah satu program output learning yang sangat interaktif secara online. Wadah yang dibawa adalah pendidikan. Bila bicara tentang pendidikan. Ia tidak akan habis
(NEVER ENDING STORY). Hidup ini singkat. Ada orang dapat jadikah kehidupan yang singkat ini suatu kehidupan yang amat bermakna. Tidak kurang juga mereka yang menjadikan hidup yang singkat ini sengsara. Sudahlah singkat, sengsara pula. Persoalan di sini, bermakna itu apa? Bermakna itu bahagia. Bahagia itu apa? Adakah dengan mempunyai harta dan kekayaan, namun tidak empunya masa bersama keluarga dipanggil bahagia? Apatah lagi langsung tiada masa bersama
ALLAH MAHA PENCIPTA.
Kerana apa saya memilih jalan
Score A sebagai Plan B saya? Saya berniat untuk berkongsi program yang sangat menarik ini untuk semua. Buat pengetahuan para pembaca sekalian, saya kini belajar dalam tahun ketiga dalam bidang
KEJURUTERAAN MEKANIKAL (
‘Majoring in design and innovation’). Mungkin ada orang akan bertanya saya bagaimana kalau jadi pengedar
Score A saya akan sangkut dalam pelajaran? Itulah saya katakan tadi bahawa
Score A adalah Plan B saya. Plan A adalah degree Mechanical saya itu. Saya
WAJIB belajar. Dan saya
PERLU berjaya. Saya juga
MESTI tamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan ini. Plan A lebih utama dari Plan B. Sebab logikal pun kita sudah sedia maklum. Huruf A dahulu baru huruf B. Tapi perlu seiring dan sejalan. Belajar jalan
Score A pun jalan.
Tapi kenapa
Score A? Kerana
Score A mudah dan berkualiti. Mudah untuk semua laksanakan dan berkualiti untuk pelajar dan ibubapa. Ada juga orang pernah kata; ilmu ini bukan barang dagangan. Tak boleh jual beli. Tidak berkat. Jawapan saya mudah. Peranan
Score A adalah seperti buku tetapi dalam bentuk teknologi yang terkini. Isunya adakah perniagaan buku perlu dipersoalkan tentang keberkatannya?
Score A adalah latih tubi. Kalau nak buat latih tubi pada buku, semakin banyak latih tubi nak dibuat, semakin banyak buku kena beli dan semakin tinggi modal keluar. Logiknya begitu. Tapi pada
Score A modalnya sekali itu sahaja. Yang perlu difikirkan tentang topup untuk melanggan. Murah berbanding buku. Soalan di dalam web itu pun belum tentu dapat terjawab semuanya. Sangat banyak 250ribu soalan. Semakin rajin semakin banyak soalan yang boleh dijawab. Duit tak perlu keluar banyak kali. Untuk belajar salah satu syaratnya adalah perlu ada duit. Itu
kata-kata Imam Ghazali.
Pada pandangan peribadi saya, saya lebih suka bicara apa itu
Score A berbanding apa itu
Pelan Pemasaran Score A. Duit itu kita sering kaitkan dengan rezeki. Rezeki itu pemberian
ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH. Sememangnya duit itu penting. Duit bukan segala-galanya. Tetapi segala-galanya memerlukan duit. Itulah keperluan sebagai seorang manusia. Kalau haiwan dan tumbuhan, kehidupan itu penting tetapi duit bagi mereka sangatlah tidak penting. Rezeki milik
ALLAH. Saya positif berkenaan ini. Ada rakan yang saya kenalkan dengan
Score A ini. Dia seorang yang berjiwa usahawan. Tapi dia tidak berminat untuk berjuang bersama-sama saya. Saya merelakan sahaja. Apa yang penting saya kongsikan apa itu
Score A. Sertai saya bukanlah isunya. Bila kita jadikan setiap tindak tanduk kita ini ibadah. Kita akan sentiasa tenang. Saya nilai diri saya. Saya lakukan
Score A insyaALLAH suatu ibadah. Bicara soal rezeki itu milik
ALLAH. Sifirnya manusia hanya perlu berusaha. Sebab itulah saya sangat kurang senang dengan individu yang bicara
Score A pada sudut
WANG semata-mata. (
SANGAT KURANG SENANG kerana
WADAH PERJUANGAN SCORE A adalah
PENDIDIKAN). Namun, jika duit itu penaik semangat tiada salahnya. Itulah pemangkin. Seperti ganjaran
TUAN kepada
HAMBA jika mahu menyuruh hamba itu bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.
Bicara soal rezeki. Bicara juga soal bajet. Lantas berbicara pula soal impian. Apakah itu impian? Adakah impian anda tidak mampu dicapai hanya kerana lima huruf ini;
(B.A.J.E.T)..Apa kaitan impian dengan bajet? Bajet berkaitan dengan duit. Duit sangat berkait rapat dengan rezeki. Persoalannya, apakah impian anda? Impian bukan suatu benda yang kecil. Impian itu segala apa yang sangat luarbiasa. Adakalanya di luar pemikiran kita. Kalau impian kita hanya untuk memiliki kereta kancil, itu bukan impian sebenarnya. Impian suatu perkara yang sangat besar contohnya memiliki kereta
BMW or
MERCEDES. Impian juga seperti memiliki rumah yang berharga jutaan ringgit. Walaupun di luar pemikiran dan kemampuan kita. Namun itulah pengertian
IMPIAN yang sebenar. Isunya adakah apa yang kita lakukan sekarang mampu mencapai impian kita itu? Jika belum, maka berubahlah. Cari satu inisiatif untuk ke arah mencapai impian itu. Bajet sering menjadi penghalang. Jika kita selera besar, hanya kerana perkataan
BAJET, lantas kita terpaksa matikan selera besar itu. Sebenarnya kita menzalimi diri sendiri. Selera besar, usaha nak capai hajat selera besar itu juga perlu besar. Barulah seragam dengan impian. Jangan kita terpaksa batalkan impian hanya kerana perkataan bajet itu. Kerajaan buat bajet setahun sekali. Inikan pula diri kita sendiri. Perancangan kewangan itu perlu agar tidak membazir tanpa janganlah sampai membataskan impian dan keinginan diri sendiri. Yakinlah
ALLAH MAHA ADIL terhadap semua hamba
NYA. Usaha pasti berjaya.

Selain itu juga, saya sarankan agar kita meletakkan nilai kasih kita lebih kepada kedua ibubapa. Buat mereka yang masih hidup, maka si anak itu WAJIB berbakti sehabis baik serta berdoa untuk mereka. Bagi yang sudah bertemu
ALLAH YANG MAHA ESA, maka si anak
WAJIB juga mendoakan mereka. Ibubapa aset berharga bagi kita semua. Apa jua yang kita lakukan. Apa jua yang kita usahakan. Pohonlah restu ibu dan bapa kerana keredhaan
ALLAH bermula daripada keredhaan ibubapa. Wassalam.