Friday, September 17, 2010

Topeng.........

Dengan menyebut nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Sememangnya apa isi yang ingin saya coretkan kali ini mungkin akan menyentuh perkara yang berkaitan individu-individu tertentu. Hal ini berkaitan tentang diri para pejuang dakwah. Lebih fokus ditujukan kepada pendakwah muda zaman kini. Satu pertanyaan yang saya utarakan buat diri sendiri terlebih dahulu. Adakah kita ini mempergunakan agama?

Kenapa saya timbulkan soalan seperti ini? Kita seringkali mengatakan kita ini pejuang agama ALLAH. Namun, jauh di sudut hati kita, bagaimanakah diri kita yang sebenar? Kata kita ni pejuang, tapi masalah diri sendiri tak settle yakni masalah hati sendiri kita xberjaya selesaikan. Kita kata kita ni pejuang, tapi kita sendiri apabila bersendirian tidak seperti apabila kita berhadapan dengan masyarakat. Kita kata kita pejuang agama ALLAH, walhal niat kita kerana menunjuk. Adakah kita macam itu?

Ramai orang bijak dan pandai dalam membicarakan soal Islam. Tapi itu bukan prasyarat kita didefinisikan sebagai Soleh mahupun Solehah. Mentang-mentang kita cakap pasal Islam, lalu kita cakap kita pejuang. Ada pula kita buat amal ibadat lalu kita ingat kita dah cukup mulia berbanding orang lain? Perkara seumpama ini tidak ubah seperti topeng. Seseorang yang memakai topeng ISLAM. Pabila kita rimas dan bersendirian, kita buka topeng itu.

Apakah maknanya ini? Kenapa saya lebih fokus kepada pemuda pemudi? Di kala orang muda ini agresif dalam medan dakwah, tapi dalam masa yang sama hati dan peribadi mereka tidak terjaga. Tapi ingat, semuanya bermula dengan niat dan istiqamah.

Ada satu kisah, dahulunya si suami adalah seorang aktivis dakwah. Begitu juga si isteri. Sampaikan si suami pernah berkata pada si isteri, "Alhamdulillah kita diberi kesibukan dalam urusan dakwah. Mungkin kita bercinta dalam kereta je la" >>>>> nak kata kononnya sangat sibuk dalam urusan dakwah, jadi percintaan dalam kereta je. tuh kata-kata waktu dalam tempoh belajar. Then, dah bekerja. Mereka bermalas-malas dan terus lupa apa janji manis itu.

Topeng jenis ini topeng apa yer? kononnya sedang berjuang? tp bermalas-malas....(begitu juga saya)....dalam masa yang sama peribadi tak jaga...muamalat tak jaga...dan lain-lain tak jaga.....

Harap kalian dan saya muhasabah semula. Adakah kita juga nak pakai topeng??? Muhasabah bersama~



Wallahu a'lam

3 comments:

  1. di akhir zaman akan ada ramai orang islam alim yg munafik....

    ReplyDelete
  2. kan.. muamalat tak jaga kan.. apa, mesej2 dan merisik perempuan secara sms itu cara yang molek? mengajak bergurau senda, berseloroh...?

    ReplyDelete