Sunday, August 22, 2010

CERITA RAMADHAN 1

Assalamualaikum...

Suka untuk saya bicara tentang bulan Ramadhan ni alang-alang sememangnya kita masih berada dalam bulan Ramadhan...Pertengahan Ramadhan.

Ceritanya begini, ada satu tempat di Negara M (bukan nama sebenar), apabila menjelangnya bulan Rahmat ini, selalu timbul isu....."Solat tarawih 8 atau 20?"

Isu ini bagi sesetengah para alim membuatkan mereka tergelak dan ada juga yang memeningkan kepala. Masakan tidak, solat tarawih pun boleh jadi isu. 8 rakaat kah atau 20 rakaatkah?

Ketika isu ini dibahaskan, saya ada mendengar tazkirah dari seorang ustaz bahawa apabila berlakunya perkara cabang seperti ini, maka perlulah rujuk sirah Nabi....dan ternyata apabila dirujuk sirah, kita tidak mungkin bertikam lidah untuk memilih 8 rakat atau 20 rakaat lg...Nabi buat di masjid 8 dan sambung sehingga 20 rakaat di rumah..Tetapi zaman Saidina Umar Al-Khaatab berubah apabila solat 20 dilaksanakan di masjid secara berjemaah...apa susah? nak buat 20 buat jer...jgn kata 8 rakaat ini x btul plak...yg x btul adalah solat tarawih kurg dr 8....kerana sesungguhnya solat tarawih paling minima adalah 8 rakaat...kalo 2,or 4 or 6 rakaat tuh, lebih baik solat sunat Mutlak sahaja (solat sunat biasa)

Dan lagi menarik cerita ini ditambah dengan isu kalaupun solat tarawih 8 rakaat, ada tmpt2 yang buat tazkirah dan ada yang tidak....Ada suara2 mengatakan, "Tidak cukup lagikah tazkirah 11 bulan yang lalu? Jadi bulan Ramadhan ni fokus pada tarawih cukup la"

Jawapan saya bg persoalan ini agak personal n agak memerli sedikit....."Kalaulah dah cukup tazkirah 11 bulan yang lalu, tidak mungkin isu zina, isu buang anak, isu sumbang mahram, isu gejala sosial akan terus berlaku di Negara M tersebut. Dah besar fikir pakai otak biar rasional sikit, bukan cakap lepas! Kalau tak mahu dengar terpulang la,its up to you tapi jangan la duk mengata pulak"

Agak emosi di situ =)

Tamat cerita Ramadhan 1.....................

1 comment: