Friday, March 2, 2012

SURAT BUAT M....

Assalamualaikum, M........

Surat ini, ana kira sememangnya luahan hati ana buat enti. Barangkali enti mungkin tidak menggemari cara ana menulis surat ini dan pula dimuatkan pada blog 'Tinta Masih Basah'. Ana tidak peduli jika enti tidak lagi 'siqah' pada ana. Apa yang pasti, ana sememangnya perlu meluahkan apa yang sudah lama ana pendamkan ini.

M.......,
Perwatakan enti sememangnya menarik minat ana untuk lebih mendekati enti. Ana mula kenal enti kerana 'aura' keterampilan enti dan semangat juang enti dalam medan dakwah. Semoga enti kekal di atas jalan yang diredhai Allah ini. InsyaALLAH.

M.......,
Ana ingin luahkan rasa hati ana bahawa ana sudah jatuh hati pada enti. Yer, mungkin ungkapan ini terlalu direct namun sejujurnya ana jatuh hati dek kerana enti sangat komited dalam perjuangan. Namun, ana juga sedar diri bahawa ana bukan siapa-siapa untuk menjadi pendamping enti.

Jujur ana pernah berusaha untuk mengenali enti dengan lebih dekat. Namun, ternyata enti sangatlah hebat sehinggakan ana terasa kerdil bila melihat enti.

Ana sentiasa berdoa agar dibukakan jalan yang terbaik. Ana dapat rasakan bahawa kita seolah-olah dipisahkan di antara 2 darjat. Darjat enti tinggi dan gah sedangkan ana pula lesu.

Alhamdulillah, ana mula belajar untuk ikhlas merelakan jika enti bukan ditakdirkan buat ana. Yang pasti Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat ana. Selebihnya ana serahkan bulat-bulat kepada Allah. Sesungguhnya DIA mengetahui isi hati ana dan jika DIA mengizinkan maka ianya tidak akan kemana. Begitu juga sebaliknya.

Semoga Allah merungkaikan segala teka-teki ini. Amin

Salam Mahabbah buat,

M............
U
S
L
I
M
A
H

1 comment: