Musim apakah ini?
Semua sibuk cerita soal cinta?....
Baru-baru ini saya terbaca di Facebook, ada seorang rakan menulis di statusnya bahawa dia sangat kecewa dan hampa dengan blog aktivis dakwah yang sering menulis tentang cinta. Sebenarnya salahkah?
Pada pandangan saya secara peribadi, ianya tidak salah sama sekali. Bukan sebab, saya juga sering menulis tentang cinta ataupun apa sekalipun. Hanya sekadar pada saya, jika kita menjadi seorang pembaca, kita seharusnya berlapang dada. Tambah-tambah tulisan itu dimuatkan pada blog peribadi. Kenapa perlu kecewa pula? Kalau rasa tak berminat untuk baca, silakan klik 'butang X' di sudut atas kanan, maka blog tersebut pasti hilang dari pandangan =)
Cumanya, sebagai tambahan hujah saya, penulisan tentang cinta tidak salah bilamana ada input mahupun dalil dari nas Al-Quran mahupun Al-Hadis. Atau mungkin berunsurkan nasihat. Adakah itu satu yang sia-sia? Pada saya, setiap kata-kata yang baik adalah bermanfaat untuk semua. Tidak perlu meng'kondem' sesiapa. Berlapang dadalah kepada seluruh umat Islam.
Cinta itu kan lumrah. Contoh insan yang paling romantik dalam percintaan adalah Rasulullah. Kalau berkongsi tentang sunnah Rasul sudah pasti mendapat pahala. Insya ALLAH.
Justeru itu, saya menyimpulkan bahawa sudah menjadi lumrah manusia dambakan cinta dan barangkali inilah musimnya. Bercintalah mengikut sunnah Nabi semoga manfaat bakal diperoleh. Wallahu a'lam
Agree!
ReplyDelete