Monday, April 18, 2011

Bukan sekadar baik.....

Assalamualaikum...

Perbincangan kali ini, saya kira ingin berbincang tentang satu situasi semasa yang berkisar tentang pernikahan @ perkahwinan. Kita sering mendefinisikan dalam 'term' islamic dengan istilah BAITUL MUSLIM atau yang baru-baru ini saya dengar BAITUL HARAKI~...aiwah! hebat sungguh definisi mereka2 yg berkenaan (tidak tuju kpd umum, sebaliknya hanya kepada mereka yg menggunakan term tersebut)

Untuk permulaannya, terus-terang saya katakan bukan saya yang nk kahwin skrg nih..hanya membincangkan tentang perkara ini sahaja. Harap para pembaca yang budiman tidak meletakkan kefahaman bahawa saya (penulis) x sabar nak kahwin.......

Oleh kerana saya sendiri masih tertanya-tanya bahkan ternanti-nanti siapakah gerangan insan yang bakal menjadi suri di hati, jadi apa salahnya jika saya menulis tentang isu ini...hmmm, barangkali ada orang yang mengenali diri saya mungkin boleh mengatakan bahawa saya sekarang tgh jiwa kacau....angau dan sebagainya..namun, saya kira ini mungkin suatu isu yang penting utk dibincangkan di peringkat saya sendiri dan mungkin bermanfaat utk kaian yang membaca...

Tajuk yang saya pilih saya mudah dan simple...iaitu BUKAN SEKADAR BAIK...3 perkataan ini mempunyai perbahasan yang meluas jika kita rungkaikan satu persatu..namun di peringkat diri saya secara individu akan mengutarakan hujah saya berkenaan tajuk ini..ianya sangat berkait rapat dengan siapakah calon yang kita akan pilih sebagai teman hidup kita menempuh kehidupan yang penuh ranjau ini..

Saya bahagikan hujahan saya ini kepada dua golongan iaitu si kaum ADAM dan si kaum HAWA......semoga kalian dapat mengambil sedikit intipati yang baik daripada hujah saya ini...dan mungkin kalau ianya perlu ditegur, silakan...saya ikhlas menerimanya InsyaALLAH...

Buat Kaum ADAM iaitu diriku dan mereka2 yang digelar RIJAL

Dalam memilih pasangan hidup, kita jangan hanya memandang kepada si Dia semata-mata BAIK sahaja. Namun di situ, kita perlu jelas bahawa BAIK semata-mata tanpa Solehah itu bukanlah pilihan yang terbaik. Kerana apa?? Sedarlah wahai teman sekalian, wanita yang baik itu begitu ramai di luar sana. Namun, utk mencari yang solehah, 1 dalam 1juta (ni adalah hyperbola sahaja ; bukan kajian yang sebenar..nk tunjuk bahawa susah nak carik wanita solehah..namun HAKIKATNYA masih ada wanita solehah di luar sana)



Eh,knapa perlunya mencari wanita solehah? Jawapannya sangat mudah...Untuk membimbing dan dibimbing..Tatkala, wanita itu melakukan kesilapan, si lelaki itu perlu membimbing wanita tersebut dan tatkala si lelaki melakukan kesilapan, maka lelaki tersebut akan dibimbing....(hurmmmm....mcm pelik je ayat nih? lelaki dibimbing maksudnya QUEEN CONTROL ke? simple je....kalau wanita itu solehah....x akan ada QUEEN CONTROL...sbaliknya maksud sy ni Give And Take...sesungguhnya tiada insan yang sempurna)

Tapi ertikata solehah tuh bagaimana? Baik bukan solehah ker? Tolong terangkan bezanya!!! Begini....baik itu subjektif...seorg wanita berbuat baik pada jiran tetangganya...tapi dia x jaga hati kawan2nya....maka jadilah wanita itu baik kepada jiran tetangga namun berlaku tidak baik pada kawan2nya...kan mudah penjelasan itu...sebaliknya...solehah itu....menjaga hubungan dgn manusia semuanya dan juga mnjaga hubungan dgn Allah..itu adalah solehah....

Tapi macam x jelas je lagi istilah solehah tuh mcmana? jelaskan la lg....Solehah tuh pengertiannya mudah...Taat Perintah ALLAH...jauhi larangannya...itu la solehah...begitu juga pengertian soleh....hurm, tp org baik yang taat perintah Allah dan jauhi larangannya pon sudah pasti solehah....jawapan sy ye! mmg org baik yang taat perintah Allah dan jauhi larangannya itu solehah...Wanita solehah itu menjaga tuturkata dalam berbicara...Wanita solehah itu sopan santun dalam setiap gerak gerinya..Wanita solehah itu menjaga pandangannya....Wanita solehah itu berbuat baik pada manusia seluruhnya...itulah wanita solehah....dan apabila bergelar isteri, wanita solehah itu akan taat pada suaminya...selagimana tidak mensyirikkan Allah...Wanita solehah itu akan menjaga maruahnya...serta wanita solehah itu juga membantu dalam pembentukan zuriat yang soleh dan solehah...jadi, dalam memilih teman hidup, bukan sekadar baik yang dicari...




Hurm, tapi layak ke kita nak dambakan cinta seorang wanita solehah?? jawapan saya mudah jer...LAYAK! tapi, ada syaratnya....bagi mendapatkan cinta seorang wanita solehah, sudah tentu si lelaki itu perlu jadi soleh juga.....hurm bagaimana nak jadi soleh??? TAAT PERINTAH ALLAH, JAUHI LARANGANNYA..kunci bergelar soleh...simple bukan??? mmg simple pada bahasa namun sgt berat utk melaksanakan...

asyik cakap bagi pihak kaum ADAM nak memilih kaum HAWA je, mcmne plak kaum HAWA nak pilih kaum ADAM?

Ini pula nasihat saya buat kaum HAWA....

Dalam memilih si lelaki, kalian wahai kaum hawa (dalam Al-Quran ada satu surah diberi nama Surah An-Nisa' = Wanita), sama juga perlu memilih lelaki yang soleh....bukan sekadar baik...di hadapan kita, lelaki yang baik ini boleh berpura-pura baik....namun dibelakang belangnya sapa tahu??? kalau lelaki soleh itu.....tidak perlu diragui lagi tntang keikhlasannya...baiknya itu tulen....tiada pembohongan...



Sama seperti bagaimana mengenali wanita solehah.....lelaki yang soleh itu juga menjaga hatinya dari diselubungi maksiat hati....lelaki soleh itu menjaga mata dari melihat sesuatu yg tidak elok....lelaki soleh itu menjaga peribadinya...dari sudut tuturkata dan setiap gerak-gerinya....lelaki soleh itu basah lidahnya menyebut nama Allah...lelaki soleh itu TAAT PERINTAH ALLAH, DAN MENJAUHI LARANGANNYA....bukan sekadar baik....apabila lelaki soleh itu bergelar suami, beliau akan mempertahankan maruah diri serta keluarganya..lelaki soleh itu akan melindung isterinya dari difitnah oleh orang lain..lelaki soleh itu akan memberi didikan agama yang terbaik utk keluarganya....dan yg paling penting lelaki soleh itu akan membentuk keluarga muslim yang mukmin...dia adalah sebenarnya Lelaki Soleh....

layakkah wanita itu memiliki cinta seorang lelaki soleh??? jawabnya sama sahaja....wanita itu berusaha menjadi solehah, maka cintanya bakal dimiliki oleh lelaki soleh....itu janji ALLAH..."LELAKI YANG BAIK UTK PEREMPUAN YANG BAIK DAN JUGA SEBALIKNYA"...ingtlah janji Allah itu pasti.....




barangkali masih terbit di benak sanubari kalian dgn berkata, xperlah....dpt teman hidup yang baik pon dah ok...kita sendiri pon x baik sgt...mgkin inilah yang pnh sy fikirkan dahulu...maklumlah....diri ini kotor, jijik, hina lagi dina...masakan ada hati nk impikan teman hidup yang mulia seperti saya nyatakan di atas???....namun, slps bermuhasabah diri.....serta terbaca satu kata-kata dari teman saya yang sama2 belajar di KISAS...beliau ada mengatakan ayat lebih kurang begini...."CUBA KITA FIKIRKAN BAGI PIHAK PASANGAN HIDUP KITA. MAHUKAH KITA (IN TERM OF PASANGAN KITA)MENIKAHI DIRI KITA INI?" xpaham ea ayat nih???....saya cuba terangkan dgn panjg lebar~kalau diri kita malas solat...kalau diri kita x jaga kebersihan...kalau diri kita tak menjaga mata....kalau diri kita perangai x senonoh..nk ke psgn kita kahwin dgn kita???...sudah pasti xnak...

so apa yg mengganggu fikiran kita lagi??? memilih pasangan hidup bukan sekadar baik....bukan sekadar baik dgn manusia tp hubungan dgn Allah x jaga....atau sebaliknya, hubungan dgn Allah bukan main rak tunggang-terbalik solat....tp dgn sesama manusia pula kurang ajar....segalanya bermula dari dalam diri kita...kita yang menentukan pasangan hidup kita...kita perlu berubah....krana kalau bukan kita yang berubah bg pihak diri sendiri siapa lg???

Ada org main tgkap muat jer...kononnya terima seadanya...walhal nak terima seadanya mcmne?? sedangkan kita boleh perform lebih baik dr peribadi kita yg sekarang....mcm diri saya nih la....bermalas-malasan...manja....mengade....perangai teruk...dah tuh nak suruh org terima kita seadanya??? aduiii...pening la manusia mcm nih....justeru itu, mari sama-sama kita mengislahkan diri....saya ada kisah silam saya...kalian ada kisah silam kalian...jd berubahlah sebelum terlambat...memilih dan dipilih sebagai pasangan hidup bukan sekadar baik....bahkan berusahalah menjadi SOLEH dan SOLEHAH...

Allahumma A'min...

3 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Gud post. Perkongsian yang menarik.
    sikit la pendapat saya,mungkin baik itu umum. kalau ditanya,mungkin orang akan menjawab secara umum, "Aku nak orang yang baik". umumkan. tapi mungkin maksud dia, baik yang terbaik, bukanlah baik yang sekadar baik sahaja (kepada orang lain). bila kita katakan baik, secara khususnya ada dua, baik kepada Allah (dalam hubungan dengan Allah),hablumminallah, dan baik kpd manusia, hablumminannas. nilah secara spesific maksud baik tu. sebab, seteruk-teruk orang pun, pasti die nakkan seseorang yang baik in terms of soleh n solehah. cuma usaha dan jodoh yang menentukan kita dapat atau tak orang yang kita hajatkan tu.

    satu perkara lagi, dalam soal jodoh, kita takkan lari dari soal pilihan dan pencarian. salah satu jalan, istikharah. sebut mudah,buat payah. tapi nilah satu daripada yang disarankan Islam.seadar share otw post yang berkaitan..

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang baik.. masyallah./:)

    ReplyDelete