Wednesday, October 19, 2011

PENCARIAN IMAM MUDA~

Assalamualaikum...

Pencarian Imam Muda bertarikh 18 okt 2011 jam 8 malam bertempat di Masjid UTeM. Saya telah menjadi salah seorang daripada peserta. Alhamdulillah pengalaman baru buat saya selaku seorang mahasiswa. Sememangnya untuk bertanding di peringkat yg lebih tinggi sepeti anjuran ASTRO sudah pasti sukar, namun peluang yang ada di UTeM ni sy gunakan dengan baik.



Kategori yang dinilai adalah :-
MEMBACA KHUTBAH
BACAAN AL-QURAN
SOALAN AGAMA

Alhamdulillah, pertama kalinya saya membaca khutbah dengan suara lantang dan ok pada hemat saya...juri juga memberikan respon yang baik cuma sedikit tguran tntg eye contact kepada audiens. Satu pengalaman baru buat saya.



Selepas itu juri menguji bacaan Al-Quran saya. Alhamdulillah tiada komen yg melampau buat saya serta ujian terakhir pada sudut agama (isu semasa)



JURI : Imam Muda Muzakkir, soalan saya lebih kepada isu semasa. Saya ingin bertanya, jika anda mempunyai kawan baik lelaki mahupun perempuan yang mendedahkan aurat. Bagaimanakah anda menegurnya.

MUZAKKIR : (Innalhamdulillah, nahmaduhu wanasta'inuhu wanastaghfiruh. Wana'uzubillahi min syururi anfusina, wa min saiyyi atina, mayyahdihillah fala mudhillalah. Wamayyudlil falaha diyalah). Apabila juri bertanyakan konsep teguran untuk kawan yang mendedahkan aurat, baik lelaki mahupun perempuan. Apa yang saya boleh utarakan di sini adalah saya akan melihat latar belakangnya terlebih dahulu. Bilamana kita membicarakan tentang pendedahan aurat, ini sangat berkait rapat dgn AQIDAH. Sesuatu yang Allah perintahkan 'fix' dan tidak boleh berubah. Allah menyuruh menutup aurat. Maka suruhan Allah itu bersifat WAJIB dan smua WAJIB untuk menurutinya.

Namun begitu, untuk menegur saya perlukan pendekatan HIKMAH. Yakni melihat background kawan itu. Jika ada background agama, maka saya boleh menegur secara sinis kerana hakikat orang seperti ini ada ilmu tapi malas nak amal. Sebaliknya jika yang tiada pendidikan agama (secara khusus) maka saya lebih prefer utk menegur secara perlahan-lahan. Kerana saya yakin hati ini jika diperingatkan sentiasa pasti akan terkesan umpama batu yg keras jika menitik air di atasnya secara kerap, pasti terhakis juga batu itu walaupun pada hakikatnya ia bersifat keras dan mampat. Wallahu a'lam

JURI : (tersenyum dan memberikan komen)


Sekian sahaja laporan dari sidang 'TINTA MASIH BASAH'

tunggu update akan datang =)

2 comments: