HATI dalam bahasa Arab kebiasaanya disebut "QALBUN". Ada sesetengah penafsiran utk Qalbun adalah jantung, tetapi lebih banyak pengertian Qalbun itu dikatakan serta dimaksudkan dengan HATI.
Perkataan QALBUN berasal drpd "QOLABA" yakni maksudnya bolak-balik. Dan kalau kita perhatikan hati ini juga sifatnya berbolak-balik. Nah, itu adalah pengertian pada bahasa. Daripada bahasa sudah terserlah akan sifat bolak-baliknya hati.
Di sini suka aku perkaitkan hati dengan Nafs (DIRI). Fahami mafhum hadis ini yang berbunyilebih kurg begini:-
"Di dalam diri seorang manusia terdapat seketul daging. Bilamana baiknya daging itu maka baiklah seluruh anggota badan. Dan sekiranya buruk daging tersebut,maka buruklah seluruh anggota badan. sesungguhnya seketul daging itu dipanggil HATI"
HATI adalah Raja.
HATI adalah Organiser.
HATI adalah Tuan.
HATI adalah segala-galanya.
Maka, segala amalan yang ikhlas atau tidak ikhlas berkaitan dengan hati. Usah bicarakan hal keikhlasan kerana ianya urusan seorang hamba bersama RABB-nya. Cuma di sini ku ingin kongsikan bahayanya hati yang bermasalah (seperti diriku ini. Astaghfirullahal A'zim)
Segalanya bermula dengan hati. Setiap tindak-tanduk kita punca utama hati. Akal sekadar pembantu kepada hati. Jadi tidak peliklah mengapa Ulama' dahulu mengatakan ILMU SUFI berkaitan penyucian hati itu wajib dipelajari. Namun, lebih mudah untuk kita semua faham, ilmu kesufian adalah kesinambungan drpd Akhlak. Maka, benarlah Wajibnya mempelajari ilmu sufi.
Masalah cinta bagi remaja juga berpunca daripada hati. Aku sendiri tidak terlepas daripada masalah hati yang kritikal. Orang kebanyakan berkata, "Alah, biasalah. zaman-zaman remaja inilah keinginan bercinta itu timbul"
Aku ingin menafikan akan KEBIASAAN itu. Mana boleh kita katakan biasa. Biasa zaman kita. Bukan zaman NABI. Jadi dalam ISLAM bukan biasa masalah hati tersebut. Maka sama-samalah kita pelihara hati. Ku tujukan buat diriku serta pembaca-baca sekalian.
BENDA YANG BANYAK ,TAK SEMESTINYA PALING BANYAK.
BENDA YANG SELALU ,TAK SEMESTINYA BETUL.
Selalulah muhasabah diri agar tidak berterusan hanyut dengan kemewahan dan nikmat duniawi
Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment