Thursday, July 23, 2009

Betul ke x..baca dulu....

Assalamualaikum..

Barangkali apa topik yang aku hendak utarakan ini mungkin sekali sangat membosankan. Tapi cetusan idea utk menullis tercetus bilamana aku terbaca artikel2 dan bahan2 bacaan remaja. Ditambah sedikit dengan ilmu yang pernah ku ikut. Ketika itu forum di masjid, di antara ahli panelnya ialah Ustz Hassan Din al-Hafiz

Aku mulakan penulisan menyentuh hal lelaki dan wanita. Menurut kajian, yang aku tak ingat di mana pembacaan aku peroleh ketika itu. Hubungan lelaki dan wanita ini berkait rapat sgt dengan sikap si lelaki itu sendiri. Mengapa ek???Aik...Muzakkir dah start citer pasal kapel nape ek???dia da berubah ker???....hahaha..jgn salah anggap..truskan membaca....

Menurut kajian tersebut, jika dicomparekan antara lelaki dan wanita yang SETIA...nescaya terbukti bahawa lelaki adalah bersifat lebih setia drpd wanita..percaya atau tidak???hahaha...mesti ragu2 bukan????....teruskan membaca sekiranya mahu...

Tambahan menurut kajian tersebut lagi, jika di comparekan plak lelaki dan wanita dalam sifat keCURANGan, ternyata lah jugak bahawa lelaki akan lebih curang drpd wanita...hahaha..fakta yang menarik x???tp xtau la btul ke x...truskan membaca...hal ini ada kaitan dgn penyampaian ilmu oleh Ustaz Hassan Din al-Hafiz yg ku sebut di awal penulisan ini td..

Percaya atau tidak....dalam Al-Quran ada menyebut bahawa seorang lelaki ialah main point dalam sesebuah perhubungan lelaki dan wanita (suami isteri sahaja...kapel xde kaitan). Kalian boleh rujuk Al-Quran Mashaf Uthmani mukasurat 84 : surah An-Nisa' ayat 34 di mana bermaksud :

"Sesungguhnya Rijal (lelaki) itu lebih kuat (berkuasa,lebih ketua,lebih kena bertanggungjwab..dan lain2 seangkatan dgnnya) daripada wanita......"


Ayat ini kalau mengikut penerangan ustaz Hassan Din pada ketika forum tuh, hujah ni la yang akan disentuh sekiranya sesebuah keluarga itu bermasalah. Lelaki di sini menyentuh kepada si suami @ bapa....dimana peranan lelaki itu berada pada tmpt no 1..kalo lelaki itu tegas dan pandai memimpin maka baiklah keluarga itu dan sebaliknya

Dan di sini jugalah ku ingin kaitkan...lelaki 'lebih' dalam hal perhubungan td...harap jelas...kalau bab curang, lelaki ngan wanita sape lagi curang??kalo dua2 nya bersifat curang....ternyata kemenangan milik lelaki...

Dan bila menyentuh hal setia...lelaki dan wanita yang bersifat setia...sape lagi setia???ternyata lelaki akan lebih setia kalau dua2 itu bersifat setia....dan hal ini membenarkan akan kajian yang ku baca itu...

Walau pon mcm x logik jer kajian tuh...tp bila ade penjelasan dgn ayat Al-Quran...aku pon akui la...tp perlu diingat, Ayat Al-Quran itu sekadar menguatkan hujah...kalo si suami setia, isteri pon setia,...kesetiaan suami mesti lebih sikit dr isteri...kalo suami curang,isteri curang...si suami mesti lebih curang...tp kalo suami yg setia dan isteri curang x termasuk dlm kajian ku nyatakan ini...begitu jgk kalo si suami curang,isteri setia pon xmasuk...ini kaitan mane lagi kuat sifatnya,..faham ke x???ke menimbulkan konstrovesi penulisan ku ini...HARAP FAHAM k..xde mengata sapa2 pon....

Hal ini ada dlm Al-Quran...walaupun rase cam benda kecik...tp ada gak menyentuh hal nih...kalau kalian belajar tntg tafsiran ayat An-Nisa' tuh td...ada jgk Ulama' menggunakan ayat tersebut sebagai hujah WAJIBnya seorang muslim menjaga kehormatan seorang muslimah ketika ditempat awam...muslim tuh kena lebih bertanggungjwb nak jaga kehormatan muslimat drpd ancaman2 manusia bersifat haiwan...

Apa yang baik itu datangnya daripada Allah, dan segala kekurangan itu disandarkan pada diriku yang Hina Dina di Sisi Allah.

Wallahu a'lam.......

1 comment:

  1. salam..
    topik y menarik..
    first time dgr/baca sal mnde nie..

    suker ngn ending akhir post nie..

    "seorang muslim menjaga kehormatan seorang muslimah ketika ditempat awam"

    kalo masing2 semua faham, insyaAllah, tak bertebaran la maksiat kt muka bumi nie..
    tapi keadaan skrg sudah lain..
    tugas kite (insyaAllah) untok memahamkan org..
    walau berat tp sama2 berusha..
    insyaAllah

    ReplyDelete