Thursday, July 23, 2009

Betul ke x..baca dulu....

Assalamualaikum..

Barangkali apa topik yang aku hendak utarakan ini mungkin sekali sangat membosankan. Tapi cetusan idea utk menullis tercetus bilamana aku terbaca artikel2 dan bahan2 bacaan remaja. Ditambah sedikit dengan ilmu yang pernah ku ikut. Ketika itu forum di masjid, di antara ahli panelnya ialah Ustz Hassan Din al-Hafiz

Aku mulakan penulisan menyentuh hal lelaki dan wanita. Menurut kajian, yang aku tak ingat di mana pembacaan aku peroleh ketika itu. Hubungan lelaki dan wanita ini berkait rapat sgt dengan sikap si lelaki itu sendiri. Mengapa ek???Aik...Muzakkir dah start citer pasal kapel nape ek???dia da berubah ker???....hahaha..jgn salah anggap..truskan membaca....

Menurut kajian tersebut, jika dicomparekan antara lelaki dan wanita yang SETIA...nescaya terbukti bahawa lelaki adalah bersifat lebih setia drpd wanita..percaya atau tidak???hahaha...mesti ragu2 bukan????....teruskan membaca sekiranya mahu...

Tambahan menurut kajian tersebut lagi, jika di comparekan plak lelaki dan wanita dalam sifat keCURANGan, ternyata lah jugak bahawa lelaki akan lebih curang drpd wanita...hahaha..fakta yang menarik x???tp xtau la btul ke x...truskan membaca...hal ini ada kaitan dgn penyampaian ilmu oleh Ustaz Hassan Din al-Hafiz yg ku sebut di awal penulisan ini td..

Percaya atau tidak....dalam Al-Quran ada menyebut bahawa seorang lelaki ialah main point dalam sesebuah perhubungan lelaki dan wanita (suami isteri sahaja...kapel xde kaitan). Kalian boleh rujuk Al-Quran Mashaf Uthmani mukasurat 84 : surah An-Nisa' ayat 34 di mana bermaksud :

"Sesungguhnya Rijal (lelaki) itu lebih kuat (berkuasa,lebih ketua,lebih kena bertanggungjwab..dan lain2 seangkatan dgnnya) daripada wanita......"


Ayat ini kalau mengikut penerangan ustaz Hassan Din pada ketika forum tuh, hujah ni la yang akan disentuh sekiranya sesebuah keluarga itu bermasalah. Lelaki di sini menyentuh kepada si suami @ bapa....dimana peranan lelaki itu berada pada tmpt no 1..kalo lelaki itu tegas dan pandai memimpin maka baiklah keluarga itu dan sebaliknya

Dan di sini jugalah ku ingin kaitkan...lelaki 'lebih' dalam hal perhubungan td...harap jelas...kalau bab curang, lelaki ngan wanita sape lagi curang??kalo dua2 nya bersifat curang....ternyata kemenangan milik lelaki...

Dan bila menyentuh hal setia...lelaki dan wanita yang bersifat setia...sape lagi setia???ternyata lelaki akan lebih setia kalau dua2 itu bersifat setia....dan hal ini membenarkan akan kajian yang ku baca itu...

Walau pon mcm x logik jer kajian tuh...tp bila ade penjelasan dgn ayat Al-Quran...aku pon akui la...tp perlu diingat, Ayat Al-Quran itu sekadar menguatkan hujah...kalo si suami setia, isteri pon setia,...kesetiaan suami mesti lebih sikit dr isteri...kalo suami curang,isteri curang...si suami mesti lebih curang...tp kalo suami yg setia dan isteri curang x termasuk dlm kajian ku nyatakan ini...begitu jgk kalo si suami curang,isteri setia pon xmasuk...ini kaitan mane lagi kuat sifatnya,..faham ke x???ke menimbulkan konstrovesi penulisan ku ini...HARAP FAHAM k..xde mengata sapa2 pon....

Hal ini ada dlm Al-Quran...walaupun rase cam benda kecik...tp ada gak menyentuh hal nih...kalau kalian belajar tntg tafsiran ayat An-Nisa' tuh td...ada jgk Ulama' menggunakan ayat tersebut sebagai hujah WAJIBnya seorang muslim menjaga kehormatan seorang muslimah ketika ditempat awam...muslim tuh kena lebih bertanggungjwb nak jaga kehormatan muslimat drpd ancaman2 manusia bersifat haiwan...

Apa yang baik itu datangnya daripada Allah, dan segala kekurangan itu disandarkan pada diriku yang Hina Dina di Sisi Allah.

Wallahu a'lam.......

Thursday, July 16, 2009

MASALAH KRITIKAL............

HATI dalam bahasa Arab kebiasaanya disebut "QALBUN". Ada sesetengah penafsiran utk Qalbun adalah jantung, tetapi lebih banyak pengertian Qalbun itu dikatakan serta dimaksudkan dengan HATI.

Perkataan QALBUN berasal drpd "QOLABA" yakni maksudnya bolak-balik. Dan kalau kita perhatikan hati ini juga sifatnya berbolak-balik. Nah, itu adalah pengertian pada bahasa. Daripada bahasa sudah terserlah akan sifat bolak-baliknya hati.

Di sini suka aku perkaitkan hati dengan Nafs (DIRI). Fahami mafhum hadis ini yang berbunyilebih kurg begini:-
"Di dalam diri seorang manusia terdapat seketul daging. Bilamana baiknya daging itu maka baiklah seluruh anggota badan. Dan sekiranya buruk daging tersebut,maka buruklah seluruh anggota badan. sesungguhnya seketul daging itu dipanggil HATI"

HATI adalah Raja.

HATI adalah Organiser.

HATI adalah Tuan.

HATI adalah segala-galanya.

Maka, segala amalan yang ikhlas atau tidak ikhlas berkaitan dengan hati. Usah bicarakan hal keikhlasan kerana ianya urusan seorang hamba bersama RABB-nya. Cuma di sini ku ingin kongsikan bahayanya hati yang bermasalah (seperti diriku ini. Astaghfirullahal A'zim)

Segalanya bermula dengan hati. Setiap tindak-tanduk kita punca utama hati. Akal sekadar pembantu kepada hati. Jadi tidak peliklah mengapa Ulama' dahulu mengatakan ILMU SUFI berkaitan penyucian hati itu wajib dipelajari. Namun, lebih mudah untuk kita semua faham, ilmu kesufian adalah kesinambungan drpd Akhlak. Maka, benarlah Wajibnya mempelajari ilmu sufi.

Masalah cinta bagi remaja juga berpunca daripada hati. Aku sendiri tidak terlepas daripada masalah hati yang kritikal. Orang kebanyakan berkata, "Alah, biasalah. zaman-zaman remaja inilah keinginan bercinta itu timbul"

Aku ingin menafikan akan KEBIASAAN itu. Mana boleh kita katakan biasa. Biasa zaman kita. Bukan zaman NABI. Jadi dalam ISLAM bukan biasa masalah hati tersebut. Maka sama-samalah kita pelihara hati. Ku tujukan buat diriku serta pembaca-baca sekalian.

BENDA YANG BANYAK ,TAK SEMESTINYA PALING BANYAK.
BENDA YANG SELALU ,TAK SEMESTINYA BETUL.

Selalulah muhasabah diri agar tidak berterusan hanyut dengan kemewahan dan nikmat duniawi

Wallahu A'lam.

Monday, July 13, 2009

Core-core yaaaa......

Salam a'laik...

Mungkin kali ini tulisan aku agak tegas..or mungkin sejak kebelakangan nih mmg tegas pon...

First of all aku nak persoalkan isu para daie kebanyakan nya agak skema+letih+lesu...nape ckp cmtuh ek?? dah realiti...so aku ckp je la...xkan xmau ckp hal yg benar kot...huhu..

knapa aku ckp pasal skema??? kalian boleh tgok bagaimana golongan 'daie' ini diGERUNI oleh para mad'u mereka...nape? xpercaya??...

Ok..mungkin contoh ini agak menyentuh sensitiviti...tp bilamana anda menggelarkan diri anda daie...maka jgn la terlalu seperti ini....

*Anda berdakwah dgn satu gaya yg flat...dan penuh dgn ajakan yg agak 'memaksa' utk buat itu dan ini..hey kawan...sedar ke x???Hidayah itu kepunyaan sape???? sekadar sahaja la pon kalo nak berdakwah....(DENGAN HIKMAH...bukan memaksa)
=Hikmah nih depends pada mad'u tuh...kalo boleh slow talk...silalah slow talk...kalo perlu sound keras sket sound...n kalo si mad'u tuh keras kepala dan dgn cara kekerasan (lempang,tumbuk, n belasah)<<<sekadar contoh>>> si dia dpt berubah..maka itu lah hikmah baginya...Tp jgn abaikan keyakinan bahawa HIDAYAH itu MILIK ALLAH.

*Berkaitan daie lesu+letih..hurm yg nih kne tgk background si daie itu balik...ckp pumpang2 tp tarbiah sebagai tapak x kukuh boleh jalan laa....mula2 mungkin smgt...then lama2 jalan...ckp ntah kemana diri entah kemana (aku ler tuh....aku sgt risau situasi aku skrg...Astaghfirullahal A'zim..Ampuni dosaku Ya ALLAH)

Lagi satu la nak sentuh hal kapel...bkan main ek bangga gler ngan pasangan masing2???..hisyh...ntah la...dahulu kala...baik wanita mahupun lelaki saling memelihara diri...now xtau nak ckp per...(usah jd murah.....demand sket...baru more value)...[aku pon baru kne sound ngan sum one]

Huhu...idea plak br dtg....untuk pemilik profile di Friendster...Facebook...Tagged dan lain2...gambar kalian yg agak2 posing over toksoh dok tayang la...especially buat kaum hawa...wat malu jer...

Ada la profile tuh dok letak la gmbr2 islamic...kata2 hikmah...tp tgk gambar diri sendiri...abes!!! tarak pakai punya org...peringatan khas utk kaum hawa yang bertudung labuh atau lebih kurg labuh yg benar2nak menutup aurat....aku xkesah kalo kalian x pakai hand sock...sbb Ulama' ade khilaf/percanggahan pendapat berkaitan pergelangan tangan hingga ke siku...adakah aurat atau x?..(kalo rajin carik la ade hadith Nabi yg diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah yang berkaitan dgn tuh...)

Yang aku nak bising sket pasal bergambar xde footsock (haha...stoking di kaki)...maaf la ayat kasar...tudung da besar, baju da labuh...seluar/kain labuh...tp xpakai stoking...owh...sayang beribu kali sayang....buat peringtan kpd semua...

Maaf sgt2 ayat aku agak kurg aja...namun da mmg cara aku cmnih kot...Analogi baik utk semua terutama aku sendiri..."kita nak tegur org nih umpama baling bola tenis ke dinding....kalo kita baling bola tuh kuat2...maka akan tiba satu masa...bola tuh pasti melantun pada kita dgn kuat smula...mengikut hukum Newton ketiga => daya yang dikenakan adalah sama dgn daya yg bertindakbalas"

Kaitannya...kalo kita sound org cara kasar...once kita wat silap...abes org sound kita smula mcm kita sound org bahkn mungkin lg teruk...kalo tgur cara baik (hikmah)...once kita wat silap...org tuh msti tgur cara baik (hikmah) gak...maaf sgt2 la...ku tgur cara kasar...tp dlm kasar2 ku nih pon...kalo face to face ku akan slow talk jgk...sesungguhnya ku pon hampeh gk kekadang...tp bila ku ingat ku saling peringatkan...kalu ku lupa..kalian plak ingatkan..(hopefully cmtuh la)

APA YANG BAIK ITU DATANGNYA DARIPADA ALLAH YANG MAHA BERKUASA. DAN APA YANG BURUK ITU DATANGNYA DARI DIRI HAMBA PEMILIK BLOG YANG HINA-DINA DI SISI TUHANNYA.

Wallahu A'lam

Saturday, July 11, 2009

TERHARU + KECEWA........


Bismillahiraahmaanirraahiim....

(Dengan menyebut Nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG)

Sudah agak lama gak aku x mengisi sesuatu untuk dikongsikan bersama-sama pembaca di dalam blog yang tidak seberapa ini. Kali ini dengan izin ALLAH TAALA, aku akan cuba berkongsi dua kisah berkenaan 'terharu + kecewa'

KISAH TERHARU

Ianya berlaku pada hari yang bertarikh (11/07/2009). Ketika itu aku dalam perjalanan pulang ke Gombak dari Melaka. Tibanya aku di Melaka Sentral dengan izin ALLAH, aku berjaya mendapatkan tiket utk ke KL pd jam 8.30 pg.

Seperti kebiasaan, aku sememangnya kalau boleh xmahu naik bas yg dalamnya ade insan2 yang aku knal. Sebab ape? Sebab, mind setting nak tidur jer dalam bas.....hahaa..nak dijadikan cerita...bila aku duduk je kat sit aku (7C)bas Transnasional, mata aku terperasan pada seorang perempuan yang duduk x jauh dari sit aku...

Cun ker??Seksi??APA!!!korang ingat aku suka usha sgt ker perempuan..kadang-kala terpandang gak,aku nih lelaki normal...tapi bacalah sampai abes dulu...jgn judge x tentu pasal..huhu(selingan)

Lama gak aku cuba ingat sapa perempuan tuh..lama gak aku pikir...last2 aku pon tny kat perempuan tuh,
"Macam kenal la..blaja kat mane ek?"

Dia jawab,"UTP"

Pastu aku pikir...ape kaitan UTP ngan aku??...pastu aku pon tny,"Budak KISAS dulu kan??"

Dia pun angguk. Jadi betul la perempuan tuh kisas. cuma aku x pasti dia junior aku atau senior aku. Sebab dua2 batch atas dan bawah nih aku knal gitu-gitu jer..batch sendiri br la aku knal btul2.

Ok. Straight to the point. Knapa aku sangat terharu?? aku selalu sgt harap x jumpa muslimat lepasan kisas (kolej islam sultan alam shah)..nak tau sbb per???sbb satu langkah berjaga-jaga agar aku x tgk perubahan mereka kalau2 perubahan mereka ke arah negatif (NAU'ZUBILLAHI MIN DZALIK)

Tp perempuan tuh mmg masih menampakkan lagi ke'kisas'iannya...Aku sgt terharu....dan aku berdoa sgt moga2 muslimat lain pon kekal mcm tuh...muslimin jugak tidak terkecuali...TERHARU GILERRR BEB~

FASTAQIM KAMA UMIRTA

KISAH KECEWA

kisah ini berkaitan dengan seorg kawan lama yang ku kenali ketika di bangku sekolah (perempuan) dan seorang kawan lelaki aku...huh, bukan la nak menunjukkan rasa jeles or dengki or sumthing like that..

Tp seperti tajuk di atas...kisah ini telah menimbulkan rasa kekecewaan di dalam diri...aku rasa kerana aku 'sesuatu' kemaksiatan telah berlaku...

Pada satu masa dulu, aku telah kenalkan kawan laki aku tuh kpd kwn perempuan aku yang da lama aku x jumpa...sejak berkenalan ada la ura-ura SEMAKIN INTIM yang aku lihat di antara mereka....aku wat xtau jer la...

Then dipendekkan cerita...Si perempuan itu sanggup berjalan jauh semata-mata mahu berjumpa ngan lelaki tuh..now diorg da declare couple...owh my GOD!!...aku seolah-olah watak yang kasi lesen pada diorng...(AMPUNI DOSAKU YA ALLAH!)

Bukan niat aku nak biarkan hal nih jadi mcm ni...so da jadi...aku tegur cara perli n seterusnya aku kasi diorg pk la...(diorg sendiri kata kapel haram tp still kapel...kecewa btul aku ngan diorg)

Tp aku tetap kawan la ngan mereka...cuma utk pengetahuan jer la...once si perempuan tuh ada kapel..aku kureng sket la ngannya..tambah2 kalo org tuh citer pasal kapel dier...huhuhu (ayat cam terabur...maaflah)



Wat masa nih....kawan lagi penting dr aku melayan perasaan felling love nih...sorry to say la..itu la sekadar sebuah coretan kisah terharu dan kecewa aku...

WALLAHU A'LAM....

Saturday, July 4, 2009

AYAT POWER.....

Assalamualaikum....

Dimulakan dengan memuji nama ALLAH TAALA...mudah-mudahan tulisan ku kali ini ikhlas semata-mata kerana ALLAH..

Aku sekadar ingin berkongsi kepada sekalian pembaca semuanya. Kalian semua barangkali sudah mengetahui bahkan telah lama mengetahui, cuma kadang-kala terlupa akan ayat power ini.

Bukan niat di hati untuk mempertikaikan mahupun membandingkan akan kehebatan ayat-ayat power yang lain. Sekadar ini mengingatkan, bahawa ayat ini juga "POWER"!!Malah sangat POWER!!!!

Apakah ayat itu??? Kalian mungkin tertanya-tanya..ayat ini lah yang kumaksudkan ayat 'POWER':-



Ya. Surah Al-Fatihah,kalian tau bukan?? malah familiar bagi orang-orang yang tidak meninggalkan solat..yeah, sangat familiar.

Di Sebalik Tabir......

Kak Long ku menceritakan perihal suami rakan sejawatnya yang ditelah disihir oleh orang lain akibat dengki. Kemudian, kaklong bertanya padaku,

"Akir,ada x cara nak tangani sihir...."


Aku jawab, "Pergilah berubat...satu family pergi..."

Kaklong tanya lagi, "Ada x belajar cara-cara nak pagar rumah dari gangguan sihir?"

Aku pun jawab lah, "Entah, tak tau la...tp amalkan la baca Ayat Kursi...surah lain pun ok jugak...janji Ayat Quran!"

Maklumlah, ayat kursi adalah ayat Al-Quran berkaitan Arasy ALLAH TAALA. so, aku ckp la pada kaklong amalkan ayat Kursi. Lagipun semua orang sudah sedia maklum akan kehebatan/ke'POWER'an ayat Kursi itu.

Entah macamna kaklong boleh menyampuk, "alah...kalau camtuh surah fatihah pun boleh, ayat Quran jugak!"

Aku pun terus lah menjawab, "Surah Al-Fatihah lagi hebat. Tinggi tuh kemulian Al-Fatihah......"

Hujah:

Cuba kalian solat walaupun solat sunat sekalipun...x yah baca surah al-fatihah..sekali je...agak-agak sah x solat kalian?? tepuk dada fikir guna ilmu....(sendiri tau jawapan kan?)

Lagi satu, kalau ada orang meninggal...orang selalu sedekah ape?? bukan Al-Fatihah ker???kenapa ek??...(SEBAB, SURAH AL-FATIHAH NIH AYAT POWER)...Ulama' sendiri ada menamakan surah Al-Fatihah ini dengan 7 nama..(maaf ku x ingat satu-satu)

Hebat x ayat tuh...aku dah cakap dah..ayat tuh mmg power....tp kita kadang-kadang terlupa...dan kalau ayat tuh mulia, mestilah nak baca nya perlu ada tingkatan kemulian jugak btul??? Macam mana tuh??? Macam mana lagi.....mesti la baca dengan bacaan yang betul dan tepat...(Bacaan dengan tartil*)

*Apa itu tartil? = Dengan Makhraj yang betul berserta tajwid yang tepat.

Ingat yer....x betul bacaan Al-Fatihah kita, solat TAK SAH!!!!

Sampai di sini sahaja perkongsian tentang ayat power.

Wallahu A'lam.

Friday, July 3, 2009

Same sajer???.....

Salam Alaik...

Mungkin tulisan kali ni bakal menimbulkan ketidakpuas hati org2 tertentu...tp ku pedulik ape...da mmg naik nyampah gak ku tgk...tp nape ku emosenel xtentupasal nih????? tgk per ek...(teruskan membaca kalau anda rela + sudi)

Hobi aku kalo free2 mcm skrg nih..aku suka la meng'godek2' atau lebih sronok bahasanya meng"explore" gambar2 teman2 yg ade x kira kat friendster ke, facebook ke,or tagged tu sendiri....bukan niat nak menjatuhkan or nak mengutuk or nak perli dan yg seangkatan dengannya...tp skdr nak berkongsi...

"PERGH,CAMNI KO DAH BERUBAH EK"........kata-kataku dlm hati

-ada yg dulu tudung laboh (muslimat)...now freehair/ada yang tudung dah x laboh tp sebbek still bertudung
-dulu baju pon labuh (muslimat gk)....now baju cukup modal saiz badan jer...abes nampak body tough tuh..
-kalo dulu sukan berseluar panjang (muslimin)...now seluar bdak yg ko rembat...nampak lutut ko yg lebam tuh...
-dulu single, now da 'double'/'muthanna'/'couple'/'isnain'...(lain jantina tuh xleh blah)...kalo x tayang ok lg..nih g tayang watper??

alkisah disebalik tabir....

kat skolah menengah dulu ku adalah plajar yg agak kecoh..mungkin la...dr dulu aku agak aktif ngan frenster2 nih...then,ade la sorg sahabat (org kuat badan dakwah) tgur aku...

"kau ni kir...lagho gler...dah la ramai kwn pompan kat frenster...(bla3...)"----terima kasih kerana menegur----

waktu tuh aku trasa aku nih jahat gler...aku tgok dak2 skola aku sumer bgus...alim..wara'..zuhud..masing2 jaga hati...huhuhu,,mcm2 la

now...bila aku tgk gmbr org yg sound aku tuh...aku agak kecewa...n aku pnah nmpak dier pegang tangan 'buah hati intan payung' kesayangan dier....dpn mata beb...aku terkesima..sedih...marah...(mcm2 ada..)

now aku sedar la...iman x dpt diwarisi...dan kita x selaloonya duk dlm biah yg solehah jer...shbt tuh bukan la aku nak salahkan dia...tp tuh la...'culture shock' org kata...huhu..

tuh baru sorg...yg lain2...ku senaraikan td antara kesalahan2 basic...aku pon same jer...lebih kurg...tp at least aku tgur nih buat pringatan diri sendiri la (insyaALLAH)...ape yg lebih kurg????ade la....mgkin aku x senaraikan kat atas tuh..merepek...merapu...lagho...lalai, dua kali lima = sepuluh jer...

ntahh la,,pe motif aku kali nih aku pon x jelas....cuma skadar nak lahirkan sedikit kekecewaan...xperlu tuding jari tunjuk sape2 salah...sendiri pk la..

cuma ape yg ku nak explain berkaitan ngan 4 kesalahan di atas td..

1.Berkenaan tudung labuh tuh....aku agak marah kalo muslimat tuh trus free hair...tp kalo msih bertudung cumer bukan tudung labuh..aku leh konsider la...cume perkara yg perlu diambil perhatian utk org yg berkaitan..."ALLAH MEWAJIBKAN MELABUHKAN TUDUNG MENUTUPI PARAS DADA" xde plak perintah suh pakai tudung labuh???kan lain tuh...tudung labuh ngan melabuhkn tudung....so kalo rase xnk pakai tudung labuh tp labuhkan la shingga menutup bhgian dada..itukan PERINTAH!!

2.Berkaitan ngan baju labuh nih...xde tolak ansur da la dlm hal nih..please la jgn pakai pakaian yg nampak susuk tubuh badan..(ku mendesakkan serta merayu)..duk pakai baju ketat tuh masalah besar tuh,...maaf kata...wanita sering mengatakan lelaki buat gangguan seksual kpd mereka...tp mereka (yg pakai baju ketat) xsedar ke pakaian ketat tuh satu gangguan seksual buat golongan lelaki...btul x? (pikir la sndiri)

3.utk lelaki yg berseluar pendek...harap amik perhatian la...aurat kalian tuh x perlu la nak tunjuk...mmg ulama' ade membahaskan bahawa ade yg berpendapat seluar pendek dibolehkan pakai...hurm...tp kalian tau ke hujahnya aper?mane boleh taqlid(ikut) buta jer...itu ade dlm pendpt ulama 4 mazhab (tp situasi tertentu)...tp Mazhab Syafie terang2 kata aurat lutut lelaki tuh,..kalo da aurat berdosa la kalo didedahkan...

4.Yang nih plak pasal girlfren/boyfren...huhu..xkan lari kemana la pasangan kalian tuh kalau dah mmg jodoh...so nape nak bercinta sebelum kahwin?? x yakin ngan janji ALLAH?...lelaki yg baik utk perempuan yg baik...begitu jgk sebaliknya...Ulama' dah mengeluarkan fatwa bercinta sblum kahwin tuhh HARAM...haram tuh bkn makruh ek...(kalo makruh buat xdpt dosa..tinggalkan dpt pahala..) tp haram..buat dpt dosa...tinggalkan dpt pahala...

APA YANG BAIK ITU DATANGNYA DARIPADA ALLAH,APA YANG BURUK ITU DATANG DARI DIRI INSAN YANG KERDIL LAGI HINA DI SISI RABB NYA

Wallahu A'lam..